You are on page 1of 73

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan

Universiti Darul Iman Malaysia

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Modul 1 : Pemupukan Budaya Keusahawanan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan……… 4

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri………... 7

Topik 3 : Etika Keusahawanan……………………………… 15

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan…….. 26

Modul 2 : Peluang dan Rancangan Perniagaan

Topik 5 : Peluang Perniagaan………………………………. 32

Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan……………… 40

Topik 7 : Merancang Perniagaan…………………………… 55

Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan………... 63

Rujukan…………………………………………………………………… 73

1/75
UMW 1012
MODUL 1

Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Topik 3 : Etika Keusahawanan

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan

2/75
TOPIK 1 :

UMW 1012
an Keusahawanan
Universiti Darul Iman Malaysia

Asa
s
Pem
bud
MODUL 1
aya
KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
 Memahami kepentingan bidang keusahawanan
 Memahami konsep usahawan dan keusahawanan
 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan berjaya
 Mengetahui perkembangan keusahawanan di Malaysia

KANDUNGAN:
Konsep dan perkembangan keusahawanan:
 Kepentingan keusahawanan
 Konsep usahawan dan keusahawanan
 Ciri-ciri usahawan berjaya
 Perkembangan keusahawanan di Malaysia

3/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia
KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN


1.1.1 Keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan
kadar pekapita pengeluaran dan pendapatan, ia juga melibatkan perubahan kepada
struktur perniagaan dan masyarakat.
1.1.2 Keusahawanan melalui kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan
perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.
1.1.3 Usahawan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut mendorong
pembahagian kekayaan.

1.2 KONSEP USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

1.2.1 DEFINISI KEUSAHAWANAN


Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka mengesan
peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan perestasi yang baik menjadi satu
piawai di dalam era (free enterprise).

Scarborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai yang mencipta


satu perniagaan baru dan menghadapi satu keadaan yang tidak pasti demi untuk
memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan
menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan
idea dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk
memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai “seseorang yang


berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan.
Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian
dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila
membuat sebarang proses perniagaan.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk
mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di
dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu
produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan

4/75

1.2.2
UMW 1012
risiko menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
kewang
an,
psikolog
Asas Pembudayaan Keusahawanan
i dan Darul
Universiti DEFINISI KEUSAHAWANAN
Iman Malaysia

sosial Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses
mengambilkira masa dan inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar, dan
serta
usaha dengan mengambilkira
proses dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.

1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


i. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi.
ii. Mempunyai niat yang betul (mencari rezeki, menyediakan barang, beribadat).
iii. Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang mencukupi.
iv. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya.
v. Sentiasa berjimat menggunakan sumber.
vi. Mempunyai kemahiran membuat keputusan.
vii. Berfikiran kehadapan.
viii. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
ix. Sentiasa menjaga kualiti.
x. Menghindari dari aktiviti yang diharamkan
xi. Elakkan dari belenggu hutang.
xii. Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada.
xiii. Besyukur dengan kejayaan.
xiv. Tidak boros dan tidak tamak dengan kekayaan.
xv. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.
1.4 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA
1.4.1 Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga
dengan pedagang asing.
1.4.2 British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah).
Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga
manakala kaum India bekerja di sektor perladangan.
1.4.3 Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara
(1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan
terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
1.4.4 Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang
mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia.
1.4.5 Sejak tahun 2005 hingga kini Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

5/75
DIRI

UMW 1012

TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN


Asas Pembudayaan Keusahawanan
Universiti Darul Iman Malaysia
MODUL 1

OBJEKTIF:
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
 Mengenalpasti 13 kompetensi usahawan yang berjaya.
 Mengukur tahap kompetensi diri.

KANDUNGAN:
 Analisis kompetensi usahawan yang berjaya dan kepentingannya
 Kaedah pengukuran tahap kompetensi diri mahasiswa

6/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

2.0 ANALISIS KOMPETENSI USAHAWAN BERJAYA

2.1 Inisiatif
Sikap individu yang berinisiatif adalah:

 Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh


keadaan atau diarah melakukannya.
 Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang
baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Secara rasionalnya:
Daya inisiatif adalah satu dari kompetensi keusahawanan yang paling penting.
Usahawan-usahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana
mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu keadaan dengan
cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarah atau dipaksa melakukan sesuatu
untuk kejayaan diri, individu tersebut dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan
melalui imiginasinya dan intiusinya. Sikap berinisiatif penting bagi seseorang yang ingin
memulakan perniagaan dengan mencari peluang dan tidak mengharapkan peluang
tersebut datang bergolek.

2.2 Melihat dan Merebut Peluang


Adakah saya mampu melihat, mencari dan merebut peluang yang ada di persekitaran
saya?. Berapa kuatkah kemampuan saya dalam mencari peluang?.

Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat
dilihat melalui aspek-aspek berikut:
 Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif
serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.
 Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan pasaran,
penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan
kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan
prestasi perniagaan.

Secara rasionalnya:
Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan
merebut peluang yang wujud di persekitarannya. Peluang-peluang perniagaan wujud hasil
dari permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, disebabkan oleh

7/75
2.3

UMW 1012
sumber dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang belum diperkenalkan.
alam
yang Kemampuan ini perlu wujud dalam peringkat memulakan perniagaan hingga ke peringkat
belum
Asas Pembudayaan Keusahawanan
menjalankan
diterokaDarul
Universiti Iman Malaysiafungsi-fungsi utama seorang usahawan sepanjang hayat perniagaannya.
i
kewujudan teknologi baru, dan Kecekalan
kemahiran baru, sumber-
kaedah Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut:

ii. Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang
menghalang pencapaian matlamat.
iii. Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi
masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

Secara rasionalnya:
Seseorang usahawan akan menghadapi perjalanan hidup yang berliku dan kompleks.
Untuk mengatasi masalah dan halangan tersebut usahawan perlu tabah dan cekal.
Seseorang usahawan yang berjaya lazimnya dapat mengharungi segala rintangan dan
halangan yang mendatang dalam pencapaian matlamat. Sikap tabah dan cekal
memerlukan keyakinan diri yang tinggi, sikap ikhtiar dan ketahanan diri dalam
mengharungi halangan-halangan tersebut. Selain dari itu, sikap sabar juga penting.

2.4 Mencari maklumat


Adakah saya mempunyai maklumat yang cukup?. Adakah saya cenderung ke arah
mencari maklumat sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?. Adakah
saya mempelajari dari maklumbalas atau maklumat yang diperolehi?.

Sikap individu usahawan yang mampu mencari maklumat adalah seperti berikut:
 Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan maklumat atau
maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan
untuk memenuhi kehendak pelanggan.
 Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan.
 Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang
kehendak-kehendak pengguna.
 Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan menganalisisnya.
 Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat
baru dan berguna.

8/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap maklumat yang diperolehi


sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas
harian.

Secara rasionalnya:
Maklumat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan sesebuah
perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, kecukupan
maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam pembuatan keputusan. Usahawan yang
sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar terhadap
maklumbalas yang diperolehi sama ada dalam bentuk kritikan atau analisis sendiri.
Maklumat tersebut berguna untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian,
prestasi diri dan prestasi syarikat yang sedang diterajui.

2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi


Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah:
 Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan
perkhidmatan yang bermutu tinggi.
 Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain
supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

Secara rasionalnya:
Seorang usahawan perlu sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan
berasaskan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usaha tidak
melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya, akan tetapi untuk mencari
kepuasan terhadap kerja melalui pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Ini akan
membantu usahawan dalam meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi
syarikat.

9/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja


Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah:


 Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam
mencapai atau menyelesaikan kerja.

 Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan.


Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka untuk menyelesaikan
kerja.
Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

Secara rasionalnya :
Seorang usahawan dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang
menepati janji berkaitan mutu barangan, penghantaran pada masa yang tepat, harga
barangan atau perkhidmatan yang berpatutan, dan jumlah barangan seperti yang telah
dipersetujui dengan pelanggan. Selain itu, seorang usahawan perlu bertanggungjawab
untuk menghadapi dan mengatasi rungutan pelanggan.

2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan


Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:
 Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan
pantas.
 Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini
untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.
 Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada sesuatu pembaharuan,
perubahan dan tindakan.

Secara rasionalnya :
Usahawan yang berdayamaju sentiasa akan mencari jalan untuk meningkatkan
produktiviti syarikat. Peningkatan produktiviti dapat dilihat daripada penjimatan kos
dngan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran dan dapat
mengelakkan pembaziran. Seorang usahawan sentiasa mencuba sedaya upaya
menggunakan maklumat perniagaan yang baik untuk memperbetulkan tahap kecekapan
syarikat terutama dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin
dan jentera serta teknologi.

10/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik


Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam:


 Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan mengatur langkah yang
 sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.
Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dijangkakan.
Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan.
Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat.

Secara rasionalnya:
Perancangan yang baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian
matlamat syarikat. Perancangan sistematik lazimnya perlu dimulakan dengan
mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya mengenalpasti masalah atau
rintangan yang akan dihadapi. Dengan mencapai matlamat tersebut seseorang usahawan
perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan secara bersistematik. Dalam
proses perancangan yang sistematik, usahawan sentiasa mencari langkah-langkah
alternatif yang berkesan sebagai keputusannya.

2.9 Menyelesaikan Masalah


Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah
berkebolehan dari segi:
 Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat.
 Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.

Secara rasionalnya:
Seorang usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah dengan mencari dan
melahirkan idea-idea baru dalam penyelesaian masalah secara inovatif.

2.10 Keyakinan Diri


Usahawan yang berkeyakinan diri mampu:
 Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan pendirian diri sendiri
dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
 Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang
pengkhususannya.
 Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan.
 Sedia melakukan perubahan dari masa ke semasa.

11/75

UMW 1012
2.11
ketidakyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Sikap tersebut perlu ditonjolkan dari segi
kemampuan diri dalam membuat keputusan dan menyahut sebarang cabaran. Seorang
Asas Pembudayaan Keusahawanan
usahawan
Universiti juga
Darul Imanperlu mempunyai
Malaysia keyakinan terhadap apa yang dilakukan.

Secara Ketegasan
rasional
nya: Usahawan yang tegas mampu:
Kebany Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil
2.12
akan tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain.
usahawa
n gagal Secara rasionalnya:
dalam Sebagai seorang usahawan perlu tegas untuk menghadapi masalah pekerja, pelanggan,
mencap pembekal dan persekitarannya. Dia perlu berani menonjolkan kebaikan atau kelebihan
ai hasil keluaran atau perkhidmatan berbanding orang lain. Seorang usahawan juga berani
matlama untuk menghadapi masalah pelanggan yang cuba lari dari dari hutang, pekerja yang
t mereka malas dan peraturan-peraturan syarikat yang boleh melemahkan perjalanan perniagaan.
lantaran
sikap Meyakinkan Orang Lain
Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui:
 Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau
perkhidmatan yang diniagakan.
 Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau
pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.
 Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

Secara rasionalnya :
Seorang usahawan bergerak untuk mendapatkan sumber-sumber organisasi bahan
mentah, mengelolakan proses pengeluaran, penjualan hasil keluaran dan perkhidmatan.
Aktiviti tersebut memerlukan kemahiran memujuk dan meyakinkan orang lain.
Usahawan yang gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal tidak mampu untuk
mencapai matlamat syarikatnya.

2.13 Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh


Seorang usahawan yang mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh mampu:
 Berkecenderungan memikirkan strategi mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah
dalammencapai matlamat perniagaan.

12/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Secara rasionalnya:
Sebagai seorang usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industri yang
diceburi. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan dalam strategi pengaruh
usahawan:
i. Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.
ii. Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
iii. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.
iv. Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.
v. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan.

13/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1
TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF :
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
 
 Memahami nilai-nilai murni keusahawanan.
Memahami konsep barakah dalam perniagaan.
Memahami etika keusahawanan.

KANDUNGAN:
 Budaya niaga cemerlang
 Nilai-nilai murni keusahawanan.
 Konsep barakah dalam perniagaan.
 Etika keusahawanan.

