P. 1
52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

|Views: 375|Likes:
Published by Nadiah Nazlan

More info:

Published by: Nadiah Nazlan on May 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2013

pdf

text

original

7.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

4 JAM

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak disleksia. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanakkanak yang mempunyai masalah disleksia Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru yang dilantik khas.

7.1

Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan. Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006).7. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis) c. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification) b. Penilaian (Evaluation) Merujuk kepada penilaian pelajar.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian Menurut Pierangelo & Giuliani (2006). Keazaman (Determination) Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori. kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. intelektual. bahasa. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning) e. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement) d. Penilaian (Evaluation) 7. persepsi. c. persekitaran.1 Pengenalpastian masalah . e. guru dan penglibatan ibu bapa b. sosial. pentaksiran adalah merujuk kepada pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis kecatatan yang sesuai : a.2. emosi. pemerhatian. rekod sekolah. menyatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu : a. Analisis (Annalysis) Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar. perubatan dan sejarah emosi. perkembangan. Syor/cadangan (Recommendation) Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah. d. psikologikal. Koleksi (Collection) Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada puncapunca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar belakang pelajar. penglibatan ibu bapa dan laporan guru.

b.Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran : a. d. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar. 7. Jika bukan. dia akan dirujuk kepada guru program disleksia. guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan. Sementara menunggu pengesahan doktor. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru pemulihan. 7. c.3 Pemilihan strategi pemulihan Untuk melaksana P&P. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya. murid tersebut akan diberi Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. e. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan. untuk diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).2 Penempatan Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia dikenal pasti melalui : a. Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti program disleksia. g. .2. f. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.2. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas.

Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. KKM. Guru & JPN. Persatuan. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM. UM. UPM. Justeru itu. pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. JPK. UKM.3. Selain itu juga.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.7. relevan dan memuaskan b. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai. Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakarpakar disleksia Antara Bangsa yang lain. Selain itu. 7. JKM. Dua pra-syarat tersebut adalah: a. Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses .1 Ujian Pengamatan Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas. pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. KPM telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Justeru itu. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak.

Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh). Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori. perkataan serta mengecam angka. mengingat apa yang didengar. menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual. dan Stahl & Murray.. Bahasa d. bunyi phonological. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah: a. lingustik dan masalah phonological (Ball & Blachman. saiz. Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk. Ingatan e. Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Lyon. Emosi atau tingkah laku . Pengurusan b. disleksia Auditori dan disleksia visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan. Selain itu. serta tentang pembalikan sesuatu objek. mengecam bentuk huruf dan perkataan. Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. 1994). Mohd Anuar Abdullah (2001).. Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. 1998.untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot. Penumpuan atau konsentrasi c. Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa keras dan lembut. nombor. 1991. mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan contoh pengamatan tactile. Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad. Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk menerima maklumat. tension dan kerehatan merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi. Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi. bentuk geometri dan gambar.

g. nombor. nombor. huruf dan sebagainya. Mengingat kembali. corak. persamaan atau perbezaan bentuk. . c. bentuk. menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk. suku kata dan perkataan. f. huruf dan sebagainya. bentuk. warna. b. perkataan dan ayat. Mengecam orentasi kedudukan. warna. jarak. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek.Objektif Ujian Pengamatan Antara lain. corak. d. i. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. huruf. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan.Sequencing. nombor. saiz. guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam Menentukan sesuatu saiz. warna. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin. e. Diskriminasi kedudukan (Position in space) b. Selain itu. Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek. c. corak. atau ke bawah dan dari bawah ke atas. ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam : a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek. bentuk. ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada : a. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. corak. corak. warna. h. suku kata. Komponen Ujian Pengamatan Antara lain. huruf. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak-kanak khas. Menyediakan penempatan yang bersesuaian. huruf dan sebagainya. nombor. kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. nombor. d.

kanan dan sebagainya. 7. huruf dan sebagainya. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti c. h. i. warna.3. Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz. Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD) . Koordinasi Motor-mata-tangan Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motormata-tangan dan fahaman arah kiri. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak. bentuk. membaca dan menulis b. jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja. j. g.Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek. nombor. corak. e. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada tiga elemen iaitu : a. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. 7. Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. f. Sila rujuk lampiran mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.3.2 Senarai Semak Disleksia Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah secara khusus.

