You are on page 1of 39

KEISTIMEWAAN WANITA DALAM ISLAM

1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.

2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam Al
Qur’an.

3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga
pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan masakannya menjadi
do’a yang diijabah.

 4. Wanita yang menjaga shalat, puasa dan taat pada suami, Allah SWT
mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.

5. Isteri yang kelelahan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan
pahala 70 x haji mabrur.

6. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan susunya akan diberi pahala satu
kebaikan. Dan jika tidak dapat tidur semalam suntuk karena anaknya, maka baginya
pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya di jalan Allah dengan penuh
keikhlashan.

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada
Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri
mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil shalatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat
shalat wanita yang tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun shalat sunah dan 70
tahun puasa”.

11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000
kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari
matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000
tingkat.

12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan
mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit
akan mengabarkan berita bahwa SURGA WAJIB BAGINYA.

13. Apabila seorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2n
14. Apabila ia membaca pada hari pertama “Alhamdulilahi ala kullu halin wa
astagfirullaha min kulli zambi” maka ALLAH akan membebaskannya dari jahanam,
shirat & adzab.

15. Setiap hari haidnya, ALLAH tinggikan dia dengan pahala 40 org mati syahid apabila
ia berdzikir.

 16. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya
dengan kasih sayang, maka Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

17. Wanita yang tidak cukup tidur di malam hari karena menjaga anaknya yang sakit
akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila ia hibur anaknya maka Allah
akan memberikan pahala 12 tahun pahala ibadah.

18. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dari setiap kesakitan
pada satu uratnya maka Allah beri pahala haji.

19. Sekiranya wanita itu meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia tergolong
sebagai mati syahid.

20. Wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 tola emas,
manakala wanita memicit suaminya disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya akan masuk syurga.

22. Jika suami mengajar isterinya 1 masalah agama, baginya mendapatkan pahala 80
tahun ibadah.

23. Semua orang akan melihat dan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat nanti,
namun Allah akan mendatangi sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya secara
sempurna di dunia dengan istiqamah.

24. Wanita yang mencuci baju suaminya akan menghapus 2.000 dosa bersama tetesan
air yang jatuh.

25. Wanita yang mencuci baju suaminya yang digunakan keluar di jalan Allah, maka
debu yang menempel di baju dan tersentuh oleh kulitnya maka kulitnya tidak akan
disentuh api neraka sekalipun asapnya.

26. Wanita yang membuat makanan terbuat dari tepung untuk suami dan anak-
anaknya, Allah menetapkan pada setiap biji tepung itu kebajikan, menghapus
kejelekan, dan meninggikan derajatnya.

27. Wanita yang berkhidmat melayani suaminya sehari semalam dengan suka cita dan
penuh keikhlashan serta niat yang benar, Allah akan mengampuni dosanya dan
memakaikannya pada hari kiamat dengan pakaian hijau gemerlap dan Allah
menetapkan setiap rambut ditubuhnya 1,000 kebaikan dan Allah memberinya pahala
100 ibadah haji dan umrah.

28. Wanita yang membentangkan tempat tidur untuk suaminya dengan senang hati,
maka malaikat pemanggil dari langit akan menyerunya untuk menghadapi amalnya dan
Allah mengampuni dosanya yang sudah lalu dan yang akan datang.

29. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatat 1,000
kebaikan dan mengampuni kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari oleh
matahari memintakan ampun baginya, serta Allah mengangkat 1,000 derajat baginya.

30. Jihad seorang wanita adalah mengurus suaminya dengan baik.

31. Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam dan shalat, lalu
membangunkan suaminya dan ikut shalat, bila suaminya enggan maka ia percikkan air
di mukanya.

32. Seorang wanita yang meminyaki rambut kepala anak-anaknya lalu menyisirnya dan
mencucikan pakaiannya maka Allah SWT menetapkan pahala baginya seperti pahala
memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1000 orang
yang telanjang.

33. Wanita yang sedang hamil dan menyusui sampai habis masa persusuannya seperti
pejuang di garis depan fi sabilillah. Dan jika ia meninggal di antara waktu tersebut maka
sesungguhnya baginya pahala mati syahid.

