You are on page 1of 14

APA ITU BULI?

Oleh
MOHD SAIFUL AZHAR MAULA AB RASHID

ABSTRAK BULI
Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di
dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan
segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli
merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif
terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli.
Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga
akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang
berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik
darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat
ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah
pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini.
Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana
proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.

PENGENALAN
Dewasa ini gejala buli di kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan.
Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2005 melaporkan pada tahun 2003, peratusan
salahlaku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan pada
tahun 2004, sebanyak 2.07%. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secara
langsung atau tidak langsung, ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku
secara berterusan, mewujudkan satu pola
gangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993).
Di Amerika Syarikat misalnya, bentuk buli yang paling banyak berlaku ialah
buli bahasa (Hoover, Oliver & Thompson, 1993). Di Itali pula, kanak-kanak
sekolah
telah didapati sering memanggil rakan-rakan lain dengan nama ejekan, selain
daripada
berlakunya buli fizikal dan peras ugut (Genta, Menesini, Fonzi, Costabile & Smith
1996).
Naluri peraga diri dan keinginan menjadi ‘wira’ atau ‘hero’ yang digeruni
sesama rakan sebaya antara punca pencambahan kegiatan membuli di
kalangan pelajar.
Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci
memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara
memerlukan bakal
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan
Wawasan
2020. Tindakan sewajarnya amat penting untuk menangani salah laku yang
semakin
membimbangkan ini.
Semua pihak harus mengembeling tenaga bagi memastikan masalah ini
tidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi. Pengembelingan tenaga semua
pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin, pengubalan kurikulum dan
pihak
polis dilihat mampu mengatasi masalah ini.
Sehubungan dengan itu, Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2005 melaporkan
Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang melatih guru disiplin ketika menjalani
latihan di maktab agar dapat dibekalkan dengan pelbagai pendekatan seperti
kaunseling
dan lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan masalah pelajar.
Apakah Yang Dikatakan Sebagai Buli?
Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal
atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau
kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk
mencederakan
seseorang dan meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan
(Tattum, 1988).
Ianya diarahkan kepada individu yang tidak berupaya untuk mempertahankan
dirinya
dalam situasi yang sebenar.
Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set
tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan
kemudaratan
secara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli termasuklah
tindakantindakan
yang bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul.
Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian
perlakuan ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan.
Menurut
Farrington (1993), pemangsaan remaja di sekolah mungkin merupakan salah
satu
tingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan jangka panjang
pola
tingkah laku anti sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah
laku anti
sosial dan jenayah. Perlakuan buli dan pemangsaan di sekolah telah dikenal
pasti secara
universal sebagai perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak.
Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk mencederakan atau
meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks (2000),
menghuraikan
perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul,
mencuri
dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih
terhadap
mangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai
ketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Perlakuan buli juga
menggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang
bersifat
menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada kumpulan,
merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal.
Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah
laku keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh
seorang atau
sekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk
mempertahankan
dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau
meletakkannya
dalam keadaan yang tertekan secara sengaja.
Muka surat 3/13
Kategori Tingkah Laku Buli
Tingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikal
dan juga verbal serta psikologi. Perlakuan ini boleh dialirkan secara langsung
ataupun
tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal adalah perbuatan yang
melibatkan pukul-memukul atau sepak terajang. Ianya juga boleh melibatkan
penggunaan senjata, ugutan serta ancaman.
Buli bentuk verbal dan psikologi pula lebih kepada ejek-mengejek misalnya jika
nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa; maka itu akan dijadikan
bahan
ejekan pelajar senior yang membuli. Pelajar yang mempunyai paras rupa tidak
menarik
atau berkulit gelap juga kerap menjadi mangsa. Sungguhpun kes buli secara
verbal dan
psikologi ini kurang mendapat perhatian media, ia sebenarnya lebih serius
berlaku di
sekolah berbanding kes buli secara fizikal. Walaupun perbuatan seperti ejek-
mengejek
itu pada pandangan orang dewasa merupakan perkara biasa di kalangan kanak-
kanak
atau remaja; namun ianya boleh menjerumus kepada akibat yang lebih buruk
iaitu
pergaduhan yang melibatkan aksi memukul.
