You are on page 1of 28

2.

0 PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

 Disediakan oleh: Tee Hwei Boon


Lum Li Yuen
Perkembangan Kanak-kanak
Santrock ussen (1992)
pola perkembangan individu yang
berawal pada masa konsepsi dan
berlanjut sepanjang hayat

Konsep Asas:
Perubahan Kuantitatif dan Kualitatif
Perubahan Kualitatif
dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial
dapat dilihat daripada sifat baru yang
berlainan daripada peringkat awal
tidak dapat diukur secara kuantitatif
tidak dapat diukur di sini bermaksud tidak
dapat diukur secara objektif.
Misalnya, kita boleh membuat ramalan
tentang ketajaman fikiran seseorang
berdasarkan bukti yang ada, tetapi ramalan itu
tidak semestinya tepat.
Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah
stabil, teratur dan progresif
Misalnya, kanak-kanak akan mula mengenal
objek, memberi nama kepada objek, mengenal
huruf, mengaitkan huruf dengan objek,
mengenal perkataan dan mengaitkannnya
dengan objek.
Perubahan Kuantitatif
pertumbuhan secara umum
bertambahnya jumlah ukuran-ukuran fizik
seseorang
Pertumbuhan manusia melibatkan beberapa ciri
yang dapat dilihat dengan jelas serta diukur
melalui peredaran masa dan bersifat kuantitatif.
Kadar pertumbuhan berbeza.
Tubuh badan dan anggota yang berlainan juga
mengalami pertumbuhan yang berbeza
Perubahan pertumbuhan manusia berlaku secara
berperingkat
mempunyai corak pertumbuhan yang unik di
antara individu yang berbeza.
Proses pertumbuhan akan mencapai kemuncak
ketika seseorang mencapai kematangannya.
Prinsip-prinsip Asas Perkembangan
Kanak-kanak
1. Arah
2. Susun-atur
3. Kadar
Arah
perkembangan berlaku mengikut arah tertentu
perkembangan mempunyai arah sama ada
sebelum lahir mahupun pada peringkat sudah
lahir.
Contoh: arah kepala ke kaki (cephalocaudal)
dan arah tengah ke tepi (proximodistal).
Perkembangan bermula dari kepala dan
bergerak ke arah kaki.
Ini bermakna, perubahan awal pada struktur
dan juga fungsi berlaku di kepala-->badan
-->kaki
Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat
kerana perkembangan sudah banyak berlaku di
bahagian kepala berbanding dengan bahagian
lain misalnya bahagian kaki.
Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan,
dia hanya akan dapat mengangkat kepalanya
dahulu berbanding badannya.
Mengikut arah tengah ke tepi pula,
perkembangan itu berlaku dari arah tengah
badan menghala ke luar badan dan ke
bahagian hujung anggota badan.
Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika
bahagian kepala dan badan dikatakan sudah
cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan
tangan hanya merupakan puntung-puntung
yang belum tumbuh.
Secara beransur-ansur, puntung tangan ini
memanjang dan berkembang menjadi tangan
dan jari.
Daripada segi fungsi, bayi yang dikandung
menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum
dapat menggunakan tangan dan jari.
Susun-atur
Misalnya seseorang bayi pada peringkat
awal boleh duduk dengan bantuan
kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.
Perkembangan ini juga bermula daripada
konkrit kepada abstrak.
Ini dapat dilihat khususnya dalam
perkembangan kognitif dan bahasa.
Kadar
Walaupun susunan perkembangan sama, tetapi
kadar perkembangan adalah berbeza.
Dengan itu, tidak semua kanak-kanak mencapai
peringkat perkembangan yang sama.
Contohnya, sesetengah kanak-kanak boleh berjalan
pada umur 10 bulan manakala ada kanak-kanak
yang hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan.
Ini adalan salah satu faktor yang membawa kepada
perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat
di dalam sesebuah bilik darjah.
Faktor-faktor mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak
Baka (Kromosom, gen, kelenjar, hormon)

Baka
anak yang pertama berbadan tegap dan tinggi lampai, tetapi
tidak semestinya anak kedua mempunyai ciri-ciri yang sama.
kerana ciri-ciri adalah pewaris baka daripada ibu atau bapa
ataupun salasilah keluarga yang terdahulu.
ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anaknya.
Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai
perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu.
Kromosom
strukturdi dalam sel berupa deret panjang molekul yang terdiri dari
satu molekul DNA dan berbagai protein terkait yang merupakan
informasi genetik suatu organisma
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang
kanak-kanak.