34. Jika wanita mengandung anak di perutnya, maka para malaikat akan memohonkan
ampunan baginya, dan Allah SWT menetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan,
menghapuskan 1,000 kejelekan. Ketika wanita itu merasa sakit saat melahirkan, maka
Allah menetapkan baginya pahala para pejuang di jalan Allah. Jika ia melahirkan
bayinya, maka keluarlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya dan tidak
akan keluar dari dunia dengan membawa dosapun, di kuburnya akan di tempatkan di
taman-taman syurga. Allah memberinya pahala 1,000 ibadah haji dan umrah dan 1,000
malaikat memohon ampunan baginya hingga hari kiamat.

35. Wanita yang memberi minum anaknya di waktu kecil, kelak di hari kiamat Allah
SWT akan memberinya 70 teguk air dari telaga kautsar.

36. Wanita yang paling baik di kalangan wanita akan memasuki syurga sebelum orang
yang paling baik di kalangan laki-laki. Mereka akan mandi dan memakai minyak wangi
dan menyambut suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka
anak-anak kecil.

37. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang
daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

38. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama


orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan
Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

39. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

40. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
S.A.W.) di dalam syurga.

41. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

41. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

42. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

sila rujuk di kitab-kitab kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin,


Uqudilijain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab

[ Saya sekadar berkongsi akan kelebihan wanita, kita sedar untuk wanita menjadi ahli
syurga amatlah mudah. Berkenaan nasnya, atau kesahihan maklumat diatas sila rujuk
pada kitab-kitab yang disebut. Sebenarnya ganjaran2 yang di janjikan adalah sebagai
motivasi atau untuk mengambarkan kebesaran sesuatu amalan itu. Pentingnya lakukan
sesuatu amalan kerana cinta kita pada Allah dan Rasulullah s.a.w. Lakukan segala
amalan dengan ikhlas, sesungguhnya Allah sahaja yang menentukan ganjaran bagi
hambaNya.]

Wallahu a'lam
Inilah Makna Bahagia

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang
berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital
Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman
sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan
dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan
ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu
bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak
diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha
mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu
terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah
dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu
dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan
lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu
adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia
ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup
bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu
utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan
sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke
dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber
daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang.
Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan,
rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja
untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin,
hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau
apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu
bahagia?

Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua
yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri
daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa
semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:

"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik
amalannya." (Surah Al-Mulk)

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri
daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris
kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun
memiliki harta yang berbilion dollar.

Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris
Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-
masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati
dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja
oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut
kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa
negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran),
Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi.
Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan
ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari
kebahagiaan.

Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al
Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti
betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila
selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang
berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai
nama yang berkenaan cukup panjang...

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa
dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta
dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan
jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan
harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa
bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan,
kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia?
Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita
sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di
dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah
peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya
bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua
manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai
perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita
tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang
luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air
limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang
sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur,
hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak
dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat
mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia,
timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat
tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia
tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata,
ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak
bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia
itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan"
hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang
berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi
apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk
Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du
28)

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia


baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah
seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu
sebenarnya ialah kaya hati."

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang
dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir
sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan
sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong
pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang
ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah

1. Beriman dan beramal salih.

"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman,
maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan
membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka
amalkan." (Surah An-Nahl: 97)

Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa


kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan
tayyiban).

Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).

Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu
adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas
daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-
Ra'd: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus
asa dan kecewa. Allah berfirman:

"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-
Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas
dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan


dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan
ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal
itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya
pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa
silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang
belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu
datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang
telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat


bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu
sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:

"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi
katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,"
karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis
Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan
rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan
Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu
karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat
Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih


ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan
mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima
kasih.

Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima
kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman
Allah:

"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami
tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-
Insan: 9)

Zikrullah Yang Membawa Bahagia

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati.
Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir
tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk
artikel Mencari Ketenangan Hati)

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik
dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori
dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak
kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga
penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh
Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita.
Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah
menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!

Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang
baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.
Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa
bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT
mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal
yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia
ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.

Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam
agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang
sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.
Lagi Sayang... Lagi Diuji

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu
soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat
berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil
pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata
pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat
laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan
jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di
setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga
meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali
lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah
telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya: 

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira
dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka
berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak
melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia
juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau
tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-
Rum: 36-37)
Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat


kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup
yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah
berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang
dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu
dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula
gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu
berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan
mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka,
sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa
akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu
melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah
bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti
pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding
kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar
empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan
akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah
merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian,
fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika
benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-
orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 
Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu
mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin
bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-
leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para
tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan
tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita
tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini
bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita
mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang
mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang
kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya
petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak


mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang
tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa
beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang
mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus
mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini
akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah,
sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh
Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan
sayangkan kamu!
Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat
memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya
pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus
malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya
antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga
dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah
lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada
zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah
hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat
kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja
mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan
memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang
semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan
diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan
kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar
melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang
bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi
dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak
dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke
dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga.
Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar
menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah
yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus
dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina,
mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini
dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat
mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di


sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan
benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori
dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak
kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan,
pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan
menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang
bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah
terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan
lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang
memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman
Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah
ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal
orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia
seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan
mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan
mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita
layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan
bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan
sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan
dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir
rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain
yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu
"demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna
ilaihi rajiun. Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya


kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan.
Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita
layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup
ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh
rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila
kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul
rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan
permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang
dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan
akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di
kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana
merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW
yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua
Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah
bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid,
para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang
menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah
senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan
Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa
ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman
Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman,
supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada.
Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana."
(Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui
sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik
belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia
bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya
(kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT.
Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada
Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang
terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu
mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik
(terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin
kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang
ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik
dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya
yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut
untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan,
bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang
kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan
kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang
siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu
adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah
berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan...
mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita
ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud
Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita
diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan.
Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah
dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa
maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-
apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang
menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah
bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi
tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah
angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup
kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not
what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how
high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan
sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh
"mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian,
bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan
tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar,
syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di
kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling
gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi,
siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada
kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu
daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan,
sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah
datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah
sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan
berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala
dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang
hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu
dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut
dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak
bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang,
gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan
kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan
hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah.
Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak
salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah
mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok
yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah
kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh
semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau
jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang
sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di
dalam hati sendiri!
Kaedah Huffaz
seorang al-hafiz juga seorang akauntan bertauliah (ACCA), iaitu Dr. Haji Mohd Shafie bin Haji Md Amin
dari Al Huffaz Consulting Sdn. Bhd.

Hayati nasihat beliau.

1. Hafazan Al Qur’an tidak terbatas hanya kepada kanak-kanak atau pelajar peringkat persekolahan. Ia
boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan kita memiliki persediaan mental yang betul, menggunakan
kaedah yang berkesan serta usaha yang berterusan (istiqamah).

2. Allah tidak melihat hasil hafazan kita. Dia melihat usaha yang kita pamerkan. Ia berbeza dengan
manusia yang cenderung bertanya: “Berapa juzuk sudah engkau hafaz ?” dan soalan-soalan yang
seumpamanya. Justeru itu selagi seseorang itu terus berusaha dan berusaha menghafaz Al Qur’an, ia
akan mendapat ganjaran dari Allah walaupun mengambil masa yang lama untuk menghafaz Al Qu’ran.

3. Orang dewasa menghafaz Al Qu’ran itu MUSTAHIL … IMPOSSIBLE ! Kalau kita buat apa yang Allah
suka, ingat dengan bantuan Allah tidak ada apa yang mustahil. Kalam MUSTAHIL itu hanyalah pada
logika manusia, bukan pada pandangan Allah. Dengan izin dan pertolongan Allah, tidak ada apa yang
mustahil di dunia ini.

4. The best teacher is Allah, so to get the most, be close to Allah. Allah is also the most intelligent, so
to be intelligent (in academic for instance), be close dan ask for assistance from Allah (but must be
preceeded by working hard first !)

5. Kaedah Al-Huffaz yang diperkenalkan oleh Dr. Mohd Shafie menekankan kepentingan mengulang-
ulang ayat yang mahu dihafal di antara 60 ke 200 kali sehingga ia tertanam di subconscious mind kita.
Buku untuk memudahkan aktiviti hafalan juga dibekalkan. Ia berpandukan kepada kefahaman konsep
Short-term and Long-term memory.