Fizikal Verbal
Secara Langsung 􀂃 Serangan dalam bentuk fizikal 􀂃 Menggelar dengan nama
yang buruk
􀂃 Bercakap dengan bahasa
kesat
Secara Tidak
Langsung
􀂃 Menyembunyikan atau
merosakkan harta
􀂃 Penyisihan daripada kumpulan
􀂃 Menyebarkan fitnah
􀂃 Menghina mangsa di
belakangnya
Jadual: Jenis-Jenis Tingkah Laku Membuli
(Sumber: Stephenson and Smith, 1989)
Elemen-Elemen Berkaitan Tingkah Laku Membuli
Secara umumnya, elemen-elemen berikut adalah berkaitan dengan tingkah laku
membuli iaitu:
􀂃 Buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa di mana kanak-kanak atau remaja
yang membuli lebih berkuasa dari segi umur, saiz, sokongan rakan sebaya atau
status.
􀂃 Membuli adalah perlakuan yang diulang-ulang di mana seseorang kanak-
kanak
itu disisihkan lebih daripada sekali dan lazimnya dalam keadaan yang kronik.
􀂃 Tujuan membuli adalah untuk memudaratkan mangsa.
􀂃 Keagresifan secara fizikal, penghinaan berbentuk verbal atau lisan,
penyebaran
fitnah atau gosip dan penyisihan daripada kumpulan sebaya termasuk dalam
tingkah laku membuli.
Muka surat 4/13
Mengapa buli berlaku di sekolah?
Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anak
mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapat
mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, kita
perlu
memahami apakah punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud di
kalangan
pelajar?
Isu buli kini mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Ramai di
kalangan pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi mula
memperkembangkan kajian serta definisi mereka terhadap isu-isu keganasan
dan
masalah buli di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan
Pengetua-
Pengetua Sekolah Menengah Amerika Syarikat pada tahun 1984 mendapati
bahawa 25
peratus daripada pelajar yang dikaji menyatakan bahawa salah satu perkara
yang paling
merisaukan mereka adalah takut dibuli (Batsche & Knoff, 1994).
Punca Pelajar Menjadi Pembuli
Banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan tidak sihat ini. Faktor rakan
sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar.
Jika
diperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia
mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar
terpengaruh
untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.
Faktor lain ialah dari segi fizikal. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka
membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan `kuasa' dan
kekuatan
fizikal. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana
berasa
dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya
daripada
perkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa curiga dan tidak selamat
berada di
sekolah dan untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli pelajar junior.
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan
tidak
mudah digertak.
Pendapat lain pula mengatakan ianya adalah disebabkan pihak sekolah dan
kementerian yang terlalu menekankan program-program bercorak akademik.
Tujuan
program ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam
bidang
akademik. Namun aspek pendidikan sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah
pelajar
yang cemerlang dalam akademik tetapi menjadi pembuli ketika di sekolah.
Misalnya,
pelajar sekolah berasrama penuh yang keputusan peperiksaan mereka amat
baik tetapi
menjadi pembuli. Oleh itu, di samping aktiviti akademik sekolah juga seharusnya
menyediakan premis untuk para pelajar mendalami hal-hal sosial agar insan
yang keluar
kelak adalah insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Faktor lain yang mungkin menjadi punca ialah sikap guru yang suka memuji
pelajar tertentu pandai di dalam kelas. Walaupun ianya kelihatan remeh namun
sikap
guru ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan cemburu pelajar lain
yang
kurang pandai.
Kesibukan para guru juga dikatakan merupakan salah satu penyebab
berleluasanya kegiatan membuli di sekolah termasuklah sekolah-sekolah
berasrama
penuh. Guru dan pengetua tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mengawasi
Muka surat 5/13
dan mendisiplinkan pelajar kerana dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang
banyak.
Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan agresif tersebut.
Faktor
persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang
berdisiplin
hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja. Selain itu,
pengaruh media seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh
diketepikan
dalam memperkatakan tentang isu ini.
Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar sekolah
menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi
terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini
mempunyai emosi
dan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri
(inferiority complex).
Kurangnya hubungan komunikasi antara pelajar dengan orang dewasa menjadi
faktor penyumbang kepada tingkah laku buli. Perlakuan membuli yang berlaku di
sekolah adalah perkara yang lumrah berlaku di kalangan pelajar. Golongan ini
sedang
mengalami proses menuju kedewasaan dan mula hendak mengenali isu-isu
yang
berhubung dengan bahasa, hak asasi, pengaruh dan penegakan prinsip. Proses
ini
menyebabkan mereka mudah terjebak dengan perlakuan yang ganas dan
agresif sebagai
satu cara fizikal untuk mengawal emosi.
