You are on page 1of 47

Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan
kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif
etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang
sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Tapok Tunjang dan bulu burung

KainKebat

Marek
Empang
Lampit

Sirat

Syiling

Selampai

G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian


Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang
lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita
memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri
dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

1
G2- Pakaian Iban dan kain tenun pua
Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari
kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun
dan tali pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas
memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan
diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sugu tinggi.

G 3 – Pakaian Iban
Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain
tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian
istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan
diri barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.

2
G4- Baju wanita orang Ulu
Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian
ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga
bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

3
G 5 – Pakaian pasangan orang Ulu
Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan
kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci
motif aso dan naga.

G6- Pakaian lelaki Bidayuh semasa keraian


Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar
memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

4
G7 – Pakaian Bidayuh
Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat
berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan
panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

5
G8- Pakaian wanita Bidayuh
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam
berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya
ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

6
G9- Pakaian pasangan Melayu Sarawak
Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak
Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi
selayah diserikan selempang sarung di bahu. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian
tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan
Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung
kerengkam

7
G10 – Pakaian wanita Melayu Sarawak
Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur,
selayah kerengkam dan selempang songket.

G11 – Pakaian lelaki Melanau

Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga
tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki.

8
G12 – Pakaian wanita Melanau
Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Baju Baban ini digayakan wanita Melanau
berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi
kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta
pending.

G13- Pakaian wanita Melanau

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih
sanggul.

9
G14 – Pakaian Lelaki Melanau
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked
oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

10
G15- Pakaian pengantin wanita Melanau
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang
merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

11
G16 – Pakiaan wanita orang Ulu
Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

G17- Pakaian lelaki orang Ulu


Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias

12
manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng dari
manik berhias bulu kenyalang.

G18- Pakaian pasangan orang Ulu


Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala
daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana
dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.

13
G19- Pakaian bomoh
Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang Gawai. Jipo dan bidang
dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala
dan tali pinggang gobeng dari untaian syiling-syiling.

Busana Sabah

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun,

14
Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian,
Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi
bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu
zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai
semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman
moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu
seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh
pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang
kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-
makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan
warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Hiasan Diri

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau
cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian
lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-
manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang
berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang
dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak,
tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk
mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan
dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan
tangan serta kaki.

Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai
pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-
terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup
kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa

15
apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah
sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai
dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula
memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang
dilakukan

Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam
‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala
‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending
‘ingkot pangkat’ juga selendang.

Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi
pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.

G20- Kaum Suluk


Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

16
G21- Kaum Lotud
Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam
dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai
baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang
berwarna-warni.

17
G22- Kaun Irranum
Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari
kain tenun atau kain Mogah.

18
G23- Kaum Bajau
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain
sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki
Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

G24- Wanita Kokos

19
Pakaian tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan
kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

G25 – Kadazan Penampang


Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar
souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

20
G26- Kaum Rungus
Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval,
bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat
dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari
jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

21
G27- Kaum Murut
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan
juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan
motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai.

22
G28- Kaum Dusun Lotud
Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu bersulam, berikat
bengkung serta destar. Wanita Murut pula menggayakan baju tanpa lengan dan kain bersulam
manik halus berwarna-warni.

23
G29- Kaum Bajau
Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian
lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan
mandapun dan tali pinggang.

24
G30- Pakaian wanita Brunei
Pakaian petani wanita dari suku kaum Brunei. Bajunya Kebaya Pendek yang dipakai dengan
kain pelekat yang diikat paras betis. Pakain kepala seharusnya dari kain batik sarung
melindungi dari bahang matahari.

G31- Pakaian lelaki Melayu Sabah


Pakaian nelayan lelaki Melayu. Bajunya potongan Baju Melayu ringkas yang dipakai dengan
25
seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik berserta seraung dari anyaman buluh.

G31- Pakaian pasangan Kadazan Papar


Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda
kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai
siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang
tangan dan tali pinggang syiling perak.

26
G32
Lelaki suku kaum Suluk daerah Sampoerna memakai pakaian adat yang telah
dipermodenkan. Baju dan seluar dari satin dihiasi sulaman benang emas.

G33
Lelaki Lotud Tuaran menggayakan pakaian istiadat dari baldu yang diperindah dengan manik
dan labuci. Bengkungnya dari kain batik atau kain tenun dan memakai pakaian kepala dari
kain destar yang disebut sundi.
27
 

Busana Tradisional Melayu


Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada
dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu
Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak
Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara
jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India
hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk
Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk
sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil
potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara
di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga
biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam
sampin.

Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau
leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher
baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran
(bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di
Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

28
G34

Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas
johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan
telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini
akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

G35 – Baju Teluk Belanga

Baju Riau

29
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau
Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari
keturunan Bugis. Pada umumnya baju tradisional Melayu untuk kaum laki-laki biasanya
dilengkapi dengan kain Songket.

G36 – Pakaian Melayu Riau

30
Baju Kebaya

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia
yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional
yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya (yang Arabnya
"abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali,
Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun,
pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh
golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-
wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah
dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-
warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang
Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik
bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami
pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka
muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan
baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah
panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang
menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah
dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

31
G37- Baju Kebaya Panjang

Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak
pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai
satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung
telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep

32
pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai
baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai
nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju
kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

G38- Baju Kurung

Busana Kaum India


Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari
benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs.
Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan
sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala
wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan
skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi

33
menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu
seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis
kampung Punjabi.

34
G39- Gujerat
Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera.
Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan skirt bersulam benang emas dan
labuci.

35
G40- Sari
Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

36
G41- Pavadai Choli
Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek
dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

G42- Kurta Pyjama

37
Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai
sari sutera bersempadan benang perak.

G42- Lehenge( i)
Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau perak berhias
permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

38
Lehenge (ii)
Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang.

Lehenge (iii)
Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang dan gaun kembang
39
biru sedondon dipadankan dengan selendang panjang.

G44- Gujerat
Pakaian orang lelaki kebanyakan dari Gujerat.

40
G45- Bangsawan
Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai
'turban'.

G46- Pakaian masyarakat Utara India

41
Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban mundas. Wanita
memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

  G46- Dhoti

42
Busana Tradisional Cina

CHEONGSAM

Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju
panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. .Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa
Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana
mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari
baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek
kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak
revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada
mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga
menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai
digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin
cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar
baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

JUBAH LABUH

43
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan
upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China. Selalunya dipakai
sebagai pakaian pengantin. Menggunakan kain sutera atau broked yang berwarna terang dan
disulam dengan warna emas atau kuning. Mempunyai pengaruh Arab.

BAJU SHANGHAI

Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.

Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

G47- Baju Shanghai

 CHEONGSAM

44
G48- Cheongsam

SAMFOO

G49- Samfoo untuk lelaki dan perempuan

JUBAH LABUH

45
G50 – Baju Jubah Cina untuk pasangan pengantin Cina

46
47

You might also like