14/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

3.1 BUDAYA NIAGA CEMERLANG

3.1.1

3.1.2
kepada
Berani Mencuba perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang terlalu jumud dan
Usahawan yang berani mencuba bersikap konservatif tidak akan mampu maju sebaliknya akan terus kekal di takuk lama.
mempunyai jangkaan dalaman yang
tinggi. Usahawan Penetapan Matlamat
sebegini yakin bahawa kejayaan Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusaha sehingga
akan tetap menjadi milik mereka berjaya meraih kejayaan yang diidamkan. Usahawan perlu mempunyai perancangan
selagi mereka memberi matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan dijadikan kayu pengukur untuk
komitmen sepenuhnya dengan memperbaiki kelemahan dan merancang strategi-strategi baru untuk mengatasinya. Teori
menggunakan tenaga dan keupayaan. penetapan matlamat menegaskan bahawa penetapan matlamat merupakan proses untuk
Usahawan yang menghasilkan komitmen yang lebih tinggi melalui insentif pencapaian yang realistik.
berani mencuba mempamirkan usaha Oleh yang demikian penetapan matlamat merupakan satu proses kognitif di mana
yang berterusan dan lebih sensitif usahawan perlu sedar dan sentiasa memikirkan apa yang ingin dicapai, mendefinisikan
tugas dan menetapkan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya
matlamat yang ditetapkan gagal dicapai, usahawan hendaklah mengkaji semula serta
perlu bersedia memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi kekangan kepada
pencapaian matlamat.

3.1.3 Jangkaan Diri


Jangkaan diri merulakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Ia menjadikan
usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan. Teori
jangkaan mengariskan bahawa manusia bukan sahaja digerakkan oleh keperluan tetapi
perlu membuat pilihan tentang apa yang akan dan tidak mereka lakukan. Sebagai
usahawan tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaan usahawan
terhadap keupayaan mereka untk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang
dikehendaki. Sekiranya usahawan menjangkakan mampu untuk bersaing dengan pesaing
serta mempunyai fikiran yang positif, sudah tentu kejayaan kan menyebelahi mereka.
Usahawan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tranformasi, mempunyai jangkaan dan
kenyakinan diri yang tinggi. Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin pada diri
sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang

15/75

UMW 1012
3.1.5

3.1.4

3.1.6
berbagai halangan dan masalah sebelum menikmati
kejayaan. Mereka perlu tabah dan mempunyai kecekalan diri yang tinggi. Sikap cekal diri
Asas Pembudayaan Keusahawanan
memerlukan
Universiti usahawan
Darul Iman Malaysia untuk memiliki keyakinan diri yang tinggi, lebih tabah,
mempunyai daya ikhtiar dan ketahanan diri yang jitu dalam mengharungi dunia
mere keusahawanan.
ka
yang
mere Yakin Diri
ka
milik Kebanyakan kegagalan usahawan mencapai matlamat adalah berpunca dari sikap tidak
3.1.7 i.Just yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Dunia keusahawanan yang sangat mencabar
eru
usaha memerlukan usahawan yakin kepada kemampuan diri sendiri dalam membuat keputusan
wan
serta menyahut sesuatu cabaran. Untuk meningkatkan kenyakinan, usahawan perlu
perlu
mem mengikis perasaan takut kepada kegagalan, mengelakkan daripada sikap tiada pendirian
puny
ai dan menghapuskan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing mereka.
jangk
aan
diri Ketegasan Diri
yang Usahawan perlu tegas menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan
tinggi
masyarakat . Usahawan mesti berani membuktikan kebaikan atau kelebihan produk atau
bagi
perkhidmatan yang diberikan berbanding dengan pesaing. Usahawan perlu berani dan
menc
bersedia untuk bertindak terhadap pelanggan yang gagal menjelaskan hutang. (Pelanggan
apai
*yang engkar arahan dan bersedia mengubah peraturan-peraturan yang menyebabkan
prest
*kelembapan perniagaannya.) Demi untuk kejayaan syarikat, usahawan perlu tegas dalam
asi
mengambil tindakan walaupun terhadap rakan atau orang yang rapat dengannya.
perni
agaan
yang Inisiatif Diri
Inisiatif diri adalah sikap yang perlu ada pada usahawan kerana daya inisiatif yang tinggi
luar
menjadikan usahawan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis
biasa.
sesuatu situasi dengan berkesan tanpa menunggu arahan untuk melakukan tindakan
terhadap peluang yang datang dan memilih strategi yang terbaik untuk mengatasi
Kece
kala masalah. Yang demikian usahawan menjadi lebih peka dan pro aktif kepada persekitaran
n yang ada.
Usah
awan
perlu
meng
harun
g 16/75

UMW 1012

3.1.9
3.1.8
merupak mencerminkan keperibadian sebenar seorang usahawan.
an Sikap yang bertanggungjawab lahir jika usahawan tidak mudah mempersalahkan pihak
Asas Pembudayaan Keusahawanan
lainIman
seorangDarul
Universiti sekiranya
Malaysia berhadapan dengan sesuatu kegagalan. Mereka lebih bersedia mengkaji
yang kelemahan diri sendiri bukan menuding kepada pihak lain. Usahawan yang
Bertanggungjawab berpand bertanggungjawab yang tinggi akan mempunyai semangat untuk mencurahkan khidmat
Usahawan yang angan bakti kepada pekerja dan masyarakat.
bertanggungjawab terhadap jauh
apa yang dilakukannya serta Belajar Dari Maklumbalas
Usahawan perlu bersedia memberi galakan kepada pelbagai pihak untuk memberi
maklum balas terhadap setiap tindakan dan hasil yang dikeluarkan oleh syarikatnya.
Daripada maklum balas usahawan dapat mengukur tahap penerimaan terhadap produk
atau perkhidmatan syarikatnya. Penglibatan pelanggan dalam mereka bentuk produk dan
perkhidmatan melalui maklum balas akan memberikan kepuasan kepada para pelanggan
yang akhirnya akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk yang
dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan.

3.1.10 Mewujudkan Hubungan Dengan Individu Yang Boleh Membantu


Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan akan
memberikan kelebihan kepada usahawan untuk memperkembangkan perniagaan serta
membolehkan usahawan mendapat peluang dan mengetahui ancaman-ancaman yang
bakal dihadapinya. Hubungan dengan individu yang boleh membantu akan menjadi
pemangkin kepada kejayaan usahawan.

3.1.11 Kesediaan Meminta Nasihat Pakar


Usahawan perlu menyedari betapa pentingnya mencapai tahap kelebihan bersaing agar
produk atau perkhidmatan mendapat sambutan daripada pelanggan. Usahawan hendaklah
menjadikan kesediaan meminta nasihat dari pakar sebagai budaya niaga untuk
mengukuhkan produk dan perkhidmatan pemasaran, pentadbiran dan kewangan syarikat.
Keterbukaan menerima nasihat kan membantu usahawan dalam menghadapi
permasalahan untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.

3.1.12 Sistematik Dalam Melaksanakan Pekerjaan


Usahawan hendaklah bertindak dengan penuh sistematik apabila membuat keputusan.
Ketelitian dalam mengambil satu tindakan boleh menjamin ketepatan dalam keputusan

17/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

dan silap langkah berdasarkan anlisis kos yang akan ditanggung berbanding matlamat
yang akan diperolehi.

3.2 KONSEP BARAKAH DALAM PERNIAGAAN


3.2.1 Pengenalan
Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti
pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan
menghasilkan sesuatu barangan atau sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang
halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.

Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan seluruh manusia
di dunia dan di akhirat, memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Aktiviti
keusahawanan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian dan
perkilangan. Rasulullah S.A.W adalah seorang peniaga sebelum menjadi rasul.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang menyeluruh (syumul)
perlu di jadikan asas kepada para usahawan bagi membina kaedah pengurusan
keusahawanan yang mantap dan mencipta kejayaan. Islam melihat bidang
keusahawanan sebagai suatu bidang yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi
dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan sehariannya. Rasulullah bersabda
“Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan”

Bidang keusahawanan di dalam perspektif Islam adalah termasuk di dalam bidang fardu
kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan adalah besar kerana ia adalah satu
kewajipan.

3.3 ETIKA KEUSAHAWANAN

Ajaran Islam yang syumul tidak mengenepikan pentingnya perniagaan dalam kehidupan manusia.
Sebagai seorang muslim, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau dari hanya
kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati
dan di tuntut oleh agama. Di dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan
digariskan agar perniagaan mengikut etika Islam. Di antara panduan tersebut adalah:

18/75

UMW 1012

3.3.1
3.3.2
Allah SWT. Allah SWT berfirman,

Asas Pembudayaan Keusahawanan


”dan orang-orang
Universiti yang memelihara
Darul Iman Malaysia amanat-amanat ( yang dipikulnya dan janjinya)”
(Surah Al Mukminun: ayat 8)
Pematu
han
Terhad Melalui ayat ini jelaslah bahawa orang yang beriman itu perlu menunaikan janjinya.
ap
Kontra
1.3.3 k Penipuan dan Salah Taksir Iklan.
Usahaw Usahawan ditegah membuat penipuan di dalam pengiklanan, namun kerap terjadi
an perlu barangan yang dijual berbeza atau tidak menepati saperti yang diiklankan. Kadangkala
patuh iklan yang disiarkan dalam media mengelirukan pengguna. Di dalam etika islam, perkara
kepada ini jelas di larang.
kontrak
yang Sabda Rasullalah SAW
dimeteri
. Islam ”Tidak boleh menjual barangan yang rosak kecuali yang rosak itu telah
berpega ditunjukkan kepada pembeli.”
1.3.4 ng teguh (Hadis riwayat: Bukhari)
kepada
sikap Timbangan yang Tepat
menunai Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau ukuran yang tepat apabila melakukan
janji dan urusan perniagaan. Usahawan yang tidak jujur dan menipu timbangan untuk
nilai- mendapatkan untung yang lebih adalah ditegah oleh ajaran Islam. Di dalal Quran, Allah
nilai SWT memerintahkan agar timbangan dilakukan dengan tepat. Firman Allah SWT
mulia
seperti, ”Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu menyukat ( menakar ) dan menimbanglah
kebenar dengan neraca yang betul. Itulah yang paling baik dan lebih kesudahannya”
an, (Surah Al Israa: ayat 35)
kejujura
n, dan Larangan Menyorok Barang
amanah. Amalan menyorok barang untuk tujuan mendapatkan keuntungan ketika harga naik atau
Manusia ketika masyarakat kekurangan barang merupakan satu eksploitasi kepada masyarakat dan
wajib pengguna. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Peniaga seperti ini
mematu
hi
perintah
19/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

masuk dalam golongan yang bersifat bakhil dan tamak. Allat SWT melarang sifat bakhil
ini melalui firmannya”

“ janganlah orang-orang yang bakhil memberikan dengan apa yang telah dikurniakan
Allah kepadanya mengira bahawa kebakhilan itu baik untuk mereka. Tidak !
Melainkan membahaya mereka, nanti harta yang mereka bakhilkan itu akan
digantungkan di lehernya di hari khiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi
dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
( Surah Al Imran: ayat 180 )

3.3.5 Penghapusan Keluaran Berlebihan


Usahawan tidak dibenarkan membazir dan merosakkan barangan yang dihasilkan. Islam
melarang perbuatan ini kerana barangan dan sumber adalah milik Allah SWT dan
manusia adalah pemegang amanah. Manusia sepatutnya mencari jalan untuk
menggunakan kelebihan tersebut.

3.3.6 Perniagaan Melibatkan Riba


Usahawan muslim ditegah daripada terlibat dengan amalan riba di dalam perniagaannya.
Terdapat pelbagai altenatif kaedah muamalat yang boleh dilaksanakan untuk
mengelakkan dari riba. Firman Allah SWT,

“ Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”


(Surah Al Baqarah: ayat 275 )

3.3. 7 Amalan Pengambilan Pekerja


Usahawan perlu mengurus sumber manusia secara terbaik. Pengambilan pekerja
haruslah dilakukan dengan adil, iaitu orang yang diambil boleh melaksanakan
tanggungjawab dan bersikap adil terhadap yang diamanahkan kepadanya.

3.3. 8 Bersikap Adil Kepada Pekerja


Tanggungjawab organisasi adalah untuk menjaga kebajikan pekerja, memberi gaji yang
setimpal dan menyediakan tempat kerja yang baik. Dalam hal ini, usahawan perlulah
melayani setiap pekerja di bawah pentadbiran sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit
atau rupa. Perkara ini penting dilakukan agar usahawan muslim tidak mengenepikan
tuntutan agama.

20/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

3.3.9 Penjagaan Alam Sekitar


Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan untuk memaksimakan keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar. Alam
semula jadi adalah anugerah Allah SWT yang boleh digunakan tanpa merosakkannya.
Firman Allah SWT,

“ Telah kelihatan kerosakan d idarat dan di laut, disebabkan usaha tangan


manusia, kerana m rasakan kepada mereka sebahagian dari
tuhan hendak e akibat buatan mereka supaya mereka kembali”
( Surah Ar-Rum: ayat 41 )

3.4 MENJELASKAN LIMA BELAS CIRI USAHAWAN BERJAYA MENGIKUT


PERSPEKTIF ISLAM

3.4.1 Mempunyai Keinginan Dan Kesungguhan Yang Tinggi Untuk Berjaya


Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk
mengecapi kejayaan. Islam sangat mengalakkan seseorang supaya sentiasa mempunyai
keinginan dan kesungguhan yang tinggi di dalam perlakuan mereka. Rasulullah S.A.W
telah menunjukkan bahawa baginda seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh
menjalankan dalam apa jua perkara.

