You are on page 1of 12

1

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana terdiri daripada pelbagai etnik yang
berbeza. Namun demikian, semua rakyat berusaha untuk mengatasi perbezaan yang ada dan belajar
menerima budaya masing-masing. Konsep “Satu Malaysia” yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
kita mempunyai makna yang mendalam untuk dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Justeru setiap
rakyat harus memahami konsep negara bangsa di negara kita, kerana definisinya yang berbeza jika
dibandingkan dengan negara yang lain. Konsep negara bangsa di negara kita merujuk kepada
perasaan kenegaraan yang membentuk satu identiti di bawah satu pemerintahan. Meskipun setiap
bangsa yang ada di Malaysia bebas menganuti apa sahaja agama namun agama Islam ialah agama
rasmi negara. Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini akan menyentuh tentang definisi kontrak
sosial, ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu 1957, menghuraikan “ konsep bersetuju untuk tidak
bersetuju ”, faktor-faktor lain yang menyebabkan kerapuhan negara bangsa pada tahun 1957 dan
seterusnya membuat penilaian.

ISI KANDUNGAN

Kontrak sosial

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan
John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana
setiap individu itu bersetuju kepadanya. 1 Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju
untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang
berkuasa dan berdaulat.2

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih.3 Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-
syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dgn kontrak. 4 Sosial pula boleh
ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan
semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan
ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Perpaduan di antara masyarakat Melayu dan Cina telah wujud melalui satu bentuk kerjasama
di antara UMNO dan MCA semasa menghadapi Pilihanraya Municipal di Kuala Lumpur pada tahun

1
Syed Ahmad Hussien, Pengantar Sains Politik , Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia, 1994,
Hlm 189
2
Ibid.
3
Lihat Dalam Kamus Dewan
4
Ibid
2

1952. Pada masa itu, MCA telah memberikan kerjasama yang baik kepada UMNO dalam Pilihanraya
Majlis Bandaran. Namun demikian, pada bulan Ogos tahun 1952, perasaan saling mencurigai di antara
orang Melayu dan orang Cina mulai timbul kesan daripada penulisan Dr. Victor Percell. 5 Tulisan beliau
yang menuduh orang-orang Melayu tidak bersikap adil terhadap masyarakat Cina tersiar di beberapa
buah akhbar di England.

Ketibaan Dr Victor Percell pada bulan Ogos tahun 1952, kononnya bertujuan untuk menjadi
orang tengah dalam rundingan di antara orang Melayu dan orang Cina di Malaya. Di samping itu.
Beliau juga bertujuan untuk mengadakan satu penyiasatan terhadap orang Cina di Negara ini dan
hasil penyiasatan itu nanti akan dihantar kepada pemerintah Inggeris di England. 6 Tambahan itu juga,
peribadi beliau yang anti orang Melayu telah memburukkan lagi keadaan kerana penyelidikan beliau
yang hanya menjurus kepada orang Cina dan mengabaikan kebajikan orang Melayu. Tindakan beliau
ini, menyebabkan orang Melayu berasa tidak senang hati.7

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Tunku Abdul Rahman telah menyatakan secara terus
terang kepada pihak Inggeris supaya tidak perlu meragui hubungan di antara orang Cina dan orang
Melayu. Malah Tunku juga menegaskan bahawa untuk mengwujudkan perpaduan di Tanah Melayu
mereka tidak memerlukan Dr Victor Percell sebagai orang tengah. Tunku bersedia untuk mengadakan
rundingan dengan pemimpin-pemimpin MCA untuk menyelesaikan masalah ini. Usulan Tunku ternyata
telah diterima baik oleh pemimpin MCA. 8

Oleh yang demikian berlakulah satu persidangan di antara UMNO dan MCA yang dikenali
sebagai persidangan Meja bulat. Perundingan tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur pada 3
Februari 1953. 9
wakil-wakil UMNO yang menyertai Rundingan Meja Bulat ini ialah Tunku Abdul
Rahman (Yang Dipertua UMNO), Tun Dr Ismail (Naib Yang Dipertua UMNO), Tun Sardon Haji Jubir,
Encik Bahaman Samsuddin dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Pihak MCA pula diwakili oleh Datuk Tan Sri
Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA), Tun Kolonel H.S. Lee (Naib Yang Dipertua MCA), Tun Leong
Yew Koh, Encik S.M. Yong, Datuk Ong Yoke Lin dan Encik T.H Tan. 10