6. Dalam aktiviti hafalan, ibubapa selalau menanya anak mereka “Sudah berapa juzuk engkau hafal?”.
Sebenarnya soalan yang lebih relevan ialah, “Berapa juzuk yang kamu masih ingat?”. Ramai orang
menghafal Qur’an tetapi ramai juga yang lupa selepas itu. Kaedah Dr. Mohd Shafie berusaha untuk
menangani masalah berkenaan.
Persoalan Agama: Berzikir tidak terbatas selepas solat
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

2011/05/01
KITA sememangnya maklum zikir menjadi sebahagian proses memantapkan diri sebagai seorang Muslim.
Persoalannya, apakah yang dinyatakan kitab suci al-Quran mengenai zikir ini.

Ibu Prihatin, Selangor.

FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke-35 , maksudnya: “Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah
SWT banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah SWT banyak-banyak, Allah sudah
menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”

Berdasarkan ayat ini di kalangan ulama, contohnya Mulla 'Ali al-Qari muhaddith menjelaskan bahawa berdasarkan
hadis, ibadat yang paling utama dilakukan selepas membaca al-Quran dan mempelajari hadis ialah berzikir. 

Hebatnya kedudukan orang yang berzikir ini turut dinyatakan dalam firman Allah SWT menerusi surah al-Baqarah
ayat 152 yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku),
supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan
nikmat-Ku).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan selagi
bibirnya menyebut-Ku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.

Dalam sebuah hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berhimpun sesuatu golongan itu
untuk mengingati Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengelilingi mereka dan rahmat menyelaputi mereka dan
ketenangan turun kepada mereka dan disebut-sebut oleh Allah SWT pada setiap yang ada disisi-Nya”. 
Muslim hendaklah menjadikan setiap kesempatan dilalui sebagai zikrullah. Tetapi soalan yang timbul ialah
bagaimana boleh berlaku begitu? Al-Imam An-Nawawiy, seorang pakar fiqah bermazhab Syafie yang masyhur
memperjelaskan dalam kitab al-Azkar, betapa mudahnya amalan zikir ini untuk diamalkan dalam kehidupan
seharian. 

Beliau berkata, bahawa segala tindak tanduk yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah SWT adalah zikir.
Jika difahami perkara ini maka bukan saja pertuturanmempunyai nilai zikir, malah tidur, bersembang, ziarah
menziarahi juga termasuk dalam zikir . 

Penjelasan ini berteraskan kepada hadis dan al-Quran yang menjelaskan perkara berkenaan. Hal ini sekali gus
menafikan tanggapan sempit masyarakat bahawa zikir hanya terbatas dalam persekitaran ibadat khusus seperti
selepas solat atau pada waktu tertentu.

Al-Imam Al-Ghazali menyebut dalam Al-Ihya’, setiap episod yang dilalui dari pagi hingga malam hendaklah dipastikan
menjadi ibadat kepada Allah SWT. Lantaran itu, agenda kehidupan itu mesti bermula dengan hubungan langsung
dengan Allah SWT. Alangkah baiknya jika hari itu dimulakan solat tahajud diikuti sunat hajat.

Selesai solat Subuh, Muslim menuju ke tempat kerja dan kerja itu adalah peluang beribadat kepada Allah SWT
dengan menepati syarat ditetapkan Islam. Pada waktu pagi, lebih kurang tiga jam selepas matahari terbit, Muslim
jangan melepaskan peluang untuk beribadat dengan menunaikan solat duha atau menunaikan keperluan seseorang
Muslim yang lain. 

Pada hari bekerja pula, waktu ini digunakan untuk bekerja dalam erti kata yang sebenarnya. 

Menjelang waktu Zuhur pula, seseorang hamba itu boleh meneruskan pekerjaannya sebaik tamat solat Zuhur.
Sekiranya kerja sudah selesai maka dia boleh berehat iaitu tidur untuk membolehkannya Qiamullail. Apabila masuk
waktu Asar, tugasnya ialah bersolat seperti biasa kemudian berzikir dan berwirid, seterusnya aktiviti berbentuk
kekeluargaan bersama anak dan isteri menerusi aktiviti rekreasi, riadah dan kreativiti.

Waktu antara Maghrib dan Isyak hendaklah diisi dengan sebaiknya, sama ada untuk menghadiri majlis ilmu atau
membaca al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat.

Seterusnya selesai solat Isyak, eloklah kiranya diisi dengan program al-Quran seisi keluarga. Antara surah
digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi’ah. 

