You are on page 1of 16

KAJIAN MENGENAI BUDAYA KAHWIN LEWAT USIA

DI KALANGAN LELAKI DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Di dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah satu perjanjian diantara

lelaki dan perempuan untuk mempunyai satu ikatan yang sah dan bersih dalam

tujuan untuk mengembangkan zuriat. Sabda Rasulullah S.A.W , daripada Anas

r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku,

sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T

menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan,

berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui

cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan

yang sah. Islam mensyariatkan umatnya untuk berkahwin kerana terdapat

banyak hikmah dan kebaikan di dalamnya.

Dari perspektif kesihatan pula, perkahwinan adalah satu hubungan sah di

sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan

antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan

serumah. Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat,

panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna

serta kurang menghadapi risiko untuk didera secara fizikal.

Stigma diberi gelaran anak dara tua, andartu atau andalusia sering

dikaitkan dengan golongan wanita, manakala gelaran bujang terlajak atau teruna

tua pula adalah gelaran yang diberikan pula terhadap golongan lelaki.

1
Menurut Shoctak (1987) terdapat 4 jenis golongan yang menjalani

kehidupan membujang, iaitu;

(a) Ambivalent

Menjadi pilihan individu itu sendiri untuk membujang dan menganggap

pembujangan mereka bersifat sementara. Mereka tidak mencari pasangan

untuk berkahwin namun mereka bersikap terbuka terhadap cadangan

untuk berkahwin. Mereka biasanya terdiri daripada golongan lelaki dan

perempuan awal dewasa yang secara aktif terlibat dalam

pendidikan,karier atau seronok dengan kehidupan sendiri.

(b) Wishful

Merupakan individu yang terpaksa hidup membujang dan menganggap

pembujangan bersifat sementara. Mereka aktif mencari pasangan untuk

berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini

sedar bahawa mereka ingin berkahwin.

(c ) Resolved

Merujuk kepada golongan individu yang menggangap mereka bujang

untuk selamanya. Terdapat peratusan yang sangat kecil yang memilih

untuk menjadi bujang jenis ini. Mereka secara lazimnya merupakan para

rahib, pendita atau sami.

(d) Regretful

Merupakan golongan individu yang ingin berkahwin tetapi menganggap

bahawa takdir telah menentukan mereka kekal bujang dan tidak

berkahwin. Mereka merupakan golongan wanita yang terdiri daripada

2
wanita berpendidikan tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan

mempunyai pendapatan yang tinggi.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Dalam usaha untuk mencapai matlamat Dasar Wawasan Negara,

kerajaan telah melaksanakan banyak proses pembangunan samada dalam

bidang pendidikan dan sosioekonomi. Namun di sebalik pelaksanaan proses

pembangunan dan pemodenan negara, telah timbul kesan negatif yang dilihat

sebagai trend atau budaya yang melanda masyarakat Malaysia. Budaya kahwin

lewat usia telah mula mencorak perubahan dalam institusi kekeluarga di

Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusteraan

dan Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Samad Kechot

menyatakan bahawa gejala kahwin lewat usia di kalangan lelaki dan perempuan

merupakan masalah sepunya masyarakat dan bukan menjadi masalah individu.

Selain itu, beliau bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan

budaya masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep

perkahwinan dan menghalalkan seks bebas sekali gus menyebabkan akidah

tergelincir dan peningkatan masalah sosial masyarakat Melayu.

Menurut data Bancian Penduduk dan Perumahan 2000 yang dikeluarkan

oleh Jabatan Statistik Negara, bagi jangkamasa 1981-1990, peratusan lelaki

dan wanita bujang yang belum berkahwin adalah sebanyak 43.2 peratus dan

3
60.2 peratus. Peratusan ini meningkat bagi jangkamasa 1990-2000, iaitu bagi

lelaki sebanyak 48.1 peratus dan wanita sebanyak 68.5 peratus.

Fakta ini diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga

Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara. Data tersebut menyatakan

perangkaan bagi lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah sebanyak 3.1

juta dan 2.4 juta. Manakala bagi tahun 2004, peratusan lelaki bujang adalah

sebanyak 59.6 dan wanita bujang sebanyak 40.4 peratus.

Kajian-kajian yang lepas lebih banyak memberikan fokus kepada

golongan wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Dapatan kajian yang

dilakukan lebih ditumpukan kepada faktor-faktor penyumbang dan kesan

terhadap institusi kekeluarga.