Teori Psikososial Erikson: Krisis Identiti Remaja
Erik Erikson ialah seorang ahli psikologi personaliti yang telah dilahirkan di
Jerman pada tahun 1902. Beliau telah diabaikan oleh bapanya sejak dia masih
dalam
kandungan lagi dan telah dibesarkan oleh bapa tirinya, Dr. Theodore Homburger
yang
berbangsa Yahudi. Erikson merupakan seorang kanak-kanak yang mengadapi
dilema
identiti. Beliau lebih menyayangi bapa tirinya daripada ayah kandungnya sendiri
lalu
meletakkan nama Homburger sebagai nama keluarganya.
Mengikut teori perkembangan psikososial Erikson, setiap individu akan melalui
lapan peringkat perkembangan iaitu:
1) Peringkat Oral-sensori (tahun pertama kelahiran)
2) Peringkat Muskular-Anal (2 hingga 3 tahun)
3) Peringkat Lokomotor-Genital (4 hingga 5 tahun)
4) Peringkat Latency (6 hingga 12 tahun)
5) Peringkat Remaja (13 hingga 19 tahun)
6) Peringkat Awal Dewasa (20 hingga 24 tahun)
7) Peringkat Pertengahan Dewasa (25 hingga 64 tahun)
8) Peringkat Tua (65 tahun hingga meninggal dunia)
Setiap peringkat ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang mana perlu
diselesaikan oleh individu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya.
Sekiranya
Muka surat 6/13
individu tersebut menangani krisis-krisis yang berlaku dalam keadaan yang tidak
sesuai, maka ia akan mengalami kesusahan untuk menanganinya pada masa
akan
datang.
Berdasarkan kepada teori Erikson, peringkat kelima iaitu remaja berlaku pada
usia
antara 13 hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia pelajar pada
peringkat
sekolah menengah. Proses memasuki alam remaja ini adalah satu transisi yang
sangat
rumit bagi sesiapa sahaja. Krisis identiti kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis
identiti
ini timbul daripada kekeliruan peranan (role confusion). Remaja keliru tentang
siapa
diri mereka sebenarnya dan bagaimanakah kehidupan mereka pada masa
hadapan.
Remaja akan berusaha untuk menyelesaikan krisis identiti ini dengan menguji
pelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Dalam tahap inilah remaja akan
mudah
terikut-ikut dengan ideologi yang difikirkan betul tanpa mengira ianya positif atau
negatif seperti menganggotai kumpulan tertentu, tidak bertoleransi dan membuli
remaja
yang berlainan identiti untuk mempertahankan identiti sendiri daripada lenyap.
Namun demikian, Erikson mempunyai pandangan positif terhadap remaja.
Menurutnya, kegagalan dan keraguan remaja bukan salah mereka tetapi faktor
politik,
budaya dan teknologi yang menjadikan mereka keliru. Untuk mengatasi krisis ini,
sekolah wajar menyediakan premis untuk pelajar mendalami hal-hal sosial selain
akademik.
Hubungan Buli Dan Konsep Kendiri
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan diri
dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan konsep
kendiri
mereka. Staub (1999), menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak
mempunyai
niat nilai sosial untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian
yang
baik.
Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan estim kendiri mereka dalam
lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain.
Mengancam
orang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan
untuk
memenuhi atau menampung kekecewaan dalam bidang-bidang yang lain.
Pengalaman dibuli akan mengundang masalah emosi yang besar. Selain
mengalami trauma, penghargaan kendiri (self-esteem) individu yang dibuli akan
menurun. Mangsa buli lazimnya akan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang
berlaku
dan melihat diri mereka sebagai orang yang mengalami kegagalan sosial.
Percubaan
untuk membunuh diri juga mungkin akan dilakukan oleh individu ini. Emosi
negatif ini
akan terbawa-bawa apabila individu tersebut berkembang ke alam dewasa di
mana
penghargaan kendiri mereka rendah dan akan menyumbang kepada masalah
mental
yang lain seperti kemurungan.
Peranan Orang Signifikan
Peranan orang signifikan juga tidak boleh dinafikan dalam mempengaruhi
perlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah. Didikan guru melalui penerapan
nilaiMuka
surat 7/13
nilai murni serta pematuhan peraturan dan undang-undang sekolah memainkan
peranan yang penting dalam membentuk identiti dan konsep kendiri pelajar.
Pengabaian aspek-aspek ini di sekolah akan menyebabkan para pelajar di
sekolah
menengah mengambil tindakan sendiri mengikut logik dan kepercayaan mereka.
