You are on page 1of 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi
meraikan persaraan guru penolomng kanan kamien mohd zaki bin abd rahman. KepadaMu
Ya Allah kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang
telah dicurahkannya selama ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah
rezekinya serta kurniakanlah kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini
dapat meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan Negara.

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang
perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah YaRahman Ya Rahim.


Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan ,
kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih
berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan
baik dan sempurna.

You might also like