You are on page 1of 23

1.

GURISAN
Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan.
Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan
menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan
tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk
menguris untuk menghasilkan gambar/corak.
stensilan

Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya


meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut.

Gambar yang ditebuk diletakkan di atas kertas


lukisan.
Warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas
kertas lukisan tadi.
Warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas
stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada
sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Capan
Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang
mempunyai jalinan tertentu.
Capan tidak perlu disediakan blok cetakan.

Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan


di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam
tersebut.
Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang,
bawang besar, bendi dsbnya.
cap jari juga boleh digunakan.
4.MOZEK
Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan
menyusun carikan kecilbahan-bahan seperti kaca,
marmar dan seramik (tessera), di susun di atas
dinding, lantai atau permukaanyang tidak rata dan
menghasilkan pantulan atau kilauan.
Satu imej yang disusun berasingan dan tidak
bertindih, disusun secara bersebelahan. Mozek
adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar
lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media
seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau
kertas
Percikan

Satu teknik hiasan catan dengan cara:


-mendetik,
-mengetuk
-menjentik
bahagian bulu berus atau berus gigi yang akan
menghasilkan kesan

Percik-percikan halus warna disembur ke serata


tempat dengan pelbagai warna.

Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair.


Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan
sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan
cat.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah
titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke
sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke
suatu permukaan.
Resis

Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna


basah dan contengan lilin.

Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan


kertas atau kain.

Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke


permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian
bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

Warna basah atau cat basah yang disapu ke atas


permukaan kertas yang disapu lilin.

Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk


membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan
diwarnakan permukaannya.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang
diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal.

Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan


tindihan iaitu tindihan lilin dan menyapu warna dari
peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Gososkan

Ia adalah proses menggosok dan merekod corak


daripada permukaan yang berjalinan
Ia juga satu proses penerokaan murid mula
menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di
sekeliling mereka.
Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak
dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan
cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang
hendak dipindahkan.
Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen,
tapak kasut.

Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan


yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai
jalinan yang kasar dan rapat
akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding
permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan
nipis.

Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan


merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu
permukaan.
8. CETAKAN
Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat
yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan.
Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang
disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan


cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri
cetakan.
Perindahan imej yang berdakwat daripada satu
permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas
atau kain.

Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan


dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan
plat dan menggunakan dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas
sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
9. MONTAJ
Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar
tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan
sesuatu tema.

Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas


bahan yang lain
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar
foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau
cetakan

Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih,


diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
Kolaj
Kolaj ialah:
- potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan
ke atas sesuatu permukaan.
Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja
seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti
gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan
ditindih untuk menghasilkan sesuatu imej.
Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu
permukaan khas seperti kertas lukisan.
Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.

11. CATAN
Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas
sesuatu permukaan rata.
Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata ataupun abstrak.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan
rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic
dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas
pemukaan bahan.
Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah
satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Bahan yang boleh digunakan seperti :cat air, cat
minyak, cat tempera dan cat poster.

12. LUKISAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau


pelan dengan garisan
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan
menggunakan media kering seperti pensil, krayon,
pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel
dan sebagainya
Ada berbagai teknik lukisan seperti:
-garisan silang,
-garisan berombak,
-garisan selari,
- garisan menyilang
-garisan kontur.
-teknik coreng,
-teknik gosok,
-teknik titik,
-teknik lorek
- teknik campuran.

You might also like