Penerapan nilai-nilai yang betul melalui program-program intervensi dapat
membantu
para pelajar dan guru membentuk etos yang betul terhadap identiti, konsep
kendiri, jenis
perlakuan buli dan persepsi yang betul terhadap perlakuan buli di sekolah.
Buli Dan Kaitannya Dengan Perbezaan Jantina
Dari aspek jantina, perlakuan buli dilihat lebih cenderung berlaku di kalangan
pelajar lelaki. Namun menurut Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajar
perempuan tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan bahawa
kekerapan
perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan semakin meningkat. Walaupun
beberapa
insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini membabitkan hanya pelajar lelaki,
namun
ianya tidak membuktikan bahawa pelajar perempuan sebenarnya bebas
daripada tingkah
laku ini. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebenarnya mempunyai potensi
yang
sama untuk dibuli.
Secara amnya, pelajar lelaki dilihat lebih gemar untuk membuli secara fizikal.
Berbeza dengan remaja perempuan yang lebih suka membuli secara verbal dan
psikologi seperti menyisihkan mangsa dari segi sosial. Namun tidak mustahil
juga bagi
segolongan pelajar perempuan yang boleh bertindak agresif secara fizikal
khususnya
mereka yang gemar berlagak atau berkelakuan seperti lelaki. Faktor-faktor
berikut
mungkin menyumbang kepada situasi ini:
􀂃 kurang didikan ibu bapa
􀂃 terpengaruh dengan media yang memaparkan wanita yang beraksi ganas
adalah
hebat; misalnya dalam gusti
􀂃 dengan bertindak agresif akan memberikan satu nilai status yang tinggi buat
diri
mereka
􀂃 keliru antara tindakan agresif atau asertif
Mengapa buli perlu dicegah bermula daripada sekolah?
Kesan terhadap perlakuan buli ini boleh membawa kepada tahap yang paling
memudaratkan. Olweus (1991) menyatakan bahawa pembuli lazimnya akan
menjadi
penjenayah pada masa akan datang. Lazimnya mereka tidak dapat
menumpukan
perhatian mereka terhadap kerja dan tugasan di sekolah. Mangsa buli juga
bertindak
tidak mahu ke sekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus (1991) lagi akan
mengalami
tekanan yang hebat. Kajian Alsaker dan Valkanover (2001), melaporkan bahawa
16
peratus kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun 11
bulan boleh
diklasifikasikan sebagai mangsa buli dan mereka ini seterusnya membuli kanak-
kanak
lain. Terdapat juga kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa perlakuan buli
dalam
bentuk mengejek, merupakan peristiwa yang sering dialami oleh para remaja
dan boleh
membawa akibat yang serius.
Kajian serta penyelidikan yang sistematik tentang perlakuan buli di sekolah
sebenarnya telah bermula sejak akhir tahun 1970 an oleh Dan Olweus (1991),
yang
telah menjalankan beberapa siri kajian terhadap tingkah laku buli di sekolah-
sekolah di
Muka surat 8/13
negara-negara Scandinavia dan seterusnya kajian tentang perlakuan buli di
sekolah
ini mula disebarkan ke serata dunia. Tingkah laku buli telah dikenal pasti sebagai
suatu masalah yang besar di Amerika, di Australia, di Jepun dan di negara
Britain.
Keagresifan semasa zaman kanak-kanak dan remaja telah menjadi fokus utama
kepada
banyak kajian empirikal sejak beberapa dekad ini. Buli yang merupakan subset
kepada
agresif telah dikenal pasti sebagai masalah yang boleh memberi impak kepada
kesihatan
fizikal dan psikologikal individu yang kerap dibuli dan juga kepada mereka yang
membuli rakan sebaya semasa usia muda (Batsche & Knoff, 1994).
Lokasi Kegemaran Pembuli
Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi
di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Perkara ini boleh berlaku sekiranya
guru
lewat masuk ke kelas. Oleh sebab itu, pihak pengurusan sekolah sangat
menitikberatkan
ketepatan waktu untuk guru. Kelewatan walaupun seminit boleh mengundang
bencana.
Selain itu lokasi seperti padang permainan, koridor sekolah, dewan, kantin dan
tandas turut menjadi pilihan pembuli untuk melakukan kegiatan mereka. Jika di
sekolah
menengah biasa buli lazimnya berlaku pada waktu rehat, dalam perjalanan
pulang dari
sekolah dan juga ketika dalam perjalanan ke sekolah. Manakala di sekolah
berasrama
penuh pula, didapati dometri/asrama merupakan lokasi yang paling biasa
perlakuan buli
ini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan padang permainan, tandas dan
bilik
darjah.
