You are on page 1of 13

PT 30803 ETIKA DALAM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :

1. APAKAH RASIONALNYA ETIKA PROFESIONAL SANGAT DITEKANKAN DALAM


PERKHIDMATAN KAUNSELING?

2.SILA BERI CONTOH PERLANGGARAN ETIKA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH


KAUNSELOR DAN CADANGKAN KAEDAH MENGATASINYA

DISEDIAKAN UNTUK: EN. ZALL KEPLI MD REJAB

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD TUNFITRI MAJIRUN

YR 2008-1424

SEMESTER: 6 SESI 2010/2011

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

RASIONAL ETIKA PROFESIONAL DITEKANKAN DALAM PERKHIDMATAN

KAUNSELING

CONTOH PERLANGGARAN ETIKA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH KAUNSELOR DAN


CADANGAN KAEDAH MENGATASINYA.

KESIMPULAN

RUJUKAN
1. Pengenalan

Kaunseling merupakan suatu proses dimana berlakunya perhubugan menolong yang

sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi

menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien. Kaunseling

merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju

iaitu semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat

masalah-masalah yang harus ditempuhi oleh ahli-ahlinya.

Kaunseling ialah proses menolong individu yang normal dan menyelasaikan masalah

yang berkaitan dengan keadaan hidup dan tugas-tugas perkemabangan seharian, (Gladding,

2003). Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu

supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam

alam persekitarannya. Menurut Corey (1977) menekankan tentang proses di mana seorang

klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah

pada dirinya.

mengikut Kamus Dewan (2002), kaunselor didefinisikan sebagai seorang yang layak

menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah ataupun

sesorang yang berkemampuan memberikan khidmat kaunseling.


1. Rasional Etika Profesional Ditekankan Dalam Perkhidmatan Kaunseling

Dalam sebuah Negara yang sangat sedang ingin membangun maju, perkhidmatan

kaunseling adalah sangat diperlukan, terutamanya Negara Malaysia yang pada kini ingin

menjadi sebuah Negara yang membangun pesat. Pada masa kini Negara Malaysia menghadapi

kekurangan Kaunselor yang berpengalaman dan juga yang Profesional.

Seorang yang boleh dipanggil profesinal adalah mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga

criteria yang berikut iaitu seorang yang terpelajar sekurang-kurangnya mempunyai ijazah. Yang

kedua adalah beliau berjaya dalam perkerjaan yang beliau pegang dan yang ketiga iaitu yang

terakhir beliau mestilah mempunyai personality yang baik. Dengan adanya sekurang-kurangnya

tiga criteria ini maka bolehlah seseorang itu dianggap professional.

Dalam kaunseling, seorang kaunselor mestilah seorang yang profesional dalam kerjayanya.

Tapi seorang kaunselor mestilah mempunyai etikanya untuk menjaganya daripada sebarang

ancaman. Etika adalah perlakuan yang piawai yang berdasarkan kepada set nilai ‘consensus’.

Setiap kaunselor yang profesional haruslah beretika dalam kerjaya yang dipegangnya. Dalam

pekerjaan menjadi seorang kaunselor, etika perlulah diterapkan kepada ahli-ahli kaunselor.

Seseorang yang profesional akan mempertaruhkan keprofesionalismenya bagi menawarkan

perkhidmatan kepada pelanggan dengan tujuan agar dapat membantu dalam penyelesaian

masalah yang dihadapi pelanggan tersebut dengan ganjaran-ganjaran seperti bayaran yang

sewajarnya.

Dengan adanya ganjaran-ganjaran yang diterima maka. Para kaunselor juga mempunyai

tanggungjawab yang tinggi dalam segala hal yang dilakukan yang berkaitan dengan pelanggan
yang menerima perkhidmatan yang mereka tawarkan. Oleh yang demikian etika profesional

dalam kaunseling adalah amat diperlukan oleh seorang yang bergelar kaunselor.