3.4.2 Mempunyai Niat yang Betul


Seseorang mempunyai niat yang betul. Niat yang pertama adalah mencari rezeki dengan
cara yang diredhai oleh Allah SWT. Niat yang kedua adalah berkhidmat untuk orang lain
dengan mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.
Niat yang ketiga, adalah berniaga sambil beribadat kepada Allah swt.

“sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan niat dan setiap perkara itu bergantung
dengan apa yang diniatkan”
(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim )

3.4.3 Mempunyai Ilmu dan Kemahiran Yang Mencukupi Di dalam Bidang Yang
Diceburi.
Usahawan perlu memiliki ilmu yang cukup di dalam bidang yang diceburi. Ilmu tersebut
boleh diperolehi sama ada dari ilmu yang dipelajari, pengalaman sendiri, pembacaan,
pemerhatian atau pengalaman orang lain. Pemilihan bidang tersebut akan memudahkan
usahawan mencapai kejayaan.

21/75

3.4. 5
UMW 1012

3.4. 6

3.4. 4

3.4. 7
yang bertanggungjawab kepada semua orang yang
berkepentingan dengannya seperti pelanggan, pemilik organisasi, pekerja, keluarga,
Asas Pembudayaan Keusahawanan
masyarakat,
Universiti kerajaan,
Darul Iman Malaysiapembekal, pengedar dan lain-lain.

Sentiasa Berjimat Menggunakan Sumber


Usahaw Islam mengajar umatnya berjimat dalam segala aspek kehidupan. Ia termasuklah
an perlu
menjadi berjimat menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah dan modal.
kan Justeru itu, usahawan digalakkan agar menggunakan sumber secara cekap dan berkesan.
semua
3.4. 8 pengala
mannya
Mempunyai Kemahiran Membuat Keputusan
sebagai
gabunga Membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah suatu kemahiran yang penting bagi
n ilmu
menjamin kejayaan usahawan. Ini adalah kerana usahawan perlu pandai memilih peluang
dan
pengajar yang ada di persekitarannya. Usahawan juga perlu sentiasa membuat keputusan dengan
an yang tepat berasaskan analisis dan telahan yang jitu.
boleh
digunak Berfikiran Ke hadapan
an Islam menyarankan kepada umatnya supaya sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Usahawan

dalam berjaya selalu menjangka dengan tepat mengenai keperluan pelanggan masa hadapan

bidang Allah SAW berfirman yang bermaksud,


yang
ingin “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memerhatikan apa kamu
diceburi. siapkan untuk hari esok ( akan datang ) kamu”
(Surah Al Hasyr: ayat 18 )

Bertang
gungja Mempunyai Kemahiran Berkomunikasi
wab
Kepada Usahawan perlu memiliki ilmu komunikasi yang tinggi untuk berhubungan dengan
Semua manusia pekerja, pelanggan dan pihak yang berada di persekitarannya. Hubungan yang
Yang
Berkep baik akan memudahkan perjalanan urusan perniagaan. Hubungan yang baik dengan
entinga pelanggan dan pekerjanya akan dapat menentukan kejayaannya perniagaan.
n
Dengan
nya
Usaha
perlu
menjadi
orang
22/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

3.4. 9 Sentiasa menjaga Kualiti


Islam menyarankan agar kualiti tindakan dan hasil perlu dijaga dengan baik. Usahawan
bertanggungjawab menjaga kualiti produk kerana ia mempengaruhi kesetiaan pelanggan.
Pelanggan akan berpuas hati dengan produk belian yang mempunyai kualiti yang tinggi.

3.4. 10 Menghindari Dari Aktiviti Yang Ddi haramkan oleh Allah SWT
Usahawan perlu memastikan agar tidak terlibat dalam kegia tan yang diharamkanatau
tidak terlibat dengan urusniaga yang haram. Aktiviti keusahawanan yang halal akan
menyebabkan seseorang usahawan itu berada di dalam rahmat Allah SWT.

3.4. 11 Elakkan Daripada Belenggu Hutang


Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang di dalam berurus niaga. Prinsip ini
agak berlawanan dengan prinsip kapitalis yang menggalakkan berhutang. Islam tidak
menggalakkan aktiviti hutang kerana ia akan menjerat penghutang daripada kebebasan
kewangan. Dalam perspektif Islam, seboleh bolehnya usahawan perlu memulakan
perniagaan berdasarkan modal yang ada kemudian mengembangkan perniagaan hasil
peningkatan modal tersebut.

3.4. 12 Sentiasa Menilai Tindakan dan Berwaspada


Usahawan yang berjaya SWT sentiasa menilai segala aktiviti keusahawanannya agar
sentiasa berada di atas landasan yang betul. Allah SWT menyuruh manusia agar sentiasa
membuat penilaian terhadap semua amalan agar ia sentiasa berjaya. Usahawan berjaya
sentiasa mengawasi perubahan persekitaran sama ada dari segi permintaan, penawaran,
perancangan, persaingan dan lain-lain.

3.4. 13 Bersyukur dengan Kejayaan


Usahawan muslim perlu bersyukur kepada Allah SWT jika memperolehi kejayaan. Jika
kejayaan disyukuri, Allah SWT akan menambahkan lagi kejayaan tersebut. Firman Allah
SWT.

“ Seandaikan kamu di atas nikmatku, nescaya akan tambah lagi, seandaikan kamu
kufur, ingatlah azabku amat pedih”
(Surah Ibrahim: ayat 7 )

23/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

3.4. 14 Tidak Boros dan Tidak Kikir dengan Kekayaan


Usahawan yang berjaya sentiasa berhati-hati dalam membuat perbelanjaan agar
mempunyai imbangan kewangan yang kewangan yang baik. Segala perbelanjaan mesti
dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak melampaui keperluan.

3.4. 15 Sentiasa Membayar Hutang jika Berhutang


Mengikut perspektif Islam, usahawan bertanggungjawab menjelaskan hutang dengan
tepat dan cepat. Usahawan sepatutnya bersyukur di atas kerelaan pihak yang memberinya
hutang sebagai suatu pertolongan yang patut dibalas balik dan bukannya memberi
masalah.

24/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1
TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

 Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan


 Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif

 Mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi

KANDUNGAN:
 Definisi kreativiti dan inovasi

 Proses kreativiti

 Kepentingan membina idea yang kreatif

 Ciri-ciri individu yang kreatif

 Teknik menjana idea kreatif dan inovatif

 Jenis inovasi

 Halangan kepada kreativiti dan inovasi

 Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi


25/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

4.1 Definisi Kreativiti Dan Inovasi

4.1.1 Apa itu kreativiti?.


Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti adalah melibatkan
perkembangan yang tiada tolak bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuatu
masalah yang bakal diperolehi. Ia amat mustahak dalam bertindakbalas kepada masalah
yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.

4.1.2 Apa itu inovasi?


Setelah menjalani proses kreatif dan memperolehi penyelesaian terbaik usahawan
kemudiannya melakukan aplikasi inovasi. Inovasi adalah kunci kepada kejayaan
sesebuah perniagaan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah
menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna
setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati
dengan apa yang ada.

4.2 Proses kreativiti


Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa dalam proses kreativiti, iaitu :

i. Pengumpulan pengetahuan
Seorang usahawan perlu bersedia mengumpul informasi dan melakukan penyelidikan yang
berkaitan melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sekerja, menghadiri seminar dan
bengkel. Dengan ini ia akan memberikan pengetahuan dan menambahkan pengalaman untuk
membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan.

ii. Inkubator
Seorang usahawan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam sesebuah perniagaan yang
berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Mereka mungkin akan mengabaikan masalah
tersebut dan membiarkan minda bawah sedar melakukan tugas tersebut. Akan tetapi
pembangkitan idea yang kreatif sangat penting tanpa mengira dari mana sumbernya.

iii. Idea
Fasa ini adalah menarik dalam proses kreativiti. Selain itu, fasa ini juga dikenali sebagai
faktor eureka. Seorang individu usahawan boleh memperolehi idea menyelesaikan masalah
secara tidak sengaja contohnya semasa makan, berjalan dan sebagainya.
26/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

iv. Penilaian dan Pelaksanaan


Dalam fasa terakhir, usahawan menukar idea tersebut kepada realiti. Pada peringkat ini ia
memerlukan keberanian, disiplin diri, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea
yang telah muncul dari fasa ketiga, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan
menukarkannya kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas.

4.3 Bagaimana Membina Idea Yang Kreatif


Pemikiran kreatif boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan,
sumber dan situasi yang terhad. Usahawan perlu cuba untuk mengeksploitasi peluang ini untuk
menjadi satu rancangan perniagaan.

Untuk menjadi seorang yang kreatif, seorang usahawan perlu mempunyai satu kemahiran berfikir
yang khusus. Pemikiran kreatif ini perlu disulami dengan pemikiran inovatif yang boleh
mengeksploitasi idea-idea menjadi rancangan perniagaan yang konkrit.

Bagaimanakah kita boleh berfikir secara kreatif?. Pemikiran kreatif memerlukan kita melihat alam
sekitar dan situasi daripada perspektif yang songsang dan berbeza daripada pemikiran logik. Ini
akan menjadikan kita berbeza daripada orang lain dengan melihat masalah sebagai peluang
perniagaan. Akan tetapi idea tersebut perlu direalisasikan secara jelas.

4.4 Ciri-ciri individu yang kreatif


Terdapat lapan ciri individu yang kreatif, iaitu:
i. Seorang yang merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama.
ii. Mempunyai perasaan yang amat kuat terhadap kerja mereka dan dalam masa yang sama
mereka merupakan seorang yang objektif.
iii. Seorang yang berani untuk mencuba idea yang baru.
iv. Seorang yang bersifat terbuka apabila menerima kritikan.
v. Seorang yang mempunyai kombinasi sikap yang suka bermain dan pada masa yang sama
seorang yang berdisiplin atau bertanggungjawab.
vi. Seorang yang mempunyai kawalan diri yang baik.
vii. Seorang yang mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan mampu membuat
pertimbangan rasional dalam sebarang keputusan.
viii. Seorang yang sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.
27/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

4.5 Teknik menjana idea kreatif dan inovatif.


i. Percambahan Fikiran
Kaedah ini sering digunakan di dalam menghasilkan idea. Setiap ahli akan mencadangkan
idea dan kemudiannya dibincangkan bersama. Menurut William (2000), terdapat empat
peraturan dalam menggunakan kaedah ini:
 Lagi banyak idea lagi baik
 Semua idea perlu diterima walaupun idea tersebut kelihatan tidak logik.
 Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk memperolehi input yang lebih banyak.
 Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.

ii. Analogi Paksaan


Teknik ini amat berguna dalam menjana idea. Perhubungan secara paksaan boleh membantu
membina pandangan baru dan jalan alternatif yang lain. Untuk membina sesuatu hubungan ia
memerlukan objek atau kad gambar yang membantu untuk menjana idea. Objek atau kad
dipilih secara rawak dan dilihat apa kaitannya secara paksa.

iii. Pelaksanaan (DO IT)


Dalam teknik ini kita perlu menganalisa masalah dengan memastikan soalan yang betul telah
diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat kritikal yang membolehkan kita
mengenalpasti punca sebenar masalah. Masalah yang besar akan dipecahkan kepada
bahagian-bahagian yang kecil dan diringkaskan.
Selepas itu idea akan dijana sebanyak mungkin. Idea tersebut tidak mengira samada idea baik
atau tidak. Langkah seterusnya kajian dan analisis terperinci dilakukan untuk memilih idea
terbaik. Akhir sekali, jalan penyelesaian akan dipilih melalui idea yang terbaik bagi
melaksanakan strategi perniagaan.

iv. Peta Minda


Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan untuk mengurus dan
membangunkan pendapat secara tidak linear. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk
membangunkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi dan
membangunkan sesuatu proses. Dalam kaedah ini sama seperti brainstorming, semakin
banyak idea semakin baik.

v. Kumpulan Nominal
Kaedah ini digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian masalah secara
bersemuka. Setiap ahli kumpulan penyelesaian masalah akan menyatakan idea mereka dan