Gen
Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
Gen inilah yang mengawal sifat kita.
Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.
Mewujudkan variasi
 mengawal bagaimana organisma berfungsi dan rupa
bentuknya.
 contoh: gen menentukan sifat fizikal individu seperti warna
mata, kulit dan rambut, rupa bentuk badan dan pertumbuhan
tisu.
 Gen membawa maklumat baka supaya ciri-ciri warisan ibu
bapa dapat diturunkan dari generasi induk ke generasi
berikutnya.
 Sebagai contoh jika susur galur baka ibu bapa mempunyai
penyakit kekerdilan dan diabetis kemungkinan anak yang
dilahirkan juga akan mengalami masalah tersebut.
 Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya
warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-
gen ibu bapa.
Kelenjar
mengeluarkan hormon
Perkembangan kelenjar endokrin penting
untuk mematangkan perilaku emosional
Kelenjar adrenalin penting dalam
membentuk emosi kanak-kanak.
Pembesaran kelenjar melambat pada usia
5-11 tahun,lebih pesat-16 tahun.
Hormon
Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh
kelenjar
Mempengaruhi perkembangan jasmani seseorang
Perubahan pada kelenjar menghasilkan hormon
yang dapat mengubah tingkah laku kanak-kanak
Contohnya,keluarnya hormon jantina-perubahan-
tidak menyukai jantina yang berlawanan
Menjadikan keinginan berdamping dengan jantina
berlawanan
Timbulkan minat menjaga rupa dan pakaian sendiri
Faktor Persekitaran (Nuture)
 Faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak:-
a) Sebelum lahir (prenatal)
b) selepas lahir (posnatal)
c) Gaya hidup
d) Pemakanan

A. Kesan persekitaran ke atas perkembangan kanak-kanak pra-lahir:-


Faktor Endogen (dlm individu)
i. ‡Pemakanan
(Menurut Guttmacher (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) corak
pemakanan ibu yang buruk bukan sahaja menyebabkan kesihatan ibu menjadi
lemah malah bayi juga mengalami kekurangan vitamin C dan D, tulang lembut,
fizikal yang lemah, keguguran dan bayi mati, serta mental bayi menjadi abnormal.)
ii. ‡Merokok
(Terdapat kajian menunjukkan bahawa kerencatan pembesaran berlaku apabila ibu
hamil yang merokok melebihi lima batang dalam sehari. Bayi juga berisiko tinggi
untuk menghidap penyakit barah semasa zaman kanak-kanak)
iii. ‡Dadah dan alkohol
Bagi ibu yang minum arak
semasa hamil pula, anak yang bakal lahir akan mengalami fetal alcohol
syndrome iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi
tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan sawan. Bayi juga bersaiz
kecil, ringan berat badan, rendah IQ, terencat akal, mengalami masalah
pembelajaran dan system saraf yang kurang baik.)

iv. Teratogen dan penyakit ibu


(Teratogen ialah bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod
genetik berubah danmenyebabkan keabnormalan. Ianya seperti suntikan
rubella yang boleh menyebabkan buta, pekak dankerencatan mental kepada
kanak-kanak. Jikalau ibu mengidap penyakit rubella semasa tiga bulan
pertama penghamilan,akibatnya anak yang dilahirkan mati, atau buta,
pekak, cacat otak atau mengalami kecacatan jantung. Jikalau ibu mengidap
penyakit rubella semasa tiga bulan pertama penghamilan,
akibatnya anak yang dilahirkan mati, atau buta, pekak, cacat otak atau
mengalami kecacatan jantung.)
v. ‡Umur ibu
(Menurut Kessner (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) umur
seseorang ibu semasa mengandung ada hubungan dengan risiko kematian
janin. Ibu yang berumur lebih 40 tahun pula berkemungkinan wujudnya
keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi mengalami
masalah Down-Syndrome dan mempunyai risiko keguguran.)