Sebelum rundingan dijalankan, Tuanku Abdul Rahman telah menarik perhatian ahli-ahli
perundingan, khususnya wakil MCA bahawa mereka hendaklah menerima hakikat dan mengiktiraf :

5
Mohd. Tajuddin Bin Abdul Rahman, Tun Dr Ismail : Negarawan Berjasa, Selangor : Pelanduk
Publication, 1987, Hlm 13.
6
Ibid.
7
Ibid, Hlm 14.
8
Ibid, Hlm 15.
9
Ibid.
10
Abdul Manaf Haji Ahmad, Kontrak Sosial, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors, 2009,
Hlm
3

Bahawa negeri ini adalah negeri Melayu, hak orang-orang melayu yang sebenar dan oleh
yang demikian segala keutamaan dengan sendirinya adalah terhak kepada orang-orang Melayu dan
ianya tidak boleh dipersoalkan lagi!11

Pada Tunku, hakikat tersebut hendaklah diterima terlebih dahulu sebelum rundingan
dijalankan. Menurut Tunku, dasar ini adalah penting dan cuba menarik perhatian pihak MCA tentang
taraf dan hak-hak orang Melayu ke atas Negara ini. Pihak MCA menerima hakikat tersebut

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak
wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya
wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita
dan seterusnya menentukan sifat negara.12

Persidangan meja bulat kali pertama ini dijalankan secara bebasdan terbuka. Setiap pihak
bebas mengeluarkan hasrat, harapan dan isi hati masing-masing dalam suasana ramah mesra dan
penuh rasa persahabatan. Peristiwa ini menunjukkan bahawa kedua-dua suku bangsa ini dapat
berbicara dengan tenang tanpa ‘seekor merpati putih’ dalam usaha mengwujudkan keamanan dan
perasaan muhibah.13

Rundingan Meja Bulat bukan sahaja bertujuan untuk menjalinkan rasa persahabatan dan
muhibah malah ianya juga adalah untuk menjalankan ikatan yang lebih erat dalam masa menghadapi
pilihanraya di masa-masa akan dating. Perundingan ini juga telah ,membuahkan perancangan masa
hadapan yang lebih jauh iaitu mengatur langkah kearah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan
sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi
juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu
dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. 14 Pengajaran
utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

11
Mohd. Tajuddin Bin Haji Abdul Rahman, op cit. Hlm 16
12
Ibid
13
Ibid
14
Mohamad Jauhar Hassan, “Keadilan Social Dan Hubungan Kaum Dalam Konteks Masyarakat
Yang Berubah” Dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari Dan Chandra Dan Chandra Muzaffar,
Kuala Lumpur : Institute Kajian Dasar, 1996, Hlm 147-148
4

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk
di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja
dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. 15
Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan
memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain). 16 Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku
Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan
Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa
bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang
diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian
persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu
daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu
itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan
Melayu.” 17

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen


penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal
menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam
menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. 18
Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di
sebalik pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed
Suffian:19

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada


orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah
ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh
pemimpin-pemimpin bukan Melayu”

15
Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam Dalam
Perlembagaan Malaysia“, Dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, Anjuran Ikim Pada
17 Dan 18 Ogos 1995
16
Yam Sultan Azlan Shah, “The Role Of Constitutional Rulers In Malaysia” Dalam The
Constitution Of Malaysia Further Perspectives And Development, F.A Trindade Dan H.P. Lee
(Ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, Hal. 78
17
Malaya Merdeka, 26 April 1956
18
Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan , (Terj.) Abdul Majid Abd. Latiff
Dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal. 24
19
Ibid, Hal. 251
5

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti
yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama
yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh
semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.


Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan
kebudayaan.20 Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami
Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di
antaranya ialah: kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan, hak istimewa orang,
kedudukan Islam sebagai agama rasmi, dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

2.2.1 KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah
Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah
menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. 21 Baginda juga adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur
utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. 22

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin


hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di
sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh
Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung
dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri
masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 23 Malah tiada undang-undang yang secara
langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan
tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 24

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang
Islam.

2.2.2 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

20
Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan Sebagai Pernyataan Sejarah Dan Nilai-Nilai Asal Negara ”
Dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996
21
Perkara 39 Dan 40
22
Perkara 41 Dan 44
23
Perkara 159 (5)
24
Perkara 38 (4)
6

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas;
(i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu
(Perkara 160).

Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau
Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa
atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit
atau lesen perniagaan

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. 25 Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah
kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut
peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-
masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat
layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi
oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan. 26

2.2.3 KEDUDUKAN AGAMA ISLAM AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana
ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” .27

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh
dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. 28

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “ tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan “. Malah setiap
kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

25
Salleh Abbas , Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia , Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka, 1997, Hlm 55.
26
Ibid.
27
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
28
Salleh Abbas , Traditional Element Of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977 ,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, 1986, Hlm 3.
7

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat,


dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan
negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau
membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk
tujuan itu.29

2.2.4 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan
satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari
penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan
perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan
antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar
saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut
apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa
lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan
eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah
digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”.30

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain.

Konsep 'Setuju Untuk Tidak Setuju'

Konsep 'setuju untuk tidak setuju' merupakan perbezaan pendapat diantara UMNO, MCA dan
MIC berkenaan dengan beberapa intipati dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pada
9 April 1956, sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dibawah pimpinan timbalan Presiden UMNO iaitu
Tunku Abdul Razak yang bertanggungjawab untuk menimbang memorandum-memorendum yang

29
Perkara 12 (2)
30
Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957
8

dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa itu menerima pelbagai cadangan
tetapi isu yang paling hangat dibicarakan pada ketika itu adalah mengenai isu kerakyatan berasaskan
jus soli31 dan juga isu penggunaan bahasa asing dalam urusan pentadbiran kerajaan. Keadaan inilah
yang telah menimbulkan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kalangan ketiga-tiga parti
dalam parti Perikatan. Selain itu, sebelumnya ada juga beberapa permintaan yang ditolak oleh
Suruhanjaya Reid kerana dikatakan melampau dan tidak bertoleransi antara kaum. Antara isu-isu
yang ditolak pada ketika itu adalah seperti isu tuntutan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi,
pendaulatan bahasa Cina dan sekolah Cina sebagai bahasa kebangsaan 32 dan juga permintaan untuk
mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai milik orang Melayu sahaja.

Jawatankuasa Siasah itu juga telah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak isu
berkenaan dengan jus soli dan hanya menerima pakai prinsip tersebut setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Tambahan dari itu, jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Malaya. Cadangan dari jawatankuasa itu diterima oleh Majlis
Tertinggi UMNO dan disahkan dalam mesyuarat yang berlangsung pada 9 Ogos 1956. Oleh yang
demikian, Majlis Kebangsaan telah menimbang memorandum dari UMNO, MCA dan MIC dimana Majlis
ini telah mencadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengiktiraf orang Melayu
sebagai bumiputera dinegeri ini berasaskan sejarah dan perjanjian diantara Kerajaan British dan Raja-
raja Melayu pada dahulunya. 33 Apa yang paling penting pada ketika itu adalah mengenai hak istimewa
orang Melayu sebagai penduduk asal disini dan semua itu sebenarnya memang sudah diiktiraf oleh
kaum lain terutamanya orang Cina dalam menangani 'Kontrak Sosial'. 34

