You are on page 1of 18

Sekolah Menengah Kebangsaan

St. Dominic,
Lahad Datu, Sabah .

Pencemaran Alam Sekitar di Pasar ikan


Lahad Datu .

Nama : Oretha Patrick Balinu .


Tingkatan : 3 Dedikasi
Nama Guru Penilai : Cikgu Lau Pau Tak
Senarai Kandungan

- Senarai kandungan

- Penghargaan

- Pendahuluan

- Objektif kajian

- Kawasan kajian

- Kaedah kajian

- Dapatan kajian

- Bahan grafik

- Rumusan

- Lampiran

- Rujukan
Penghargaan
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru
geografi saya iaitu Cikgu Lau Pau Tak atas tunjuk ajar dan
bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi
Tempatan (KGT). Tidak lupa juga kepada pihak sekolah
khususnya pengetua sekolah saya iaitu Encik Ganasan a/L
Ramasamy kerana membenarkan kami menjalankan kajian
ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibubapa saya iaitu Patrick Balinu dan Gillin
Sulukan . Mereka telah memberi dorongan dan galakan,
bantuan dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih diucapkan juga kepada pihak-pihak yang terlibat
dalam kajian ini seperti orang sumber yang berada di tempat
kajian tersebut atas kerjasama yang diberikan.
Akhir sekali , ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
rakan sekumpulan dalam kajian ini iaitu Wafaa Iznie Syairah
Binti Mohd Wahab, Nuraqiena Mazlan, Nur Arisa Binti Mohd
Azim Khan dan Dayang Safra Farzana atas kerjasama dan
bantuan semua sehinggalah saya dapat menyiapkan kajian ini
dengan jayanya.
Pendahuluan
Saya Oretha Patrick Balinu , merupakan pelajar
Tingkatan 3 Dedikasi, Sekolah Menengah St.Dominic, Lahad
Datu. Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi,
kami diwajibkan membuat satu kajian luar iaitu Kajian
Geografi Tempatan (KGT). Kami diberikan tajuk Pencemaran
Alam Sekitar. Saya telah memilih satu kawasan iaitu Pasar
Ikan Lahad Datu .
Saya memilih tajuk kajian ini kerana ia lebih senang bagi
saya untuk mencari maklumat di tempat kajian tersebut dan
tempat kawasan kajian ini juga tidak jauh dari rumah saya dan
ia juga berdekatan dengan Bandar Lahad Datu.
Saya telah menjalan kan tugas saya membuat kajian ini
selama 2 bulan ketika pada bulan 2 sehingga kini.
Objektif Kajian

Yang berikut adalah objektif-objektif kajian yang saya


jalankan.

- Jenis pencemaran kawasan kajian.


Pasar ikan di kawasan ini terdapat pencemaran air kerana
pasar ikan ini berdekatan dengan laut yang tercemar
disebabkan pembuangan sampah-sarap ke dalam laut .

- Kesan pencemaran alam sekitar.


Peniaga di pasar iakn ini dan peniaga yang berdekatan
membuang sampah ke dalam laut.

- Cadangan dan nilai patriosme


Pihak kerajaan harus mengambil tindakan untuk
membersihkan kawasan tersebut dan membuat kempen
untuk bekerjasama berdisiplin membersihkan kawasan
tersebut.
Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di sekitar Jalan pantai , Pekan
Lahad Datu, Sabah. Lokasi kawasan ini terletak kira-kira
1 km dari Pekan Lahad Datu, Sabah. Kebanyakkan
pembeli yang berada di kawasan ini biasanya mereka
menaiki bas tambang atau teksi kerana mempunyai
tempat perhentian bas tambang dan juga teksi .
Pandang darat fizikal di kawasan kajian ini
berdekatan dengan laut dan bersebelahan dengan pusat
membeli-belah dan manakala di sebelah kiri pula
terdapat kedai-kedai runcit dan juga pelabuhan.
Pada masa dahulu,pasar ikan Lahad Datu tidak
tersusun dan peniaga hanya menjual ikan di atas jalan
raya, di tepi kedai runcit dan berada di merata-rata
tempat yang lain.
Pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan Bandar
utama Lahad Datu , ia hanya 2 km jauh dari Bandar. Ia
bersebelahan dengan pasar rakyat dan juga ko-nelayan.
Di hadapan pasar ikan tersebut mempunyai pasar ayam.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian kerana
sesuai dengan keadaan persekitaran Bandar Lahad Datu,
Sabah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah saya gunakan :

- Pemerhatian :
Kami telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal
pasti jenis pencemaran dan punca pencemaran berlaku di
kawasan kajian kami.

- Soal selidik :
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada di
tempat kawasan kajian tersebut.

