You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

CONVENT ,
84000 MUAR JOHOR

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 5

LAPORAN PROJEK KHIDMAT


MASYARAKAT
TEMA : CABARAN MASA DEPAN
TAJUK PROJEK : KEMPEN ANTI DADAH

Disediakan oleh :

Prashantha a/p Vespanathan

Nur Amira bte Said

Roshni Mala a/p Muruga

Ras Fadzilah bte Razali


ISI KANDUNGAN
1. TEMA...........................................................................................................................

2. NAMA PROJEK : KEMPEN ANTI DADAH.........................................................

3. TARIKH TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK....................................................

4. OBJEKTIF PROJEK.................................................................................................

5. SENARAI AHLI DAN TUGASAN........................................................................

6. PELAKSANAAN PROJEK........................................................................................

6.1 PERANCANGAN.................................................................................................

6.2KERJA AMALI....................................................................................................

6.3REFLEKSI.............................................................................................................

7. CADANGAN...............................................................................................................

8. PENGHARGAAN ......................................................................................................

9. LAMPIRAN.................................................................................................................

A. BORANG REFLEKSI AHLI KUMPULAN.......................................................

B. CONTOH SENARAI TUGAS JAWATANKUASA......................................

C. CONTOH SURAT PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN

KHIDMAT MASYARAKAT................................................................................

D. GAMBAR – GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK...............


1.TEMA :CABARAN MASA HADAPAN

2.NAMA PROJEK : KEMPEN ANTI DADAH

3.TARIKH PELAKSANAAN : 1 APRIL 2011

TEMPAT : SMK CONVENT MUAR

4.OBJEKTIF PROJEK

* Memberi kesedaran kepada kumpulan sasar akan pentingnya memerangi


penyalahgunaan dadah sebagai
tanggungjawab individu.

* Memberi kefahaman kepada kumpulan sasar akan bahaya salahguna dadah


terhadap warga dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang.

* Memberi nilai kepada semua pihak melalui aktiviti yang dilaksanakan di bawah
kempen yang diadakan ini.

*. Mempamerkan kesungguhan pihak individu, NGO, CBO, swasta dan kerajaan


dalam merealisasikan
Malaysia bebas dadah menjelang 2015.
5. SENARAI AHLI & TUGASAN

5.1 Guru Penasihat : Cik Yau Poh Gek

5.2 Ahli Kumpulan

Pengerusi : Prashantha a/pVespanathan

Naib Pengerusi : Nur Amira bte Said

Setiausaha : Roshni Mala

Bendahari :Ras Fadzilah bte Razali

6. Pelaksanaan Projek

6.1 Perancangan

Kami berempat dalam kumpulan telah membuat perancangan projek dalam

masa satu minggu dan tetapkan masa dan membuat jadual untuk melaksanakaan

projek kami dengan lancar. Kami telah menetapkan beberapa program di sekolah

untuk membendung masalah dadah dalam kalangan pelajar.

Walaupun gajala ini semakin serius tetapi tiada mana-mana pihak yang cuba

membendungnya . Pelajar merupakan aset Negara yang paling berharga. Mereka

akan bakal menjadi pemimpin pada suatu hari nanti. Langkah- langkah harus

diambil bagi menangani najis dadah ini dengan segera.


LOKASI

Kami telah menjalankan aktiviti kami di SMK CONVENT MUAR dan

PERPUSTAKAAN AWAM MUAR. Kami berempat telah mengabil inisiatif untuk

mengumpul maklumat tentang “ Anti Dadah” di sekolah mahupun di perpustakaan

awam. Pada mulanya kami agak sukar untuk menguruskan masa kami dengan

bijak , akhirnya kami berjaya mengumpul sedaya maklumat yang kami cari di

tempat-tempat yang dinyatakan. Walaupun maklumatnya serba sedikit namun

kami menggunakan segala yang kami peroleh di perpustakkan .


TEMPOH PELAKSANAAN

Pada 3 April 2011, perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk berbincang

tentang tugas dan perkara-perkara yang akan dilakukan.

Mulai 4 April hingga 6 April 2011, kami mendapatkan surat makluman daripada

pihak sekolah untuk disampaikan kepada ibu bapa dan kemudiannya mendapatkan

surat kebenaran daripada ibu bapa. Seterusnya, kami menghubungi pihak yang

berkenaan untuk memberitahu mereka tentang projek yang kami jalankan dan

seterusnya meminta kerjasam mereka untuk ditemu bual. Mereka telah memberi

kerjasama yang baik kepada kami. Mereka bersetuju dengan tarikh yang kami

tetapkan untuk menemu bual.

Pada 8 April hingga 12 April 2011, kami mula mencari maklumat melalui Internet,

akhbar, majalah, buku, dan jurnal tentang Program Anti Dadah. Dalam hal ini,

kami telah membahagikan tugas antara kami.


Mulai 15 April 2011 hingga 23 April 2011, sesi temu bual dijalankan mengikut

tarikh dan tempat yang telah ditentukan iaitu di rumah responden.

Pada 27 April 2011 hingga 29 April 2011, setiap ahli kumpulan diberi masa untuk

merumus dan menyusun bahan serta maklumat yang diperoled.