28/75

UMW 1012
membincangkan untuk memperolehi penjelasan dan penilaian. Setiap ahli akan mengundi
secara senyap untuk memilih idea yang terbaik.
Asas Pembudayaan Keusahawanan
Universiti Darul Iman Malaysia
Selain itu teknik lain yang boleh digunakan untuk membina idea kreatif antaranya adalah:

 Teknik senarai sifat - menyenaraikan sifat-sifat secara terperinci dan dipinda serta
dirombak mengikut kesesuaian kos, fungsi, perkhidmatan dan keselamatan.
 Teknik Tarikh Luput - menetapkan tempoh tertentu untuk memberi tekanan kepada
individu menerbitkan idea kreatif.
 Teknik Asosiasi - melibatkan hubungan mental antara dua objek ataupun idea.
 Teknik Asosiasi mendesak - teknik perkaitan yang menggabungkan dua objek ataupun
lebih yang berbeza sama sekali.
 Teknik Dua Kata - menyenaraikan kata frasa alternatif bagi setiap kata.
 Teknik Sensori - menggunakan deria sensitif dengan menghasilkan kerjasama yang
bersifat simbiotik dan kreatif pada persekitaran.
 Teknik ke Matahari - memperbaiki produk dan menyelesaikan masalah yang bersifat
umum dengan mengaitkan matahari sebagai punca tenaga.
 Teknik Rangsangan Imej - menekankan penggunaan daya imaginasi dengan
menggunakan pelbagai sumber yang bergambar.
 Teknik Produk Kontra - menggunakan kata kerja dan antonim bagi menerbitkan alternatif
lain.
 Teknik songsang - menterbalikkan idea lama kepada idea baru dengan
menunjukkan sifat berlawanan sama sekali dengan idea lama.
 Teknik Senarai Semak - menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan
soalan-soalan provokatif.
 Teknik Batu loncatan - memberikan dasar pertimbangan dan penilaian kepada idea tanpa
membuat sebarang penilaian benar ataupun salah.

4.6 Jenis-jenis inovasi


i. Penciptaan - Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau
tidak pernah dicuba.
ii. Perluasan - Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia
ada.
iii. Duplikasi - Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada
dengan bukan sekadar meniru, akan tetapi menambah dari segi fungsian tambahan kepada
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut.
iv. Perpaduan - Proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu
produk atau aplikasi yang baru dengan mengambilkira beberapa idea yang sedia ada.

29/75
4.7

UMW 1012
Halangan kepada inovasi Universiti Darul Iman Malaysia

Halangan-halangan tersebut
adalah: Asas Pembudayaan Keusahawanan

i. Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan.
ii. Masalah dari segi kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi.
iii. Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada
menjadi lebih kreatif.
iv. Takut untuk mencuba.
v. Takut untuk melakukan kesilapan.
vi. Motivasi yang salah atau silap.
vii. Takut kepada kegagalan.
viii. Kurang keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.

4.8 Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi.


i. Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar ia tidak menghalang kepada proses
kreatif dan inovatif.
ii. Menukar persepsi dengan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu peluang dan mempunyai
jalan penyelesaian yang terbaik.
iii. Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Ganjaran akan diberikan kepada kakitangan yang kreatif.
iii. Sanggup menghadapi sebarang kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk
mendorong kemajuan dalam syarikat.

30/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2
PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Topik 5 : Peluang Perniagaan

Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan

Topik 7 : Merancang Perniagaan

Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan

31/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2
TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN
OBJEKTIF:
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
 Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berpotensi.

 Menilai dan memilih peluang perniagaan.

KANDUNGAN:
 Takrif Peluang
 Proses Mengenalpasti Peluang Perniagaan
 Menilai dan Memilih Peluang

32/75

UMW 1012

5.1

5.2
Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang ada boleh memberikan gambaran
Asas Pembudayaan Keusahawanan
yang jelas
Universiti Darulberhubung peluang
Iman Malaysia perniagaan yang boleh wujud. Secara amnya peluang perniagaan ini
ada hubungkait dengan proses inovasi yang telah dibincangkan. Idea-idea baru boleh dijana
TAKRIF PELUANG melalui proses inovasi berkenaan sama ada dengan mewujudkan perniagaan baru atau
Persekitaran menjanjikan membangunkan produk atau perkhidmatan baru (Barjoyai Bardai, 2000). Sebagai seorang
peluang-peluang perniagaan usahawan adalah perlu untuk merebut setiap peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di
yang tidak dapat dijangkakan. dalam pasaran.
Seorang
usahawan melihat setiap aspek SITUASI MENYUMBANG PELUANG PERNIAGAAN
sebagai peluang dan berpotensi Terdapat dua situasi yang boleh berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh
untuk memberikan pulangan mewujudkan peluang. Situasi berkenaan adalah:
pelaburan yang besar.
i. Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baru yang dapat menyelesaikan
masalah atau memuaskan kehendak mereka.
ii. Apabila barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah
atau belum dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Maka daripada situasi berkenaan, ia akan menyumbang kepada penjanaan idea baru dari kalangan
usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat
dimanipulasikan dengan mengenalpasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan
peluang dan mengurangkan ancaman.

1.3 PROSES MENGENALPASTI, MENILAI DAN MEMILIH PELUANG


Sebagai seorang usahawan, kemahiran mengenalpasti peluang adalah penting. Secara amnya
terdapat tiga langkah untuk mengenalpasti dan memilih peluang serta mengurangkan ancaman.
Langkah tersebut adalah:

i. Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan
pengguna.
ii. Membuat penilaian diri iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan, penilaian terhadap
masyarakat sekitar, dan membuat analisis idea perniagaan.
iii. Membuat pilihan peluang perniagaan dan memulakan rangka rancangan perniagaan.

33/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Dalam langkah awal berkenaan, faktor-faktor persekitaran dan pasaran yang boleh
dipertimbangkan adalah:
b.

a. c.
d.
e. Faktor perubahan demografik – dari segi umur, jantina, pendapatan, pendidikan, bilangan ahli
f. keluarga, dan sebagainya.
g. Faktor perubahan psikografik – berkaitan dengan keperluan psikologi manusia seperti
citarasa, status dan ego.
h. Data import dan eksport – membantu dalam mengetahui kedudukan permintaan dan
i. penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan dalam pasaran dan meninjau peluang yang
j. ada.
Kesediaan sumber-sumber tempatan dan teknologi -
k. Hubungan rantaian industri – hubungan antara industri
Projek-projek kerajaan dan swasta
Undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan – penyumbang yang besar dalam perniagaan
dan pelaburan.
Masalah dan tanggungjawab sosial – peluang pekerjaan dan pembenterasan gejala.
Teknologi maklumat dan komunikasi
Isu globalisasi – isu yang memerlukan usahawan lebih proaktif dan ada kebolehan bersaing
yang kuat.
e-Dagang – isu yang penting dan lebih praktikal.

Setelah mendapat gambaran persekitaran dan pasaran yang sedia ada, maka langkah ini diteruskan
dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan sama ada untuk menyelesaikan masalah
atau memenuhi kehendak pelanggan. Kedua-dua peringkat ini penting untuk menjana idea
perniagaan secara kasar sehingga menjadi sebuah idea perniagaan sebenar yang konkrit dan boleh
diaplikasikan.

Dalam proses memilih idea kasar perniagaan untuk diaplikasikan menjadi sebuah idea perniagaan
sebenar, usahawan perlu memahami dan dapat menilai kesesuaian perniagaan dengan diri.
Penilaian ini boleh dilihat dari aspek pengalaman perniagaan yang ada, pengetahuan mengurus
dan kemahiran perniagaan, keadaan kewangan, minat terhadap perniagaan berkenaan, dan jaringan
perhubungan dengan pihak berkepentingan. Dari segi masyarakat, idea perniagaan berkenaan
perlulah dapat memenuhi norma-norma dan nilai masyarakat.

Penilaian terhadap kesesuaian perniagaan dan persekitaran perlu diadakan bagi mengukur tahap
persaingan dalam pasaran/industri, peraturan dan perundangan yang mengawal dan mengikat
perniagaan, dan keperluan modal serta risiko. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan
boleh menyumbang kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan tidak perlu
takut kepada risiko tetapi perlu berhadapan dengan risiko dan cuba untuk mengurangkan risiko
kegagalan.

34/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Proses Mengenalpasti, Mengkaji, dan Memilih Peluang Perniagaan


Mengenalpasti Keperluan dan Kehendak
Menganalisis Persekitaran
Pelanggan
Faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan Contoh keperluan dan kehendak
- Perubahan faktor demografik - Pakaian
- Perubahan faktor psikografik - Makanan
- Data import dan eksport - Pendidikan
- Sumber tempatan dan teknologi - Kesihatan
- Rantaian industri - Pengangkutan
Idea Perniagaan secara kasar
- Projek pembangunan kerajaan dan swasta - Keselamatan
- Undang-undang dan peraturan baru kerajaan - Rekreasi
- Masalah sosial - Hiburan
- Teknologi maklumat dan komunikasi - Tempat Tinggal
- Globalisasi - Teknologi
- e-Dagang

Menilai Kesesuaian Perniagaan Menilai Kesesuaian Perniagaan Menilai Kesesuaian Diri dengan
Idea Perniagaan yang konkrit
dengan Diri dengan Masyarakat Persekitaran
- Pengalaman - Nilai-nilai - Perundangan
- Pengetahuan - Norma - Tahap persaingan
Pemilihan Peluang Perniagaan
- Kemahiran - Budaya - Keperluan modal
- Kewangan - Risiko
- Minat Penyediaan Rancangan Perniagaan
- Jaringan Perhubungan

35/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Senarai Semak Mengenalpasti, Mengkaji dan Memilih Peluang Perniagaan

A. Persekitaran Perniagaan:
1. Adakah anda sudah mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan?
a. Ya b. Tidak

2. Adakah keperluan dan kehendak pelanggan yang telah anda kenal pasti berkaitan dengan bidang-
bidang berikut:
a. Makanan
b. Pakaian
c. Pendidikan
d. Kesihatan
e. Pengangkutan
f. Keselamatan
g. Rekreasi
h. Masalah sosial semasa
i. Pembinaan
j. Lain-lain; Nyatakan ________________________________

3. Adakah anda telah membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor persekitaran berkaitan:


Struktur Penduduk a. Ya b. Tidak
Data import dan eksport a. Ya b. Tidak
Sumber tempatan dan teknologi a. Ya b. Tidak
Rantaian industri a. Ya b. Tidak
Pembangunan projek kerajaan dan swasta a. Ya b. Tidak
Undang-undang dan peraturan tempatan a. Ya b. Tidak

4. Jelaskan hasil penilaian anda: _________________________________________

36/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

B. Diri Usahawan
5. Adakah pengalaman yang ada pada diri anda berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi?
a. Ya b. Tidak

6. Adakah pengetahuan dan kemahiran yang anda miliki dapat membantu anda dalam perniagaan?
a. Ya b. Tidak
7.

Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi (tunai atau aset) bagi membiayai
perniagaan anda?
a. Ya b. Tidak

8. Adakah anda berminat dengan perniagaan yang diceburi?


a. Ya b. Tidak

9. Adakah anda bersedia untuk membuat jaringan perniagaan dengan orang lain?
a. Ya b. Tidak

C. Nilai Masyarakat
10. Adakah perniagaan yang bakal diusahakan selaras dengan nilai-nilai dan norma masyarakat
tempatan?
a. Ya b. Tidak

D. Analisis Data
11. Adakah perniagaan anda mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan dan
perundangan kerajaan tempatan?
a. Ya b. Tidak

37/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

12. Adakah perniagaan yang bakal diceburi atau diusahakan telah dimonopoli oleh pihak pesaing?
a. Ya b. Tidak

13. Adakah tahap persaingan terlalu tinggi?


a. Ya b. Tidak

14. Adakah anda telah mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan projek atau perniagaan anda?
a. Ya b. Tidak
15. Sumber-sumber perniagaan yang akan anda gunakan adalah daripada sumber:
a. Dalaman b. Luaran

16. Adakah anda telah mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan anda?
a. Ya b. Tidak

17. Adakah anda telah mempunyai rancangan perniagaan?


a. Ya b. Tidak

38/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

LATIHAN :
Arahan: Bincangkan dan fikirkan empat idea perniagaan anda.
Sila berikan markah (1-5) kepada setiap idea perniagaan dengan mengambilkira
faktor-faktor yang diberikan.
 Idea A:________________________________________
 Idea B:________________________________________
 Idea C:________________________________________
 Idea D:________________________________________
MODUL 2

