You are on page 1of 8

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.

Wujud
daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan
berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-
tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu
Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di
seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan
di istana raja - raja Kelantan dan Patani.

Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan
penuh dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian
asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di
Istana.

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam
tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan
permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.

Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan
dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya
ditarikan oleh inang remaja di istana.

Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak.

Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga
ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh
ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan bahagian utara Perak.

Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan
tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar,
Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri
Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan
pekerjaan sawah.

Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang
diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi.

Tarian Calok pada satu masa dahulu ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding,
berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.
Tujuannya ialah untuk membuatkan pengantin tersenyum dan berasa gembira. Pada asalnya
kemunculan penari tidak akan diketahuai oleh orang ramai. Penari akan muncul sama ada dari arah
dapur atau tingkap pada bila-bila masa. Namun gendang akan dibunyikan. Langkah kaki dalam tarian
ini mengikut kiraan satu, dua dan tiga dengan mengikut muzik.

Tarian Canggung merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Perkataan tanggung berasal
dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular
di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar
selepas Perang Dunia II.

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di
Johor.

Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan Mahmud
Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan
ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh
kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan
diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.

Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan
api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini
asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan
wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri
dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Tarian Siti Wau Bulan merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini berasal dari negeri
Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

Tarian Cinta Sayang merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari yang
menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan
mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri
Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.

Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada
beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu
pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin
yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada
tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang
Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk
Intan, Perak.

Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di
Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru
daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan
guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad
Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan
Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India
pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir
Panjang seawal tahun 1700.
Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang
Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian
Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.

Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam,
membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan
syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para
penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh
talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun
dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur
estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak
piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri
apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik.

Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga
berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan
Beranang,Lenggeng dan Semenyih oleh kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan
dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan
jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit
diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.

Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis
perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring.
Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana
dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan
tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.

Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di
direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman
yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali
dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang
puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin
dari Terengganu.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan.
Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga
pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti
Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending
Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan
secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian
tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang
paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang.
Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo
rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang
berwarna-warni.

Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini adalah tarian
istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia
dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk
diatas pelamin.

Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian Inai ini jarang
dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa
tertentu seperti perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan diraja.

Tarian ini mempunyai asal istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam
pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang
terdapat dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk, dalam mana
penari membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang
kelantai. Pada masa lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua lelaki.

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh
kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah
dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga
biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang
Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara
beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah
tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-
penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan
peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh
pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai
menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum
atau selepas persembahan.

Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan
Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa
kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk
menjadi lebih menarik.

Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang
biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari
adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini
biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti
sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari
perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton
persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal
usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha
mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan
untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil
menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau
buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada
kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah
tarian kuda kepang.

Tarian Labi-Labi merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian Labi-Labi dikatakan
berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi alat musik biola dan gong. Tarian ini
bercorak komedi. Para penarinya terdiri daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian
Melayu tradisi selengkapnya iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya
seperti gerak labi-labi. Penari yang berlagak sebagai anak- labi-labi akan keluar daripada
sarangnya lalu cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penari-penari. Alat-alat
muzik yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai.
Tarian Labi-Labi juga popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di daerah
Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.

Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual tradisional masyarakat Ulu Tembeling.
tarian ini memiliki berhubung rapat dengan bidang pertanian. Tarian ini memiliki nyanyian
dan bentuk tarian yang mengambarkan konsep gotong-royong masyarakat dahulu dalam
mengerjakan penanaman sawah padi dan padi huma. Tarian Anak Indung memiliki beberapa
persamaan dengan Tari Pulai.

Tarian Lesung Indik Beras Bertampi Tarian ini berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut.
Tarian ini berpandukan kepada pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini
berdasarkan penggunaan lesung yang dinamakan lesung indik. Pada lesung indik terdapat
bahagian yang dinamakan alu yang digunakan untuk menghancurkan beras. Sementara indik
pula merupakan tempat pemijak. Bahagian yang paling sukar untuk dibuat ialah bahagian
cupak dan pasung.

Tarian Lilin pada asasnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan
penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang
dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan
menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin
yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak
terpadam.

Asal usul Tarian Lilin dipercayai berasal dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah
ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya
itu gadis telah kehilangan cincin pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut
malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk,
membongkok, mengadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah
melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu.

Tarian lilin merupakan sejenis kesenian Istana dan ditarikan pada waktu malam bagi
menimbulkan nyalaan lilin tersebut. Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih
agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa kemalangan.

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat
terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan
Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar
kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan
tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.

Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.

Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak
Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan

Tarian Pelanduk berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis. Tarian ini menggambarkan
bagaimana pemburuan pelanduk dilakukan oleh penduduk kampung. Ia menggambarkan
bagaimana orang-orang kampung pada masa dahulu memburu pelanduk. Mereka mereka
pergi memburu dengan menggunakan parang dan mengunakan daun terap bagi memanggil
pelanduk.

Tarian Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu
kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya
tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat
diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan
gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat
istiadat lain.

Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai
irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di
kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu
Pahat dan Muar.

Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari
beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan
penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat
dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga
ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk
penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis
kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya
berlarutan hingga jauh malam.

Tarian Zapin (Jawi:‫ )زافين‬merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu,
Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini
seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian
dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian
Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

 Tarian Zapin Arab


 Tarian Zapin Johor
 Tarian Zapin Lenga
 Tarian Zapin Pekan
 Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat
anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab
mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana
setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada
masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot
antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu
pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Tarian Masri Kercing berdasarkan kepada muzik berentak 'Masri'.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di


zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor
harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila
terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang
menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu
turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan
boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik
yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke
Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia
dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu di Malaysia. [1][2]

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak Reog yang berasal dari
Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng
dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini
(ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di
Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya
Indonesia, sebagai maling.

Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa
perayaan Taipusam.
Bentuk kavadi.
[3]

Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian
Barongan selepas tarian Kuda Kepang. [4] [5] Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai
merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di
Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang
kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar
Islam ketika itu.

Tarian Gambus ini berasal dari daerah Kuala Kangsar, Perak. Tarian ini dikatakan telah
dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

You might also like