Pada 30 Mei 2011, kami telah menemu bual dengan membawa bahan dan

maklumat masing- masing. Dalam masa 2 jam 30minit, kami telah berbinacang

tentang reka bentuk dan susun atur serta maklumat dalam folio.

Pada 5 Mei, tugas menghasilkan folio ‘Program Anti Dadah’ telah siap

sepenuhnya. Folio diserahkan kepada Cik Yau Poh Gek untuk tatapan dan rujukan

warga sekolah.
KOS PELAKSANAAN PROJEK

Kesimpulanya, tiada banyak kos yang kami peruntukan untuk projek ANTI

DADAH ini. Kami telah medatakan kos kami dalam bentuk jadual dan disemak

oleh bendahari kumpulan kami iaitu Ras Fadzilah bte. Razali.

BIL BARANG KUANTITI KOS


1 KERTAS A4 30 helai RM 1.20
2 PLASTIK DEPAN 2 helai RM 1.00
3 BINDING COMB 1 RM 1.00
4 CETAKAN 30 kpg RM 15.00
5 GAMBAR 4 RM 2.40
JUMLAH RM 20.60

Jumlah yang telah dikeluarkan ialah sebanyak RM 20.60 dan seorang ahli

RM 20.60
kumpulan harus membayar sebanyak ∴=
4

∴=RM 5.15

Disediakan oleh :

Ras Fadzilah bte Razali

MASALAH KETIKA PELAKSANAAN PROJEK

Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini.
Pertamanya, kami sukar menghubungi pihak yang terbabit kerana kesibukan

mereka dengan tugas masing- masing. Selain itu, kami lambat mendapat maklum

balas daripada pihak yang terbabit dalam temu bual. Begitu juga dengan soalan

soalan temu bual kepada pihak pihak yang terlibat dalam projek Anti Dadah,

yang telah memakan masa yang lama untuk dijawab kerana sibuk dengan urusan

masing-masing.

Masalah seterusnya yang kami hadapi adalah kekangan masa. Misalnya, apabila

telah ditentukan hari dan masa untuk sesi temu bual, tiba tiba temu bual itu

terpaksa dibatalkan kerana pihak yang terbabit mempunyai hal lain yang lebih

penting dan tidak dapat dielakkan. Malah beberapa kali sesi temu bual terpaksa

ditunda kerana masa yang ditentukan kurang sesuai, kami tidak boleh

menjalankan sesi temu bual pada hari persekolahan dan berpeluang

melakukannya hanya pada hari Sabtu dan Ahad.

Malangnya, hari Sabtu dan Ahad pula merupakan hari palaing sibuk bagi mereka

yang terbabit. Namun, kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami, akhirnya
kami berjaya juga menadakan dan menyelesaikan sesi temu bual tersebut dan

memperoleh maklumat yang diperlukan.


NAMA:________________________

USIA:_________

ALAMAT:__________________________________

__________________________________

NO.TEL:__________________

SEKOLAH: ________________________________

HOBI :___________________________________

CITA- CITA: _____________________________

MOTO :_________________________________

CADANGAN

Kami mencadangkan supaya program ANTI DADAH ini perlu diteruskan pada

masa yang akan datang. Kita perlu mengenal pasti gajala social yang lain seperti

pergaulan bebas dan gejala rempit. Semua pihak perlu menggembeleng tenaga,
masa dan wang untuk menjayakan sesuatu kempen agar najis dadah dalam

kalangan pelajar dapat dibanteraskan.

Penghargaan

Keseluruhan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna kerana

mendapat bantuan , sokongan , dan kerjasama daripada beberapa pihak. Kami

ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada:


Guru Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan kami , iaitu Cik Yau Poh Gek yang

sentiasa member bimbingan dan menguatkan semangat kami sepanjang tempoh

pelaksanaan projek ini.

Ibubapa kami yang telah memberi kebenaran dan sokongan dari mula

hingga akhir pelaksanaan projek ini, termasuk meluangkan masa untuk

menghantar dan mengambil kami ketika sesi temu bual di rumah penemu bual

kita.

Puan Pengetua, Puan Fuziah bte Mahdan ,yang telah memberikan kebenaran

kepada kumpulan kami untuk menjalankan projek seterusnya mengizinkan kami

menggunakan internet di Pusat Sumber sekolah secara percuma.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan kaunselor sekolah

dan raka-rakan yang sudi berkongsi bahan atau maklumat tentang “DADAH”.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

terlibat dalam menghasilkan projek ini secara langsung da tidak langsung.

Kerjasama, sokongan dan semangat tinggi yang memungkinkan terhasilnya folio

“ANTI DADAH” yang berguna dan menarik untuk tatapan warga sekolah.
GAMBAR
PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila
dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan
boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal
atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)
OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam
golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi
atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau
diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah
biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap
bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan
fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya
sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan
bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu
diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda
pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose
yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI


Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat
perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin,
Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin,
barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang


membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang
menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya


sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis
dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak
menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya
dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan
ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang
berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan
anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi
daripada yang termampu olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar
dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agam

You might also like