Di mana buli berlaku?
Kajian Olweus (1991), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yang
paling banyak dilaporkan masalah perlakuan buli dilakukan dan para pelajar
merasakan
bahawa mereka merasa kurang selamat dan tidak selesa dengan kehidupan di
sekolah.
Didapati di sekolah rendah dan menengah bahawa padang permainan dan bilik
darjah
merupakan lokasi paling kerap berlakunya perlakuan buli diikuti dengan dalam
perjalanan dari sekolah dan di koridor sekolah.
Kajian yang dijalankan oleh Blatchford (1998), terhadap situasi bermain di
sekolah mendapati bahawa waktu rehat boleh merupakan masa berlakunya
tingkah
laku-tingkah laku agresif, mencemuh, dan buli. Waktu rehat juga boleh
merupakan
masa berlakunya peluang kepada pelajar membentuk ikatan persahabatan,
pembentukan
kompeten sosial dan budaya. Sekolah kini menghadapi cabaran besar bagi
mencapai
imbangan antara mengawal tingkah laku pelajar sambil membekalkan para
pelajar
mereka dengan perkembangan sosial dan berdikari.
Kajian untuk melihat semula peranan padang permainan sebagai kawasan atau
agen untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah telah dijalankan oleh Pereira
et, al
(2002). Mereka mendapati bahawa ruang fizikal mewakili salah satu keadaan
yang
paling menonjol apabila menganalisa pembelajaran di sekolah secara
keseluruhan yang
mana meliputi sosial, hubungan dan persahabatan dimensi pembelajaran.
Muka surat 9/13
Dalam kawasan sekolah, padang permainan merupakan kawasan yang
paling biasa perlakuan buli dilakukan, diikuti oleh kawasan dewan, bilik darjah,
kantin dan tandas. Manakala di asrama penuh pula, didapati dometri merupakan
lokasi
yang paling biasa perlakuan buli ini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan
padang
permainan, tandas dan bilik darjah
Strategi menangani buli di sekolah
Batsche dan Knoff (1994), mencadangkan beberapa strategi untuk menangani
masalah tingkah laku buli di sekolah. Cadangan-cadangan yang telah
dikemukakan itu
termasuklah:
i. Menyediakan fakta-fakta berkenaan perlakuan buli kepada para pelajar
ii. Menghapuskan kepercayaan berkenaan tingkah laku agresif di kalangan
pelajar
iii. Menjalankan penilaian berkenaan kes-kes buli di sekolah.
iv. Membentuk kod tingkah laku pelajar.
v. Menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli dan pembuli.
vi. Melibatkan ibu bapa dalam program-program intervensi.
vii. Mengimplimentasikan strategi-strategi intervensi khusus kepada para
pelajar yang aggresif.
viii. Memperkemaskan lagi sistem penilaian dan akauntabiliti.
Tanda-tanda awal perlakuan buli di sekolah
Pihak pentadbir dan kakitangan termasuk guru di sekolah perlu peka dan
sentiasa sedar tentang kewujudan tanda-tanda awal bahaya dan ancaman di
sekolah.
Antara tanda-tanda awal menurut Tucker et al. (2002), ialah;
i. Ancaman dan ugutan.
ii. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan di sekolah.
iii. Cemuhan.
iv. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan dalam
komuniti.
Sekolah seharusnya selamat, aman, tenteram dan dilindungi daripada sebarang
gangguan dan ancaman. Proses pembelajaran tidak akan berlaku dengan baik
dan
sempurna apabila para pelajar yang belajar di sekolah merasa bimbang dan
takut kepada
keganasan sama ada dalam bentuk fizikal atau ancaman verbal. Keselamatan
adalah
keperluan asas dan hak yang perlu dipertahankan.
Senario Buli di Malaysia
Adakah sekolah-sekolah di negara kita ini merupakan institusi yang
menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar-pelajar untuk menjalani
proses
pembelajaran yang sihat dan selamat? Dalam kajian ini penyelidik menggunakan
penilaian persepsi kelaziman perlakuan buli bagi mengukur persepsi guru
berkenaan
perlakuan buli dan persekitaran sekolah yang selamat.
Peranan kurikulum pencegahan
Wise (1999), menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulum
pencegahan dan penjagaan di sekolah oleh para pendidik merupakan langkah
yang
terbaik bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah.