Dalam menjalankan satu sesi kaunseling, ianya bukan boleh dilakukan dengan sewenang-

wenangnya seperti berbual di tepi pokok atau di mana-mana tempat. Untuk menjalankan

sesebuah kaunseling terdapat etika-etika yang diperlukan. Untuk menjadikan kaunseling suatu

pekerjaan yang tampil dengan wajah yang profesional, bidang kaunseling ini haruslah berdiri

pada standard profesinalisme yang tersendiri.

Untuk meningkatkan bidang kaunseling ini kepada taraf yang lebih profesional, etika

amatlah diperlukan agar bidang kaunseling ini sejajar dengan pekerjaan-pekerjaan lain yang

diiktiraf sebagai satu pekerjaan yang tergolong daripada orang-orang yang mendapat gelaran

profesional seperti Peguam, Doktor dan banyak lagi. Setiap profesion yang melibatkan interaksi

antara individu, memerlukan satu bentuk peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan

ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam kaunseling, etika professional memainkan peranan yang

penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma kaunselor

serta kepentingan klien itu sendiri. Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose

(1977) yang menyatakan, “Standard or code of ethics are designed to protect the public and

also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the

person who follow the profesion’s code”, menguatkan lagi fakta di atas.

Secara rasionalnya, etika profesional amat penting dalam kaunseling kerana:

1) Memberi perlindungan kepada klien dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan
yang boleh menyebabkan “ public condemnation” ( penghinaan masyarakat).
2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak
profesional atau kecuaian pihak kaunselor.

3) Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-perkara


yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran


selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-
undang.

Etika profesional dikalangan kaunseling sering dikaitkan dengan kerahsiaan klien. Leslie
dalam Corey. G menyatakan aspek kerahsiaan sebagai “ Confidentiality is central to developing
a trusting and productive client / therapist relationship. Confidentiality is both a legal and
ethical issue. State laws now address confidentiality in theraphy, as do the ethical codes of all
metal-health professions”. Manakala, Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan kerahsiaan
sebagai benda yang tersembunyi (diketahui oleh seseorang atau beberapa orang sahaja) atau
sesuatu benda, akal dan lain-lain yang sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak
mengetahui. Comb (1969) menyatakan bahawa kaunselor yang berkesan dengan tidak
berkesan adalah berlandaskan kepada kepercayaan peribadi dan sifat sifat tersendiri sebagai
kaunselor. Kepercayaan yang ada pada kaunselor yang digunakan untuk membantu orang lain
adalah sesuatu yang berkesan dan kaunselor yang berjaya dianggap oleh kliennya sebagai
individu yang boleh diharap dan dipercayai. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa
kod dan etika kerahsiaan yang wujud itu bertujuan menjaga kebajikan dan keselamatan
kaunselor dan juga klien. Seperti ungkapan Parker C. (1966) dalam buku Proses Kaunseling
menyatakan beliau menyokong bahawa kaunselor harus peka terhadap kliennya di samping
mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengawal dan menjaga rahsia kaunseling mereka.
Kod Etika Kaunseling memuatkan aspek kerahsiaan sebagai satu daripada kompanen penting.
American Personnel and Guidence Association Ethical Standard (APGA)(1981) menyebutkan
bahawa “Kerahsiaan Dalam Proses Kaunseling Termasuklah Semua Maklumat Yang Diperolehi
Atau Didapati Haruslah Dirahsiakan Selaras Dengan Tanggungjawab Kaunselor Sebagai Seorang
Yang Profesional”. Sebagai kaunselor profesional etika kerahsiaan harus dipegang dengan
tujuan untuk menghormati hak dan keadilan klien atau ( justice is based on the assumption
that people are equal). Kaunselor juga disarankan agar semasa mengadakan sesi kaunseling
rasional. Apa yang pasti segala permasaalahan yang berkaitan dengan klien harus dipegang
dan didasarkan seperti tertera di dalam APGA (1981) tetapi sekiranya kauselor perlu kepada
maka klien harus dimaklumkan dan pihak pengurusan iaitu Pengetua/GuruBesar orang pertama
wajar diberi tahu.

