You are on page 1of 88

CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

TEMA KARANGAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

TEMA KARANGAN TING. 4

UNIT TAJUK

SENARIO MASYARAKAT KITA

1 Masyarakat Malaysia Alaf Baru


Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
2 Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum

DUNIA SEMAKIN CANGGIH


Kad Elektronik
3
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda

KERANAMU Malaysia
Patriotisme
4
Malaysia Alaf Baru
Pengorbananku

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


Pendidikan Alam Sekitar
5
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai Kita

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
6 Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan Cabarannya

GENERASI KITA

7 Wawasan Generasi Kita


Patriotisme Generasi Muda

GAYA HIDUP SIHAT


Amalan Gaya Hidup Sihat
8 Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya

KERJAYA
Minggu Kerjaya
9 Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan

WARISAN BANGSA
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
10
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan Sejarah

INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA


Kebudayaan dan Pelancongan
11 Malaysia dan Destinasi Pelancongan
Warna-warna Malaysia

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

TEMA KARANGAN TING. 5

UNIT TAJUK

RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA


Rumah Terbuka Aidilfitri
1 Rumah Terbuka Malaysia
Kemanusiaan Sejagat

PENDIDIKAN ALAF INI


E-Pendidikan
2 Pendidikan Maya
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

PENGANGKUTAN ALAF INI


Tren ERL
3
Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju
Harapan Masa Depan

BANDAR PINTAR MALAYSIA


Bandar dalam Taman
4
Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
Perpaduan Menjamin Keamanan

ALAM PEKERJAAN
Kerjaya Masa Depan
5
Kejayaan dalam kerjaya
Impian, Usaha dan Kejayaan
PENDIDIKAN INDUSTRI
Pendidikan Industri di IPT
6 Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
Cabaran Pendidikan Industri

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

BIOLEMBANGAN
Kejayaan Melalui Pertanian
7 Bioteknologi dalam Pertanian
Perkembangan Pertanian

PELABURAN
Pelaburan Mengubah Masa Depan
8 Pelaburan Menerusi Saham Amanah
Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

TELEPERUBATAN
Kesihatan Sepanjang Hayat
9 Amalan Pemakanan Seimbang
Cegah Sebelum Parah

SUKAN SEANTERO DUNIA


Malaysia Jaguh Sukan SEA
10
Sukan Mengharumkan Nama Negara
Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa
KOMUNIKASI GLOBAL
Mykad Ciptaan Kita
11 Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
Seni Sastera Khazanah Bangsa

PELESTARIAN BUDAYA WARISAN


Memelihara Budaya Bangsa
12 Anugerah Seni Negara
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

PERANAN WANITA DALAM MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara”. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang berjaya,
sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan sokongan dan
inspirasi malah pepatah juga ada menyatakan “Tangan yang menghayun buaian itu, boleh
menggoncang dunia”. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan
sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang
tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang
berkualiti dan berketerampilan. Persoalannya apakah peranan wanita dalam melahirkan
generasi berkualiti ini?

Peranan perdana wanita dalam melahirkan generasi yang berkualiti ialah wanita
sebagai ibu yang memberi kasih sayang yang sepenuh kepada anak-anak.Hal ini demikian
kerana,anak-anak akan mendengar kata ibu bapa mereka yang dianggap sebagai idola hidup
mereka. Dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemuramah menyatakan
peranan dan tunjuk ajar ibu bapa serta kasih sayang yang dicurahkan dapat membantu mereka
dalam mencapai kejayaan yang cemerlang. Sebagai contoh,Nur Amalina Che Bakri yang
mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),tahun 2004 telah membuktikan bahawa
sentuhan kasih sayang daripada ibunya telah menyebabkan dia berjaya dalam SPM tersebut.
Seandainya ibu bapa tidak memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak,sudah pasti
anak-anak tidak akan berjaya dalam bidang yang akan diceburinya. Sudah terang lagi
bersuluh, sentuhan kasih sayang yang diberikan oleh ibu tidak ada tandingannya dan
seterusnya dapat melahirkan generasi yang berkualiti sehinggakan dalam agama Islam ada
menyatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Selain itu, wanita juga berperanan sebagai isteri yang sentiasa memberi dorongan
kepada seorang suami. Hal ini demikian kerana, di sebalik kejayaan seorang suami, wanitalah
yang sering menjadi perisai penting umpama senjata yang tajam dan berbisa bagi seorang
suami mengharungi pelbagai pancaroba hidup.Sebagai contoh,mantan Perdana Menteri
Malaysia,Tun Dr. Mahathir bersama isterinya, Datin Seri Hasmah binti Mohamad Ali telah
bersusah payah bersama-sama sehinggalah suaminya berjaya menjadi seorang menteri yang

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

tersohor di dunia lantaran daripada dorongan dan sokongan daripada isterinya selaku
pendamping.Andai kata,wanita selaku pendamping utama kepada suami dan sering memberi
dorongan kepada suaminya ,sudah tentu suami akan sentiasa menempa kejayaan yang
diimpikan akan terjamin .Sebaliknya,jika isteri tidak memberikan sokongan dan dorongan
kepada suami sebagai ketua keluarga, maka secara tidak langsung sudah tentu apa sahaja
yang diimpikan oleh suaminya akan kecundang. Oleh itu,peranan wanita sebagai pendorong
utama kepada suami dalam melahirkan generasi yang berkualiti amat penting untuk
menjanakan kejayaan suami.

Dalam pada itu,wanita juga dilihat sebagai wanita yang berkerjaya dan berperanan
melahirkan pemimpin-pemimpin yang berintelektual. Hal ini demikian kerana, golongan
wanita pada masa sekarang rata-ratanya berkerjaya dan berdaya saing untuk maju dalam
sesuatu bidang sehingga telah berjaya melahirkan banyak generasi yang hebat di seantero
dunia. Dalam konteks ini,seseorang wanita yang berkecimpung dalam sesuatu bidang yang
profesional akan memberi sepenuh komitmen dalam tugas mereka untuk melahirkan generasi
yang cemerlang.Buktinya,kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 iaitu Nik Nur
Madihah Binti Nik Kamal yang berjaya memperoleh 21A berpendapat bahawa gurunyalah
yang telah banyak membantunya dalam menggapai bintang kejayaan tersebut .Seandainya
golongan wanita yang berkerjaya memainkan peranannya dalam melahirkan pemimpin-
pemimpin yang berintelektual, sudah pasti generasi yang berkualiti dapat dilahirkan.Sudah
terang lagi bersuluh bahawa peranan wanita dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berintelektual merupakan salah satu usaha untuk melahirkan generasi yang berkualiti sekali
gus melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih berdaya saing.

Di samping itu, generasi yang berkualiti juga dapat direalisasikan dengan peranan
wanita yang bertindak sebagai suri teladan kepada anak-anaknya.Hal ini demikian
kerana,wanita merupakan insan yang paling dikagumi dan disayangi oleh anak-anak. Majoriti
daripada permata negara pada hari ini akan mengikuti segala nasihat dan bimbingan daripada
ibu kerana ibu merupakan insan yang paling banyak menyumbangkan tenaga sama ada dari
aspek mental dan fizikal dalam melayan karenah anak-anak mereka. Selaku wanita yang
bergelar ibu,seharusnya mereka sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni kepada anak-anak
tidak kira sama ada di hadapan atau di belakang untuk dijadikan idola, kerana pepatah ada

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya .Sebagai contoh , ibu perlulah sentiasa
menjaga tingkah laku dan pertuturan untuk m enyemai benih nilai kemanusiaan dalam diri
anak-anak mereka untuk melahirkan generasi yang berkualiti.Seandainya,ibu tidak menjadi
suri teladan kepada anak-anak, maka sudah tentu anak-anak tidak akan mampu menepis
segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan mereka kerana mereka akan terikut-ikut dengan
perilaku ibu mereka yang telah ditakrifkan sebagai idola dalam hidup mereka. Oleh
itu,jelaslah bahawa wanita perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk melahirkan
generasi yang berkualiti selari dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi yang
cemerlang ,gemilang dan terbilang.

Tambahan pula, generasi berkualiti juga dijanakan oleh wanita yang berperanan
sebagai ketua pemimpin bagi sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana, wanita besi ini
mampu mentadbir dengan adil. Generasi yang bekerja di bawah pemantauannya akan
menjadi insan yang hebat dan proaktif melalui amalan “ Kepimpinan melalui teladan”.
Sebagai contoh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu Gabenor Bank Negara merupakan seorang
pemimpin yang gah di mata dunia lantaran terpilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia
oleh Global Finance. Banyak pegawai yang dedikasi dan komited telah berjaya dilahirkan
melalui kebijaksanaan pimpinan beliau sehinggakan negara kita pernah menerima Anugerah
Pengurusan Kewangan Terbaik di peringkat dunia.Andai kata golongan wanita berperanan
menjadi ketua pemimpin yang hebat di sesebuah organisasi, sudah pasti generasi pelapisnya
akan menjadi insan yang terbaik dalam bidang yang diceburinya. Semangat dan kegigihan
serta ketabahannya akan member suntikan semangat kepada generasi lain untuk melakukan
apa sahaja yang terbaik walau pun mencabar fizikal dan mental. Sesungguhnya wanita yang
berperanan sebagai pemimpin akan berjaya melahirkan generasi pemimpin muda yang
berkaliber dan berkualiti.