39/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Faktor Idea A Idea B Idea C Idea
Universiti Darul Iman Malaysia
D

Diri:
TOPIK 6: KEMAHIRAN
a. _________MEMULAKAN PERNIAGAAN
a. _________ a. _________ a. _________
a. Pengalaman
b. Pengetahuan b. _________ b. _________ b. _________ b. _________
OBJEKTIF:
c. Kemahiran c. _________ c. _________ c. _________ c. _________
Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
d. Minat d. _________ d. _________ d. _________ d. _________
 Mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan
e. Bakat e. _________ e. _________ e. _________ e. _________
 Mengetahui teknik perundingan yang berkesan
f. Kepercayaan kepada diri f. _________ f. _________ f. _________ f. _________
 Mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan

Masyarakat:
KANDUNGAN:
a. _________ a. _________ a. _________ a. _________
a. Budaya  Kemahiran mengenalpasti sumber
b. Nilai-nilai b. _________
Kemahiran perundingan b. _________ b. _________ b. _________
c. Kebajikan c. _________
Kemahiran komunikasi c. _________ c. _________ c. _________
d. Tanggungjawab sosial d. _________ d. _________ d. _________ d. _________
e. Hak asasi masyarakat e. _________ e. _________ e. _________ e. _________
f. Jaringan Hubungan f. _________ f. _________ f. _________ f. _________

Persekitaran:
a. _________ a. _________ a. _________ a. _________
a. Polisi dan Perundangan
b. Persaingan b. _________ b. _________ b. _________ b. _________
c. Ancaman c. _________ c. _________ c. _________ c. _________
d. Risiko d. _________ d. _________ d. _________ d. _________
e. Keperluan Modal e. _________ e. _________ e. _________ e. _________
f. Ganjaran f. _________ f. _________ f. _________ f. _________

JUMLAH /90 /90 /90 /90


6.1 KEMAHIRAN MENGENALPASTI SUMBER

40/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Mengenalpasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau
bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka. Di antara perkara penting yang
perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan memulakan perniagaan ini adalah modal perniagaan,
produk atau servis , lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti keperluan sumber berkaitan
adalah dengan menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara sebagai semakan. Kaedah penyenaraian
soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan ‘5W1H’ (‘What, Which, Where, When,
Who, How’). Contoh teknik ini akan ditunjukkan dalam huraian setiap sumber berkaitan.

6.1.1 6.1.3

6.1.2
 Siapa dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan?
Modal perniagaan
Modal perniagaan adalah sumber yang Produk atau servis
dapat dimanfaatkan dalam persediaan Produk atau servis adalah bahan yang ingin diniagakan di pasaran. Penetapan bahan
memulakan niaga perlu diperincikan mengikut kategori atau jenis beserta senarai harga yang akan
aktiviti perniagaan. Ini termasuklah dicadangkan.
dalam bentuk kewangan, tenaga kerja,
bahan mentah Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:
dan peralatan.  Di mana bekalan produk atau servis akan diperolehi?
 Berapa banyak stok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?
Di antara contoh soalan untuk senarai
semakan adalah seperti berikut:  Apa kelainan bahan niaga yang dijangka mendapat sambutan bakal pelanggan?

 Berapa jumlah wang yang dapat  Siapa kumpulan sasar yang akan membuat keputusan belian produk atau servis?

diperuntukkan untuk memulakan


aktiviti Lokasi perniagaan
perniagaan? Lokasi perniagaan bermaksud tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. Sebelum

 Apa modal lain yang sedia ada untuk memulakan perniagaan seharusnya telah ada tempat atau kawasan pilihan tertentu.
membantu memulakan operasi
perniagaan?
41/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Pertimbangan dalam memilih lokasi yang sesuai perlu mengambilkira faktor seperti
kuasa beli setempat, kumpulan sasaran, keselesaan pelanggan dan kemudahan asas untuk
menjalankan operasi perniagaan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:


 Apakah lesen atau permit perniagaan tambahan diperlukan di lokasi tersebut? Agensi
mana yang mengeluarkan?
 Apakah alternatif yang ada berkaitan urusan mendapatkan lokasi berkaitan? Sewa?
Beli? Urusan perjanjian?
 Berapa kos yang terlibat untuk memulakan operasi perniagaan di lokasi tersebut?

6.1.4 Kelengkapan perniagaan


Kelengkapan perniagaan merujuk kepada peralatan sokongan untuk melancarkan operasi
perniagaan. Ini termasuklah peralatan susun atur di lokasi, peralatan asas keselesaan
tempat operasi, peralatan yang melancarkan urusan perniagaan dan dokumen asas
memulakan perniagaan. Semua perkara ini perlu disenaraikan bagi memudahkan proses
pembuatan keputusan sebelum mula berniaga.
Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:
 Apakah kelengkapan perniagaan yang mesti ada untuk perniagaan mula beroperasi?
 Berapa banyak kelengkapan yang belum ada?
 Di mana untuk mendapatkan kelengkapan tersebut?
 Berapa kos terlibat?
 Bagaimana menyusun dan menguruskan peralatan?

Secara ringkasnya, sebelum memulakan operasi perniagaan langkah-langkah awal perlu


dilaksanakan dalam mengenalpasti sumber supaya perniagaan yang bakal dilaksanakan dapat
berjalan dengan teratur pada masa yang ditetapkan.

6.2 KEMAHIRAN PERUNDINGAN

Perundingan adalah merupakan satu daripada aktiviti kehidupan. Situasi perundingan boleh timbul
dalam pelbagai aspek contohnya suami-isteri membincangkan pilihan restoran untuk makan malam,
pengurusan dan pegawai-pegawai kesatuan membincangkan tuntutan dan usahawan menawarkan
barangannya kepada pengedar. Di dalam alam perniagaan situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah
semudah transaksi harian biasa. Pembelian dan penjualan masa kini adalah rumit. Ianya memerlukan

42/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi
untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.

6.2. 1 Konsep Asas Perundingan

Keperluan-keperluan asas perundingan ialah:-


 Ia melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak

 Ada agenda

 Ada matlamat

 Ada jangka masa

 Persekitaran yang kondusif

 Wakil mesti ada kuasa membuat keputusan bagi pihak yang diwakilinya

Konsep asas perundingan dalam perniagaan melibatkan aktiviti penjualan dan komunikasi. Ia
melibatkan anda, syarikat/perniagaan anda dan produk anda.
Ia melibatkan jangkamasa membuat keputusan atau mencapai sesuatu persetujuan.
Perundingan mungkin merupakan:
 Perundingan dalaman seperti antara pihak pengurusan dengan kakitangan

 Perundingan luaran seperti dengan pihak bank, pembekal, pelabur dan pelanggan
6.2. 2

Persediaan perundingan

a) Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti:

 Pakaian, rupa dan gaya

 Cara berjalan

 Gerak geri tangan (gestures)

 Gerak geri badan, cara duduk, berdiri (posture)

 Eye contact

 Bau badan (body odour)

43/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

b) Cuba wujudkan tanggapan awal yang positif tentang diri anda. Wujudkan suasana
kerjasama dan elakkan suasana mengancam.

c) Dapatkan maklumat-maklumat penting pihak sebelah. Contohnya

 Perkembangan tahunan

 Trend jualan

 Kos upah

 Kos ansuran

Berhati-hati dengan maklumat yang diberi atau yang dilihat. Misalnya untuk
mengesahkan data jualan, dapatkan bil-bil pembekal dan inventori.

6.2. 3 Proses perundingan

a) Kunci kejayaan perundingan ialah mencapai matlamat pihak-pihak yang berkepentingan.

b) Bersedia untuk bertolak ansur. Perundingan biasanya melibatkan kompromi.

c) Bertenang dan jangan cepat marah.

d) Jual. Perundingan yang Berjaya adalah hasil penjualan diri anda dan objektif-objektif
anda kepada orang lain.

e)
f) Bentangkan sendiri perkara yang hendak dikemukakan. Kebanyakan situasi memerlukan
penyampaian maklumat sama ada bertulis atau secara lisan. Anda perlu memastikan
mesej anda difahami dan cuba mendapat seberapa banyak maklumat daripada reaksi
pihak sebelah.

Ambil masa untuk memikirkannya. Jika ada keraguan mengenai sesuatu cadangan,
tangguhkan keputusan anda. Jangan menyerah kepada tekanan untuk mendapat keputusan
segera.

g) Ingatkan nama-nama ahli-ahli perundingan sebelum atau pada mula pertemuan.

h) Jangan kompromi objektif-objektif anda. Bersedia untuk tidak meneruskan rundingan


jika anda tidak setuju sepenuhnya dengan permintaan atau cadangan pihak sebelah.

i) Gunakan kekuatan anda dengan bijak. Perunding perlu mengenalpasti kekuatan-


kekuatannya dan menggunakannya pada masa-masa yang diperlukan.

44/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

j) Kepercayaan diri sendiri. Jalankan perundingan dengan penuh keyakinan.

k) Bersikap adil.

l) Akhiri perundingan dengan positif. Tidak kira apa keputusannya, setiap perundingan ada
faedahnya kepada semua yang terlibat.

m) Akhiri dengan ucapan penghargaan.

6.2. 4 Strategi perundingan

a) Sediakan agenda perundingan yang menyeluruh. Dengan adanya agenda dan objektif
yang jelas, anda dapat menimbangkan kesan tiap-tiap perubahan apabila ada kompromi.

b) Beri konsesi awal. Cuba memuaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda.

c) Bagi isu-isu penting, dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat penilaian situasi dan
orang-orang yang terlibat. Mungkin anda terpaksa tukar strategi ataupun objektif.

d) Apabila perundingan mengambil masa beberapa hari, jangan hairan jika bidang-bidang
yang sudah dipersetujui, dicincangkan semula. Masa-masa antara perundingan memberi
peluang untuk mengubah fikiran.

6.2. 5 Taktik perundingan

a) Kesopanan akan menambah keberkesanan anda.


b) Berunding dengan yang berkuasa.

c) Tentukan anda yang mengemukakan isu-isu penting (pada masa yang sesuai).

d) Jika perjumpaan tambahan diperlukan, tentukan masa dan tempat untuk sesi selanjutnya.

e) Jika berselisih pendapat, elakkan sikap negatif.

f) Berhenti berunding dan berbincang sesame sendiri bila-bila sesuai. Ini membolehkan
anda merujuk kepada rakan-rakan jika perlu. Taktik ini juga digunakan untuk meredakan
keadaan yang tegang.

g) Tangguhkan perkara-perkara yang sensitive.

45/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

h) Berdiam sahaja adalah cara yang paling baik jika dikemukakan dengan tawaran yang
tidak boleh diterima.

i) Terima konsesi-konsesi kecil jika diberi. Disamping itu teruskan dengan permintaan-
permintaan yang utama.

j) Cuba gunakan taktik positif/negatif. Taktik ini memerlukan pasukan dua (atau lebih)
orang perunding. Seorang bersikap negatif, memberi peluang ahli positif merapatkan diri
dengan pihak sebelah.

6.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

6.3. 1 Pengenalan kepada Komunikasi

Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang
melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi boleh secara
dalaman atau luaran di mana komunikasi dalaman melibatkan hanya pekerja dalam sebuah
organisasi sahaja manakala komunikasi luaran melibatkan dua atau lebih organisasi. Proses
komunikasi secara umumnya ditunjukkan seperti berikut;

Penyampai Mesej/idea Pembentukan Penghantaran


rintangan Penerimaan Pentafsiran Pemahaman
Maklumbalas

6.3. 2 Bentuk Komunikasi


Ada 2 bentuk komunikasi, iaitu:

i. Komunikasi Lisan - contoh media yang digunakan ialah mesyuarat,


telefon, intercom, perbincangan bersemuka, seminar dan konferen.

ii. Komunikasi Bertulis - contoh media yang digunakan ialah memo, laporan,
mel elektronik, notis, pekeliling, minit, bulletin, akhbar dalaman, surat rasmi, fak, iklan,
brosur, jemputan, telegram dan telex.

