You are on page 1of 1

TEMA MELUNAS RINDU

Khamis, 8 April 2010

Persoalan pokok dalam novel MELUNAS RINDU adalah kasih sayang. Hal ini demikian kerana
persoalan kasih sayang diungkapkan dalam setiap aspek penceritaan peristiwa yang berlaku
kepada watak utama dan watak sampingan. Bermula daripada kasih sayang seorang anak
kepada ibu bapa sama ada ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat, kasih sayang kepada sahabat,
kasih sayang kepada teman seperjuangan dalam bidang pendidikan, kasih sayang kepada
penciptaNya, kasih sayang kepada anak murid, kasih sayang kepada profesion perguruan, kasih
sayang kepada tanah dengan cara berbudi kepada tanah dan sebagainya. Dapat dikatakan
bahawa tidak satu inci ruangpun dalam novel ini yang tidak memaparkan persoalan kasih
sayang. Dan kerana kasih sayang jugalah timbul kegigihan, kesungguhan dan keikhlasan watak
utama dan sampingan untuk mencari jati diri sebagai seorang muslim sejati dan anak yang
bertanggungjawab kepada keluarga sendiri. Kasih sayang yang dipaparkan oleh pelbagai watak
dalam novel ini bak lautan yang tak bertepi, bahkan jika ada sedikit pergeseran akan segera
diselesaikan bak kata pepatah, "biduk lalu kiambang bertaut". Kasih sayang yang wujud secara
ikhlas dari dalam diri membolehkan watak utama dan sampingan menerima semua suratan
yang ditakdirkan dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada penciptaNya.

You might also like