Deduksinya, golongan wanita memainkan peranan yang tidak kurang vitalnya dalam
melahirkan generasi yang berkualiti . Ternyata kudrat golongan wanita selama ini
membuahkan hasil apabila Berjaya melahirkan anak watan yang berjaya dalam semua bidang
yang diceburi dan banyak dalam generasi sekarang telah menempa nama serta tersohor di
mata dunia. Oleh itu, wanita haruslah terus memainkan peranan mereka agar generasi yang

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

cemerlang, gemilang, dan terbilang boleh dicapai dan seterusnya menjadikan Malaysia
sebuah negara yang dipandang tinggi di seantero dunia.

PERANAN ANDA UNTUK MEMBANTERAS KEGIATAN LUMBA MOTOSIKAL


HARAM DARIPADA TERUS LELUASA?

Kegiatan lumba motosikal haram sering dilakukan oleh golongan remaja. Kegiatan lumba
motosikal haram telah mendatangkan impak negatif kepada diri, masyarakat, dan negara.
Sebagai remaja yang prihatin, apakah peranan anda untuk membanteras kegiatan ini daripada
terus leluasa?

Kegiatan lumba motosikal haram semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga
boleh dikatakan sudah menjadi tokak dan nanah kepada negara. Baru-baru ini rancangan 999
di TV3 telah menyiarkan kegiatan lumba motosikal haram dan melalui rancangan tersebut
didapati majoriti pelumba haram ialah golongan remaja. Golongan remaja merupakan aset
penting negara yang akan memimpin kita pada zaman atom akan datang. Seandainya,
kebanyakan remaja kita terlibat dengan kegiatan lumba haram nescaya negara kita tidak akan
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai
minhaj yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan saya sebagai remaja yang prihatin
turut berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam membanteras masalah ini. Oleh itu,
terdapat variasi peranan yang boleh saya mainkan dalam membanteras kegiatan lumba
motosikal haram di negara ini.

Peranan perdana yang akan saya lakukan bagi membanteras kegiatan lumba motosikal
haram di negara kita ialah saya akan mengajak dan membimbing rakan-rakan saya daripda
terus terjebak dalam kegiatan lumba haram. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja mudah
terikut-ikut dengan perbuatan rakan sebaya. Demi memastikan rakan-rakan saya tidak terlibat
dalam kegiatan lumba haram, saya akan mendedahkan keburukan kegiatan lumba haram
kepada mereka. Jika rakan saya meminati perlumbaan bermotor, saya akan menasihati
mereka supaya mereka meyertai perlumbaan di litar yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Dasawarsa ini, banyak litar perlumbaan motosikal telah dibina seperti cendawan tumbuh
selepas hujan di negara kita. Oleh itu, saya akan menasihati mereka supaya mereka
melakukan anjakan paradigma daripada terjebak dengan lumba haram kerana perlumbaan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

haram boleh mengorbankan nyawa. Andai kata, saya tidak membimbing dan menasihati
mereka, sudah pasti mereka akan hanyut dalam kegiatan lumba haram. Tegasnya, saya akan
mengajak dan membimbing rakan-rakan saya supaya meninggalkan kegiatan perlumbaan
motosikal haram ini dan seterusnya kegiatan lumba motosikal haram ini dapat dibanteras.

Seterusnya, pada hemat saya, para remaja juga boleh membanteras kegiatan ini
daripada leluasa dengan mencadangkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pihak
sekolah. Pihak sekolah melalui kaunselor boleh melancarkan pelbagai program atau kempen
yang bertujuan untuk membendung serta membanteras gejala lumba motosikal haram yang
sering dilakukan oleh golongan remaja. Program yang dianjurkan oleh pihak kaunselor ini
diharapkan mampu memberikan kesedaran dan keinsafan kepada pelumba- pelumba cilik di
sekolah saya. Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengadakan ceramah-
ceramah kesedaran kepada para pelajar khususnya pelajar bermasalah yang sering terlibat
dalam kegiatan ini. Sekiranya pihak sekolah dan kaunselor sama- sama berkolaboratif dalam
menjayakan kempen membanteras kegiatan lumba motosikal haram di sekolah saya akan
menurun. Jelaslah bahawa pihak sekolah melalui pihak kaunselor mestilah berganding bahu
untuk melancarkan kempen dan program bagi membendung kegiatan ini daripada menjadi
tokak dalam nadi kehidupan masyarakat dan negara.

Di samping itu, saya juga akan mengkhabarkan berita mengenai kegiatan lumba
motosikal haram yang melibatkan kenalan saya kepada ibu bapa mereka. Hal ini demikian
kerana ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mendidik dan memantau
setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah sentiasa mengambil
berat perihal anak- anak mereka meskipun ketika anak- anak mereka melakukan aktiviti luar
rumah. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah sentiasa memantau gerak-geri kerja anak- anak
mereka terutamanya pada musim cuti persekolahan. Jika ibu bapa tidak memantau gerak- geri
kerja anak mereka, sudah pasti anak- anak mereka mengambil peluang keemasan ini untuk
melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti lumba motosikal haram. Oleh itu, sebagai
remaja yang prihatin, saya akan melaporkan kegiatan lumba motosikal haram yang dilakukan
oleh rakan- rakan saya kepada ibu bapa mereka sebelum masalah ini semakin membarah
kerana pepatah Melayu ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Seterusnya, saya juga akan melaporkan kegiatan lumba haram yang semakin
meruncing pada hari ini kepada pihak berkuasa supaya masalah ini tidak terus
bermaharajalela dan membelenggu masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak
berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) merupakan agensi
utama dalam membanteras masalah ini. Pihak berkuasa haruslah mempunyai modus operandi
yang signifikan dalam membasmi kegiatan ini iaitu dengan mengadakan sekatan jalan raya
dan rondaan di kawasan yang disyaki menjadi tempat lumba haram. Sekiranya saya tidak
memainkan peranan saya iaitu dengan melaporkan kegiatan lumba haram kepada pihak
berkuasa dan sekadar melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, sudah tentu
kegiatan ini akan berlarutan dan menghantui kehidupan masyarakat kita. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa tanggungjawab saya sebagai seorang remaja yang prihatin amat membantu
pihak kerajaan dalam mensifarkan kegiatan lumba haram di negara kita.

Tambahan pula, sebagai seorang remaja yang prihatin, saya juga akan mencadangkan
tempat khusus untuk remaja berlumba kepada pihak kerajaan. Melalui cara ini kegiatan
lumba haram dapat dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak litar lumba di kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan remaja untuk menarik minat mereka agar tidak terjebak dalam kegiatan
lumba haram. Litar-litar yang disediakan perlu dititikberatkan dari aspek keselematan dan
mempunyai sistem pengurusan yang sistematik di samping mengenakan kos yang lebih
rendah agar remaja lebih berminat untuk mengunjunginya. Sekiranya pihak kerajaan tidak
melaksanakan cadangan ini maka kegiatan lumba haram akan terus berleluasa dan menjadi
bertambah serius. Sudah terang lagi bersuluh, saya juga akan mencadangkan tempat-tempat
khusus untuk remaja berlumba kepada pihak kerajaan bagi membanteras kegiatan lumba
haram bagi terus leluasa.

Konklusinya, kegiatan lumba motosikal haram yang dilakukan oleh golongan remaja
sememangnya mendatangkan impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara malah turut
menjadi virus epidemik yang akan menjatuhkan imej negara di mata dunia luar. Oleh sebab
itu, begitu peri vitalnya remaja menyedari peranan mereka dalam membanteras kegiatan
haram ini. Sebelum nasi menjadi bubur, kita sebagai remaja haruslah menggembleng tenaga
untuk mengatasi kegiatan lumba motosikal haram ini daripada terus leluasa. Dengan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

mengetahui tanggungjawab kita sebagai seorang remaja, seyogia negara dapat mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya sekali gus meminimumkan statistik kematian di negara
Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASYARAKAT AKIBAT KENAIKAN


HARGA BARANGAN

Darsawarsa ini,isu kenaikan harga barang di pasaran khususnya makanan sering menjadi
polemik utama dalam kalangan masyarakat.Sehubungan dengan itu,isu ini telah menjadi virus
epidemik yang menyerang masyarakat Malaysia pada hari ini.Perkara ini berlaku ekoran
daripada krisis ekonomi yang melanda setiap penjuru dunia baru-baru ini.Kenaikan harga
barang telah membebankan masyarakat yang hidupnya seperti kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang.Jadi hal ini perlu diatasi dengan kadar segera supaya tidak lagi menjadi
beban kepada masyarakat.Persoalannya,apakah prakarsa yang boleh dilaksanakan untuk
mengurangkan bebanan masyarakat akibat daripada kenaikan harga barang ini?

Minhaj perdana yang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan bebanan masyarakat


akibat kenaikan harga barangan ialah individu mestilah membawa bekalan makanan ke
destinasi masing-masing. Dengan membawa bekalan makanan ke destinasi seperti tempat
kerja dan sekolah, seseorang itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian. Dalam hal ini,
ibu mestilah memainkan peranan utama bagi menye diakan bekalan makanan untuk anak-
anak dan suami ke destinasi yang dituju. Selain itu, mereka juga akan dapat memanfaatkan
wang perbelanjaan harian untuk kegunaan lain seperti membayar bil telefon, air, dan elektrik
serta membeli barangan keperluan. Melalui cara ini mereka akan dapat mengekang bebanan
akibat kenaikan harga barangan selain dapat mengawal pembaziran. Jadi, sesuailah apa yang
dikatakan menurut kata pujangga berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Sekiranya
kita membawa bekalan makanan ke mana-mana destinasi, kita akan dapat mengurangkan
bebanan akibat kenaikan harga barangan. Tegasnya, membawa bekalan ke mana-mana
destinasi merupakan langkah perdana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan.