6.3. 3 Kriteria Pemilihan Media Komunikasi

46/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Pemilihan media komunikasi adalah penting dalam memastikan kekesanan mesej yang
disampaikan. Media yang dipilih bergantung kepada:
i. Tujuan - Apakah tujuan komunikasi? Adakah ia bertujuan member
arahan, menyampai maklumat atau membuat tawaran?

ii. Penerima - Siapakah penerima mesej? Adakah mesej yang perlu dibaca
oleh seorang penerima atau lebih dan apakah kedudukan dan jawatan penerima?

iii. Masa/waktu - Adakah mesej perlu dihantar dengan segera atau tidak?
Adakah perbezaan zon masa di antara penghantar dan penerima?

iv. Jarak - Adakah penghantaran mesej melibatkan kawasan, negeri atau


negara yang sama atau berlainan.

v. Kos - Apakah kos yang terlibat? Sekiranya tinggi, adakah


penghantar dapat menjustifikasikan media yang dipilih dari segi kos dan faedah?

vi. Kerahsiaan - Adakah media yang dipilih dapat menjamin kerahsiaan mesej
yang dihantar?

vii. Keselamatan - Adakah memerlukan servis tertentu untuk menjamin


keselamatan penghantaran seperti surat berdaftar, kurier atau penghantaran secara
peribadi?

viii. Sumber - Adakah sumber seperti peralatan atau pekerja akan menjejaskan
komunikasi?

6.3.4 Halangan Dalam Komunikasi


Terdapat banyak halangan dalam proses komunikasi. Halangan tersebut mungkin menyebabkan
mesej yang diterima tidak menepati kehendak penghantar. Di antara beberapa halangan penting
dalam proses komunikasi ialah:
i. Bahasa Perantaraan - Bahasa dan perkataan yang digunakan hendaklah
sesuai dengan latarbelakang pengetahuan dan pengalaman penerima. Penghantar mesti
juga peka kepada makna perkataan yang digunakan samada dalam bahasa asing atau dari
segi teknikal atau kepakaran tertentu.

ii. Keperihatinan Mendengar - Kurang keperihatinan mendengar boleh menjadi


halangan dalam proses komunikasi. Kemahiran mendengar boleh dipelajari dan

47/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

dipertingkatkan. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk meningkatkan kemahiran


mendengar, antaranya ialah:

 Bersedia untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada perkara yang


dibincangkan.

 Melihat orang yang bercakap.

 Kenalpasti perkara utama yang dibincangkan dan nota diambil jika perlu.

 Mendengar dengan fikiran terbuka. Dengarlah apa yang anda dengar dan bukan
apa yang anda hendak dengar.

 Elak membuat keputusan sebelum mendengar apa yang disebut disebabkan oleh
pakaian, jawatan atau kedudukan orang yang bercakap.

 Elak gangguan seperti menjawab telefon.

 Member maklumbalas.

iii. Tindakan Emosi - Perasaan emosi mengenai sesuatu topik boleh menyebabkan
tindakan emosi. Adalah lebih baik menangguhkan proses komunikasi sekiranya
penghantar pasti mesej tersebut akan mencetus perkara-perkara yang tak diigini.

iv. Media Komunikasi - Media komunikasi yang dipilih hendaklah sesuai


dengan tujuan dan penerima mesej.

v. Hubungan antara penghantar dan penerima - Proses komunikasi akan terjejas


sekiranya penghantar dan penerima tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu
sama lain. Ini besar kemungkinan akan manggagalkan proses komunikasi.

vi. Penilaian Awal - Penilaian awal oleh penerima mengenai sesuatu perkara boleh
menjejaskan proses komunikasi. Kebiasaanya apa yang difahami bergantung kepada
pengetahuan dan pengalaman sendiri. Penerima perlu mendengar atau membaca apa yang
disampaikan dan bukan apa yang hendak didengar atau dibaca.

vii. Kesesuaian masa - Masa yang dipilih untuk berkomunikasi akan mempengaruhi
kekesanan mesej. Sebaik-baiknya penghantar hendaklah mengelak masa yang kurang
sesuai seperti masa di mana penerima dalam keadaan terburu-buru atau marah.

6.3.5 Prinsip Komunikasi Berkesan

48/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

i. Memikir dengan baik tentang perkara berikut:

 Objektif untuk berkomunikasi – sama ada untuk member maklumat, memohon,


memberitahu, mendesak atau mempengaruhi.

 Siapa penerima maklumat – sama ada rakan sejawat, ketua, pekerja, pihak
pembekal atau pelanggan.

 Keadaan/situasi ketika komunikasi berlaku – sama ada bahaya, serius, beremosi


atau memerlukan tindakan segera.

 Reaksi penerima – sama ada gembira, marah atau bersahaja.

ii.

vi.

iii.

iv.

v.
Mendengar dengan baik Memilih masa yang sesuai

Sentiasa ingat bahawa komunikasi ialah Pemilihan masa yang sesuai adalah penting dalam menentukan kekesanan komunikasi.
proses dua hala dan penghantar perlu
memahami Memilih masa yang sesuai mengambilkira pertimbangan tentang waktu dan jangkamasa

mesej yang dihantar dari perspektif yang terlibat dalam proses komunikasi.

penerima.
Memilih bahasa yang sesuai
Memilih media yang sesuai
Bahasa yang sesuai hendaklah digunakan. Penghantar mesej perlu member penekanan
Media yang dipilih mestilah sesuai
kepada perkara dan perkataan yang digunakan supaya ia mudah difahami oleh penerima
dengan objektif yang hendak dicapai.
Pemilihan mesej.
media yang betul membolehkan Maklumbalas
komunikasi mencapai matlamatnya.
Mendapat maklum balas untuk memastikan komunikasi adalah berkesan.

49/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

6.3.6 Kaedah Komunikasi Lisan

Umumnya, usahawan IKS lebih banyak berkomunikasi secara lisan dari bertulis dalam
menjalankan urusan seharian. Di antara kaedah komunikasi secara lisan yang sering digunakan
oleh usahawan dibincangkan di bawah.

a) Perbincangan bersemuka

Diantara bentuk perbincangan bersemuka ialah mesyuarat rasmi, perbincangan tidak rasmi
dengan pekerja atau pelanggan, temubual konferen dan seminar. Untuk memastikan
komunikasi berkesan semasa perbincnagan bersemuka, perkara berikut perlu diberi perhatian:

 Rancang apa yang hendak dicakap/dibincangkan. Kumpulkan maklumat, data atau


dokumen berkaitan topik tersebut.

 Fikirkan tentang kedudukan, jawatan, pengetahuan dan pengalaman orang yang akan
berbincang dengan anda.

 Sesuaikan gaya bercakap supaya mengikut keadaan sekeliling atau topic perbualan.

 Sentiasa berfikiran terbuka.

 Pilih tempat yang sesuai dan elak dari menjawab telefon atau apa-apa gangguan.

 Berpakaian sesuai dengan keadaan.


b) Komunikasi Melalui Telefon

Dalam sesebuah organisasi, orang yang menjawab telefon merupakan wakil organisasi
tersebut. Pihak pengurusan berusaha untuk memberi gambaran yang baik tentang organisasi
mereka. Salah satu cara matlamat ini tercapai ialah dengan melatih pekerja supaya menjawab
telefon secara ramah, efisyen, cekap dan berpengetahuan. Berikut adalah beberapa tips
menjawab telefon secara berkesan:
 Jawab dengan segera. Jangan biarkan telefon berdering lebih 3 kali.

 Mula menjawab dengan ucapan dan nama syarikat.

 Pastikan pen dan kertas untuk mengambil pesanan sentiasa ada

 Bercakap dengan jelas.

50/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Memberi maklumat yang sesuai apabila menjawab pertanyaan.

 Mengambil pesanan dengan betul dan menyemak dengan mengulangi pesanan


tersebut.

 Sentiasa berbudi bahasa.

 Akhiri dengan ucapan terima kasih.

Perkara-perkara yang patut dielakkan semasa menjawab telefon ialah:


 Hanya menjawab dengan “hello” tanpa diikuti dengan ucapan dan nama syarikat.

 Menjawab dengan perasaan marah.

 Tidak berbudi bahasa.

 Manjawab dalam keadaan tergesa-gesa.

Contoh format mesej yang baik:

MESEJ
Kepada:
Tarikh: Masa:
Pesanan:

Daripada:
No.Telefon:
Pengambil pesanan:
c)

Temubual/temuduga

Temubual/temuduga telah menjadi semakin penting dalam memastikan perniagaan mendapat


pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan. Untuk memastikan kaedah temuduga berjalan
dengan baik, penemuduga dan individu yang menghadiri temuduga perlu memberi perhatian
kepada beberapa perkara.

51/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Penemuduga:
 Menyediakan huraian jawatan dan spesifikasi pekerjaan.

 Menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu temuduga.

 Menyediakan borang penilaian.

 Memberi masa untuk menjawab.

 Galakkan cetusan idea dan soalan.

 Jangan tunjuk bahawa anda dalam keadaan tergopoh-gapah.

 Menanya soalan yang bukan bentuk emosi.

Pemohon:
 Menyemak tarikh, masa, tempat temuduga, nama dan jawatan penemuduga.

 Memastikan tempoh waktu ke tempat temuduga dan cara akan ke sana.

 Rancang untuk tiba lebih awal untuk member anda masa relek dan bertenang.

 Mencari maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon.

 Berpakaian sesuai untuk temuduga tersebut.

d) Mesyuarat

Mesyuarat juga adalah satu kaedah komunikasi secara lisan. Untuk memastikan komunikasi
yang berkesan sewaktu bermesyuarat, tumpuan perlu diberikan kepada beberapa faktor:
 Menetapkan objektif mesyuarat.

 Memilih masa dan tempat yang sesuai.

 Menyediakan peralatan dan lain-lain keperluan.

 Menyediakan agenda.

 Memilih dan menjemput ahli mesyuarat.

52/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

6.3.7 Kaedah Komunikasi Bertulis

Salah satu kaedah penting berkomunikasi dengan pihak luar ialah secara bertulis. Ia
melambangkan imej syarikat apabila berurusan dengan pihak luar. Antara bentuk komunikasi
bertulis yang biasa digunakan oleh organisasi ialah:
a) Surat rasmi

Surat rasmi adalah surat yang ditulis oleh sebuah organisasi kepada organisasi yang lain
atau organisasi kepada individu. Ia berfungsi sebagai duta kepada organisasi berkenaan.
Di antara jenis surat rasmi adalah surat tawaran perkhidmatan, surat pertanyaan dan
jawapan, surat tawaran, surat penghargaan dan terima kasih.

Dalam menyediakan surat rasmi, beberapa perkara harus diberi perhatian. Antaranya
ialah:
 Memastikan tujuan utama surat.

 Memastikan surat menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dibaca.

 Memastikan surat disediakan dengan baik, tanpa kesilapan menaip atau bahasa.

 Memastikan format surat mengikut kelaziman.

 Memastikan kualiti kertas yang digunakan adalah sesuai.

Lazimnya format surat rasmi mengandungi maklumat berikut:


 Kepala surat – nama, alamat, nombor telefon/fak/e-mel organisasi

 Rujukan - kebiasaanya nombor fail

 


Nama dan alamat penerima
Tarikh
Solutatasi seperti Yang Berbahagia Dato’/Tuan/Puan

 Perkara - kebiasaanya dalam huruf besar

 Isi surat - dalam bentuk para

 Penutup seperti Yang benar. Sediakan ruang untuk tandatangan.

53/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Nama penghantar

 Jawatan dan bahagian

 Lampiran - sekiranya ada

b) Iklan

Iklan yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara tujuan utama iklan ialah untuk
menyebar maklumat tentang syarikat, produk atau servis, jawatan kosong dan
sebagainya. Media bercetak biasa digunakan untuk tujuan iklan contohnya akhbar dan
majalah.

c) Brosur/Risalah

Brosur dan risalah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan dengan tujuan menyebar
maklumat tentang syarikat, produk, servis dan lain-lain promosi.

d) Jemputan

Jemputan selalu dihantar dan diterima dalam perniagaan untuk majlis-majlis tertentu.
Kebiasaannya, jemputan dicetak menggunakan kad atau kertas khas.

e) Fak

Fak sering digunakan oleh organisasi dalam penghantaran maklumat kepada organisasi
lain. Kelebihan fak ialah penghantaran mengambil masa yang cepat serta juga
membolehkan gambar, rajah, lukisan dihantar kepada penerima.

f) Mel Elektronik (e-mel)

Pada masa kini, penggunaan e-mel semakin popular dikalangan organisasi. Ini adalah
kerana penggunaan e-mel adalah murah, lebih cepat, interaktif dan membolehkan
gambar, rajah, lukisan dan bunyi dihantar kepada penerima. Penggunaan e-mel
mempunyai potensi berkembang di peringkat nasional dan global.

g) Laporan kepada akhbar (press release)

Kaedah ini sering digunakan oleh organisasi untuk mendapat publisiti tentang aktiviti
yang dijalankan. Organisasi akan memberi laporan bertulis kepada pihak media dengan

54/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

harapan maklumat itu akan dicetak oleh pihak media. Ini adalah cara yang baik untuk
mendapat publisiti percuma.

h) Telegram

Telegram masih digunakan oleh organisasi perniagaan untuk menghantar mesej ke


beberapa tempat. Ianya digunakan untuk mesej yang pendek dan memerlukan tindakan
atau pemberitahuan segera.

i) Telex

Telex juga masih digunakan untuk menghantar mesej ke beberapa tempat. Mesej yang
dihantar akan dicetak oleh mesin cetak penerima.
55/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2
TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN

OBJEKTIF :
Di akhir bab ini, mahasiswa akan:
 Memahami maksud dan tujuan Rancangan Perniagaan

 Memahami kepentingan Rancangan Perniagaan

 Mendapat panduan dalam menyediakan Rancangan Perniagaan

KANDUNGAN:
- Kepentingan rancangan perniagaan
- Format rancangan perniagaan
- Senarai semak rancangan perniagaan
56/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

7.1 DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN


Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya
merangkumi analisis, ramalan dan jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.