Gagal lepasi IPP2M Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada : a. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum e. c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah c. . Berikut adalah langkahlangkah dalam melaksana pentaksiran ISD. Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan. d. b. Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah merujuk kepada : a. d. 2003). Prosedur Penilaian Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah : a.ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Kriteria murid yang dinilai b. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik. Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri : a. Kecerdasan mental yang normal b. Kriteria Penilai c. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas b. Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas.

mengeja. menulis.Pencalonan Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa Perumusan TMMD KMMD Pelaporan Tidak sah Pengesahan Pengamal Perubatan Sah Pelaporan Petunjuk : KMMD TMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia : Tiada mengalami masalah disleksia 7. .4 Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerahdaerah kelemahan dalam membaca. dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya. 7. maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.4.Secara umumnya. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi. Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.4. guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini. . ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu ataupun Matematik. Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. 7.2 Ujian-ujian lain yang sesuai Selain itu.1 Ujian-ujian Binaan Guru Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

Pencapaian . Mengikuti Program Pemulihan Khas Lelaki Perempuan Sedang Tidak 4. Kedatangan ke sekolah 7.INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bahagian A BIODATA MURID Arahan : Tandakan √ atau tulis pada petak yang disediakan. Tahun Persekolahan Tahun 1 2 3 4 5 6 Akademik Baik Memuaskan Sederhana Lemah A Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pend. 1.Islam/Moral P. Keturunan Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain 6. Jantina 3.Jasmani &Kes Muzik B C D E Nama Kelas 5. Nama Murid 2.

Tandatangan Penilai . Daerah 12.P. Nama Sekolah 9. Tarikh 14. Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar 10.P. Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W. Nama Penilai 13.8.Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah W.Labuan 11.

2. 1 Tidak 1 Mengeja Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. i. menyusun abjad dalam perkataan ii. Murid kerap melakukan kesalahan . Elemen 1 A. 5. 6 7 . 6. 2 3. : Tahap penguasaan mengeja. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 5 B. menggabung suku kata terbalik 4. Ya 1. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. Membaca Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah .Bahagian B SENARAI SEMAK Arahan : Tandakan √ pada petak yang sesuai. 3 4 i. Tidak menghiraukan tanda bacaan. membaca dan menulis.

dari papan tulis iv. Menggantikan perkataan. Murid mengalami kesukaran dalam membaca Perkataan yang mempunyai vokal berganding.ii. 13. yang diperdengarkan 12 13 14 15 16 11. iv. Murid sukar membaca ayat panjang. 9. Menggugurkan perkataan. 7. Elemen 2 14. vii. 10. diftong. 8. abjad-abjad tertentu . Tulisan murid sukar dibaca Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya Murid menulis secara terbalik . Murid sukar menyalin maklumat . Melangkau baris. iii. Menulis Hasil kerja murid tidak kemas. iii. vi. C. 8 9 10 11 Ya Tidak v. perkataan 17 18 19 20 : Kekuatan pada murid 21 Murid boleh bertutur dengan baik .Menambah perkataan pada bacaannya. 12.

29. 27. 22. 17. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding dengan rakan sebaya. 23. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. Tunggal . Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik. Bersiri 24 Ya Tidak 25 26 16. 18. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 25. 28. 23 ii. 22 Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar . 19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. Murid boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 21. 26. 24. Murid yang kreatif.15. Murid mempunyai pencapaian yang baik dalam subjek-subjek kemahiran berbanding dengan subjek-subjek akademik. Murid boleh menceritakan semula petikan yang diperdengarkan. . 20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi pencapaian akademiknya rendah. Murid berminat terhadap perkara baru. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi mengandungi banyak kesalahan bahasa. i.

37. 49 50 41 Tidak 42 43 44 45 35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 41. 38.30. . Murid keliru dengan konsep arah. 47 48 40. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan bacaan dan penulisan. Murid sering cuai dalam pergerakan. 32. 34. 39. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. : Kelemahan yang ditunjukkan 38 39 40 Elemen 3 Ya 33. 42. 36.46 Murid menghadapi masalah dengan pengurusan masa Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. Murid sering gopoh semasa bertindak. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan. 31. Murid berkebolehan dalam membuat jangkaan Murid mempunyai pengetahuan am yang baik Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. Murid mempunyai masalah rendah diri.

Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan .PEMARKAHAN BAHAGIAN A (diisi oleh penilai) Jumlah Ya Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja. membaca dan menulis. membaca dan menulis. Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan Jumlah Tidak BAHAGIAN B (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Kod Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja.

P Unit Pendidikan Khas) .BAHAGIAN C (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Rumusan Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia Tandatangan Nama Disahkan T/T Guru Besar Cop Sekolah Nama : ___________________________________ : : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________ Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri (U.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->