Sebagai kesimpulan, adalah wajar satu kajian diadakan dalam usaha

mencari jawapan terhadap budaya kahwin lewat usia yang melanda golongan

lelaki yang berada di bandar-bandar besar yang membangun dengan arus

kemajuan ekonomi dan infrastruktur.

3.0 SOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut

a) Adakah tanggungjawab terhadap keluarga menyumbang kepada

budaya kahwin lewat?

b) Adakah faktor kerjaya menyumbang kepada budaya kahwin lewat?

c) Adakah kedudukan sosio ekonomi menyumbang kepada budaya

kahwin lewat?

4
4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada

berlakunya budaya kahwin lewat usia di kalangan lelaki di Malaysia khususnya di

Kuala Lumpur. Kajian akan ditumpukan kepada lelaki yang berusia 25 tahun ke

atas dan masih belum berkahwin.

Di dapati bahawa bilangan lelaki bujang yang berusia lewat lebih tinggi

berbanding wanita, banyak terdapat di kawasan-kawasan yang pesat

membangun, contohnya di Kuala Lumpur.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian boleh dibahagikan kepada dua, iaitu objektif utama dan

objektif khusus.

5.1 Objektif Utama

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kewujudan budaya

kahwin lewat usia yang berlaku di kalangan lelaki di Kuala Lumpur kesan

daripada pelaksanaan proses pembangunan dan pemodenan negara.

5.2 Objektif Khusus

(a) Untuk mengetahui bilangan golongan lelaki yang kahwin lewat usia

yang menginap di Kuala Lumpur.

(b) Untuk menilai hubungan di antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada budaya kahwin lewat usia.

(c) Untuk menilai pengaruh kesan budaya kahwin lewat usia terhadap

institusi kekeluargaan.

5
6.0 SOROTAN KARYAWAN

Perkembangan sosio ekonomi Malaysia selama hampir lima dekad

selepas kemerdekaan telah mempengaruhi kehidupan masyarakat. Kemudahan

kesihatan yang semakin baik telah berjaya menurunkan kadar kematian dan

meningkatkan jangkaan hayat masyarakat. Kemudahan bekalan air bersih yang

semakin merata ke semua daerah diikuti dengan kemudahan bekalan elektrik,

meningkatkan lagi kualiti kehidupan masyarakat. Peluang persekolahan memberi

ruang kepada masyarakat memperoleh pendidikan asas yang penting untuk

mereka memperbaiki kemahiran dan memperoleh pengetahuan yang sesuai

dengan perkembangan semasa. Kegiatan ekonomi masyarakat juga turut

berubah. Malaysia yang dahulunya berteraskan ekonomi berasaskan pertanian

kini telah memacu ekonomi industri pembuatan dan sedang menuju ke arah

negara maju menjelang 2020. Perubahan ini telah memberi peluang pekerjaan

yang banyak dan berjaya mengurangkan kadar pengangguran. Penyertaan

dalam kegiatan ekonomi telah memperbaiki pendapatan dan membolehkan

masyarakat menikmati kehidupan yang berkualiti.

Sikap, cara berfikir, dan pandangan hidup masyarakat Malaysia semakin

rencam dan pelbagai kesan daripada perubahan di atas. Yang paling menonjol,

wanita bukan sahaja memberikan tumpuan perhatian masalah rumah tangga

tetapi juga turut terlibat aktif dalam urusan luar rumah. Bilangan wanita yang

terlibat dalam kegiatan yang dulunya dikuasai oleh lelaki, seperti bidang politik,

perniagaan bermodal besar, dan ikhtisas – kejuruteraan, perubatan, kewangan

dan lain-lain, semakin ramai. Sektor perkhidmatan seperti pendidikan dan

6
perubatan serta sebahagian sektor perkilangan dikuasai oleh wanita. Pandangan

masyarakat tentang kekeluargaan juga turut berubah. Melewatkan perkahwinan,

menghadkan bilangan anak, mengupah penjagaan anak, hubungan suami isteri

yang renggang dan pelbagai corak kekeluargaan yang suatu masa menjadi

tegahan dalam masyarakat kini semakin mendapat pengesahan. Kesan

perubahan pandangan hidup ini semakin ketara dalam masyarakat. Jumlah

bilangan anak semakin kurang. Lelaki atau wanita yang masih bujang pada umur

yang lewat juga tidak sukar untuk ditemui.