Disamping itu, berkenaan dengan hak istimewa orang melayu, Perlembagaan sepatutnya
mempunyai kuasa untuk memberikan hak pemilikan tanah kepada orang Melayu, bekerja dalam
perkhidmatan awam, terlibat dalam perniagaan atau perdagangan dimana kebenaran tersebut dikawal
oleh undang-undang, dan juga berkenaan dengan hak-hak serupa yang diberikan oleh kerajaan. 35
Namun demikian, Perlembagaan harus menyatakan bahawa setiap pelaksanaan yang dilakukan oleh
mereka tidak akan melanggar kepentingan sah masyarakat lain atau mengurangkan hak mereka
untuk tinggal di Tanah Melayu. Selain itu, berkenaan dengan kerakyatan dan kaedah memperolehnya,
ahli-ahli komponen parti Perikatan telah berbeza pendapat antara satu sama lain. Cadangan MIC dan
MCA dalam menuntut kerakyatan berasaskan jus soli telah ditolak oleh UMNO sebelum Negara

31
Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-1957, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm 184-185
32
Mohammad Redzuan Othman, Muhammad Yusoff Hashim et al.(ed.), Jendela Masa, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 2001, hlm 363
33
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 2011,
http://www.mindamadani.my/perlembagaan Tanah Melayu.pdf, diakses pada 24 Februari2011
34
Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of A Nation, Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies, 2002, hlm 36-37
35
Horowitz, Donald. L, Ethnic Groups in Conflict, London: University of California Press Ltd, 1985, hlm
407
9

mencapai kemerdekaan.36 Namun demikian, UMNO keadaan yang setengah setuju dan terpaksa
berkompromi supaya Perlembagaan itu mengadakan syarat iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan haruslah menjadi warganegara Tanah
Melayu.

Beberapa kelonggaran telah dicadangkan oleh UMNO sama ada bagi mereka yang lahir di
Tanah Melayu mahupun tidak dilahirkan di Negara ini. Bagi mereka yang dilahirkan dinegara ini
sebelum merdeka, mereka berhak untuk mendaftar menjadi rakyat dalam tempoh setahun dengan
syarat dilahirkan di Tanah Melayu dan telah berumur 18 tahun ataupun lebih. Selain itu, seseorang itu
haruslah berkelakuan baik, mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu dan mengisytiharkan
diri untuk tinggal di Negara ini secara berkekalan. 37 Disamping itu, seseorang itu juga harus telah
tinggal di Negara ini lebih daripada 5 daripada 7 tahun dari tarikh permohonan yang telah
dikemukakan, dan yang paling penting adalah haruslah mempunyai kebolehan bahasa Melayu dengan
mudah. Namun demikian, bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu juga layak memohon
kerakyatan dalam tempoh setahun dengan syarat yang sama kecuali dari segi tempoh bermastautin,
dimana mereka perlu tinggal di Negara ini lebih daripada lapan tahun dari 12 tahun pada ketika
membuat permohonan.

Bagi pihak MCA dan MIC, mereka pada awalnya memang bersetuju dengan syarat-syarat
tersebut tetapi masih mendesak supaya kelonggaran itu diberikan untuk tempoh dua tahun dan bukan
setahun seperti yang dicadangkan oleh UMNO. Selain itu, berkenaan dengan konsep setuju untuk
tidak bersetuju itu juga ada kaitan dengan isu bahasa yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Siasah.
Majlis Perikatan bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan rasmi Negara dengan syarat cadangan itu tidak menjejaskan dasar Perikatan untuk
memupuk dan mempertahankan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan Negara. 38 Namun
begitu, ketiga-tiga parti dalam Parti Perikatan masih lagi bertentangan pendapat tentang tempoh
maksimum yang harus dibenarkan penggunaan bahasa asing dalam urusan kerajaan.

UMNO bersetuju untuk membenarkan bahasa Inggeris dalam urusan kerajaan hanya
digunakan dalam tempoh 10 tahun sahaja. Namun, bagi MCA dan MIC pula mencadangkan supaya
Bahasa Inggeris, Kuo- Yu dan Tamil dipakai dalam urusan Dewan sekurang-kurangnya untuk tempoh
10 tahun sehingga Majlis berpendapat bahawa penggunaannya tidak lagi diperlukan. 39 Persetujuan ini
dikenali sebagai 'Pakatan Murni' dimana berlaku tolak ansur dalam beberapa perkara seperti