Langkah seterusnya untuk meringankan beban masyarakat akibat kenaikan harga


barang ialah masyarakat perlu menggunakan barangan buatan tempatan. Barangan tempatan
lebih murah dan berkualiti serta dapat mengurangkan kos sara hidup masyarakat yang kian

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

meningkat hari demi hari. Harga bagi barangan buatan tempatan lebih murah jika
dibandingkan dengan harga barangan import. Keadaan ini berlaku kerana barangan buatan
tempatan tidak dikenakan pelbagai cukai untuk diperdagangkan di pasaran tempatan. Dunia
pada dasawarsa ini mengalami masalah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Negara
Malaysia juga turut terkena tempias daripada kekangan tersebut. Impaknya, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah dalam menangani masalah ekonomi negara. Pihak kerajaan
telah meningkatkan duti import bagi barangan dari luar negara untuk dibawa masuk dan
diperdagangkan di pasaran tempatan bagi menstabilkan keadaan ekonomi negara. Natijahnya,
harga barangan import lebih mahal dan membebankan masyarakat. Dalam konteks ini, kata-
kata pujangga iaitu ‘ukur baju di badan sendiri’, memberi siratan makna yang menggenapi
semua aspek kehidupan manusia dalam menjalani urusan jual beli pada hari ini. Masyarakat
kita sepatutnya dapat berfikir dengan waras dalam membeli sesuatu barangan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Jika masyarakat menggunakan barangan buatan
tempatan, maka beban masyarakat akibat kenaikan harga barang dapat dikurangkan. Oleh itu,
menggunakan barangan buatan tempatan merupakan salah satu langkah pragmatik dan
dogmatik dalam usaha untuk mengurangkan beban masyarakat akibat kenaikan harga barang.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna perlu sentiasa melakukan pemantauan dan menyemak harga barangan
kawalan dalam usaha untuk mengurangkan bebanan masyarakat ekoran kenaikan harga
barangan khususnya makanan. Melalui pemantaun yang kerap dilakukan, para peniaga akan
menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Mereka akan sentiasa memastikan harga
barangan jualan mereka berpatutan dan tidak melebihi harga yang telah ditetapkan. Dengan
ini, masyarakat dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka sekaligus meringankan
beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Sekiranya pemantaun tidak dilakukan,para
peniaga akan terus meningkatkan harga barangan jualan mereka kerana tidak perlu risau
natijah yang akan diterima. Keadaan ini ternyata akan memberi masalah yang serius dalam
kehidupan masyarakat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan hidup dalam
serba kekurangan seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Cuba kita
bayangkan, bagaimana nasib mereka jika pihak berwajib hanya bersikap lepas tangan dalam
melakukan pemantaun ? Jika pemantauan dilakukan tetapi hanya sekadar melepaskan batuk
di tangga sudah pasti bebanan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat bertambah rumit.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Tegasnya, sebelum masalah ini semakin membarah dan menyukarkan kehidupan


masyarakat,pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
perlulah melakukan pemantauan dan menyemak harga barangan kawalan dengan lebih kerap
agar bebanan hidup masyarakat dapat dikurangkan.
Peranan media massa juga merupakan salah satu uslub yang boleh diambil untuk
mengurangkan kenaikan harga barangan di pasaran. Kebanyakan pengusaha lebih
mementingkan keuntungan tanpa berfikir panjang tentang taraf ekonomi rakyat yang tidak
stabil. Bermula dari sinilah, pihak media massa menjadi pencambah minda rakyat dengan
menyiarkan iklan-ikaln yang berkaitan dengan harga barangan semasa. Selain itu, pihak
media massa juga harus member kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil langkah
bijak dalam menangani isu kenaikan harga barang yang boleh mengurangkan beban rakyat.
Sebagai contoh, Kementeriaan P engguna Dan Hal Ehwal Dalam Negeri harus menyiarkan
gambar-gambar animasi seperti mascot pengguna yang bertujuan untuk menyemai sikap
berjimat-cermat dalam kalangan masyarakat di Negara kita sepatutnya diperbanyakkan.
Sekiranya pihak media massa tidak memainkan peranan penting dalam menangani masalah
kenaikan harga barang, nescaya rakyat akan terus dibelenggu dengan masalah ini. Oleh itu,
pihak media massa hendaklah memainkan peranan social mereka dalam meringankan beban
rakyat.

Menghidupkan kembali aliran sains pertanian di sekolah merupakan salah satu


inisiatif bagi mengurangkan bebanan masyarakat akibat kenaikan harga barangan. Pihak
sekolah haruslah memainkan peranan dalam usaha menghidupkan semula aliran sains
pertanian di sekolah. Melalui cara ini, para pelajar dapat mempelajari usaha-usaha kondusif
untuk dijadikan panduan dalam menjalankan aktiviti pertanian. Sebagai contoh, pihak
sekolah perlu menerap kemahiran pertanian sama ada dalam aspek penggunaan baja benih,
baja, pemasuan dan sebagainya. Andai kata aliran sains pertanian tidak dihidupkan semula,
maka perkembangan ilmu pertanian akan berkurang dan seterusnya bebanan masyarakat
terhadap kenaikan harga barang tidak dapat dibendung. Seandainya kita mahu mengurangkan
bebanan masyarakat akibat kenaikan harga barang, pihak sekolah seharusnya mencari jalan
merealisasikan aliran sains pertanian sejajar dengan amanat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sesungguhnya, menghidupkan kembali aliran sains pertanian di sekolah adalah langkah yang
bijak bagi mengurangkan bebanan masyarakat disebabkan kenaikan harga barangan.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Tuntasnya,semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah kenaikan


harga barang yang banyak membebankan rakyat.Pihak kerajaan dan orang ramai haruslah
mengambil langkah yang drastik bagi mengawal masalh ini terus berleluasa.Kita tidak
seharusnya menunggu sehingga nasi menjadi bubur.Usaha-usaha untuk mengurangkan
bebanan rakyatharuslah diambil dari awal lagi.Pihak-pihak berwajib seharusnya bekerjasama
bagi mengelakkan rakyat terus menanggung derita.Mereka haruslah berusaha bersungguh-
sungguhagar masalh ini dapat diselesaikan dengan cepat.Bak kata pepatah ‘yang bulat tidak
dating bergolek,yang pipih tidak datang melayang’.Oleh itu,tindakan dan komitmen yang jitu
dapat mengelakkan masalah ini terus menghantui dan membebani kita.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN


MASYARAKAT

Mutakhir ini, nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi
demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam
diri anak-anak mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan
dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah
dipupuk sejak dibangku sekolah lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus
hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui
bantuan pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada
masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses
pembangunan ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah
sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita
sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan
oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi
ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan supaya
masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan hubungan
antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral
dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya
memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa
itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar
mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa
mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak
tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita
akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak
kata pepatah’api kecil baik dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini
amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah
sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini
amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di
rumah.Dalam mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling
membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata
pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah tidak
memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin kepupusan
pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak negara pada masa akan
datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan
nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui
media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di
dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi
memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Oleh hal
demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui
media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama
dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.Seperti yang
sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat
di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai
murni dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media
massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-
warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat di luar sana.Oleh itu, pihak

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah
ini bak kata pepatah’yang berpayung yang ditembak.
Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan
program kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong membersihkan
kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar
penduduk kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji
bagi mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program seperti ini juga
memberi peluang kepada penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat
pada zaman ini yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti ‘katak
dibawah tempurung’ yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini
banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dilakukan di setiap kampung di
negara ini.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan


moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan
peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata
pepatah’Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini
di dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana
‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan


kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di
negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan pengangkutan awam ini telah
mendapat perhatian dan menarik minat pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan
raya menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-
masing. Lantaran itu, mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT,
monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, pertumbuhan
pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh melalui kemudahan
pengangkutan awam ini?

Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam ialah kita dapat


mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana rata-rata rakyat
Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri berbanding menggunakan
pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat Malaysia yang bersikap hidung tinggi dan malu
untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan jumlah kenderaan di seluruh negara didapati
meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas
sering berlaku di negara kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Shah Alam, Kota Bharu,dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan
awam seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, sekali
gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, masyarakat di negara matahari
terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan
kegiatan harian mereka, oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun
negara Jepun mempunyai penduduk yang ramai. Seandainya rakyat Malaysia menggunakan
pengangkutan awam sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Oleh
itu, pihak pengusaha pengangkutan awam perlu menyediakan pengangkutan yang selesa
supaya dapat menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa sangsi untuk

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

menggunakan pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa
penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di
negara ini.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, amaun kenderaan
yang menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan
daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota.
Sebagai pengguna yang peka dan sensitif terhadap keadaan semasa, kita haruslah sedar
bahawa, penggunaan kenderaan persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang
tinggi untuk berlaku kemalangan. Sekiranya, semua rakyat Malaysia memprioritikan
pengangkutan awam, sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara
tidak langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi infrastruktur dan modal
insan. Sebenarnya, kadar kemalangan jalan raya meningkat secara mendadak pada musim
perayaan dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu bilangan kenderaan di jalan raya juga
meningkat. Jadi semolek-moleknya, jika kita ingin pulang ke kampung pada musim perayaan
kita wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai
contoh bas, kereta api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan
dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang
keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat
sebelum terkena.

Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk


perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk menuju ke destinasi,
masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki pengangkutan
awam untuk menuju ke destinasi. Situasi sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali
silaturahim antara komuniti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita
menaiki sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan
berinteraksi dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan
inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus
merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa. Tegasnya,
penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk perpaduan yang jitu dalam

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara
yang aman dan sentosa ibarat ‘air dalam talam.’
Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran
yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas
daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon monoksida yang
dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah
kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap daripada kenderaan akan
mendatangkan pelbagai impak negative terutama kepada kesihatan manusia dan alam
sekitar.Dalam konteks ini,asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan
ozon dan memaksimumkan tahap pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini
diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika
masyarakat menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan
awam,maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat
melestarikan persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan
kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam.

Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak


manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden era ini memerlukan
masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah menaiktaraf
perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain bak kata
pepatah “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Oleh itu, masyarakat Malaysia diseru
supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan awam agar hasrat kerajaan untuk
memajukan negara tidak tinggal impian semata-mata seiring dengan wawasan 2020.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

Darsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang
pesat di negara kita .Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia
dianggarkan seramai 10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga
paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu,
pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa
dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan dikampung
dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing
mengembek, masauk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju
sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar
terus berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik.
Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan
kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan
kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang
yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita
untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan
bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sector pelancongan desa, maka industri
ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk
kampung. Oleh itu, mengadakan kempen merupakan langkah progmatik dalam usaha
memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ditelan arus kemodenan.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah
pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato’ Sri Dr. Ng Yen
Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya
kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi
destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing
akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang
asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-
wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe,
bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana
reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat
terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab
seperti mele[askan batuk di tangga, maka industry desa akan terus berada pada takuk yang
sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak pengurusan ‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktivit rekreasi
sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-
altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan
daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan
‘homestay’ boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh
memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing,congkak,wau,dan
sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti menuai padi,dan
pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan
kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam
kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa
pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk
saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Seandainya
aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen,sudah pasti industry
pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya,pihak pengurusan
‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk
memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah


memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada
pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan lagi keberkesanan promosi
ini, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta
untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong dalam negara kita ini. Pihak Kementerian
Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak ramai rakyat Malaysia dan
pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat
kawasan desa di negara kita. Tambahan lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung
kepada sektor pelancongan, dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara,
secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi sumber ekonomi negara kita. Antara langkah-
langkah yang dapat diambil untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa adalah
dengan mengadakan kempen. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah
memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan
dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan.
Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-
festival seni dan kebudayaan di kaswasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah lagi
minat pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan dan adat
resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak langsung, pelancong akan mengunjungi
kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ, bak
kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan
pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta
mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah
untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak
kerajaan, kempen “cuti-cuti Malaysia” dan ‘Tahun Melawat Malaysia” tidak dapat dijayakan,
seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan
pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan
luar negeri dapat menambahkan lagi kehadiran pelancong di negara ini.

Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan


kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa.Berdasarkan
kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-


kawasan desa.Sehubungan itu,pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah
proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan.Pihak
kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti
industri pemprosesan makanan,batik dan kraftangan.Industri desa haruslah diperkembangkan
supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang
lumayan dalam industri pelancongan.Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
tempatan mengambil langkah sebegini,maka industri pelancongan desa di negara kita dapat
terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan negeri melalui
pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat
pelancongan desa.

Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai ‘aur dan
tebing’ dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara
kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut
komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara tidak
langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika dahulu
pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang ‘penduduknya tinggal di atas
pokok dan bercawat’. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama
negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu,
kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-
baiknya.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGIATAN JENAYAH DALAM


KALANGAN REMAJA

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah
dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang
acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan orang ramai.
Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung
mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang
mencabar. Mungkinkah ini salah satu cara pergaulan remaja sekarang? Tegasnya, gejala
jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak leluasa seterusnya
pelbagai tindakan perlu diambil untuk mengekang gejala ini daripada kehidupan seharian.

Usaha yang paling utama dan efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam
kalangan remaja di negara ini adalah dengan cara ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak
mereka agar tidak terjerumus dalam kebejatan sosial seperti gejala jenayah ini. “Melentur
buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh
setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memberi pendidikan agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari setiap perkara yang
dilakukan sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu
bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh
para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya, ibu bapa pula tidak
seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja
dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi
perhatian yang secukupnya kepada remaja dan anak-anak supaya mereka menganggap ibu
bapa sering menjadi tempat tinggal dan tempat mengadu masalah.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Selain ini, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah
dalam kalangan remaja yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah pihak berkuasa
perlu mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop
yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses
mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antara langkah untuk mewujudkan konsep
bandar dan pekan selamat adalah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti
Rela, Rukun Tetangga, polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebut
bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan
daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan remaja yang
ingin melakukan jenayah. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah
berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan
tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-
was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara
ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi
mencegah jenayah dalam kalangan remaja.

Seterusnya, pengenalan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah
satu cara untuk menbanteras kes jenayah dalam kalangan remaja. Seandainya, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) menjadi pelajaran teras sudah pasti masalah jenayah
dalam kalangan remaja dapat diatasi. Matapelajaran PSK ini merupakan satu langkah kearah
mambentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai
murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula matapelajaran ini, seseorang
individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan,
memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan
negara. Sudah terang lagi bersuluh, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya
pengenalan semula matapelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah dalam kalangan remaja juga


boleh diadakan di setiap sekolah. Pada hari ini banyak kempen yang diadakan di sekolah
seperti cendawan tumbuh selepas hujan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan
remaja terutamanya peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana para pelajar pada

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Seandainya para pelajar diberi
pendedahan awal tentang kes-kes jenayah, sudah tentu masalah jenayah dalam kalangan
remaja dapat diatasi. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah
terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen
pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran
berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir
memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada kepada pesalah.
Tegasnya, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para
remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus


operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja yang semakin leluasa.
Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan antara
kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja
mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan remaja untuk sentiasa
melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan
ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial didefinisikan
sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi
lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubat”.
Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, sudah pasti kegiatan jenayah dalan kalangan
remaja akan semakin leluasa. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih
giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. Tegasnya, penubuhan kelab
bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan salah satu langkah prakmatik dan dogmatik
dalam menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja.

Konklusinya, kegiatan jenayah dalam kalangan remaja mendatangkan impak negatif


kepada diri, masyarakat dan negara malah turut menjadi virus epidimik yang akan
menjatuhkan imej negara di mata seantero dunia. Oleh sebab itu, begitu peri vitalnya setiap
orang menyedari peranan mereka dalam membanteras jenayah dalam kalangan remaja.
Sebelum nasi menjadi bubur, masyarakat perlulah menggembleng tenaga untuk membanteras
jenayah yang semakin membarah di Malaysia. Hal ini sekali gus dapat meminimumkan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

statistik jenayah sosial dalam kalangan remaja seterusnya negara Malaysia dapat melahirkan
remaja yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM


SEKITAR

Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita
pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini
sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat
yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak
mengendahkan kebersihan alam sekitar.Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas
semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat
untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting
dalam kehidupan kita.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil
untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Langkah perdana yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam
sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia
akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam
jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan
racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan
serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya
penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat
berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-
penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.Hal ini turut
memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar
bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar
adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek


penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam
sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan
yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya segelintir sahaja kilang
yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku
tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air.Hal ini turut menyebabkan
kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan
peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus
diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.Jika hal ini tidak dibendung,masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air
bersih dan sumber protein.Bukan itu sahaja,majoriti masyarakat akan mendapat penyakit
yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil
perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan.
Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang
telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi
menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.Keadaan ini dikatakan
“sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini,sumber-sumber alam seperti pokok yang
digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat
dikurangkan. Selain itu,negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-
keperluan manusia sekaligus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.Tegasnya, program
kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik
yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk
menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat
menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini
akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam
sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan
kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.

Konklusinya, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah


pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia
dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan
memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan
separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-
pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai
Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk
Seri Najib Tun Razak supaya mengembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan
negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari
zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini
sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap
zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia
memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan
bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif.
Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi
dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya,
kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang
positif atau negatif.

Dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien
dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang
mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.mybukan
lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui
internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-
syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada
berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat
membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan


produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau
tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan
cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel,
sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan
ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk
kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi
telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan
ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih
dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi,
dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam
membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi
maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan
negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan


antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar
dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan
agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan
melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan
telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.
Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara
dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada


implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh
menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang
menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas danberbaur
fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar
angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,
Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini
pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh
membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh
negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan
memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga
RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam
kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala
para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman
negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-
kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan
remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-
unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

Intihanya bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi,
sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi
maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil
langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan
teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju
dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan
2020.Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang
dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta
maka hartanya semakin berkurang.