6.1 Usia Kahwin Di Malaysia

Di Malaysia terdapat perubahan dalam tren perkahwinan mengikut umur

bagi tempoh beberapa dekad yang lalu. Pembangunan sosio ekonomi terutama

dalam bidang pendidikan telah menyebabkan ramai di kalangan penduduk

negara ini telah menangguhkan perkahwinan pada usia yang lebih lewat.

Menurut Cho dan Retherford (1973), perubahan struktur perkahwinan

mempunyai pertalian rapat dengan proses pembangunan dan pemodenan yang

membawa kepada meningkatnya bilangan perempuan yang melambatkan

perkahwinan kerana mahu meneruskan pelajaran (Hairi Abdullah, 1989).

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Negara Tahun 2000 menunjukkan

tren peningkatan usia berkahwin yang agak merata di kalangan penduduk lelaki

dan wanita seperti di Jadual 1. Di Semenanjung Malaysia, min umur

perkahwinan pertama tertinggi bagi lelaki adalah di antara 27 dan 28 tahun

sementara, min umur perkahwinan pertama bagi wanita pula di antara 24 dan 25

tahun. Tren yang sama turut diperhatikan untuk lelaki dan wanita di Sabah dan

7
Sarawak. Di Sabah, usia berkahwin pertama lelaki di antara 26 dan 27 tahun dan

bagi wanitanya pula, usia di antara 22 dan 23 tahun. Pengalaman peningkatan

umur perkahwinan juga berlaku di Sarawak dengan umur perkahwinan pertama

bagi lelaki dan semasa berumur 23 tahun.

Jadual 1 : Min Umur Perkahwinan Pertama antara Jantina bagi Semenanjung,


Sabah dan Sarawak (1991 – 2004)

1991 2000 2004


Wilayah
Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita
Semenanjung 27.8 24.8 28.6 25.1 28.9 25.3
Sabah 26.6 22.4 27.3 23.5 27.4 23.8
Sarawak 26.5 23.1 27.7 23.8 27.9 23.8

Komposisi penduduk kekal membujang di negara ini sejak beberapa

dekad lalu turut menunjukkan peningkatan. Peratus penduduk Malaysia kekal

membujang meningkat pada kesemua peringkat usia dewasa. Malah, peratus

penduduk kekal bujang didapati agak tinggi terutama di kalangan penduduk

berusia di bawah 20-24 tahun seperti yang ditunjukkan di Jadual 2. Hanya

selepas mencapai usia 25 tahun ke atas, semakin ramai mulai menamatkan

zaman membujang mereka dengan berkahwin. Secara keseluruhan, peratus

mereka kekal membujang di telah mencapai hampir sepertiga daripada

keseluruhan penduduk negara ini. Peningkatan dalam peratus membujang ini

telah menyebabkan kadar fertiliti dalam negara telah merosot ke tahap lebih

rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

8
Jadual 2: Peratus Penduduk Belum Pernah Berkahwin, Semenanjung, Sabah, dan
Sarawak, (1991 dan 2000)

Umur Sem. M'sia Sabah Sarawak


1991 2000 1991 2000 1991 2000
15-19 92.6 98.0 88.4 97.6 90.8 93.5
20-24 71.3 81.4 57.9 78.6 61.5 69.2
25-29 36.6 44.3 30.1 45.4 31.6 37.8
30-34 16.0 19.4 14.2 19.9 14.5 17.8
35-39 8.7 10.4 8.0 9.9 8.4 10.0
40-44 5.7 6.9 5.3 5.5 5.8 7.4
45-49 3.7 5.1 3.7 4.0 4.2 5.7
50-54 2.7 3.9 2.9 2.8 3.6 4.7
55-59 2.2 3.1 2.4 2.2 3.3 3.5
60-64 1.8 2.2 2.4 2.1 2.8 3.1
65+ 1.5 1.8 2.4 2.6 1.8 2.4
Jumlah 33.2 35.8 34.2 39.7 32.4 32.3

Jadual 3 menunjukkan peratusan penduduk bujang di Malaysia mengikut

jantina pada tahun 1991 hingga 2000. Nisbah di antara lelaki dan wanita yang

memilih untuk kekal bujang bagi setiap kumpulan umur telah menunjukkan

peningkatan dalam tempoh masa tersebut. Jadual tersebut juga menunjukkan

peratusan lelaki bujang adalah lebih tinggi daripada wanita.

