You are on page 1of 35

MGM4126

PERHUBUNGAN MAJIKAN-PEKERJA

KUMPULAN 2

NAMA NO MATRIK
4. MOHD SAZUAN B. NAWAWI 140880
5. NORHASNIZA YAHAYA 142217
6. SITI MARIAM AHMAD FUAAD 142437
7. LAI CHAI HONG 138382
8. YAP JI YAN 138452
BAB 11

PENUBUHAN DAN
PENTADBIRAN KESATUAN
SEKERJA KE ARAH
PRODUKTIVITI
PERANAN PEKERJA DAN
ORGANISASI MEREKA
 Bentuk kesatuan diperlukan (Frenkel & Royal,
1996) - proaktif & strategik – dapat
meningkatkan kebolehsaingan dlm perusahaan
& kualiti kerja melalui.
 Pembaikan dlm organisasi.
 Perhubungan pengurusan buruh.
 Peningkatan kemahiran berasaskan perkongsian
yg ekuitabel utk pekerja.
 Perkembangan kesatuan yg berkesan adalah
‘contingent’ pengiktirafan & aplikasi hak-hak
& kebebasan berkesatuan, utk berorganisasi &
utk tawar-menawar secara kolektif.
 Keperluan organisasi kesatuan sekerja berbeza
diantara satu negara ke negara lain.
 Contoh: Peningkatan kesedaran & latihan dlm
hubungan mereka dlm ekonomi berorientasikan
pasaran- keutamaan bg kesatuan sekerja sedang
dalam perubahan.
 Objektif utama – tarik lebih ramai pekerja sertai
kesatuan dgn tingkatkan pengambilan, tawar
perkhidmatan lebih baik & berkomunikasi lebih
berkesan.
 Perlu pemimpin mantap, berkemahiran &
berkebolehan secara teknikal & punyai
sokongan.
PENUBUHAN KESATUAN
SEKERJA
PENGENALAN

 Pekerja dan majikan di Malaysia adalah bebas


menubuhkan pertubuhan mengikut:
i. Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia
ii. Konvensyen ILO No.98
iii. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja
1959
 Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan
bagi membolehkannya menikmati
keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja
yang sah.
 Kesatuan Sekerja ialah suatu pertubuhan
pekerja atau majikan yang ditubuhkan untuk
memajukan, memelihara dan memperbaiki
kepentingan sosial, ekonomi dan politik ahli-
ahlinya melalui tindakan kolektif.

 Di Malaysia, sistem perhubungan perindustrian


terdiri daripada tiga pihak iaitu pihak majikan
dan persatuan-persatuannya, pekerja dengan
kesatuan-kesatuan sekerjanya dan kerajaan.
PROSEDUR MENUBUHKAN
KESATUAN SEKERJA
Langkah Pertama
 Memanggil pekerja untuk mengadakan
mesyuarat penubuhan. Jumlah kehadiran tidak
dihadkan tetapi perlu seberapa ramai yang
boleh.
Agenda Mesyuarat Penubuhan
 Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan
semasa mesyuarat penubuhan adalah seperti
berikut:-
i. Melantik “Pengerusi Sementara” dan
“Pencatat Minit” dalam mesyuarat
penubuhan.
ii. Membincangkan secara ringkas tujuan
penubuhan kesatuan sekerja
iii. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja

iv. Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran


bulanan
v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar
kesatuan sekerja
vi. Membincangkan dan meluluskan peraturan-
peraturan kesatuan sekerja
i. Melantik Ahli Jawatankuasa Yg Terdiri Drpd:-
i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari dan
iv. Empat (4) org Ahli Jawatankuasa
• Mereka boleh dipilih dengan cara angkat
tangan. Syarat- syarat untuk menjadi pegawai
mengikut seksyen 26 dan seksyen 28 Akta
Kesatuan Sekerja 1959 ialah:-
a. Seorang warganegara Malaysia;
b. Telah bekerja bagi tempoh lebih daripada satu tahun
dalam mana establishment, trade,pekerjaan atau
industri di mana kesatuan sekerja itu ada kaitan;
c. Tidak pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana
kesatuan sekerja yang mana pendaftarannya telah
dibatal atau ditarik balik di bawah seksyen
15(1)(b)(iv),(v) atau (vi) atau di bawah mana-mana
undang-undang yang telah dimansuhkan;
a. Tidak menjadi seorang pegawai atau
pekerja sesuatu parti politik
b. Tidak pernah disabitkan oleh mana-mana
mahkamah undang-undang mengenai
pecah amanah, pemerasan atau intimidasi
atau suatu kesalahan yang pada pendapat
Ketua Pengarah menjadikannya tidak
layak untuk menjadi sebagai pegawai
kesatuan sekerja itu atau;
c. Dia bukan seorang bankrap.

v. Lain-lain Hal
vi. Penutup
LANGKAH KEDUA
 Prosedur untuk mendaftar kesatuan adalah
seperti berikut:-
 Mengisi Borang Permohonan (Borang B)
 Menyediakan dokumen-dokumen berikut
kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja, tidak lewat dari 30 hari selepas
tarikh penubuhan:-
i. Surat permohonan - 2 salinan
ii. Minit Mesyuarat Penubuhan - 2 salinan
msti ditandatangani oleh sekurg2 nya 7 org ahli
kesatuan.
iv. Senarai pekerja yang hadir - 2 salinan
v. Senarai pekerja yang menyokong penubuhan
kesatuan sekerja - 2 salinan
vi. Buku Peraturan Bercetak - 1 naskhah
vii. Borang permohonan (Borang B) - 4 salinan
viii. Borang Praecipe bersetem hasil RM30.00 -1
salinan.
• Setiap kesatuan wajib didaftar utk nikmati
keistimewaan bagi dapatkan taraf pertubuhan sah
disisi undang-undang.

• Pendaftaran – ambil masa sebulan dari tarikh


penubuhan- w’bagaimanapun boleh dilanjutkan
atas budibicara Pendaftar Kesatuan Sekerja,
tetapi jumlah kesemua tempoh mestilah tidak
melebihi 6 bulan.

 Sekira gagal buat permohonan pendaftaran dlm


tempohnya atau pendaftaran ditolak, ditarik balik
atau dibatalkan, Seksyen 19 Akta Kesatuan
Sekerja peruntukkan spt. berikut:
i. Kesatuan Sekerja tidak sah, terhenti dpd nikmati
apa-apa hak, kekebalan atau keistimewaan
kesatuan yg berdaftar, tetapi tanpa
memudaratkan apa-apa tanggungan yg dialami
atau yg akan dialami olehnya.

iii. Tiada kesatuan sekerja atau anggota-


anggotanya boleh menyertai mana-mana
pertikaian perusahaan atau menaja, mengatur
atau membiayai mana-mana mogok atau
pemberhentian. Juga dilarang membekalkan
wang atau faedah lain bagi anggotanya semasa
mogok atau pemberhentian.

v. Kesatuan mestilah dibubarkan & kewangannya


dilupuskan menurut peraturan.

vii. Tiada siapa dibenarkan sertai pengurusan atau


organisasi kesatuan, kecuali bagi maksud
pembubaran, pelupusan kewangan atau rayuan
terhadap penolakan mendaftar, penarikan balik
atau pembatalan.
Mereka yang ditegah menjadi anggota
kesatuan ialah :

 Anggota polis Diraja Malaysia, anggota-anggota


mana-mana perkhidmatan penjara, anggota-
anggota Angkatan bersenjata, pegawai-pegawai
awam yang bertugas dalam keupayaan sulit atau
keselamatan, dan pegawai-pegawai awam yang
dilarang di bawah mana-mana undang-undang
bertulis; atau

 Pegawai-pegawai awam yang memegang sesuatu


jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan
Ikhtisas melainkan pegawai-pegawai awam, atau
kelas kategori atau merupakan pegawai awam di
dalam kumpulan tersebut, yang tidak dikecualikan
oleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh
Ketua Setiausaha Negara.

 Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan boleh


bergabung.

 Pegawai-pegawai badan berkanun tidak boleh


bergabung dengan badan berkanun yang lain.
 Seksyen 59 Akta Kesatuan Sekerja – adalah
salah bagi seseorang atau sesuatu kesatuan
sekerja, yg belum didaftarkan, melakukan
sebarang perbuatan utk mencapai apa-apa
tujuan kesatuan sekerja, melainkan
perbuatan itu dilakukan secara suci hati,
dalam masa dan bagi maksud menubuhkan
kesatuan.

 Pendaftar berkuasa meminta maklumat-


maklumat lain mengenai pegawai-pegawai
kesatuan sekerja. Sebelum sijil pendaftaran
dikeluarkan, sesiapa pun tidak dibenarkan
kelola atau sertai mana-mana kutipan wang
atau harta-harta lain bagi kesatuan itu, tanpa
kebenaran secara bertulis terlebih dahulu
dpd Pendaftar.
 Semasa permohonan penubuhan diterima, Pendaftar
punyai beberapa pilihan utk bertindak – ia boleh rujuk di
bawah Seksyen 14 TUA, dimana beliau berkuasa
meminta maklumat lain bertujuan utk kepuasan hati
beliau – utk buktikan bahawa s. 14(a) permohonan
patuh kpd peruntukan Akta & peraturan berkaitan, atau
s.14(b) bahawa kesatuan sekerja telah didaftarkan di
bawah Akta.

 Selepas berpuas hati, Pendaftar akan mendaftarkan


kesatuan & keluarkan Sijil Pendaftaran.

 Pendaftar mesti amalkan pertimbangan & menolak utk


mendaftar kesatuan sekerja “jika dia berpuas hati sudah
terdapat kesatuan sekerja bagi tred, pekerjaan atau
perusahaan yg tertentu, & bahawa menubuhkan
kesatuan lain yg serupa sifatnya tidak akan memberi
apa-apa faedah kpd pekerja”. – Tujuan – utk elak
kependuaan & tidak galakkan kesatuan berpecah.
 Pendaftar juga mesti menolak pendaftaran kesatuan
sekiranya mana-mana tujuan kesatuan sekerja tidak
sah, atau nama kesatuan sekerja itu seakan-akan
sama dgn nama kesatuan sekerja sedia ada.
 Sijil pendaftaran, melainkan dibuktikan telah
dibatalkan atau ditarik balik, adalah bukti muktamad
bagi semua maksud bahawa kesatuan sekerja itu
telah didaftarkan dengan sempurnanya.
 Sesiapa yg tidak berpuas hati terhadap penolakan
pendaftaran boleh merayu kpd Menteri dalam masa
tiga puluh hari dari tarikh penolakan itu.
 Perlindungan statut secara merayu ini diperuntukkan
di bawah Seksyen 71A Akta.
 Menteri boleh beri keputusan yg ‘muktamad dan
terakhir’.
 Fasal penamat ini menghadkan bidang kuasa
mahkamah utk campur tangan terhadap keputusan
Menteri.
 CONTOH KES

 Majikan didakwa halang


penubuhan kesatuan pekerja
 Beberapa kilang pemasangan kenderaan gergasi
didakwa menggunakan tindakan mahkamah untuk
menghalang pekerja mereka daripada menubuhkan
kesatuan sekerja di kilang masing-masing.