LANGKAH-LANGKAH YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH GOLONGAN


PELAJAR DALAM MEREALISASIKAN KONSEP 1 MALAYSIA

“1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” merupakan idea bernas yang


dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak.
Objektif prima gagasan 1 Malaysia diperkenalkan adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan
kaum yang sudah sekian lama bermukim di negara ini. Gagasan 1 Malaysia merupakan
rentetan daripada gagasan Rukun Negara yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. 1
Malaysia ditubuhkan adalah untuk mengingatkan kita kepada peristiwa pertumpahan darah
yang berlaku pada 13 Mei kerana mengikut ahli falsafah barat iaitu George Santayana,
“Mereka yang melupai sejarah pasti mengulanginya” jadi kita semestinya tidak
menginginkan pisang berbuah dua kali. Oleh sebab itu, gagasan 1 Malaysia amat vital untuk
direalisasikan oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar kerana
merekalah yang bakal memacu negara pada masa akan datang. Persoalannya, apakah yang
sepatutnya dilakukan oleh golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia?

De factonya, terdapat variasi peranan yang perlu dimainkan oleh golongan pelajar
dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Salah satu daripada peranan tersebut adalah dengan
mengaktifkan diri dalam aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan sebagai contoh Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) dan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ). Penglibatan diri dalam program anjuran pihak kerajaan
berupaya membantu pelajar mengukuhkan nilai perpaduan dalam diri di samping dapat

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

membantu pelajar memahami erti konsep 1 Malaysia yang faktualnya seperti yang diuar-
uarkan oleh Perdana Menteri. Namun, apabila pihak kerajaan mengadakan aktiviti-aktiviti
kenegaraan dan kemasyarakatan kebanyakan para pelajar akan menarik diri daripada
menyertai aktiviti tersebut walhal aktiviti sedemikianlah yang mampu merapatkan mereka
dengan masyarakat yang berbilang ras dan etnik. Sepatutnya untuk merealisasikan konsep 1
Malaysia golongan pelajar berlumba-lumba untuk menyertai aktiviti seperti PLKN dan
RIMUP. Sekiranya hanya sebilangan kecil pelajar yang tidak berminat untuk menyertai
aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan maka konsep 1 Malaysia tetap tidak dapat
direalisasikan dengan sepenuhnya kerana peranan untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia
memerlukan penglibatan semua pelajar bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, semua pelajar perlulah mengaktifkan diri dalam
program yang dianjurkan pihak kerajaan kerana penglibatan diri dalam program tersebut
merupakan satu langkah dogmatik dan pragmatik yang wajar dilakukan oleh pelajar dalam
merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Seterusnya, untuk menjadikan gagasan 1 Malaysia menjadi kenyataan para pelajar


seharusnya menghayati Rukun Negara sepenuh hati supaya para pelajar lebih mengerti nilai
perpaduan kaum bagi sesebuah negara. Rukun Negara merupakan gagasan pertama yang
dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Rukun
Negara digubal adalah untuk menyelesaikan persengketaan yang berlaku antara kaum akibat
sentimen perkauman. Rukun Negara mengandungi lima prinsip dan kelima-lima prinsip
tersebut menjurus ke satu matlamat iaitu mengukuhkan perpaduan antara semua kaum di
negara ini. Jadi Rukun Negara merupakan gagasan yang syumul dalam mengeratkan
perpaduan kaum yang utuh. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menghayati Rukun Negara
untuk menanam semangat perpaduan dalam diri dan seterusnya untuk merealisasikan konsep
1 Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah pelajar hanya memandang sebelah mata
sahaja terhadap Rukun Negara dan terdapat juga pelajar yang tidak mengingati langsung
terhadap lima prinsip Rukun Negara. Seandainya, para pelajar tidak menghayati Rukun
Negara maka tidak hairanlah konsep 1 Malaysia tidak dapat direalisasikan dan rusuhan kaum
berlaku sekali lagi seperti yang dilakukan oleh kumpulan HINDRAF pada tahun 2007. Sudah
terang lagi bersuluh, menghayati Rukun Negara merupakan peranan yang paling wajar
dilaksanakan oleh golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Menjaga hubungan baik antara kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh
dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Para pelajar
sejamaknya perlu memelihara relasi yang baik antara ras supaya sentimen perkauman tidak
timbul dan semestinya untuk mengalicaukan rusuhan kaum daripada terjadi. Para pelajar
dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran
tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat
resam kaum lain. Untuk menjaga hubungan yang harmoni antara kaum para pelajar bukan
sahaja perlu membantu bangsa lain yang dalam kesusahan bahkan para pelajar perlu berusaha
mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain. Gagasan 1 Malaysia sebenarnya
menekan konsep persamaan taraf seperti yang terdapat dalam Piagam Madinah pada tahun
622 Masihi. Semua rakyat diberi layanan sama rata agar tidak wujud rasa ketidakpuasan hati
dalam diri rakyat Malaysia. Andai kata, para pelajar sering bersikap pesimis terhadap
kaumlain dan bersikap perkauman nescaya para pelajar tidak akan mampu merealisasikan
konsep 1 Malaysia dan sudah pasti juga akan wujud sentimen perkauman serta sebagai
konsekuensinya rusuhan kaum berkemungkinan besar akan berlaku. Tegasnya, para pelajar
perlulah menjaga hubungan yang baik antara kaum lain kerana mempunyai relasi yang kukuh
antara kaum merupakan peranan perdana yang harus dilaksankan oleh pelajar untuk
merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Selain itu, para pelajar juga sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan dalam
percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1 Malaysia menjadi realiti kerana
bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan. Penggunaan bahasa yang sama
antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat
meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
paling wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia
tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah
termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kekukuhan
kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan jelaslah bahawa para pelajar perlu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara kaum lain seperti yang
diamalkan oleh masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setiap pedagang di
Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Jikalau para pelajar enggan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

menggunakan bahasa kebangsaan ketika bercakap dengan bangsa lain maka sudah tentu
perpaduan tidak akan wujud dan para pelajar tidak akan mempunyai semangat patriotik.
Maka dengan itu jelaslah bahawa penggunaan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian
dengan kaum lain merupakan peranan yang perlu dilaksanakan oleh golongan pelajar dalam
merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Sentiasa memandang positif dan menyokong setiap saranan dan buah fikiran Perdana
Menteri merupakan satu lagi uslub yang sepatutnya dilaksanakan oleh golongan pelajar
dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Para pelajar seharusnya mengikuti segala saranan
Perdana Menteri dan memandang positif terhadap saranan tersebut agar tidak timbul
perselisihan faham antara rakyat dan pemerintah yang boleh mengakibatkan berlaku
pemberontakan. Selain itu, setiap saranan Perdana Menteri sudah semestinya demi kebaikan
rakyat dan negara. Jadi para pelajar hasratPerdana Menteri untuk melihat semua rakyat di
Malaysia hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama. Perpaduan kaum yang utuh
bagi sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk merupakan elemen yang paling
vital dalam memastikan keamanan negara terus berkekalan. Oleh sebab itu, para pelajar perlu
memandang positif terhadap ideologi Perdana Menteri dan mendukung ideologi tersebut
supaya kemerdekaan negara terus berkekalan dan keharmonian negara terjamin. Jika para
pelajar sentiasa berprasangka buruk dan tidak mengambil peduli terhadap saranan dan
ideologi Perdana Menteri maka perpaduan kaum yang utuh tidak dapat dicapai dan sudah
pasti juga gagasan 1 Malaysia tidak akan menjadi kenyataan. Secara tegas, berpandangan
positif dan menyokong ideologi Perdana Menteri ialah peranan yang harus dimainkan oleh
golongan pelajar dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Konklusinya, para pelajar mempunyai pelbagai peranan yang mampu dilaksanakan


dalam memastikan konsep 1 Malaysia menjadi kenyaatan. Walau bagaimanapun, tugas
merealisasikan konsep 1 Malaysia bukan sahaja terletak di bahu golongan pelajar bahkan
menjadi tanggungjawab semua pihak. Jikalau semua pihak memainkan peranan masing-
masing dan berkolaboratif antara satu sama lain sudah tentu konsep 1 Malaysia dapat
direalisasikan dengan mudah dan efektif kerana bak kata pepatah, “ Muafakat membawa
berkat”. Gagasan 1 Malaysia sememangnya amat penting untuk menjadi realiti bagi
membuktikan kepada seluruh dunia betapa kukuhnya perpaduan kaum yang terjalin di

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Malaysia. Oleh itu, dukunglah gagasan 1 Malaysia, “ 1 Malaysia Rakyat Didahulukan


Pencapaian Diutamakan”.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN


SEJARAH

Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Walaupun sejarah agak
membosankan bagi sesetengah orang, adalah amat penting untuk kita mengekalkan warisan
sejarah tersebut. Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan dengan memelihara dan
memulihara bahan-bahan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah. Pemeliharaan
dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana melalui kaedah ini, warisan
sejarah akan dapat dikekalkan dan dijadikan bahan pengajaran untuk generasi akan datang
sekiranya mereka berusaha untuk memahami dan mendalami sejarah. Sesungguhnya, kita
tahu pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting tetapi, apakah
langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah tersebut?

Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan
menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar. Hal
ini demikian kerana pelajar akan dapat belajar serta lebih memahami apa yang telah berlaku
pada negara kita, Malaysia. Selain itu, kaedah ini juga mampu menyedarkan masyarakat
Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang kepentingan sejarah untuk terus diingati
oleh semua lapisan masyarakat. Beberapa pengajaran boleh didapati melalui mata pelajaran
sejarah. Antara pengajaran-pengajaran tersebut adalah seperti berhati-hati dengan kuasa asing
sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu yang telah berjaya dikuasai

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

oleh kuasa asing kerana pihak negara kita yang kurang berwaspada dengan kuasa asing pada
ketika itu. Selain itu, sejarah juga mengajar masyarakat Malaysia untuk tidak bersikap
individualistik sebaliknya lebih bersikap bagai aur dengan tebing. Hal yang demikian
membuktikan betapa pentingnya sejarah untuk dipelajari dan dikekalkan untuk generasi akan
datang.

Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui kaedah pemeliharaan
dan pemuliharaan bangunan yang bersejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang, A
Famosa dan Dutch Square di Melaka. Bangunan tersebut merupakan bangunan peninggalan
bagi penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda di Malaysia yang berlangsung selama lebih
dari 300 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah seperti yang tersebut dapat memberikan bukti
visual tentang sejarah silam negara. Bangunan-bangunan bersejarah tersebut juga boleh
membezakan negara kita dengan negara lain kerana bangunan-bangunan tersebut boleh
membekalkan ciri-ciri fizikal yang berbeza daripada negara-negara lain. Pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan
pelancong yang datang ke negara kita. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa sejarah bukan
sahaja penting untuk generasi akan datang malah sejarah juga penting untuk membangunkan
dan memajukan negara dari pelbagai bidang seperti bidang pelancongan.

Seterusnya, menggalakkan penyelidikan tentang cara terbaik untuk menjaga dan


memulihara khazanah bersejarah negara dengan mengadakan peruntukan khas. Contohnya
negeri Kelantan telah menerima anugerah “The Best Tourism City” daripada Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990-an. Anugerah seperti ini mampu
menggalakkan masyarakat yang agak bersifat ‘materialistik’ untuk terus memelihara dan
memulihara harta bersejarah negara. Begitu juga di Pulau Pinang. Terdapat beberapa
khazanah yang bersejarah seperti Bangunan Cheong Fatt Tze yang telah dianugerahi Pingat
Unesco Heritage 2000 Award kerana usaha pemeliharaannya. Sebagaimana yang dapat
dilihat masyarakat pada hari ini agak mementingkan kebendaan walaupun sedikit. Dengan
mengadakan peruntukkan khas, pastinya banyak khazanah dan harta bersejarah negara dapat
dipulihara dan dipelihara. Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana melalui
kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan hari ‘Sejarah Sedunia’ bagi setiap
beberpapa tahun. Hari Sejarah Sedunia perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati
sejarah. Sejarah juga tidak perlulah dijadikan membosankan. Antara kaedah untuk
menjadikan sejarah lebih menarik adalah dengan mengadakan lakonan semula seperti
mengadakan filem atau lain-lain lagi. Filem tersebut perlulah dijadikan menarik dan tidak
terlalu mengikut fakta sejarah. Fakta sejarah memanglah agak penting, tetapi filem yang
terlalu mengikut fakta sejarah kadang-kadang boleh menjadikan filem tersebut agak
membosankan untuk ditonton. Oleh hal yang demikian, penerbit filem perlulah lebih peka
dengan minat semua lapisan masyarakat. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang lebih
berminat dengan cerita-cerita aksi ganas, mendebarkan, suspen dan lain-lain lagi. Melalui
kaedah ini bukan sahaja sejarah yang akan diingati semula malah perfileman negara juga
mampu dibaikpulih. Kaedah ini ibarat menyelam sambil minum kerana dua kerja dapat
dilakukan dalam satu perkara.
Intihanya, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara dan
memulihara warisan sejarah. Beberapa pihak juga perlulah berganding bahu dan
mengembeling tenaga dalam usaha mengekalkan peninggalan nenek moyang untuk ghenerasi
akan datang. Sejarah negara amat penting untuk generasi akan datang memandangkan
terdapat beberapa faedah bagi mereka jika mereka memahami dan mengetahui sejarah
negara. Antara faedah tersebut adalah seperti generasi akan datang akan mengenali asal usul
negara, memahami pengajaran tentang sejarah negara dan lebih mengetahui kepentingan-
kepentingan sejarah. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mengekalkan warisan
sejarah negara. Usaha ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada kita malah kepada
generasi akan datang. Tambahan pula usaha tangga kejayaan, sekiranya kita sama-sama
berusaha pastinya kejayaan akan dicapai dan matlamat negara untuk mengekalkan sejarah
negara kepada generasi akan datang akan turut dicapai. Sekian, terima kasih.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

KEBURUKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM INDUSTRI HIBURAN TANAH


AIR

Belakangan ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Dalam hal ini golongan
pelajar tidak ketinggalan melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka
perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur
melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi ini sudah pasti memberi impak yang negatif
kepada generasi akan datang. Oleh itu, persoalannya apakah kesan negatif pembabitan pelajar
dalam industri ini?

Kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu
antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu.
Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnnya untuk
memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan
berpengetahuan. Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa
dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang
hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada
pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri.
Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan,
mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. Tegasnya,
kesukaran membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas
utama merupakan kesan negatif kepada pelajar.

Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam program realiti hiburan seperti yang
kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa
mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan
di mana-mana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para
pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek
pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan
menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan
prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi
kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan
mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran’. Jelaslah bahawa penglibatan pelajar dalam dunia hiburan akan
menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan
tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi
kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki
sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan
memerlukan seseorang yang mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan
masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung,
kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka
berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini
berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan
pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan
sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh, dengan menceburi bidang hiburan, remaja khususnya
pelajar perlulah bijak menilai dan memilih haluan sebelum membuat keputusan.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu
berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesama peminat, pakaian
malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif
pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan
jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini
amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan
artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak
ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah bersama
rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh
mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan
serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan. Sesungguhnya, dunia
hiburan akan menukar gaya kehidupan seseorang pelajar ke arah yang lebih negatif.
Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang
hiburan ialah individu yang mementingkan ‘glamour’ dan bersifat meterialistik. Kenyataan
ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini.
Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang
bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut
dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang
jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik
seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila
mereka merasakan diri mereka terlalu ‘glamour’ sehingga memandang rendah orang lain
yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya
nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu
banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.
Tegasnya melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan serta
guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai merupakan salah satu kesan buruk timbul
akibat penglibatan remaja dalam dunia hiburan.

Intihanya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar,
mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang
terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri
hiburan, berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang
mampu membina impian masa depan yang lebih gemilang.

KEBAIKAN BERGOTONG-ROYONG

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik


marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini
merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah
dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan
bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi
alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan
keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat
memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak
mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada
golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu
tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan
menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.

Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat


tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan
kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada
rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri
kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis
peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih
dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung
dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan
diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil
menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat
lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat
yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita
harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita
lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti


kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi
vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata
Tun Dr. Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya
berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana
meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti
penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan
daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan
sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi
kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan
keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong
memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian
kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang
pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,
hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan
sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum,

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang
kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melaui kegiatan bergotong-
royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama
diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .

Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah
menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya
menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam
,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat
nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita
sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu
memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan.


Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas
terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran
kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan
dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan
meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan,
dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi
sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan
nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran
sepakat membawa berkat".

Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan


mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan
secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan
tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang
optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian.
Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

ISU TABIAT MEROKOK

Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan
kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok
yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam
Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri
daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60
orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu
dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok?
Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut?
Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap
lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga
ke arah kecemerlangan negara.

Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia


secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni
gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun.
Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada
Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat
dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih
tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok
remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan
bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.

Sebatang rokok yang dinyalakan oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia
beracun yang boleh membawa maut. Bahan kimia dalam asap rokok termasuklah ammonia
(pencuci lantai dan tandas), arsenik (racun tikus), aseton (peluntur warna kuku), asid asetik
(cuka), asid stearik (lilin), butana (cecair pemetik api), DDT (racun serangga), etanol
(alkohol), heksamin (pencucuh barbeku), hidrogen sianida (gas beracun yang digunakan di
"kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati), karbon monoksida (asap
kenderaan bermotor), metana (gas paya), metanol (minyak roket), naftalena (ubat gegat dan
kapur barus), nikotin (dadah yang menagihkan), tar, toluena (pelarut industri) dan vinil
klorida (bahan untuk membuat PVC). Sekiranya perokok benar-benar menyayangi dirinya,
mengapakah dia sanggup membinasakan dirinya sendiri dengan merokok? Hargailah
kesihatan dan nyawa, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Racun paling berbahaya dalam sebatang rokok ialah tar, karbon monoksida dan
nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Kajian
perubatan mengesahkan "benzopyrene" iaitu sejenis "polycyclic aromatic hydrocarbon"
merupakan agen yang memulakan proses kejadian kanser. Justeru, tidak hairanlah, statistik di
Malaysia membuktikan merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kes kematian setahun; 30
peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu kanser paru-paru, mulut, esofagus,
tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 50 peratus kematian
pula berpunca daripada sakit jantung dan strok. Setiap tahun, lebih 100,000 perokok
dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat kanser, sakit jantung dan penyakit
sekatan pulmonari kronik. Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung berpunca dari
tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian perokok,
manakala strok merupakan pembunuh keempat. Lebih menyedihkan, negara kerugian kira-
kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan penyakit akibat gejala merokok.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Karbon monoksida di dalam rokok pula, merupakan gas beracun yang dikeluarkan
oleh ekzos kenderaan. Gas tersebut menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-
tisu terencat dan akhirnya mengakibatkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam
badan melebihi 60%. Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan
menyebabkan kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung,
mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung,
organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing. Asap akan melalui
saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, sehingga
menyebabkan bronkitis di bahagian paru-paru. Racun rokok turut merosakkan pundi udara
dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.