- Rujukan :
Saya juga telah mencari maklumat tentang pasar ikan
tersebut sebagai rujukan saya untuk melakukan kajian
ini.
Dapatan kajian

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau


bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran
menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemahiran kehidupan.
Takrifan pencemran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat sivik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian
alam sekeliling dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakakn
buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah , yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan , keselamatan
atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan
haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam.
a) Pencemaran air
b) Pencemaran udara
c) Pencemaran bau
d) Pencemaran bunyi

Daripada pemerhatian saya jalankan bersama rakan-rakan saya berhasil


daripada jenis-jenis pencemaran di kawasan kajian tersebut. Selain itu,
kami dapati sampah sarap yang dibuang di belakang bangunan pasar
menutupi hampir setengah permukaan jalanraya. Hal ini sangat
merungsingkan kerana terjadinya pencemaran udara yang darsyat.
a) Jenis pencemaran alam sekitar di
kawasan kajian

Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian


mempunyai 4 jenis iaitu pencemaran air , pencemaran
udara , pencemaran bunyi , dan pencemaran bau.
Pencemaran air disebabkan longgokkan sampah telah
dibuang ke dalam longakng hingga ke kawasan laut. Air
laut akan terjejas dan membuat kawasan tersebut menjadi
kotor dan juga boleh menyebabkan ikan-ikan di dalam laut
akan mati. Ia juga boleh menyebabkan penyakit terhadap
manusia.
Kedua , pencemaran udara. Di kawasan pasar ikan
terdapat kilang yang berdekatan dan setiap hari ia akan
mengeluarkan asap. Asap kilang boleh menjejaskan
persekitaran udara di pasar ikan. Bukan itu sahaja , oleh
kerana pasar ikan tersebut berdekatan dengan pusat
membeli-belah maka banyak kenderaan yang lalu dan
mengeluarkan asap-asap.
Seterusnya iaitu pencemaran bunyi. Di pasar ikan
tentulah ramai penjual menjerit-jerit dan ini akan
menjejaskan ketengan orang lain. Ia juga akan
mendatangkan penyakit gegendang telinga dan
menyebabkan telinga boleh jadi pekak.
Di kawasan pasar ikan tersebut juga mempunyai
pencemaran bau. Jelas sekali kita lihat bahawa kawasan
tersebut tterdapat longgokkan sampah yang terbiar dan ini
boleh mengeluarkan bau-bau yang tidak menyelesakan
kita di kawasan tersebut.

b) Punca pencemaran alam sekitar di


kawasan kajian.
Pencemaran-pencemaran di pasar ikan Lahad Datu
terdapat pencemaran bau , pencemaran air, pencemaran
bunyi dan pencemaran bunyi.
Punca pencemaran bau di pasar ikan Lahad Datu ialah
peniaga di pasar ikan tersebut membuang sisa-sisa makanan
merata-rata tempat dan menyebabkan sisa-sisa tersebut telah
lama terbiar dan mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan.
Seterusnya, punca pencemaran air ialah peniaga
membuang sampah sarap ke dalam laut sehingga air laut
tercemar lalu peniaga-peniaga menggunakan air laut
berdekatan dengan sampah-sampah di dalam laut untuk
mencuci ikan yang telah ditangkap untuk dijual.
Situasi di dalam pasar ikan mempunyai ramai penjual
ikan yang berseru-seru memanggil pembeli untuk membeli
jualan mereka. Di pasar tersebut juga mengalami kesesakan
jalan raya dan pemandu selalu menghonkan kereta .
Pasar ikan Lahad Datu terletak berdekatan dengan
kilang, kilang tersebut akan mengeluarkan asap yang
banyak setiap hari . Maka udara di sekitar pasar iakn
tersebut tercemar.ia juga memberi kesan yang buruk
terhadap ikan-ikan yang dijual kerana ia akan menjejaskan
kesegaran ikan tersebut.

c) Kesan pencemaran alam sekitar di


kawasan kajian
Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di pasar ikan
Lahad Datu ialah jerebu, mendapat penyakit , air tercemar,
hidupan akuatik terancam dan mengeluarkan bau busuk.
Di pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan kilang
yang selalu mengeluarkn asap setiap hari, kesan perbuatan
ini akan berlakunya jerebu. Jerebu ini sangat berbahaya
kerana ia juga akan menjejaskan nyawa kita.
Pencemaran-pencemaran yang terdapat pada pasar
ikan tersebut sangat merbahaya kepada manusia kerana ia
akan memberi penyakit yang boleh meragut nyawa
manusia seperti penyakit H1N1, penyakit selesema dan
banyak lagi.
Kesan daripada perbuatan orang-orang yang berada
di pasar tersebut telah membuang sampah sarap ke dalam
laut lalu air tercemar dan tidak bersih.
Akibat air tercemar,maka hidupan akuatik di dalam
laut tersebut terancam. Kita haruslah menjaga hidupan
akuatik dengan baik agar laut kita sentiasa bersih.
Kita tahu bahawa orang-orang yang berada di sana
kebanyakkannya membuang sampah merata-rata tempat
dan kesan daripada perbuatan ini terhadap tempat
mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.

