You are on page 1of 9

Telefon berasal daripada bahasa Greek (tele = jauh dan

phone = suara) dan merupakan alat telekomunikasi yang digunakan bagi


memancar dan menerima bunyi pada jarak jauh tanpa terikat dan secara
bebas. Kejayaan Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun
1876,
telah membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubung antara satu
dengan
lain walaupun berjauhan. Namun demikian, teknologi telekomunikasi
masih
mengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan pesat,
inovasinya
dibaharui oleh generasi kemudian sehingga membolehkan manusia di
bumi
berhubung dengan manusia lain tanpa bantuan kabel melalui telefon
bimbit. Bagi ramai orang, telefon bimbit ialah keperluan paling utama.
Alat ini akan dibawa ke mana-mana sahaja di dalam saku, sama ada satu
atau dua unit supaya mudah berhubung. Banyak syarikat yang telah
ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan talian telefon di Malaysia.
Antaranya ialah DIGI, CELCOM, MAXIS dan TELEKOM (yang baru
menukarkan
nama syarikat ke TM).
Dunia sedang mengalami peningkatan dalam penggunaan
telefon bimbit. Mengikut syarikat penyelidik ABI Research Mobile
Devices Research Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah
dipasarkan pada 2006. Telefon bimbit digunakan secara meluas di seluruh
dunia sehingga kanak-kanak kurang daripada 8 tahun juga memiliki
sebuah
telefon bimbit. Antara sebab telefon bimbit digunakan secara meluas dan
mudah didapati ialah harga telefon bimbit di pasaran yang berpatutan.
Kini, telefon bimbit mampu dimiliki oleh pelbagai golongan tidak kira
sama ada mereka merupakan golongan kaya atau miskin. Telefon bimbit
boleh didapati dengan harga RM80 sehingga beribu-ribu. Telefon terpakai
juga dijual pada harga yang sangat murah. Harga telefon bimbit
bergantung kepada bilangan fungsi dan kecantikannya. Pelbagai bentuk
dan model yang boleh dipilih mengikut cita rasa pengguna. Terdapat
beberapa jenama telefon bimbit yang boleh dipilih, iaitu Sony Ericsson,
Nokia, Samsung, Motorola, LG, Apple, BenQ, O2, Anycall dan banyak lagi
jenama baru yang baru dicipta. Setiap jenama mempunyai keistimewaan
tersendiri, corak telefon bimbit yang unik dan fungsi yang berlainan.
Pelbagai syarikat telekomunikasi yang menawarkan
khidmat liputan turut mendorong ramai orang untuk mendapatkan telefon
bimbit. Syarikat-syarikat telekomunikasi swasta yang menawarkan
khidmat
liputan bersaing untuk mendapatkan sambutan baik dan menawarkan
pelbagai pakej yang murah kepada pelbagai golongan. Contoh pakej
adalah
seperti DIGI D’ Campus yang ditawarkan oleh DIGI sekarang kepada
pelajar universiti. Pakej tersebut membolehkan pengguna membuat
panggilan percuma selepas penggunaan sebanyak RM1 harian semasa
membuat
panggilan. Selain itu, pakej itu membolehkan pengguna melayari internet
menerusi telefon bimbit secara percuma. Menerusi pakej-pakej seperti
ini pengguna boleh menjimatkan wang dan membuat panggilan dengan
kerap. Selain itu, liputan yang ditawarkan meliputi kawasan yang luas
sama ada di bandar atau di luar bandar. Syarikat telekomunikasi CELCOM
mempunyai liputan yang sangat luas sehingga pengguna boleh membuat
panggilan dari tempat yang terpencil. Perkhidmatan ini memudahkan
perhubungan di tempat terpencil terutamanya tempat yang belum
mempunyai
talian telefon tetap.

Telefon bimbit membawa banyak perubahan dalam kehidupan


seharian kita. Telefon menambahkan kecekapan sistem perhubungan.
Saiz
telefon bimbit yang kecil membolehkannya dibawa ke mana-mana sahaja.
Oleh itu setiap pengguna telefon bimbit boleh dihubung dengan mudah
dan
cepat. Perkongsian informasi dan gambar boleh di buat juga dengan
mudah
sekali melalui ***S dan MMS. Sistem perhubungan ini dapat dikendalikan
dengan mudah dan cepat, penting untuk ahli peniaga dan professional
seperti doktor dan CEO syarikat besar yang perlu dihubungi apabila
kecemasan berlaku dan perkhidmatan mereka diperlukan. Di tempat-
tempat
yang tidak mempunyai talian telefom tetap, telefon bimbit merupakan
cara perhubungan yang terutama untuk menhubungi dunia luar. Para ibu
bapa turut boleh mudah mencari anak mereka yang selalu keluar dari
rumah ke bandar. Apabila kecemasan berlaku dan tiada telefon awam
didapati, telefon bimbit boleh menyelamatkan nyawa dengan kemudahan
membuat panggilan kecemasannya.