3. CONTOH PERLANGGARAN ETIKA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH KAUNSELOR


DAN CADANGAN KAEDAH MENGATASINYA.

Menurut Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din (2000) antara isu profesional dan etika yang
berbangkit apabila kita membincangkan mengenai pelaksanaan kaunseling di tempat kerja atau
organisasi adalah seperti berikut:

 Kecekapan dan latihan berkaitan kaunseling.


 Kaunseling pelbagai budaya.
 Amalan kaunseling di sekolah rendah atau pra-sekolah.
 Amalan kaunseling di tempat kerja.
 Penyeliaan dan konsultasi.
 Perkahwinan dan terapi keluarga.
 Gerak kerja kelompok.
 Kelompok populasi yang istimewa atau khusus.
Dato’ Dr. Nordin b. Kardin, (Kaunselor Berdaftar (K.B), Perakuan Amalan (P.A) (Malaysia))
dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PERKAMA menyatakan bahawa seorang kaunselor
yang profesional perlu memenuhi tiga kriteria berikut :

 Mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor.


 Berdaftar sebagai seorang Kaunselor Berdaftar.
 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab berlandaskan Kod Etika Kaunselor.

Di Malaysia isu profesionalisme kaunseling yang hangat dibincangkan adalah berkaitan


kelayakan seseorang yang dinamakan kaunselor. Perkara ini menjadi rumit apabila menurut
Profesor Datok Awang Had Salleh (Musa Hitam,1980) yang mengulas Menteri Pelajaran
menyatakan bahawa kira-kira 1000 orang kaunselor diperlukan untuk sekolah-sekolah. Maka
dalam hal ini, satu persoalan timbul jika mereka yang dipilih ini dengan sekelip mata akan
menjadi kaunselor yang profesional? Adakah Kementerian Pendidikan mampu melatih guru-
gurunya dengan cara seminar atau bengkel sehari dua, Kursus Dalam Perkhidmatan 14 minggu
atau setahun dan sebagainya?

Secara amnya, seorang bakal Kaunselor Berdaftar dan penerima Perakuan Amalan disyaratkan
sekurang-kurangnya harus mempunyai kelayakan diploma dalam bidang kaunseling dan diselia
serta dinilai dalam masa tidak kurang daripada 1000 jam. Golongan yang tidak diiktiraf untuk
mengamalkan amalan kaunseling sering kali menimbulkan pelbagai isu negatif kepada
masyarakat. Ini adalah kerana mereka tidak terikat dengan keperluan kriteria seperti mana
yang ditetapkan oleh seorang Kaunselor Berdaftar dan penerima Perakuan Amalan.

Manakala, menurut Amir Awang (1984), kriteria yang perlu adalah seperti berikut:

 Bidang ilmu yang harus dipunyai.


 Bidang kemahiran yang harus dikuasai.
 Tahap atau peringkat ilmu dan kemahiran yang harus dicapai.
 Sifat-sifat sahsiah atau personaliti yang harus ada.
 Tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Perkara ini kurang dibincangkan kerana pada masa kini golongan guru merupakan yang
terbanyak menggelar diri sebagai kaunselor dan boleh dikatakan hampir semua daripada guru-
guru tersebut tidak berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia serta tiada Perakuan
Amalan.

Masyarakat kini sering terperdaya dengan perkhidmatan kaunseling yang tidak sah atau tidak
diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kekaburan orang awam terhadap profesionalisme
kaunseling ini telah menimbulkan pelbagai isu seperti kerahsiaan, penipuan, jenayah,
keganasan, penderaan, gangguan seks dan lain-lain. Kini sebarang pertubuhan boleh memberi
kenyataan bahawa mereka menawarkan perkhidmatan kaunseling atas pendaftarannya dalam
lesen perniagaan atau permit pertubuhan. Ini boleh dibuktikan dengan keadaan dimana tokong,
kuil, gereja dan badan-badan tertentu yang bangga dengan perkhidmatan kaunseling yang
diberi oleh mereka.