36
Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004, hlm 204-205
37
Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-1957, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm 176-177
38
Andaya, Barbara Watson and Andaya, Leonard. Y, A History of Malaysia, London: Macmillan Press
Ltd, 1982, hlm 269
39
Cheah Boon Kheng, op.cit, hlm 4
10

kerakyatan, bahasa dan hak istimewa orang melayu yang kemudiannya telah dijadikan sebagai empat
unsur tradisi yang dimasukkan dalam Perlembagaan. 40 Usaha bagi menyelesaikan isu jus soli dan
bahasa dipandang oleh Suruhanjaya Reid kerana perkara ini boleh melambatkan proses kemerdekaan
di Tanah Melayu kerana bagi British, syarat untuk memerdekakan Tanah Melayu adalah dengan
adanya kerjasama antara kaum-kaum di Negara tersebut.

Sebenarnya, sebab utama yang menyebabkan orang melayu menentang prinsip jus soli
adalah kerana mereka menganggap bahawa satu undang-undang yang memberikan hak kerakyatan
kepada orang bukan melayu akan mendatangkan kesan secara serta merta. Ini bermakna, orang
bukan melayu yang diterima menjadi warganegara boleh menikmati hak dan tanggungjawab sebagai
rakyat secara automatik. Namun, sebaliknya bagi undang-undang yang mengiktiraf hak kedudukan
istimewa orang Melayu dalam bidang perniagaan, peluang bekerja dan kemudahan pelajaran tidak
boleh terhasil dalam jangka masa yang singkat. Pendek kata, hak istimewa yang dimahukan oleh
orang Melayu tidak boleh dinikmati dengan segera sedangkan hak bagi orang asing tinggal di Tanah
Melayu adalah automatik. Perkara ini yang menyebabkan kaum Melayu tidak berpuas hati dengan
dasar kerakyatan jus soli.
Selain itu, orang Melayu juga beranggapan bahawa pemberian taraf kerakyatan berdasarkan
jus soli bukan sahaja mengecilkan jumlah orang Melayu, tetapi juga mengakibatkan peluang politik
orang Melayu terjejas. Jumlah orang Melayu yang memang sedikit pada tahun 1947 iaitu 49.8 peratus
berbanding dengan 50.2 peratus orang bukan melayu akan bertambah kecil selepas kuatkuasa
kerakyatan merdeka.41 Kebimbangan orang Melayu semakin bertambah apabila melihat orang bukan
Melayu semakin maju ke hadapan. Kaum Melayu merasakan bahawa hak keistimewaan mereka
dicabar oleh kaum imigran terutamanya orang India dan orang Cina. Namun demikian, secara
keseluruhannya, UMNO dan MCA sebenarnya bersependapat dalam banyak perkara terutamanya
dalam pengiktirafan hak istimewa orang Melayu dan hanya berbeza pendapat tentang dasar jus soli
dan bahasa. Oleh kerana itulah, boleh timbul konsep 'setuju untuk tidak setuju' dalam kalangan parti-
parti dibawah Parti Perikatan yang dapat merapuhkan pembinaan Negara bangsa sekaligus
menghilangkan semangat kerjasama antara kaum di Negara ini.

Disamping itu, isu pendidikan juga boleh menyebabkan kerapuhan sesebuah persefahaman
antara kaum di Tanah Melayu sekaligus telah menjadikan pembinaan Negara bangsa Malaya rapuh.
Salah satu intipati Dasar Pelajaran Baru yang telah digubal ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan pengantar di sekolah-sekolah. Kaum Cina telah menentang sekeras-kerasnya
dengan dasar ini.42 Mereka berpendapat bahasa Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar di sekolah. Selain itu, mereka beranggapan bahawa dasar yang telah menjadikan
40
Nazaruddin Mohd. Jalil, Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan , Petaling
Jaya:Prentice Hall, 2001, hlm 145. Lihat juga Andaya, Barbara Watson & Andaya, Leonard. Y,
op.cit, hlm 269
41
Ramlah Adam, op.cit, hlm 270-271
42
Mohd Ashraf Ibrahim, op.cit, hlm 200
11

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah sebagai suatu percubaan untuk menafikan hak generasi
mereka terhadap bahasa dan kebudayaan Cina, selain menyebabkan mereka perlu untuk mengikut
cara kehidupan orang Melayu.43 Orang Cina merasakan mereka juga sepatutnya diberikan hak yang
sama dengan orang Melayu.