Walaupun telefon bimbit membawa banyak kebaikan ke


dalam hidup kita, tetapi terdapat juga kesan negatif dalam pengunaan
telefon bimbit. Menurut laporan dalam Berita Harian 16/10/2004, di
Stockholm, Laporan kajian yang disiarkan oleh jurnal antarabangsa,
Epidemiology, mereka yang menggunakan telefon bimbit sekurang-
kurangnya
sejak 10 tahun lalu mungkin mengalami risiko mendapati ketumbuhan
otak
yang unik. Banyak eksperimen juga dibuat yang menunjukkan radiasi
antara dua buah telefon bimbit di kedua-dua belah sebiji telur boleh
memasak telur tersebut. Terdapat juga kes lain yang hampir sama. Dua
kajian terbaru di London mendapati semakin ramai orang yang ketagihan
telefon bimbit sehingga menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan dan
mudah marah. Kajian pakar psikologi Britain itu mendakwa mereka yang
tidak mempunyai telefon bimbit atau enggan menggunakan lagi alat itu
sebaliknya mencatat paras tekanan darah rendah, laporan Perbadanan
Penyiaran Britain (BBC) semalam. Telefon bimbit yang menggunakan
antena dalaman menghasilkan kadar radiasi yang tinggi. Radiasi tersebut
merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak. Didapati
kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun yang menggunakan
telefon
bimbit secara berlebihan akan mengalami masalah ketumbuhan pada
telinga dan otak.

Terdapat pelbagai punca penggunaan meluas telefon


bimbit. Terdapat juga pelbagai kesan postif dan negatif dalam isu
penggunaan telefon bimbit. Pelbagai cara keselamatan boleh diamalkan
seperti tidak membuat panggilan yang panjang dan tidak meletakkan
telefon bimbit di dalam kocek untuk mengelakkan radiasi daripada
telefon bimbit untuk memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh
badan. Kita tidak dapat menolak perkembangan teknologi yang canggih
dan
teknologi maklumat dengan menghentikan penggunaan telefom bimbit
hanya
kerana kesan negatifnya. Pengguna sendiri haruslah bijak menggunakan
dan mengendalikannya.

Kesan Penggunaan TelefonBimbit Kepada Remaja

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular


dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini tidak terkecuali
golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya
semakin mampu dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.
Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-
 menjadi penghubung yang efektif
1. boleh menghubungi keluarga jika perlu
2. menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
3. mengeratkan hubungan silaturahim
 menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
1. boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
2. menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton
video

Manakala kesan buruknya pula:-


 membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
1. wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu
2. remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
 membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
1. mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
2. mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri
Kesimpulan:-
Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja.
Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak
mereka agar tidak disalahgunakan.

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon
bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu,
hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam
kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan
golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya
menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut
jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak
kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal
yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim
dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat
penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar
juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau
Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang
melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di
Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak
mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara
untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan
penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar
perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit
merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti
saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin
mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga
memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil
telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan
walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur
baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata
pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus
mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan


pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa
kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong.
Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di
bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan
menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar
tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko
kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran
seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon
bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon
bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat
pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia
(Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan
sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon
bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa
mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita
menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan
barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit.
Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya
memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit
kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata
pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah
yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara
berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi
masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan
remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Kesan telefon bimbit di sekolah sukar dijangkakan


Submitted by WebAifa on 15 January 2006 - 7:15am. News

Apabila Kementerian Pelajaran membenarkan penggunaan telefon bimbit


kepada pelajar sekolah dengan alasan desakan ibu bapa maka sudah tentu
penggunaan telefon tersebut merupakan satu keperluan yang benar-benar
mendesak di kalangan ibu bapa terlibat.Oleh: MARZITA ABDULLAH
(Wartawan Utusan)

Sembilan tahun lalu perkara yang pernah dibangkitkan itu tidak dipersetujui
oleh kementerian berkenaan, namun kali ini atas alasan desakan itu maka
mereka terpaksa akur dengan kehendak ibu bapa yang merupakan
pelanggan utama Kementerian Pelajaran.