Bahan Grafik
- JADUAL -
Bil Nama Jenis pencemaran L/P Umur
1 Codyiea Simpisono Bau L 23
2 Saad Bin Meenitd Bau L 47
3 Aamir Khan Bin Bunyi L 32
Shahruk Khan
4 Justieneiah Bin Biebah Udara L 21
5 Ramlah Bin Adam Air L 39
6 Abdul Hakim Bin Bau L 46
Samuri
7 Muslimin Bin Fadzli Bunyi L 47
8 Tan Boon Kim Udara P 35
9 Ganakumaran Air L 32
Subramanian
10 Sariza Bin MD Salleh Bau P 51
11 Domo Kun Bunyi P 31
12 Jaahm Bin Haari Udara L 43
13 Awanino Binti Udara P 29
Langitamo
14 Clarke Max Bautista Bau L 18
15 Hanafi Napi Haho Bau L 18
16 Bantalino Bin Air L 40
Selimutito
17 Talittha Shqaaf Bau P 20
18 Beruneow Maraskh Bunyi L 25
19 Mohd. Adha Quew Air L 38
Kay Shah
20 Lindsina Lohanae Bunyi P 31

0
Bau Udara Air Bunyi

- GRAF -
- CARTA PAI -

Air
20%
Bau
35%

Udara
20%

Bunyi
25%

Jadual 2: peratus bagi setiap pencemaran di kawasan


kajian

Jadual 2 menunjukkan pencemaran bau ada yang


terbanyak dan pencemaran udara dan pencemaran air adalah
sama nilai peratus iaitu 20 peratus sebanyak 4 orang. Manakala
bagi pencemaran bunyi pula adalah sebanyak 25 peratus.
d) Cadangan untuk mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar di kawasan
kajian
Cadangan saya untuk mengurangkan kesan pencemaran
ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang
di pasar ikan tersebut agar kurang pencemaran timbul.
Pihak kerajaan juga haruslah melakukan kempen ‘Cintai
Alam Sekitar’ agar peniaga-peniaga di pasar tersebut
mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar dan mengubah
sikap lama mereka yang suka menimbulkan pencemaran
tersebut.
Kita juga haruslah kaitkan dengan pendidikan alam sekitar
dan menceritakan tentang keadaan bumi kita pada masa kini
kepada peniaga di pasar tersebut supaya peniaga lebih
bersemangat untuk menjaga alam sekitar.
Untuk membersihkan air-air yang telah kotor , kita boleh
menggunakan rawatan air kumbahan supaya air tidak lagi kotor
seperti sebelum itu.
Oleh kerana pasar ikan Lahad Datu berdekatan dengan
kilang yang setiap hari mengeluarkan asap, maka kita boleh
menggunakan penapis asap supaya udara di pasar ikan tersebut
tidak lagi tercemar dengan udara yang kotor.
Rumusan

Kami bersyukur kerana walaupun wujudnya pasar ikan ini


dengan kebersihan yang tidak memuaskan kerana pihak
kerajaan juga dapat menyelesaikan masalah-masalah di pasar
ikan ini daripada pencemaran-pencemaran yang ada di kawasan
kajian tersebut.
Di kawasan pasar ikan tersebut juga berdekatan dengan
pasar-pasar yang lain seperti pasar ayam, pasar rakyat , ko-
nelayan dan banyak lagi. Pasar ikan ini juga berdekatan dengan
laut , ini juga memudahkan peniaga untuk menangkap ikan
untuk dijual.
Untuk meneruskan kebersihan di pasar ikan berlaku , kita
perlu menyahut baik kempen “Kepentingan Kebersihan Pasar
Ikan” yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menjaga kebersihan
pasar ikan. Peniaga perlu menjaga kebersihan pasar ikan agar
dapt mengurangkan pencemaran di pasar ikan tersebut.
Lampiran .. (:
Rujukan

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah


merujuk kepada beberapa perkara iaitu..

a) Peta
- Peta pekan bandar Lahad Datu, dan peta pasar ikan
Lahad Datu.

b) Orang sumber
- Cikgu Lau Pau Tak, guru mata pelajaran Geografi
- Peniaga –peniaga di pasar ikan Lahad Datu

c) Buku rujukan
- Buku teks Geografi tingkatan 3 .

You might also like