Tanpa permit pengakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia, maka
profesionalisme dan etika seseorang yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada orang
awam adalah dicurigakan serta tidak sah. Organisasi seperti ini harus diambil tindakan undang-
undang dengan segera supaya orang awam tidak lagi menjadi mangsa. Organisasi yang
berkenaan juga harus sedar bahawa mereka sedang mengamalkan kerja-kerja kebajikan dan
sosial serta menggunakan teknik perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan
bukannya seperti apa yang diamalkan oleh seseorang kaunselor yang mempunyai kelayakan
Kaunselor Berdaftar serta penerima Perakuan Amalan.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat golongan yang tidak berdaftar dengan
Lembaga Kaunseling Malaysia dan tidak memiliki Perakuan Amalan mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam usaha mengamalkan amalan kaunseling. Isu ini timbul disebabkan pelaksanaan
Akta Kaunselor 1998 pada baru-baru ini. Menurut Ibrahim Ahmad (2001), perkhidmatan
bimbingan mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan negara sekitar tahun 1960-an. Pada
masa ketika itu masyarakat mula sedar akan kepentingan perkhidmatan kaunseling dan mula
menubuhkan pelbagai badan yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

En. Lee Chee Xiang (Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (Malaysia)) beliau
menyatakan bahawa sehingga kini hanya terdapat kira-kira 492 orang yang berdaftar sebagai
kaunselor berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia dan bilangan pemegang Perakuan Amalan
dalam golongan ini masih kurang memuaskan. Kebanyakan kaunselor pemegang K.B.,P.A.
sekarang berkhidmat dalam agensi kerajaaan seperti Kementerian Pendidikan, Kesihatan,
Kebajikan dan lain-lain. Dengan pemegang K.B.,P.A. yang begitu sedikit berbanding dengan
permintaan orang awam yang tinggi, maka tidak hairan isu ini diambil kesempatan oleh
segelintir golongan yang tiada K.B.,P.A. dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka perlu.

Tiada sesiapa pun di dunia dapat menafikan kegunaan dan kepentingan wang ringgit
dalam tujuan memenuhi keperluan seseorang serta nikmat seks yang begitu segan dibahaskan,
keadaan ini selalu menyebabkan berlaku pelbagai kes pecah amanah pada para pemegang
K.B.,P.A.. Isu seperti menggunakan kemahiran yang ada bagi tujuan membina hubungan untuk
mendapatkan hubungan seks dengan klien, memujuk klien dalam kerja “ direct sales”,
menggalakkan klien menyertai sesuatu “ course” dan asyik merujuk klien kepada psikiatri dalam
usaha mendapat komisen. Isu penyelidikan seperti menggunakan kes klien dalam penyelidikan
dan menerbit buku tanpa persetujuan dari klien dan lain-lain lagi.

Kesemua isu ini menjadikan profesion kaunselor mengalami dilema yang begitu teruk
sekali. Pelbagai usaha telah diambil oleh Lembaga Kaunselor Malaysia seperti menubuhkan
jawatankuasa penyeliaan, pemantauan, perundangan dan lain-lain bagi tujuan kawalan mutu
perkhidmatan serta menyekat gejala negatif di antara ahlinya.

Isu silang budaya juga tidak dapat dielakkan oleh masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum di mana masing-masing mempunyai agama, budaya, adat resam dan
kepercayaan yang tersendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menimbulkan isu
penerapan konsep pandangan atau nilai kaunselor kepada klien. Masalah silang budaya ini akan
menyebabkan klien tidak sudi serta memutuskan sesi perjumpaan yang akan datang.
Contohnya klien yang mengamalkan perhubungan homoseksual, klien cacat pendengaran,
penglihatan dan anggota, golongan seperti ini sehingga kini belum mendapat penawaran
khidmat kaunseling yang boleh dikatakan profesional. Perkara ini berlaku kerana pada Akta
Kaunselor 1998 yang memberi peluang pendaftaran kepada sesiapa pun atas kelayakan
diploma bidang kaunseling. Ini sangat berbeza dengan negara barat yang begitu mementingkan
kemahiran profesionalisme sehingga hanya pemegang Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana
(Master) sahaja dibenarkan untuk mendaftar diri sebagai seorang kaunselor.