Dalam hal ini sama ada kita hendak melihat telefon bimbit sebagai suatu alat
komunikasi yang penting kepada pelajar sekolah adalah terpulang kepada
pemikiran ibu bapa masing-masing.

Ini kerana telefon bimbit kini bukanlah suatu barangan mewah malah ia
merupakan barangan keperluan bagi masyarakat di kota besar.
Kita pun sudah biasa mendengar telatah pelajar-pelajar di institusi pengajian
tinggi (IPT) yang sanggup menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sepatutnya untuk keperluan
akademik tetapi memperuntukkan sebahagian besarnya bagi membeli
telefon bimbit.

Melihat pada situasi ini pastinya telefon bimbit alat komunikasi yang amat
penting dan popular di kalangan pelajar IPT tanpa perlu kita menyelidiki
tujuan penggunaannya.

Malah pada masa ini pelajar sekolah itu sendiri terutama pelajar sekolah
menengah pada hakikatnya telah pun mempunyai telefon sedemikian sama
ada dibeli oleh ibu bapa masing-masing atau duit simpanan sendiri.

Cuma ia terbatas di luar sekolah kerana peraturan sebelum ini yang


melarang mereka menggunakannya di kawasan sekolah.

Kita sendiri juga pernah melihat betapa canggihnya telefon pelajar sekolah
jika dibandingkan mereka yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan
sendiri.

Dalam hal ini, kewajaran menggunakannya di kalangan pelajar dan di


kawasan sekolah harus diberi perhatian serius.

Memang tidak dinafikan ia suatu barangan mampu milik dan alat hubungan
yang penting namun kita perlu melihat kesan negatif kepada pelajar sekolah.

Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini di
kalangan orang dewasa apatah lagi dengan teknologi canggih telefon yang
mampu merakam gambar.

Itu tidak termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai mahupun


pelbagai tarikan lain yang diiklankan di televisyen.

Adakah kita boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat
dalam perkara-perkara sedemikian atau menyalahgunakannya.

Malah, bolehkah kita percaya perjanjian dengan ibu bapa masing-masing


bahawa mereka hanya boleh menggunakan telefon itu untuk urusan yang
penting dan kecemasan.

Namun yang penting bolehkah kita memberi jaminan tidak akan berlaku
penyalahgunaan telefon bimbit itu di dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung.

Saranan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional bahawa
suatu tempoh percubaan perlu dilaksanakan di sekolah juga perlu diberi
perhatian.

Tidak keterlaluan jika kita boleh mengandaikan bahawa akan timbul kesan
psikologi terhadap pelajar sekolah yang kurang mampu.

Maka akan wujudkah suatu trend dalam kalangan pelajar sekolah bahawa
telefon bimbit adalah perkara penting zaman persekolahan sekarang
sehingga memaksa ibu bapa membelikan telefon itu untuk mereka.

Memang zaman berubah jika dahulu pelajar sekolah bergantung harap


kepada telefon awam namun sekarang tidak perlu lagi dengan adanya
telefon bimbit.

Mungkin ibu bapa zaman sekarang tidak suka menyusahkan anak-anak dan
lebih mudah menyogok semua kemudahan dan kesenangan kepada mereka.

Sekalipun akan ada kesan buruk penggunaan telefon ini di sekolah, namun
kita tidak boleh menolak kepentingannya untuk ibu bapa di bandar besar,
khusus jika berlaku kecemasan.

Akhbar-akhbar pernah melaporkan tentang telefon bimbit yang dapat


menyelamatkan pelajar sekolah terutama yang melibatkan kes jenayah.

Meletakkan kepentingan penggunaan telefon bimbit ini sama ada untuk


pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah juga perlu diberi perhatian.

Dalam hal ini, kita dapat mengagak golongan pelajar manakah yang lebih
mematuhi peraturan penggunaan telefon bimbit tersebut.

Ibu bapa sendiri juga sudah tahu golongan pelajar mana perlu diutamakan
untuk dibelikan telefon ini jika benar-benar mahu memastikan keselamatan
anak masing-masing.

Sudah pasti bukanlah perkara mengejutkan nanti 

pelajar sekolah mempunyai telefon bimbit yang lebih hebat daripada guru
mahupun pengetua atau guru besar sekolah itu sendiri.

Hebat atau tidak anak-anak zaman sekarang menggayakan telefon bimbit di


sekolah hanya masyarakat yang dapat menilainya.

Mereka juga yang dapat menilai sama ada kebaikannya lebih banyak dan
mampu menutup keburukan atau sebaliknya, itu semua terpulang kepada
ibu bapa. "

 
 

You might also like