You are on page 1of 13

Minggu 1

Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan
kehadirannya di dalam rahim.

Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik
diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti
spina bifida.

Minggu 2

Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12,
jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Selain itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium..

Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi
dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat..

Minggu 3

Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2mm. Gen mula
membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung..

Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat
beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti
sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan..

Minggu 4

Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam
darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)..

Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan
ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan..

Minggu 5

Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih
dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar
menjadi jantung..

Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti
bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat..

Minggu 6

Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang
menhubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah
juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui
ujian imbasan..

Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit
anda juga berubah menjadi gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas..

bersambung dalam 40 Minggu Nan Ajaib (Part 2)

Petikan daripada Majalah PA&MA Februari 2005

Minggu 7

Bayi

Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya
kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda

Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa
berasa dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa
letih.

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran
darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pda kadar denyutan normal.
Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan
menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil tidak membenarkan anda merasai
pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami. Puting dan payudara anda mula membesar dan mudah
sensitif. Lelehen faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga
dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan
yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan
hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang
lain jelas terlihat bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih
panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil
peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12
Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik
kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya
sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan
menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi uri.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini
hingga ke minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-
minggu sebelumnya.

Sumber Majalah Pa&Ma Bulan Februari 2005

Bersambung dalam 40 Minggu Nan Ajaib (Part 3)

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan
bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat
berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan
perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian
tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payudara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mula matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin
menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh
mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan
minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronakan
hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan
anda dan suami pulih seperti kala, tumpukanlah perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya
pada suami.

Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut
pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas
kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara
anda sendiri selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan
oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat, jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung
anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas
sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya
ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa
ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronak dan gembira. Selera makan juga semakin
bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi
pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di
bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17

Bayi

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi
anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin
membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi
juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Sumber : Majalah Pa&Ma Bulan Februari 2005

Minggu 18

Bayi

Kulit Bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif
begerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan
terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, anda juga
mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan
membengkak seterusnya menganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj
juga semakin bertambah

Minggu 19

Bayi

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mula
terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul.

Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah
antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada
muka anda.

Minggu 20

Bayi

Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya
daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda

Rahim semakin cepat membesar dan anda kini kelihatan sama seperti ibu hamil yang lain. Akibat
pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil
pusatnya menjadi tidak rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah
sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan horman yang akan menyebabkan injap pada pintu
masuk perut mengendur. Kesannya asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai
esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu
pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21

Bayi

Si kecil kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan ? jadi apa salahnya jika anda
mula mencari nama terbaik untuknya. Anda boleh pilih nama daripada buku atau melihat nama-
nama pilihan dalam majalah Pa&Ma.

Anda

Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu
banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga
makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada
peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22

Bayi

Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberansangkan kerana anak kini sudah mula
mendengar bunyi dari luar.

Anda

Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti
brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap
dengan banyak dan mudah.

Bersambung Dalam 40 Minggu Nan Ajaib (Part 5)

Minggu 23

Bayi

Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda

Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di
akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24

Bayi

Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung
bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya
semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana luar, degupan jantung dan
bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak
dengan muzik atau lagu.

Anda

Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetes pada
minggu ini.

Minggu 25

Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin
keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik
yang wujud di sekitar mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh
tersedu.

Anda

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan
segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan
membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26

Bayi

Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam
paru-paru. Tehap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyonsang. Jangan panik. Dari masa ke
semasa bayi akan berada di kedudukan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda

Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa
seperti kekurangan oksigen. Hal ini disebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula
menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27
Bayi

Bayi semakin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu
lapisan yang dinamakan vernix caseosa.

Anda

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan
darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan
berada di tahap normal.

Bersambung 40 Minggu Nan Ajaib (Part 6)

p/s Petikan dalam Majalah Pa&Ma Februari 2005

Minggu 28

Bayi

Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia
ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan
seminit.

Anda

Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa
dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa
melekit.

Minggu 29

Bayi

Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan
dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepnuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh.
Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Anda

Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa
tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul
penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika
berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30

Bayi

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut kesesuaian.

Anda

Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan
cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin
akan terganggu.

Minggu 31

Bayi

Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda

Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak.
Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian
anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi

Bayi semakin aktif bergerak. Dia kan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak
aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di
permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda

Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai
persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi

Jari jemari mula terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi
mula berlatih bernafas.
Anda

Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat, jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih
kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar
tidak berlaku sebarang masalah.

Bersambung dalam 40 Minggu Nan Ajaib (Part 7)

Minggu 34

Bayi

Berat badannnya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu
matanya kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin
adalah lelaki, testisnya mula terbentuk dengan sempurna.

Anda

Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada
peringkat ini.

Minggu 35

Bayi

Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-
merahan. Kini dia sudah tahu waktu tidur dan berjaga.

Anda

Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda di bilik bersalin bersama pasangan atau
sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet.
Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila masa. Bersiap
sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi

Kontraksi awal bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu
adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan
betul, menghisap jari dan berjalan menelan.

Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang
dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu
mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi

Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan horman yang dinamakan
cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.

Anda

Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas
bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada
orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika
di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi

Rambut mula memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda

Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika anda tanda cepat-
cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga akan
hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan
sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi

Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada
ibu.

Anda

Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa
sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia ke hospital.

Minggu 40
Bayi

Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang
yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Anda

Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin; sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut,
pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut
untuk bersalin dn ragu-rgu dengan kemampuan diri untuk meneran.

You might also like