ANALISIS/ PENILAIAN

Secara keseluruhannya, jelas dilihat bahawa kontrak sosial sangat penting kerana ianya
merupakan satu permuafakatan antara beberapa parti yang membincangkan tentang keperluan
antara kaum yang boleh juga memuaskan hati semua pihak. Rundingan meja bulat diantara dua kaum
ini memberikan satu juga impak kepada Tanah Melayu pada ketika itu dimana orang Cina yang
diwakili oleh Tan Cheng Lock telah mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu di Tanah Melayu,
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan juga kedaulatan
Raja-raja Melayu. Bagi pihak kaum Melayu pula, mereka telah mengiktiraf orang Cina yang datang ke
Negara itu sebagai warganegara. Ini menunjukkan, antara dua kaum itu, saling memerlukan kata
sepakat bagi membentuk kerjasama antara satu sama lain.

Kontrak sosial telah mempunyai kepentingan yang tersendiri dan tidak juga boleh dikatakan
sebagai punca kerapuhan Negara bangsa. Ini adalah kerana, intipati dalam kontrak sosial telah
menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 walaupun kontrak sosial
dilakukan informal. Situasi ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Tanah Melayu tidak akan wujud
dan kita tidak akan dapat mencapai kemerdekaan sekiranya kontrak sosial tidak dibuat oleh dua kaum
itu. Disamping itu, kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya
menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen
kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi
melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam
keharmonian kaum.

Bagi penilaian disini, kami menumpukan kepada 'konsep setuju untuk tidak setuju' menerima
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 merupakan punca kepada kerapuhan Negara bangsa. Konsep
tersebut bukan sahaja boleh menggugat keselamatan Negara malah mendatangkan sikap perkauman
dalam kalangan parti-parti Perikatan. Dengan sikap yang kurangnya toleransi dan sama-sama ingin
menuntut mengikut kehendak sendiri menyebabkan kurangnya perpaduan dan sekaligus mewujudkan
sikap perkauman diantara kaum di Tanah Melayu. Keadaan ini sebenarnya telah dijadikan oleh British
sebagai alasan tidak mahu memerdekakan Tanah Melayu. Konflik yang berlaku diantara UMNO, MCA
dan MIC ini yang menjadikan Negara bangsa Malaya masih belum boleh dibentuk. Namun demikian,

43
Ibid, hlm 199-200
12

dengan adanya kompromi diantara kaum dapat mengawal situasi dimana prinsip jus soli dan isu
bahasa diberi kelonggaran oleh UMNO.

KESIMPULAN

Ironinya, pembentukan kontrak sosial telah termaktub dalam pertama, Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Ini menunjukkan, untuk mengatakan yang ianya
tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada
penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal. Kesemua
tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak
sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan
kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Disamping itu, dengan menidakkan
kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana
kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.
Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam.

Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan
harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara
kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini. Selama 54 tahun ini tidak
ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina, India,
Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Namun
demikian, akibat daripada intipati dalam Perlembagaan Tanah Melayu 1957 telah melahirkan konsep
'setuju untuk tidak setuju' dalam kalangan parti-parti Perikatan. Perbezaan pendapat yang terlalu
banyak dalam kalangan beberapa parti yang terlibat menyebabkan kerapuhan pembinaan negara
bangsa Malaya.

Keadaan ini memberikan impak yang tidak baik terhadap keselamatan negara kerana boleh
menggugat semangat kecintaan terhadap Tanah Melayu. Keadaan ini dapat dilihat dalam Peristiwa 13
Mei 1969 yang menyebabkan keadaan jadi huru hara dan berlakunya pergaduhan kaum secara besar-
besaran dalam kalangan orang Melayu dan Orang Cina. Justeru, kontrak sosial yang telah wujud
sekian lama haruslah dipertahankan demi kebaikan semua kaum di Malaysia. Kemerdekaan yang telah
kita kecapi haruslah dihayati dalam makna yang mendalam.

You might also like