Jadual 3: Peratusan Populasi Bujang Antara Lelaki dan Wanita


(1991 dan 2000)

1991 2000
Umur
Lelaki Wanita Lelaki Wanita
15 – 19 98.6 92.4 98.9 95.1
20 – 24 85.7 60.2 88.3 68.5
25 – 29 49.0 25.9 54.9 29.8
30 – 34 20.4 12.4 24.7 12.7
35 – 39 10.0 7.8 12.4 7.8
40 – 44 6.0 5.7 7.4 6.1
45 – 49 4.0 3.8 5.1 5.0

9
Persoalan timbul, apakah kecenderungan ini dipengaruhi perubahan struktur

penduduk, keadaan dan keperluan lelaki seperti melanjutkan pelajaran, bekerja

membantu keluarga; kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan,

alasan ekonomi atau masalah peribadi? 

6.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Usia Kahwin

Bogue (1969) dan Smith (1983), mengatakan bahawa faktor utama yang

mempengaruhi usia kahwin ialah urbanisasi, pendidikan dan pekerjaan yang

menyebabkan penangguhan perkahwinan. Duza dan Baldwin (1977) dalam pola

umur perkahwinan mengatakan bahawa pendidikan dan pekerjaan merupakan

pilihan alternatif untuk perkahwinan.

(a) Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa serta desakan ekonomi

keluarga menuntut seseorang mempunyai kemahiran bagi

membolehkan mereka menikmati peluang ganjaran yang disediakan

oleh institusi pekerjaan. Pendapatan yang baik adalah salah satu

unsur penting yang menjamin kestabilan kehidupan dan

keharmonian hidup keluarga. Suasana ini menyebabkan seseorang

bersedia mengorbankan sebahagian usianya untuk

membolehkannya memperoleh kemahiran pekerjaan sebelum

memasuki kehidupan kekeluargaan. Melewatkan umur berkahwin

adalah merupakan salah satu kesan keadaan ini.

10
(b) Komitmen Kepada Kerjaya

Abdul Aziz Jemain (2003) mengatakan salah satu sebab mengapa

seseorang individu itu memilih untuk membujang sesetengah

individu lebih mementingkan pekerjaan dan menyebabkan keinginan

untuk berkahwin semakin pudar. Memandangkan kegiatan ekonomi

semasa lebih menekankan kemahiran. Tahap kemahiran dikaitkan

dengan pekerjaan dan jumlah ganjaran. Untuk mencapai

kecemerlangan dalam kerjaya bagi memperolehi jawatan atau

pendapatan yang lumayan, seseorang itu perlu mengikuti latihan

kemahiran yang akan memerlukan masa dan akan melewatkan

perkahwinan.

(c) Status Sosio-Ekonomi

Pendidikan memainkan peranan penting ke atas kehidupan

seseorang manusia. Pendidikan juga berperanan mengubah cara

manusia berfikir dan menguruskan diri dan alam sekelilingnya,

termasuk berkaitan hidup berkeluarga. Dalam konteks ini, pendidikan

dilihat berkaitan rapat dengan amalan melewatkan perkahwinan.

Tindakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

menyebabkan ramai daripada kalangan wanita dan juga lelaki telah

menangguhkan urusan perkahwinan atau mendirikan rumahtangga

ke usia yang lebih lewat. Lamanna, M dan Riedmann, A (2006)

merumuskan bahawa kesan daripada peningkatan peluang

melanjutkan pendidikan dan keterlibatan wanita dalam pasaran

11
pekerjaan menyebabkan ramai telah menangguhkan perkahwinan ke

usia lebih lewat dengan tempoh membujang telah dipanjangkan.

7.0 KERANGKA KERJA TEORITIKAL

Berdasarkan sorotan karyawan, teori-teori dan kajian-kajian lepas, kajian

ini akan dilaksanakan berdasarkan kerangka kerja teoritikal yang dibina seperti di

Rajah 1. Kajian ini akan mengkaji pengaruh tiga pembolehubah tak bersandar

iaitu tanggungjawab terhadap keluarga, komitmen terhadap kerjaya dan status

sosio ekonomi ke atas budaya kahwin lewat di kalangan lelaki di Malaysia

sebagai pemboleubah bersandar.

