P. 1
Busana Sarawak

Busana Sarawak

|Views: 1,980|Likes:
Published by Zaida Ummie

More info:

Published by: Zaida Ummie on May 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2013

pdf

text

original

CHEONGSAM

Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam
mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang
sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. .Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang
dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai
pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju
tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam'
dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai
mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi
kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai
ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya
samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-
motif tertentu.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia
merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong
sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di
ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis
yang tidak bercorak atau berbunga halus.

45

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
di Malaysia.

JUBAH LABUH

Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan
dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih
dihasilkan di China. Selalunya dipakai sebagai pakaian pengantin.
Menggunakan kain sutera atau broked yang berwarna terang dan disulam
dengan warna emas atau kuning. Mempunyai pengaruh Arab.

BAJU SHANGHAI

Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.

Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

46

G47- Baju Shanghai

CHEONGSAM

G48- Cheongsam

SAMFOO

47

G49- Samfoo untuk lelaki dan perempuan

JUBAH LABUH

G50 – Baju Jubah Cina untuk pasangan pengantin Cina

48

49

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->