7.1.1. KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Penyediaan Rancangan Perniagaan penting kerana ia:
 Memberi peluang untuk seseorang melihat dan menilai idea atau projek perniagaan
dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal
 Memberi gambaran tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang

 Membantu seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan


seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan
 Menyedarkan seseorang tentang kemungkinan permasalahan yang akan timbul
dalam melaksanakan projek perniagaan

7.1.2 FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN


i. Tajuk muka surat hadapan
Helaian tersebut merupakan helaian pertama dalam sesebuah Rancangan
Perniagaan. Antara perkara yang terdapat di muka surat hadapan Rancangan
Perniagaan ialah
a. Tajuk Rancangan Perniagaan
b. Nama dan alamat perniagaan
c. Nama penulis
d. Tarikh disediakan

ii. Muka surat isi kandungan


Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka
surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

iii. Ringkasan Eksekutif


Ringkasan eksekutif ialah bahagian utama rancangan perniagaan. Ia secara
ringkas menerangkan elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan.
Panjang ringkasan eksekutif meliputi satu atau dua muka surat dan mesti
dianggap sebagai dokumen penting yang berasingan.

iv. Badan utama Rancangan Perniagaan

57/75
UMW 1012
v.

Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

- Pengenalan
- Tujuan
- Latarbelakang Perniagaan
- Latarbelakang Pemilikan
- Pemasaran (kaedah dan strategi)
- Kewangan (modal dan kos)
- Rumusan dan Justifikasi

Lampiran

7.2. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

BAHAGIAN PENGENALAN

1. Apakah nama perniagaan atau syarikat?


2. Kepada siapakah rancangan perniagaan ini ingin dimajukan?
3. Siapakah pemilik atau rakan kongsi perniagaan?
4. Nama, alamat dan nombor telefon pihak utama untuk dihubungi?

BAHAGIAN TUJUAN

1. Apakah matlamat rancangan perniagaan ini disediakan?


2. Adakah rancangan perniagaan disediakan untuk memohon pembiayaan?
3. Siapakah yang memohon pembiayaan?
4. Berapakah jumlah kos perlaksanaan projek? Berapakah jumlah pembiayaan yang
diperlukan?
5. Bagaimankah pembiayaan ini akan digunakan?
6. Bagaimanakah pembiayaan ini dapat memberi kebaikan kepada perniagaan atau syarikat?
7. Bagaimanakah pembiayaan ini akan dibayar balik?
8. Apakah sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk memastikan projek ini berjaya?

58/75
UMW 1012
BAHAGIAN LATARBELAKANG PERNIAGAAN

MAKLUMAT UMUM Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

1. Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan perdagangan, pembuatan atau


perkhidmatan?
2. Adakah perniagaan yang akan dilaksanakan perniagaan baru atau perniagaan yang ingin
dikembangkan?
3. Apakah bentuk perniagaan yang dipilih untuk menjalankan projek?
4. Mengapakah bentuk perniagaan yang dikemukakan ini dipilih?
5. Apakah ciri-ciri yang unik mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?
6. Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan atau syarikat?
7. Bagaimanakah kelemahan akan diatasi?
8. Kenapakah projek yang dicadangkan dijangka menguntungkan?

MAKLUMAT INDUSTRI
1. Adakah industri yang ingin diceburi mengembang atau menguncup?
2. Bagaimanakah kedudukan industri ini jika dibandingkan dengan suasana ekonomi
keseluruhannya?
3. Adakah bakal pembekal akan membentuk perniagaan atau syarikat dari segi kemudahan
teknikal atau kredit?
4. Apakah syarat-syarat kredit yang akan dikenakan?

BAHAGIAN PEMASARAN

MAKLUMAT BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN


1. Apakah barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?
2. Apakah konsep barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?
3. Kenalpasti ciri-ciri khusus produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?
4. Adakah pembelian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna
berulang?

59/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MAKLUMAT PASARAN
1. Siapakah pelanggan perniagaan atau syarikat?
2. Kenalpasti segmen sasaran pasaran perniagaan?
3. Di manakah sasaran pasaran perniagaan?
4. Berapa besarkah saiz pasaran?
5. Berapakah syer pasaran yang dijangkan?
6. Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk menembusi dan mengekalkan pasaran?
7. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat meluaskan pasaran? Adakah barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan berpotensi untuk berkembang?
8. Jikalau pasaran untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan berkembang adakah
syer pasaran perniagaan meningkat atau menurun?

HARGA
1. Berapakah harga yang akan dikenakan untuk barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan?
2. Adakah perniagaan mempunyai julat harga?
3. Bagaimanakah perniagaan menentukan harga barangan atau perkhidmatan?
4. Adakah harga barangan atau perkhidmatan kompetitif?
5. Adakah harga yang ditawarkan memberi keuntungan kepada perniagaan?
6. Mengapakah pelanggan perniagaan sanggup membayar pada harga yang ditawarkan?

PROMOSI
1. Apakah kaedah promosi yang akan digunakan?
2. Mengapakah kaedah ini dipilih?
3. Adakah kaedah yang digunakan sesuai dengan barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan?
4. Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai peruntukan untuk aktiviti-aktiviti promosi?
5. Bagaimanakah peruntukan untuk promosi ditentukan?
6. Berapakah jumlah peruntukkan untuk akiviti promosi?
7. Apakah kaedah yang akan digunakan untuk memantau keberkesanan aktiviti promosi?

60/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

PENGEDARAN
1. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat menjual barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan?
2. Apakah saluran pengedaran yang akan digunakan?
3. Bagaimanakah penghantaran barangan akan dilakukan?
4. Apakah polisi perniagaan atau syarikat berkaitan dengan pemulangan barangan oleh
pelanggan?
5. Apakah pendekatan yang akan digunakan untuk membentuk dan mengekal perhubungan
pelanggan yang baik?

PERSAINGAN
1. Di manakah pesaing-pesaing perniagaan?
2. Siapakah pesaing anda yang paling ketara?
3. Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing?
4. Apakah persamaan dan perbezaan barangan atau perkhidmatan perniagaan dengan
pesaing?
5. Adakah kaedah operasi yang digunakan oleh perniagaan lebih dari pesaing?
6. Apakah kaedah-kaedah yang akan digunakan untuk memantau pesaing perniagaan?

BAHAGIAN PENTADBIRAN/PENGURUSAN

1. Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan


rancangan perniagaan yang ingin diusahakan?
2. Apakah pengalaman yang dimiliki oleh pihak pengurusan?
3. Apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan?
4. Siapakah yang akan menjalankan tugas-tugas yang telah dikenalpasti?
5. Siapakah yang akan membuat keputusan di dalam perniagaan atau syarikat?
6. Bagaimanakah perancangan akan dikendalikan?
7. Apakah jenis personel yang diperlukan oleh perniagaan atau syarikat?
8. Apakah kemahiran dan kelayakan yang diperlukan oleh pengurus-pengurus
perniagaan/syarikat?
9. Adakah personel yang diambil, bekerja sepenuh masa atau sambilan?
10. Berapakah imbuhan jasa yang akan diterima oleh personel perniagaan/syarikat?

61/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

11. Adakah latihan diperlukan untuk personel perniagaan/syarikat? Berapakah kos latihan
kepada perniagaan dari segi masa dan kewangan?
12. Adakah perniagaan/syarikat mempunyai dasar-dasar yang berkaitan dengan personel?

BAHAGIAN OPERASI
1. Apakah proses-proses pengeluaran yang terlibat di dalam perniagaan?
2. Adakah proses pengeluaran memerlukan kemudahan tertentu?
3. Apakah jenis mesin dan peralatan yang diperlukan?
4. Berapakah tahap inventori bahan mentah, barang separa siap dan barang siap yang perlu
dikekalkan?
5. Berapakah kos yang terlibat untuk menyimpan inventori yang diperlukan?

BAHAGIAN KEWANGAN
1. Berapakah kos yang terlibat untuk menjalankan projek yang dirancangkan?
2. Apakah sumber pembiayaan yang akan digunakan?
3. Berapakah modal yang akan disumbangkan oleh pemilik?
4. Bagaimanakah sumber kewangan akan diagihkan?

62/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2
TOPIK 8 : KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN

OBJEKTIF :
Di akhir sesi ini, mahasiswa akan:
 Memahami aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan

 Mengetahui cara mengaplikasikan kemahiran mengurus projek perniagaan

KANDUNGAN:
- Asas Pentadbiran
- Asas Pemasaran
- Asas Operasi
- Asas Kewangan

63/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

8.1 PENTADBIRAN

8.1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan


Definisi Pengurusan
 Satu proses mentadbir dan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan
berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi

Definisi Organisasi
 Organisasi ialah sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai
matlamat yang sama.

Empat Fungsi Pengurusan


 Perancangan
 Pengorganisasian
 Kepimpinan
 Kawalan

8.1.2 Perancangan
Definisi Perancangan
 Proses merangka aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat-
matlamat organisasi

Faedah Perancangan
 Koordinasi yang lebih baik

 Memfokus kepada pemikiran masa depan

 Persekitaran kerja berbentuk penyertaan

 Sistem Kawalan yang lebih berkesan

Jenis Perancangan
 Perancangan Strategik
 Perancangan Operasi

 Perancangan Tetap

 Perancangan Sekali Guna

 Pengurusan Berasaskan Objektif (MBO)

 Perancangan Kontigensi

64/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Halangan Kepada Perancangan Berkesan


 Memerlukan masa pengurus

 Persekitaran operasi yang kabir dan tidak menentu

 Tentangan terhadap perubahan

Mengatasi halangan kepada Perancangan Berkesan


 
 Melibatkan pekerja dalam membuat keputusan
Toleransi dalam pelbagai pandangan
Menggalakkan pemikiran strategik

8.1.3 Pengorganisasian

Definisi Pengorganisasian
Satu proses menentukan tugas yang perlu dilaksanakan, siapa yang akan
melaksanakannya dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut akan diurus dan
dikoordinasikan.

Reka bentuk kerja (Job Design)


Satu set tugas dan aktiviti-aktiviti yang dikumpulkan bersama untuk mendefinasikan
sesuatu kerja

Diskripsi Kerja (Job Description)


Perincian tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang berkaitan dengan sesuatu kerja.

Perluasan Kerja (Job Enlargement)


Program direkabentuk untuk memperluaskan skop kerja (job scope)- bil aktiviti berlainan
yang diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan setiap aktiviti dilaksanakan.

Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)


Program direkabentuk untuk meningkatkan kedalaman kerja (job depth) – darjah kawalan
yang diberikan kepada pekerja untuk melaksanakannya.

Pusingan Kerja (Job rotation)


Memberi individu pelbagai posisi kerja

65/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Pekerja akan bergilir melakukan beberapa posisi kerja di mana kerja tersebut hampir
sama tarafnya dan memerlukan kemahiran yang sama.

Hubungan Organisasi
Hubungan kerja yang wujud dalam organisasi mempengaruhi cara aktiviti disempurnakan
da dikoordinasikan
Hubungan ini didefinasikan melalui:
 


Rantaian Arahan (Chain of Command) Tanggungjawab Lini dan Staf
Span Kawalan (Span of Control) Delegasi (Delegation)

Struktur Organisasi
 Struktur Fungsian

 Struktur Bahagian

 Struktur Matriks

 Struktur Rangkaian

8.1.4 Kepimpinan
Definisi Kepimpinan
Kepimpinan adalah kebolehan untuk mempengaruhi pekerja untuk cuba mencapai
matlamat organisasi secara sukarela.