PEMBOLEHUBAH PEMBOLEHUBAH
TAK BERSANDAR BERSANDAR

Rajah 1: Kerangka Kerja Teoritikal Bagi Kajian Mengenai Budaya Kahwin


Lewat Usia Di Kalangan Lelaki Di Malaysia

12
8.0 HIPOTESIS

(a) Terdapat perhubungan yang signifikan antara tanggungjawab

terhadap keluarga dengan kahwin lewat.

(b) Terdapat perhubungan yang signifikan faktor kerjaya dengan

kahwin lewat.

(b) Terdapat perhubungan yang signifikan kedudukan sosio ekonomi

dengan kahwin lewat.

9.0 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan iaitu melalui borang

soal selidik dan temuduga. Borang soal selidik akan diedarkan kepada 300 orang

responden di samping temuduga. Responden dipilih secara persampelan rawak.

10.0 SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada 300 responden iaitu lelaki yang bekerja di

sektor awam dan swasta di kawasan Kuala Lumpur.

11.0 TEKNIK ANALISIS

Maklumbalas soal selidik dianalisa secara statistik deskriptif untuk

kekerapan dan peratus. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan

korelasi/perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang diukur dengan

menggunakan skala interval atau ratio.

13
12.0 RUMUSAN

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor utama yang

mempengaruhi budaya kahwin lewat di kalangan lelaki di Malaysia. Hasil kajian

ini boleh membantu kerajaan sebagai panduan dalam menetapkan dasar dan

polisi pada masa hadapan. Ia juga sebagai panduan bagi agensi-agensi kerajaan

yang berkaitan untuk melaksanakan langkah atau inisiatif bagi menggalakkan

lelaki kahwin awal bagi mengelakkan penularan budaya barat yang menolak

konsep perkahwinan dan menghalalkan seks bebas yang akan menyebabkan

keruntuhan institusi kekeluarga di Malaysia.

14
Rujukan

1. A. Asmah & C.R. Rosniza (2010) Peningkatan Pendidikan Menjejaskan

Fertiliti Penduduk Tempatan: Konfirmasi Dari Pembangunan Besut Baru

Terengganu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Abdul Aziz Jemain, (2001) Model umur berkahwin pertama di Semenanjung

Malaysia Matematika 17(1): 33-44.

3. Abdul Aziz Jemain & Puzziawati Ab Ghani, (2003) Menjejak Perubahan

Fertiliti Dan Umur Perkahwinan Di Semenanjung Malaysia, Jurnal

Teknologi, 39(C) Dis. 2003: 75–89, Universiti Teknologi Malaysia

4. Bogue, D. (1969) Principles of Demography. New York: John Wiley and

Sons. Bourdieu

5. Coale, A. J., and D. R. McNeil. (1972). The distribution by age at first

marriage in a female cohort. Journal of the American Statistical Association.

67: 743-749.

6. Duza, M. Badrud and C.S. Baldwin (1977.) Nuptiality and Population Policy:

An Investigation in Tunisia, Sri Lanka, and Malaysia (New York: Population

Council).

7. Hairi Abdullah, (1989) Penduduk Semenanjung Malaysia : Struktur, Proses

Dan Masalah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

15
8. Lamanna,M & Riedmann, A (2006) Marriage and Families : Making

Choices In A Diverse Society. Thomson Wadsworth. USA.

9. Retherford, R.D. dan L.J. Cho (1973) Comparative Analysis of Recent

Fretility Tren In East Asia. Pp. 163-181 in International Union For the

Scientific Study of Population

10. Rohani Abd Razak, (2006) Fourth Malaysia Population And Family Survey

( MPFS 4 ) At A Glance. Dlm National Population Conference “Building The

Next Generation”. Kuala Lumpur.

11. S. Mahadi. S. Abd. Razak, (2008) Perubahan Struktur Umur Penduduk:

Impak Dan Cabaran Kepada Pembangunan Negara, Universiti Malaya

Kuala Lumpur.

12. Smith, Peter C., (1983) The impact of Age at Marriage and Proportions

marring on Fertility, In: Determinants Fertility in Developing Countries.

Bulatao and others (Eds.). New York: Academic Press.

13. Weeks, John R. (2002) Population : An Introduction to Concepts and

Issues, Edisi ke 8.Belmont, CA: Wodssworth.

14. Bancian Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2000.

15. Jabatan Perangkaan Malaysia 2005. Buletin Perangkaan Sosial Malaysia

2005.

16

You might also like