vi. ‡Emosi ibu


(Menurut Thompson dan Grusec (1970) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002)
mendapati bahawa ibuyang mengalami tekanan semasa hamil akan
menghasilkan anak-anak yang beremosi. Anaknya akan mengalami masalah
pemakanan dan penghadaman)

vii. ‡Kesihatan ibu


(Penyakit kencing manis ibu boleh mengakibatkan keguguran, ataupun bayi
terlalu berat dan gemuk serta menghidapi masalah fizikal dan saraf. )

viii. ‡Kesan x-ray


ix. Faktor Rh darah

‡
B. Kesan persekitaran ke atas perkembangan kanak-kanak pra-lahir:-
Faktor Eksogen (luar individu)

i. Pemakanan
ii. (Pemakanan yang seimbang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak)

‡Keluarga
(Jika baik,sejahtera danbahagia sesebuah keluarga maka akan baik,
sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah
masyarakat dan di sebaliknya)

iii. Rakan sebaya


‡(rakan sebaya ialah karib, klik,gang yang mempengaruhi perkembangan
sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup. )

iv. ‡Sekolah
(mereka banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti
akademik, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja
tambahan sekolah.)
v. ‡Pusat ibadat
‡(mempengaruhi falsafah dan cara hidup seseorang. Pembentukan nilai-nilai
murni yang disemaikan akan mendidik jiwa penganutnya bersifat taat kepada
perintah Tuhan serta berbaik-baik sesama manusia.)

vi. Media elektronik dan sebaran am


‡(Sebaran am seperti surat khabar, radio, televisyen, akhbar, majalah, buku,
wayang gambar dan seumpamanya akan mempengaruhi perkembangan mental,
pandangan, persepsi, dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa)

vii. Tempat tinggal

viii. ‡Persekitaran dunia

C. Gaya Hidup
Gaya hidup yang sihat dapat mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.

D. Pemakanan
Pemakanan yang seimbang dapat memastikan pertumbuhan kanak-kanak yang
sempurna.
Perbezaan Individu
Aspek-aspek Perbezaan Individu

1) Fizikal
Perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.

2) Kognitif
Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir
secara logik, menaakul dan mengira.

3) Potensi
Bakat atau kecenderungan yang ada pada individu tersebut.
4) Kecerdasan emosi
Kebolehan individu memahami dan mentafsir perasaanya
sendiri dan menggunakan maklumat ini sebagai panduan
semasa berfikir dan bertindak. Ia juga dijelaskan sebagai
kebolehan individu mengurus emosi dan meluahkan perasaan
dengan tepat. Konsep ini telah diperkembangkan oleh Peter
Salovey dan John Mayer dan dipopularkan oleh Daniel
Goleman

5) Latar belakang
Cara asuhan sama ada dengan penuh kasih sayang, tegas dan
berdisplin ataupun diberi kebebasan akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Taraf sosio-ekonomi atau tempat
tinggal.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU

AWAL KANAK-KANAK (2-5 tahun)


Membantu kanak-kanak tetapi sekadar yang perlu sahaja
Bantuan – menggalakkan pergantungan,perasaan kurang
yakin
Elakkan membandingkan antara kanak-kanak
Aktiviti yg dijalankan – perkembangan
otot(otot kecil yg belum sempurna)

KANAK-KANAK (7-12 tahun)


Boleh diajar alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis,
berenang,gimnastik
Aktiviti-aktiviti yang lasak :
-Bola sepak – lelaki
-bola jaring - perempuan
AWAL REMAJA (12-15 tahun)
Aktiviti-aktiviti : ceramah, kaunseling – membantu menerima
dirinya, rupa dan
bentuk badannya.
Cadangan bentuk ceramah : aktiviti seksual, sistem
pembiakan
– mengetahui perubahan fisiologi mereka
Latihan : daya tenaga & daya tahan : senaman yang
menyeronokkan
Secara kesimpulannya :-

 Guru dinasihatkan supaya membantu kanak-kanak tetapi hanya


setakat mana yang perlu.

 Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-


kanak kepada guru/ ibu bapa dan menimbulkan perasaan kurang
yakin.

 Mereka akan mendapat kepuasan jika berjaya melakukan sesuatu


dengan diri sendiri.

 Elakkan membanding antara mereka kerana tahap perkembangan


mereka adalah berlainan.

 Guru boleh menyediakan aktiviti permainan kerana mereka aktif pada


tahap begini.

You might also like