 “Malaysia Truck and Bus mempunyai 2,000 pekerja


manakala AMM mempunyai 600 pekerja yang
memasang kenderaan jenis Mitsubishi, Proton
Iswara dan lori Tata di kilang pemasangan mereka
di Pekan. Lebih 51 peratus pekerja kilang tersebut
setuju untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

 Malaysia Truck and Bus Sdn Bhd dan AMM Sdn


Bhd – kedua-duanya berpangkalan di Pekan,
Pahang menggunakan mahkamah untuk mencabar
keputusan menteri yang membenarkan penubuhan
kesatuan sekerja di kilang tersebut.
 Presiden Persatuan Pengeluar dan Pembekal Alat-
alat Ganti Kenderaan dan Sekutu, Muda Ismail
mendakwa, mereka juga menggunakan `orang
berpengaruh’ termasuk tokoh-tokoh politik untuk
mempengaruhi pekerja kilang masing-masing
daripada menubuhkan kesatuan sekerja.
 Kes yang melibatkan Malaysia Truck and Bus yang
akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
tidak lama lagi, telah berlanjutan sejak dua tahun lalu

 masih banyak kilang yang enggan menerima


penubuhan kesatuan sekerja dan menggunakan
pelbagai helah untuk tidak memberi pengiktirafan
kepada mereka

 “Pengurusan kilang tidak membenarkan penubuhan


kesatuan sekerja kerana tidak mahu mereka begitu
lantang memperjuangkan hak pekerja seperti tuntutan
kerja lebih masa, kemudahan perubatan dan
sebagainya,”
PENGIKTIRAFAN
KESATUAN
 Proses di mana satu pihak tentukan bahawa pihak
lain berhak bertindak & jalankan aktiviti-aktiviti
kesatuan.
 Peruntukan undang-undang Malaysia wajibkan
pendaftaran kesatuan sekerja, tetapi pendaftaran
sahaja tidak bererti kesatuan boleh berfungsi
dengan berkesan
 Tanpa pengiktirafan yg sepatutnya, perundingan
bersama antara majikan & kesatuan sekerja tidak
boleh dimulakan.
 Seksyen 9(2) Akta Perhubungan Perusahaan,
“Kesatuan Sekerja pekerja-pekerja boleh
menyampaikan tuntutan mengiktirafkan pekerja-
pekerjanya atau mana-mana kelas pekerja, kepada
majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan,
tuntutan pengiktirafan perlu dalam bentuk bertulis
dan dalam borang tertentu”.
 Dalam tempoh 21 hari, majikan hendaklah
membuat salah satu dpd berikut:
 Memberi pengiktirafan atau
 Menolak pengiktirafan penubuhan kesatuan
-Majikan juga dikehendaki beritahu kesatuan
dlm bentuk bertulis sebab berlakunya penolakan
tersebut.

• Majikan juga perlu mengesahkan kepada Ketua


Pengarah Perhubungan Perusahaan samada
pekerja-pekerja yg sedang memohon
pengiktirafan adalah merupakan anggota-
anggota kesatuan berkenaan & beri notis bertulis
menyokong permohonan tersebut kpd kesatuan.
Kepentingan Pengiktirafan
 Jika pengiktirafan diterima – perundingan boleh
diteruskan
 Jika ditolak atau majikan tidak beri jawapan –
kesatuan boleh laporkan secara bertulis kpd.
Ketua Pengarah dimana KP boleh siasat & rujuk
kpd Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yg akan
putuskan persoalan fakta & jadi pendamai.
 Jika KP KP gagal selesaikan, ia perlu beritahu
Menteri yg akan buat keputusan terakhir.
 Jika Menteri putuskan pengiktirafan diberi, ianya
disifatkan sbg diberikan oleh majikan atau
kesatuan majikan berkenaan.
 Menteri berkuasa utk tetapkan tarikh
pengiktirafan.
 Seksyen 9 (5) – nyatakan bahawa ‘apabila
menerima pemberitahuan….Menteri hendaklah
memberi keputusannya atas perkara itu’.
 Sekira kesatuan telah terima pengiktirafan,
maka kesatuan lain tidak boleh buat tuntutan
pengiktirafan bagi pekerja-pekerja atau kelas
kelas pekerja yg sama, selama 3 tahun yg
berikutnya.