Selain mendatangkan implikasi kronik terhadap diri perokok, asap rokok yang
dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif) turut
menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Profesor Dato' Dzulkifli Abd. Razak, mantan
naib canselor Universiti Sains Malaysia dalam rencananya, "Asap Rokok Basi: Dedahkan
Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan beracun seperti
nikotin, formaldehid dan benzene, berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap
ini lebih berbahaya kerana asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika.

Asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap
rokok yang larut air, akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.
Bahan nikotin bukan sahaja mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah
arteri menjadi sempit. Nikotin turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan
organ-organ yang berkaitan. Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan
simptom kebas pada kaki, kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan
otot kaki dan serangan penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah
pinggang dan dihapuskan dari badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku
satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang.
Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

terang lagikan bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang
tiada noktah penghujung.

Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing"


memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan
mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara.
Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar
menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa
juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat
dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aktiviti
bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang
bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan Bahagia."
Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat
dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut.
"Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN

Pada era globalisasi ini, pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik
serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk
menjamin masa depan anak-anak yang cerah. Hal ini menyebabkan ramai anak yang
mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka. Oleh itu, remaja
yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini
menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan stress. Contohnya, membuli,
merokok dan berlumba haram. Akhirnya, masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan
mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan. Oleh itu, pelajar harus belajar untuk menjadi
disiplin kerana disiplin asas kejayaan.

Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina
jati diri. Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah .Hal ini disebabkan oleh pengaruh
media massa dan pengaruh kawan yang kuat. Kesannya, remaja tidak berminat dalam
pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa
kepada media massa atau kawan. Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu
pelajar yang lemah dan membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu, pencapaian akademik

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

pelajar akan meningkat. Apabila pemikiran pelajar menjadi matang, jati diri pelajar akan turut
meningkat.

Selain itu, sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja
dalam pelbagai perkara .Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup
dalam mimpi. Mereka suka melepak, merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka
.Akhirnya, mereka lupa daratan dan hilang arah tuju. Oleh itu, para guru disiplin sekolah
harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah disiplin pelajar dan menguatkuasakan
peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah sekolah yang berada dalam keadaan
yang erkawal akan dapat melahirkan tempat yang kondusif kepada pelajar-pelajar.

Seterusnya, disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan
seorang remaja. Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada
motivasi diri. Contohnya, mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk
berusaha. Oleh itu, guru sekolah harus mendidik murid untuk menjadi disiplin. Dengan
teknik pembelajaran yang disiplin, remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya
dengan jelas dan tahu mencari cara untuk memajukan diri mereka. Dengan itu, remaja akan
menghargai masa dan mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri.
Pada masa ini, masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut panjang sudah
menjadi perkara yang umum. Budaya Punk dan Barat dipraktikkan dalam kehidupan
mereka.Contohnya, mereka mewarnakan rambut dan berseluar ketat. Pepatah Melayu pernah
mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungya, ibu bapa harus menunjukkan cara
berpakaian yang kemas dan menjadi suri telada kepada anak sejak kecil kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Sebagaimana yang kita tahu, anak-anak yang dididik dengan baik
dari rumah sentiasa mempunyai sikap disiplin dan perkara-perkara yang dilakukan oleh
mereka tidak menconteng arang di muka ibu bapa.

Di samping itu, disiplin merupakan kunci kejayaan diri. Anak muda pada masa kini
antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari keseronokan yang
mereka kira seronok. Misalnya, mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja. Pengetua
sekolah haruslah memberikan nasihat dan teguran untuk menyedarkan remaja bahawa
pentingnya kokurikulum dan akademik dalam dunia ini. Pengetua juga harus member kata-
kata yang dapat memotivasikan pelajar supaya pelajar lebih yakin akan diri sendiri. Pelajar
haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik sikap yang
buruk kerana buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tuntasnya, masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang
pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak. Pepatah Melayu sentiasa
berbunyi ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”, remaja harus diasuh untuk menjadi
pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa. Kesimpulannya, sikap disiplin
merupakan penentu kejayaan untuk memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera. Saya
yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita
negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka.
USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam,
hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu
Bertambah Mutu” untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di
Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman


perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang
kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui
aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya
bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat
menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah


rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum
dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan
membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh
dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling
memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata
mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat


jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman
perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat
Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh
organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan
penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat
menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum
akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham
antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan
pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum
yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu
menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara.
Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-
anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan
untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari
cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk


memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat
Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita
yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi
kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa
semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020
menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Industri desa sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana mempunyai potensi


yang begitu besar dan penghasilannya juga dapat membantu dalam meningkatkan
ekonomi penduduk dan negara ini.
Ulaskan pernyataan tersebut dan jelaskan cara-cara memajukan industri desa.

Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk
menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang
juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini
berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam
ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat
oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman
nenek moyang mereka.

Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri
yang berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam
semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Kehidupan
mereka di kawasan pedalaman diibaratkan “kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang”. Jika industri desa ini dimajukan, maka peluang pekerjaan akan bertambah dan
seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan. Selain itu, indusri desa yang
kaya dengan budaya Malaysia yang “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” juga dapat
membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya. Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan
pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus
sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai
penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus
diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti
supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan
negara kita. Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang
mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka akan
mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan sanggup
peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.

Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus
digantikan dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan
enau dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut keuntungan yang
banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-
pengusaha di bandar. Oleh itu, industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan
bagai aur dengan tebing bagi menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini
harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka berpeluang
berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari
nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha
menggalakan generasi muda masa ini untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat
berkembang ke seluruh pelosok dunia dan Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara lain.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu
pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang
banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita haruslah bertukar-tukar
pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat khidmat nasihat
daripada golongan profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti industri
luar bandar di negara kita. Selain itu,kita harus pandai mengambil yang jernih dan buang
yang keruh dengan menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam industri desa sebagai
rujukan untuk menjayakan industri ini di negara kita sendiri. Industri desa hendaklah
ditransformasi kepada pelbagai perusahaan daripada berbentuk tradisional kepada jenis
penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik hati dan mengagumkan
para pembeli. JIka usaha memajukan industri desa dilakukan secara sistematik mengikuti
prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari nanti industri desa akan mendahului
segala industri yang bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk
memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya
pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa kerana tepuk sebelah tangan tidak
berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk memperkenalkan produk
tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan
kepada pengusaha industri desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang
dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan produk yang bermutu tinggi sememangnya akan
mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli di negara kita mahupun pembeli dari
negara asing. Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan
meningkatkan kuantiti barangan industri desa yang dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri
desa dapat dibekalkan kepada pembeli ataupun para pengusaha secara berterusan.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baru kepada


masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara. Oleh itu,
pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar
diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri desa.
Para pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

semasa supaya industri desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan
mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia Boleh!

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bincangkan.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang
perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan
ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan
imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang
tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan
masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam
masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini,
kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera
diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang
tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan
mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan
pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali
sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa
demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan
ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini dikatakan demikian kerana
anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif
dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang
terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal
yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan
diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan
diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila.
Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa
dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran
agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga
moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang
betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang
berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan
menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.
Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada
jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika
mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting
agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya
tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi
sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting
mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah
membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar
dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti
tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri
berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen


ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak
juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang
berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali
gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya
berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak
agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial.
Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging
masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian
Wawasan 2020.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN DI JALAN RAYA

Kemalangan di jalan raya menyebabkan ahli keluarga kehilangan anggota yang tersayang.
Tulis satu karangan tentang usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.

“Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta.”


“Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.”

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

“Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.”

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan
fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,
terutamanya pada musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan
minda masyarakat ini?

Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,


Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.
Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian
ini. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan
terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa,
"setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya
mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau
dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani
memperlekeh amaran kerajaan lagi.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk
menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan
peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada
para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk
mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan
objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan
jalan raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang
terus berlaku.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti
menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang
di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar
peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik
yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti
bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota
polis trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab


masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang
seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan
kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan
masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti
memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-
papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan
keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat
dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa
memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat
perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap
orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya
mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan
setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah
dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

SEBAB-SEBAB SUNGAI TERCEMAR DAN KEPENTINGAN SUNGAI DALAM


KEHIDUPAN

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik
oleh manusia.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai
dalam kehidupan.

“Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai” “


“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.

Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar
tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan
persidangan utama dunia.

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir
umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah
menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai
Kita” tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun
isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,
pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran
sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat,
“pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang
jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada
sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok
bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai?
Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan


sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka
ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam
kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai
sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang
membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong
sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka.
Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap
tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh.
Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang
akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-
kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai
dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya
kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang
meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang
memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali.
Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar
tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan
oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang
membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang
sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah
mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa
memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah
lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong
yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya
kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan
tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian
kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-
tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran
tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan
makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih
dan tong minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan
bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan
dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah
memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan
memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat
dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem
pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara
dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi
Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada
manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai.
Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang
merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah
penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai,
manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan
udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam
dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai
yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada
Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari
kemudiannya.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat
diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang
dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga
sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan
diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk
baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan
2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.

USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN RAKYAT MALAYSIA


Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia
semakin terhakis.
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan
budaya warisan rakyat Malaysia.

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”.
Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa
releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang
berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang
dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gortik”
umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang
bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini
melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa
ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih
bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang
demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa
subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada
nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan
asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya
akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai
aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di
Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan
dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa
halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini
kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi
kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat
diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya
berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai
warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru
setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali
gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak
pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat
mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara
pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan
bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap
sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya
mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam
kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang
harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan
anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah
kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan
ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan
hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan
peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik
ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada
jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri
majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung
dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah
kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian
tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh
model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah
untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan
oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan
hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat
yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih
banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk
terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita
sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara
penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau
datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka
seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada
bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah
antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan


kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka.
Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-
adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang,
kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan
membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah
kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun
pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati
adat, golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya
sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita
menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan
kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia
yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan
warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita
yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini
tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti
sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang
murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan
warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli
oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih
bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI


MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang
telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak
sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia
telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan
prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan
bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel.
Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam,
siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah
diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang
berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah
melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga
Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan
tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam
peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti
Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki
kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur
pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah
dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki


pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan
kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain
itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang
menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan
lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.
Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang
terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan
pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu
komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi
yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan
merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap
pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik
keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan
mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan
rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran
televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam
pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam
perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas
kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain
seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan
supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan
dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang
pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin
mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum.
Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para
penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”,
pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat
tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran
tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada
fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan
kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus
diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam
hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada
perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan
bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera
sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam
kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti


mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran
barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan system
perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber
tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan
awam.

KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama
Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas
sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah
dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu
meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan
muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga
negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan?
Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu
mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan


bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau
peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa
penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang
ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat
dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat
penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan
bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan
oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-
cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar
pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu
Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu,
Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan
juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung
Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah
dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa
yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka
yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah
mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana
terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang
mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-
negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar
daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak
perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen
dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan
pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai
contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis
dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah
negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah
seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian
besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik
lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di
samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-
monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi
negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan
monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang
dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai
contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka
dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang
dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi
juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan
Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan
rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada
akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah
dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse
dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve
Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa,
yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen
sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan
monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan
lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk
sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan
bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah
sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang
merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan
undang-undang.

FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita
seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan
wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya.
Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang
yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka.
Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita.


kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang
menabung. Apabila menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang
tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan.
Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada


memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang
mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai
lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita
sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita
memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab
itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik
peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak
sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain
putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan
amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang
perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat.
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk
menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.
Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di
samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia
perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan
perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan
peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak
kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam
simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus
menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa
tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati.
Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang
ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada
amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita
menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting
agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan
sekolah sebagai tempat yang selamat. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan
sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang selamat dan selesa.

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang


strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan
daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di
Malaysia mengalami nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan
alat kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana
rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri
mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara
menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat
belajar yang selamat.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat
digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah
lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke
padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa,
latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia
menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan
kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi.
Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok
sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian
yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan
kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki
pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan
tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi
ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga


harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak
kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan
pelajar. Penyediaan “lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid
dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal
keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan
Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya
mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-
murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua


pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin
keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah
dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah
memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

“Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya
berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

PUNCA FENOMENA JEREBU

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat.
Fenomena ini seolah-olah tertaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali
melanda negara. Realitinya, keadaan negara yang berjerebu ini amat membahayakan
kesihatan rakyat.

Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada
kenderaan. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan banyak lagi
mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga mencemarkan udara.

Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan
keadaan jerebu terjadi-jadi. Oleh sebab sampah sarap dibakar sesuka hati, sikap masyarakat
dikatakan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Natijahnya,
kanak-kanak diserang sesak nafas dan penyakit asma.

Pembakaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu
berlaku. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian kerana pihak
pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke
udara. Hujan asid dan penyakit kulit pasti menyerang kita.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat
sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global.
Oleh itu, sudah sampai masanya kita menyelamatkan bumi.

Selain faktor cuaca, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga
menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan dengan
jalan mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan negara-
negara jika terpaksa menerima padahnya.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan
keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya
mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini
menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin
kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang
melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

KESESAKAN LALU LINTAS

Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi di kota
besar seperti Kuala Lumpur walaupun sistem pengangkutan awam di negara ini
semakin hari semakin canggih.
Huraikan sebab-sebab berlakunya kesesakan lalu lintas yang berkaitan dengan sistem
pengangkutan awam.

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita
makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu,
penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak
kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya
masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran
Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan,
malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik
noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik dan membimbangkan semua
pihak terutamanya pada waktu puncak. Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak
dan bersama-samalah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat
mungkin. Hal yang tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah
simbiosis. Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku
saban waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkan


kesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual perjalanan yang
tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadual perjalanan. Hal ini demikian
kerana pihak berkenaan tidak memahami keadaan sebenar secara mendalam, mereka
menyediakan jadual berdasarkan waktu mereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan
berehat bermula pada pukul satu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat
mereka merupakan waktu rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah.
Natijahnya, pelajar yang menaiki bas untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelas
tambahan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas. Secara ringkasnya, kesesakan

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa membawa anak-anak mereka balik ke rumah
atau menghadiri kelas tuisyen.

Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah satu
faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga minyak yang
disebabkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dan kejatuhan nilai Dolar Amerika
telah menjejaskan taraf hidup dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini,
kerajaan telah mengumumkan bahawa minyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak
mampu menanggung subsidi harga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa
kali ini telah meningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan penumpang
terpaksa menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain itu, beban ibu bapa juga
akan dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki bas ke sekolah atau menghadiri kelas
tuisyen. Oleh sebab terpaksa menanggung kos tambang yang tinggi, masyarakat sanggup
berkereta sendiri supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Natijahnya,
kesesakan lalu lintas terus berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu sebab
yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan kerajaan
dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebih mengutamakan
pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan kebajikan masyarakat. Hal ini
juga disebabkan oleh hanya beberapa bas syarikat yang ditubuhkan seperti Transnasional,
Metro, Intrakota dan sebagainya. Dengan itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama
penumpang dari suatu destinasi ke suatu destinasi yang berdekatan atau sebaliknya.
Fenomena ini berlaku kerana golongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa
dengan setakat untuk menunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka berpendapat bahawa
“masa itu emas”. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalah kesesakan
lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.

Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yang kurang
berkualiti dan kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihan utama generasi kini
merupakan perkara yang lumrah. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pemandu teksi
dan bas yang biadab terhadap penumpang. Di samping itu, kebanyakan bas berada dalam

87
CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM

keadaan yang kotor, panas, busuk, dan kurang selesa. Misalnya, pemandu bas tidak
menghormati penumpang dengan memarahi mereka mahupun warga tua hanya kerana
mereka membawa makanan ke dalam bas, tertekan loceng di destinasi yang salah dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, pengguna berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas.
Hal ini juga menyebabkan pengguna tidak yakin akan perkhidmatan pengangkutan awam.
Justifikasinya, pengguna terpaksa memiliki kenderaan sendiri. Impak daripada hal ini
menyebabkan kesesakan lalu lintas kian hari kian serius.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar dinafikan.
Hal ini disebabkan kawasan pembinaan stesen Komuter amat jauh dari pusat bandar utama
seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang, Cheras dan sebagainya. Pembinaan
stesen Komuter di kawasan yang jauh malam di dalam hutan menyebabkan pengguna berasa
sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan di stesen Komuter. Senario ini
membuktikan bahawa pengangkutan awam yang disediakan tidak memberi kemudahan
secara langsung kepada pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke
suatu stesen, Namun begitu, pengguna juga sukar mendapat pengangkutan perantara dari
stesen Komuter ke destinasi yang hendak dituju. Untuk menjimatkan masa dan wang untuk
bertukar stesen dari satu stesen, pengguna lebih rela menggunakan kenderaan sendiri. Habis,
kesesakan lalu lintas di nusa kita terus berlaku dan tidak pernah diselesaikan.

Secara tuntas, walaupun negara kita canggih dalam bidang sains dan teknologi,
pelbagai jenis pengangkutan awam giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Walau
bagaimanapun, senario kesesakan lalu lintas tidak dapat berjaya dibendung selama ini
khasnya di bandar-bandar utama pada waktu bekerja. Hal ini telah membebankan rakyat dari
pelbagai segi seperti masa dibazirkan pada waktu kesesakan, kelewatan menguruskan urusan
yang penting. Daripada membiarkan masalah ini kronik, pelbagai langkah yang efisien dan
praktikal harus diambil dengan serta merta. Oleh itu, kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-
isu kesesakan dan mengambil tindakan dengan bijak menggunakan peruntukan supaya lalu
lintas dilancarkan semula.

87

You might also like