You are on page 1of 1

Kimpalan Arka

Sinopsis
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu
bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam
tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.
Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza
dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan
struktur itu sendiri.
Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah
kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser,
tembakan elektron dan ultrabunyi.
Objektif:

1. Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep / prinsip, terminology, proses dan prosedur dalam
pelbagai kerja kimpalan arka.
2. Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan arka untuk membentuk pendapat yang rasional
berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat dalam bidang kimpalan.
3. Melahirkan minat dalam bidang kimpalan arka dan lukisan geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam
bidang ini.
4. Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti intelektual dan praktikal.
5. Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan, aksesori dan alatan ujuan dengan berkesan.
6. Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan keselamatan diri sendiri dan insan lain.
7. Mampu menyelesaikan masalah berkaitan kimpalan mengikut tahap sukatan pelajaran.
8. Sukatan Pelajaran
9. MODUL 1 : KESELAMATAN AM DI BENGKEL KIMPALAN - Modul ini memberikan pelajar pendedahan
terhadap punca-punca kemalangan yang mungkin berlaku dibengkel kimpalan dan menjuruskan pelajar
kepada disiplin serta prosedur kerja yang betul dan selamat.
10. MODUL 2 : KIMPALAN ARKA ASAS - Modul ini mendedahkan pelajar kepada teori dan amali kimpalan arka
asas tentang elektrik yang berkaitan dengan kimpalan arka, mesin-mesin kimpalan arka, elektrod yang
digunakan, kaedah mengumai pendek dan panjang berterusan serta menilai kumai yang dihasilkan.
11. MODUL 3 : KIMPALAN ARKA PLAT DAN PAIP - Modul ini mendedahkan kepada pelajar secara teori dan
amali teknik melaksanakan kimpalan arka ke atas plat ketebalan 6 hingga 9mm. untuk semua jenis
sambungan kedudukan rata, menegak dan mengufuk. Modul ini juga menerangkan kaedah melaksanakan
kimpal paip schedule 40 dan shedule 60 pada kedudukan 1G dan 2G dengan penekanan diberikan terhadap
prosedur mengimpal dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.
12. MODUL 4 : PEMOTONGAN LOGAM OKSI-ASITELINA-PLASMA - Modul ini memberikan kefahaman
kepada pelajar tentang prosedur keselamatan ketika operasi pemotongan oksi-asetilena secara insani dan
separa automatik, peralatan dan kaedah pemotongan dengan oksi-asetilena denganabetul. Modul ini juga
mendedahkan pelajar kepada pemotongan plasma logam bukan feros mengikut prosedur yang ditetapkan.
13. MODUL 5 : BAHAN KEJURUTERAAN - Modul ini meliputi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bahan-bahan
kejuruteraan yang biasa digunakan seperti logam dan bahan bukan logam dengan mengambil kira sifat-sifat
kimia dan mekanikalnya serta rawatan haba keluli dan kepentinganya.
14. MODUL 6 : KIMPALAN MIG (METAL INERT GAS) - Modul ini meliputi tajuk yang berkaitan dengan prinsip,
jenis mesin, kegunaan, kelebihan mesin kimpal MIG dengan penekanan diberikan secara teori dan amali
untuk mengimpal plat pelbagai sambungan dalam kedudukan rata, menegak dan mengufuk.
15. MODUL 7 : UJIAN MUSNAH DAN TANPA MUSNAH - Modul ini meliputi tajuk yang berkaitan ujian yang
dilakukan terhadap sampelsambungan kimpal yang telah dilakukan dalam menentukan kawalan mutu sesuatu
kerja amali.
16. MODUL 8 : LUKISAN GEOMETRI - Modul ini mendedahkan pelajar kepada penggunaan pelbagai alat
lukisan. Pelajar akan didedahkan kepada asas-asas lukisan geometri yang antara lain melibatkan
pembinaan garisan dan sudut, penggunaan skala, pembinaan segitiga, poligon sekata, tangen dan bulatan
dan elips, lukisan ortografik dan isometrik dan juga aspek-aspek kejurupelanan yang baik.

You might also like