Lembaga Kaunselor Malaysia harus mengambil inisiatif dalam usaha memantau, melatih
dan memberikan status pengiktifran kepada organisasi yang tidak berdaftar. Lembaga harus
mengetepikan isu silang budaya dan menerima hakikat bahawa organisasi berkenaan telah
lama berkhidmat dalam bidang kaunseling. Penghormatan sepatutnya diberi kepada golongan
perimtis dan veteran ini atas jasa mereka dalam perkembangan sejarah kaunseling Malaysia.

Pelbagai isu profesional dan etika berbangkit akibat daripada kelayakan kaunselor,
kaunselor K.B.,P.A., silang budaya, Akta Kaunselor 1998 dan lain-lain. Maka adalah penting
supaya beberapa langkah diambil untuk mengurangkan ralat keberkesanan pelaksanaan
kaunseling sebagai contoh menguatkuasa dan menggubal Akta Kaunselor 1998 bagi kesesuaian
zaman sekarang.

Masyarakat juga harus peka terhadap kesahihan perkhidmatan kaunseling yang


ditawarkan. Ini menjadi tanggungjawab Lembaga Kaunselor Malaysia dalam usaha
mempromosikan dan menerangkan perkhidmatannya kepada orang awam. Lembaga Kaunselor
Malaysia juga harus membuka minda agar tidak mengamalkan “prinsip tutup pintu” dalam
usaha menjaga dan memperkembangkan bidang perkhidmatan kaunseling di negara ini masih
dikategorikan begitu mentah sekali.

Dengan adanya maklumat yang lengkap berkaitan perkhidmatan kaunseling dan


pengamalnya serta dibantu oleh penguatkuasa undang-undang, maka dipercayai bahawa isu-
isu profesional dan etika dalam pelaksanaan kaunseling di tempat kerja atau organisasi dapat
dikurang pada tahap minima.
Kesimpulan

Etika dalam profesion kaunseling adalah sangat penting dalam diri seorang

kaunselor. Memandangkan banyak contoh perlanggaran kod etika diperoleh daripada penelitian

di negara barat yang menunjukkan kepada berlakunya kes salah laku etika, maka senario yang

sama juga mungkin berlaku di Malaysia. Sebagai kaunselor, seseorang itu perlu sentiasa

bersedia untuk melakukan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling tidak akan mencapai taraf

professional sekiranya kaunselor tidak bersandar kepada kod-kod etika yang ada bertujuan

mengawal tingkahlaku ahli-ahlinya. Kemasukan ke dalam keahlian keprofesionalisme kaunseling

memerlukan masa dan latihan yang khusus. Selain itu, sepanjang berkerjaya sebagai seorang

kaunselor, ahli dalam profesion tersebut akan sentiasa mengambil langkah yang positif untuk

mempertingkatkan kemahirannya dengan teknik, penyelidikan dan penyertaan ahli-ahlinya.


Rujukan

Corey, G., Corey, M.S., Callanan, P., (2007). Issues And Etihics in the Helping Professions . 7th
ed. USA : Nelson Education, Ltd.

Othman Mohamed.(2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling . Serdang,


Selangor: UPM.

Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed
Salim, Md Noor Saper. (2009), Kemahiran Bimbingan & Kaunseling, Kuala Lumpur : PTS
Professional.

Gladding, S. T., (2006), Counseling: a comprehensive profession, USA: Pearson/Merrill Prentice


Hall.

You might also like