Sebelum tidur, alangkah baiknya jika dibacakan surah penyelamat dari seksa kubur, iaitu surah al-Mulk. Akhir sekali
dikerjakan solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu. 
KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan
rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan


berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,


insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air


dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih
dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan


dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah


memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya


setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai


solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka
amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,


Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,


termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya,
insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40
hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat,
maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada
waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Pahala seorang wanita


Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau


bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada


70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada


70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk


daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih


baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang


ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang


tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang


dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan


berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari


kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan


"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan


bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan


mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada


suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada


siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada


malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas


bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan


mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh


(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya


yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan


mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan


suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan


mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk


menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup


dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga


sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab


dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa


pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang


memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;


Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana


sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang


menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat


jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya


bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Khas untuk wanita

1. Menyambung rambut palsu2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi 
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi 
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain 
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 
9. Derhaka kepada suami 
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 
11. Mengingkari kebaikan suami 
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 
15. Menyerupai lelaki 
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 
17. Memandang aurat wanita lain 
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan 
19. Masuk permandian awam 
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah 
21. Meratapi kematian 
22. Berhias atas meninggalnya seseorang 
23. Menghantar jenazah 
24. Mempercayai dukun dan peramal 
25. Menyumpah anak-anak sendiri 
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim 
27. Menganiaya pembantu 
28. Mengganggu jiran 
29. Minta cerai kerana suami sakit 
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi 
SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W  MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan. 
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya. 
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan. 
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
s.w.t. 
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya. 
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail. 
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya. 
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga. 
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 
19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke
dalam neraka?  Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita  tetapi sebaliknya iaitu
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-
jawab yang kita pikul! PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 
KEDUA - SUAMINYA 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya. 
KETIGA ABANG-ABANGNYA 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-
abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki
yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan
tidak silap. 
Firman ALLAH SWT:- 
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN
PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." 
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda
kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan
ikhlas.
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana
pihak. 
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan
itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada
kita

PESANAN BUAT WANITA


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka
menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain
dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti
mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan
dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-
anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama
perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai
keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan
kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka
pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang
menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya
kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.  (surah An-Nur ayat 31) 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan
dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada
mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan
Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.  (surah Al-Hadid ayat 16) 
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan
segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa
sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa
mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman
yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zamanRasulullah
s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama. 
Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan
Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah
keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana
kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari
kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang  ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu?
Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? 
Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman "Allah s.w.t. dengan
khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh
orang-orang yang beriman sahaja. 
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami
beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh
bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di
dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita
sempat menutup aurat. 
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu
esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut
perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN
PENDUDUK LANGIT. 

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini
terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang
perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin,
kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-
kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. 

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya
tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin
disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat
memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier
kerjanya. 

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan


masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang
tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana
tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada  jodoh, wanita tersebut tidak boleh
dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang,
terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan
sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi. 

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku
di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat
Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam
yang menggalakkan perkahwinan  tetapi juga bertentangan dengan fitrah
semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah
kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu
sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan 
negatif untuk melahirkan cahaya. 

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup


membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian
pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai
para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan
dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. 

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih
banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi
kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat
adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: 

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang


lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami
maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.” 

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin
tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan
redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami. 

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga
malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang
hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk
keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian
suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi
ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat
tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak. 
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih
hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi
wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam
fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan
berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan
sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka
kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat
bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w,
“Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” 

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-
payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan
wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah
memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri
itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan
dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak
untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami. 
Doa mudahkan bersalin

(petikan diambil dr http://www.hamidarshat.com/)

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran antaranya ialah:

 Surah Maryam
 Surah Yassin
 Surah Yusof
 Surah Luqman
 Surah Al-Hasyr: Ayat 3
 Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
 Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
 Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
 Surah Az-Zariyat

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole
dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah
memperkenankan doa kita.

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)


"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2
kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci


Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu
memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:

 Ayatul Kursi
 Surah Al-A'raf: Ayat 54
 Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat
membantu bagi memudahkan bersalin.
Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".

:. P/s .:

moga ianya berguna dan menjadi amalan serta dpt membantu ibu2 yg bakal melahirkan. alhamdulillah
inilah amalanku sepanjang tempoh mengandung.

You might also like:

 Ayat-Ayat Wirid bagi Mangsa Sihir


 Ayat yang paling agung dalam Al-Quran
 Fadhilat ayat terakhir surah Al - Hasyr

You might also like