 Sesuatu tuntutan pengiktirafan boleh dibuat dgn


segera hanya jika sekiranya Menteri putuskan
bahawa kesatuan tidak patut diberi
pengiktirafan, atau jika sesuatu tuntutan
pengiktirafan diputuskan oleh KP dibawah
Seksyen 9(4A), maka kesatuan sekerja tidak
boleh lagi buat tuntutan selanjutnya utk
dapatkan pengiktirafan sehingga 3 bulan telah
tamat selepas keputusan atau resolusi tuntutan
itu.
Pengiktirafan Terhad & Pengiktirafan Am
(Limited Recognition & General
Recognition)

 Jika kesatuan mewakili kumpulan minoriti shj


didalam sesuatu industri, ia hanya layak
membuat tuntutan bagi pihak ahli-ahlinya
sahaja (Pengiktirafan Terhad).

 Jika kesatuan mewakili majoriti pekerja, ia


layak membuat tuntutan bagi pihak semua
pekerja (Pengiktirafan Am).
Contoh Kes

 Kes KFC Technical Services Sdn. Bhd. lwn.


Industrial Court of Malaysia.
 Pekerja sertai kesatuan sekerja & kesatuan
tuntut pengiktirafan dpd majikan melalui Seksyen
9(2) Akta Perhubungan Perusahaan.
 Majikan kemudian minta nasihat KP samaada
kesatuan layak mewakili pekerja-pekerjanya,
tetapi tanpa menunggu jawapan, majikan ambil
tindakan membuang kesemua pekerja yg jadi ahli
kesatuan.
 Selepas mesyuarat di Kementerian Buruh – sedar
bahawa majikan telah langgar Seksyen 10 Akta
Perhubungan Perusahaan – pekerja-pekerja yg
dibuang diambil semula.
BILANGAN KEANGGOTAAN
DAN KESATUAN SEKERJA DI
MALAYSIA, 2002-2006
TAHUN KESATUAN KEANGGOTAAN

2002 581 807,260

2003 609 789,163

2004 611 783,108

2005 621 761,160

2006 631 801,585


BILANGAN KESATUAN
SEKERJA MENGIKUT SEKTOR
DI MALAYSIA, 2002-2006
SEKTOR 2002 2003 2004 2005 2006

Swasta 373 380 380 390 396

Kerajaan 128 127 130 127 130

Badan 80 88 87 91 92
Berkanun dan
Penguasa
Tempatan
Majikan 14 14 14 13 13
SEKTOR 2002 2003 2004 2005 2006

Pertanian, 48 55 54 54 55
Perhutanan
dan
Perikanan
Perlombon 2 2 1 1 1
gan dan
Kuari
JUMLAH 595 609 611 621 631
KESIMPULAN
 Hubungan kakitangan di dalam sesebuah
organisasi adalah amat penting agar
organisasi tersebut dapat di jalankan
secara cekap dan efektif serta selaras
dengan matlamatnya.
 Penglibatan kesemua kakitangan dari
pihak atasan sehinggalah ke pihak
bawahan organisasi di dalam pembuatan
sebarang keputusan adalah wajar.
 Pihak pengurusan sumber manusia di
dalam organisasi seharusnya memikirkan
langkah-langkah yang seharusnya di ambil
untuk mengekalkan hubungan dan
kekuhan hubungan antara majikan dan
pekerja agar keharmonian dan sebarang
pertikaian dapat diselesaikan dengan cara
yang paling baik.
 Di bawah Dasar Pandang Ke Timur,
kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan
kesatuan sekerja dalaman. Ini kerana ia
amat praktikal kerana golongan pekerja
dan majikan dapat membuat sesuatu
keputusan dengan segera demi
meningkatkan produktiviti syarikat.

Elemen-elemen baru hubungan industri


seperti kerja dalam pasukan, penglibatan
pekerja, perkongsian keuntungan akan
menjadi perhatian utama kesatuan sekerja
dan majikan pada masa depan.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like