Kajian
beliau mendapati bahawa hanya beberapa orang guru sahaja yang mempunyai
latihan
Muka surat 10/13
bagi memenuhi kehendak psikologikal atau teknik-teknik untuk menangani
kemarahan dan kekecewaan di kalangan pelajar sekolah.
Anda dan Diane (1999), telah menjalankan kajian penilaian terhadap program
pencegahan tingkah laku ganas untuk pelajar remaja di sekolah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan
terhadap
keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.
Bagaimana membentuk persekitaran yang selamat?
Kajian tentang keupayaan sekolah untuk menangani tingkah laku ganas di
sekolah telah dijalankan oleh Banks dan Stephanie (2000). Mereka mendapati
bahawa
pihak Sekolah Virginia Beach berjaya membentuk persekitaran selamat dengan
menyediakan program-program serta polisi-polisi yang positif melalui kerjasama
antara
yang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Pelajar-pelajar
Bosnia
pula dikatakan akan berasa selamat sekiranya mereka dapat ke sekolah dan
dapat
tinggal bersama keluarga dalam keadaan yang selesa dan tenteram.
Cabaran sekolah mengekalkan persekitaran selamat
Cabaran yang besar juga dihadapi oleh pihak sekolah dewasa ini untuk
mengekalkan kehalusan imbangan di antara melindungi hak-hak individu dan
memastikan kebajikan keseluruhan dengan mengekalkan sekolah sebagai
persekitaran
yang selamat dan selesa untuk kegiatan pembelajaran (McCarthy et al., 2000).
Bagi mencapai hasrat ini sekolah perlu mencari formula serta kaedah untuk
menangani tingkah laku berisiko tinggi di kalangan pelajar dengan menyediakan
pelbagai program intervensi dan pencegahan. Untuk itu sekolah perlu berupaya
untuk
mengesan dan bertindak balas terhadap tanda-tanda awal risiko masalah
akademik dan
salah laku pelajar di sekolah. Tanda-tanda awal ini dapat digunakan oleh pihak
sekolah
untuk merangka serta membentuk program-program intervensi dan pencegahan
awal
bagi menangani masalah-masalah tersebut.
Ciri-ciri sekolah yang selamat
Menurut Murphy et al. (1985), menyatakan bahawa sekolah yang berkesan dan
efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang
selamat dan
teratur untuk persekitaran pembelajaran. Beliau merujuk kepada keupayaan
sekolah
untuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah
adalah bebas
daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda
mereka
di sekolah.
Adalah disarankan supaya dengan menfokuskan kepada penyertaan sosial,
sekolah boleh memainkan peranan yang penting bagi mencegah tingkah laku
anti sosial
dan kewujudan kumpulan samseng di sekolah. Sekolah seharusnya mengambil
usaha
untuk meningkatkan pengalaman pendidikan yang positif di kalangan para
remaja
dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti perkaitan sosial yang
positif.
Tucker et al. (2002), telah menjalankan kajian penilaian pencegahan keganasan
serta keperluan kemahiran sosial, bagi menilai tahap persekitaran selamat di
sekolah.
Kajian yang menggunakan soal selidik persepsi sekolah selamat ini cuba
menyiasat
kepercayaan guru kaunseling sekolah tentang persekitaran sekolah dengan
matlamat
untuk meningkatkan program sedia dan strategi yang dilaksanakan di sekolah
Muka surat 11/13
berkenaan keselamatan di sekolah. Dapatan kajian mendapati bahawa
kaunselor
sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran yang selamat di
sekolah mereka. Masalah paling serius yang dihadapi oleh para kaunselor
adalah
perlakuan ejek-mengejek di kalangan pelajar, perlakuan buli dan ancaman
verbal.
KESIMPULAN
Kita sesungguhnya tidak boleh melihat kes-kes buli yang berlaku di sekolah
sebagai satu masalah terpinggir. Walaupun nisbah kejadian adalah sangat kecil
tetapi ia
boleh menjadi satu barah dalam usaha membentuk masyarakat madani. Malah
perlu
dilihat semula sejauh manakah keseimbangan antara tumpuan kepada akademik
dan
hal-hal sosial. Adakah kita mahu berbangga dengan pelajar yang mendapat
keputusan
akademik terbaik tetapi hidupnya dipenuhi dengan budaya memukul, membuli
dan
sebagainya?
Seberapa segera pihak Kementerian Pelajaran digesa dapat merangka dan
mewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan
menangani
masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan
panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai
asas
kepada pembentukan program anti-buli yang disalurkan melalui kurikulum
sekolah.
Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah
tentang
perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah
tersebut di
sekolah.

You might also like