Ciri-ciri Kepimpinan
 Keinginan untuk memimpin

 Kestabilan Emosi

 Kejujuran/Integriti

 Dorongan

 Kebolehan Kognitif

 Keyakinan Diri

 Pengetahuan dalam Perniagaan

Komunikasi Pemimpin Perniagaan


 Proses komunikasi

 Halangan komunikasi

66/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Motivasi
Definisi Motivasi
Satu Kuasa/perasaan dalaman yang mendorong individu untuk berusaha dan
menghalatujukan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat

8.1.5 Kawalan
Definisi Kawalan
Membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang

Mengapa Kawalan itu Perlu


 Mengelak kerosakkan perancangan

 Mengenalpasti peluang

 Mengadaptasikan dengan perubahan dan ketidakpastian

Tahap Kawalan
 Kawalan Strategik

 Kawalan Taktikal

 Kawalan Operasi

8.2 PEMASARAN
8.2.1 Konsep Pemasaran
 Mengkaji tentang pengguna untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna
dan seterusnya menjalankan segala aktiviti di dalam firma untuk memenuhi
keperluan dan kehendak tersebut dan dalam masa yang sama dapat mencapai
matlamat organisasi.
 Matlamat pemasaran ialah untuk memberi kepuasan pembelian kepada pengguna dan
memberi keuntungan kepada peniaga. Kedua-dua matlamat ini adalah seiring.
 Bagi sesuatu usaha teroka baru aktiviti pemasaran perlulah dilakukan sebelum
sesuatu usaha teroka itu dimulakan.

8.2.2 Definisi Pemasaran


Usaha yang dilakukan secara sistematik untuk:
 Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

 Memberikan kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat


pembelian berulangan.

67/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis


 Mengekalkan dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.

8.2.3 Tinjauan Pasaran


Untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran yang akan diceburi supaya membantu
usahawan membuat perancangan perniagaannya. Perkara-perkara diberi perhatian:
 
 

Permintaan Dalam Pasaran Tahap Persaingan
Jenis Pasaran Perubahan Persekitaran Perniagaan
Saiz Pasaran

8.2.4 Permintaan Dalam Pasaran


 Permintaan terhadap sesuatu produk atau servis berdasarkan kepada keperluan dan
kehendak pengguna.

8.2.5 Jenis Pasaran


Terdapat empat jenis pasaran iaitu:

a. Pasaran Kerajaan
Terdiri daripada agensi-agensi kerajaan di mana proses pembelian dibuat melalui
sebuah jawatankuasa atau lembaga sebutharga atau tender.

b. Pasaran Penjual
Terdiri daripada syarikat-syarikat yag membeli produk untuk dijual semula,
tanpa mendapat sebarang pengubahsuaian ke atas produk tersebut.

c. Pasaran Pengguna
Terdiri daripada pengguna terakhir di mana produk atau servis yang diperolehi
adalah untuk kegunaan peribadi.

d. Pasaran Industri

68/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

Terdiri daripada syarikat-syarikat yang membeli produk kebiasaannya dalam


bentuk bahan mentah atau komponen untuk diproses atau disatukan dengan
komponen yang lain sebelum dijual.

8.2.6 Saiz Pasaran


 Potensi pembelian oleh keseluruhan pasaran yang dikenal pasti
 Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi dari data-data sekunder
 Boleh juga dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder
untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus pada pasaran setempat

8.2.7 Tahap Persaingan




Lain-lain perniagaan yang menawarkan produk serupa atau produk gantian kepada

sasaran pasaran.

Usahawan perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing bagi membantu
mereka merangka strategi perniagaan untuk menghadapi persaingan tersebut.

Siapakah pesaing yang menjadi pemimpin dalam pasaran atau industri tersebut?
Bagaimanakah pesaing mempromosikan perniagaan mereka dan bagaimanakah
mereka mengekalkan pelanggan mereka?
Juga mengambilkira tahap persaingan untuk mendapatkan stok atau bahan mentah

8.2.8 Perubahan Persekitaran Perniagaan


 Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam
industri, perubahan setempat dan suasana sosio budaya akan mempengaruhi
pertumbuhan sesuatu pasaran
 Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya ia memberi kesan
langsung terhadap perniagaan mereka.

8.3 KOMPONEN-KOMPONEN RANCANGAN PEMASARAN


8.3.1 Produk dan Servis yang Ditawarkan
 Terangkan dengan jelas produk atau servis yang ditawarkan
 Kaitkan tawaran produk atau servis ini dengan permintaan, kehendak dan keperluan
pelanggan.
 Kegunaan utama, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, kelebihan/keistimewaan
dan kelemahan/kekurangan produk atau servis yang akan ditawarkan
 Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh pelanggan

69/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

8.3.2 Sasaran Pasaran


 Sekumpulan pengguna/pembeli samada individu atau organisasi yang mempunyai
ciri-ciri yang sama yang menjadi tumpuan firma bagi memasarkan/menjual sesuatu
keluarannya.
 Nyatakan siapakah pelanggan yang menjadi sasaran dan di kawasan mana sasaran
tersebut.

8.3.3 Proses Mengenalpasti sasaran pasaran






Mengenalpasti produk atau servis yang Membahagi pasaran yang besar untuk produk atau servis yang ditawarkan kepada
boleh ditawarkan kepada sasaran pasaran beberapa kumpulan pasaran yang kecil atau segmen pasaran
berpandukan kepada penilaian dan Mengenalpasti segmentasi pasaran
pemahaman tentang keperluan dan Memilih sasaran pasaran daripada segmentasi pasaran yang telah dikenal pasti.
kehendak Pilihan ini bergantuk kepada kebolehan dan kemampuan firma
pelanggan

8.3.4 Asas Segmentasi Pasaran


 Faktor Geografik

 Faktor Demografik

 Faktor Psikografik

8.3.5 Elemen Asas Dalam Memilih Sasaran Pasaran


Terdiri daripada:
 Saiz pasaran
 Potensi Jualan

 Syer/Kongsian Pasaran

 Arah Aliran/Tren Pasaran

8.3.6 Saiz Pasaran


 Jumlah keseluruhan potensi pembeli daripada kumpulan sasaran termasuk pembeli di
bawah kawalan persaingan sedia ada di dalam pasaran yang sama
 Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi daripada data-data sekunder
 Juga boleh dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder
untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus kepada pasaran setempat.

70/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan, atau kedua-duanya
sekali.
 Contoh pengiraan saiz pasaran:
1. Mengira penggunaan daging ayam di Alor Gajah
2. Andaikan seekor ayam berharga RM10 dan setiap isi rumah membelanjakan 4
ekor ayam sebulan
3. Andaikan terdapat 5000 isi rumah di Alor Gajah. Setiap isi rumah
membelanjakan RM40 sebulan secara purata bagi pembelian daging ayam.
4. Saiz pasaran = 5000 x RM40 = RM200,000 sebulan atau RM2,400,000 setahun

83.7 Pesaing Utama




 Merupakan perniagaan lain yang menawarkan produk/servis yang sama atau

 barang/perkhidmatan pengganti/alternatif kepada pelanggan sasaran pasaran


Senarai tiga pesaing utama yang wujud dalam kawasan pasaran
Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti
Nyatakan samada terdapat lain-lain perniagaan serupa yang telah menamatkan
operasi atau menarik diri dan berikan sebab-sebabnya jika diketahui.

83.8 Kekuatan dan Kelemahan Pesaing


Contoh analisis kekuatan dan kelemahan pesaing

8.3.9 Analisis SWOT


 Analisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi sesebuah firma
perniagaan (perniagaan anda)
 Merangkumi analisis dalaman dan luaran firma perniagaan yang boleh memberi
kesan ke atas keputusan firma pada masa sekarang dan masa hadapan
 Membantu firma berada di landasan yang sepatutnya

8.3.10 Syer Pasaran


 Anggaran pembahagian (dalam peratus) pasaran di bawah kawalan perniagaan
selepas mengambilkira saiz pasaran secara keseluruhan dan pesaing dalam sasaran
Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan
pasaran yangAsama Xxxx Xxxx
B Xxxx Xxxx
C Xxxx Xxxx
71/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Nyatakan berapa peratusan daripada saiz pasaran produk/servis yang diperolehi


setelah semua kemudahan beroperasi
 Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan:
1. Jumlah pesaing utama
2. Saiz dan keupayaan pesaing
3. Pengalaman dan jangka masa menjalankan perniagaan
4. Kekuatan dan kelemahan pesaing

8.3.11 Ramalan Jualan

8.3.12 Strategi Pemasaran


 
 Produk

 Harga
Promosi
Edaran

8.4 Kewangan Dalam Perniagaan

8.4.1 Rancangan Kewangan


 RK menyediakan gambaran menyeluruh tentang jumlah dan pemasaran dana
diperoleh, kegunaan dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran dana, jumlah tunai
yang ada, dan anggaran kedudukan kewangan sesuatu perniagaan.
 RK menyediakan satu asas bagi pemantauan perbelanjaan jangka pendek dan
membantu menghalang berlakunya salah satu masalah biasa dihadapi oleh
perniagaan baru – iaitu masalah kekurangan tunai

8.4.2 Belanjawan Kewangan


 Salah satu alat penting yang digunakan oleh usahawan dalam merancang operasi
kewangan adalah belanjawan
 Belanjawan membantu pengusaha kecil menukar matlamat perniagaan menjadi
realiti
 Belanjawan yang lazim disediakan adalah
o Belanjawan operasi
o Belanjawan tunai
o Belanjawan modal

72/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

 Kebanyakak perniagaan menyediakan belanjawan operasi terdahulu. Kemudian


disediakan belanjawan tunai berdasarkan belanjawan operasi tadi.

8.4.3 Membentuk Penyata-penyata Kewangan Pro Forma

a. Penyata Pendapatan Pro Forma


Apabila membentuk PP Pro Forma, pemilik mempunyai 2 pilihan:
1. Menyediakan ramalan jualan dan lengkapkan penyata, atau
2. Menentukan sasaran untung dan lengkapkan penyata

Kebanyakan pemilik membuat pilihan (2) – membuat sasaran untung, dan


kemudian tentukan tahap jualan untuk mencapai untung tadi. (Turut
disenaraikan adalah semua belanja yang terlibat untuk mencapai untung itu)
Dalam mana-mana perniagaan kecil, untung tahunan mestilah mencakupi
pulangan kepada kepada pemilik bagi masa yang diluangkan untuk perniagaan
dan pulangan atas pelaburan dalam perniagaan.

b. Lembaran Imbangan Pro Forma


 Pemilik juga perlu menyediakan lembaran imbangan pro forma yang
menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada akhir tahun. Ia
meringkaskan aset, liabiliti dan ekuiti para pemilik.
 Lembaran imbangan pro forma akan menggunakan maklumat daripada PP Pro
forma dan belanjawan aliran tunai

8.4.4 Analisis Pulang Modal

 Adalah wajar sekiranya di peringkat permulaan perniagaan, usahawan mengetahui


bila untung boleh dicapai. Analisis titik pulang modal adalah teknik yang berguna
dalam menentukan kuantiti jualan, atau tahap volum jualan yang mesti dicapai untuk
pulang modal.

 Pulang modal adalah volum jualan pada mana perniagaan tidak untung atau rugi.

TPM = Kos Tetap


---------------------------------------
Harga jualan - kos berubah

73/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia

RUJUKAN
2.

1.
3.
4.
Ab Aziz Yusof, Selvan Perumal, Faizuniah Pangil (2005), Principles of Entrepreneurship, Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


5.
Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005), Cipta Idea Baru:

Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
6.
Marc J. Dollinger.- 3rd ed. (2003), Entrepreneurship ; Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson
7.
Malaysia Sdn. Bhd
8.
Uitm Entrepreneurship Study Group (2004), Fundamentals Of Entrepreneurship, Prentice Hall Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.


9.
Zafir Mohd. Makbul, Fazilah Mohamad Hasun (2003), Menjadi Usahawan : Panduan Menubuhkan

dan Menguruskan Perusahaan secara Profesional, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’, 2nd Edt., Prentice Hall, Malaysia.

Barjoyai Bardai (2000), Keusahawan dan Perniagaan, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M (2004), ‘Entrepreneurship; A Cotemporary Approach’ 6rd Edt.,

London, Dryden Press

Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din, Hoe Chee Hee, Shuhymee Ahmad,

Habshah Bakar, Mohd. Noor Mohd. Shariff, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Norita

Deraman, & Muhammad Nasri Md. Hussain, (2004), `Asas Keusahawanan’, Universiti Utara

Malaysia.

74/75

UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan


Universiti Darul Iman Malaysia
75/75

You might also like