You are on page 1of 16

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 – KAEDAH

Tajuk:
Lagu Kanak-kanak dalam Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

0
Isi Kandungan

Muka surat
1.0 PENDAHULUAN 2
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 3


2.1 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian 3
2.2 Tinjauan Masalah 4
2.3 Analisis Masalah 5

3.0 TINJAUAN LITERATUR 6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 8


4.1 Objektif Umum 8
4.2 Objektif Khusus 9
4.3 Soalan Kajian 9

5.0 KUMPULAN SASARAN 9

6.0 PELAKSAAN KAJIAN 10


6.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan 10
6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 11
6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 11

7.0 PERANCANGAN PELAKSAAN PENYELIDIKAN 12


TINDAKAN
7.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan 12
7.2 Kos Kajian 13

8.0 SENARAI RUJUKAN 14

LAMPIRAN 15
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji adalah guru pelatih yang telah menjalani program Praktikum Fasa 3 di sekolah
kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 12 minggu. Daripada pengalaman ke
sekolah tersebut, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti
murid-murid Prasekolah tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa
kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

1
darjah mereka. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak
memahami apakah maksud kosa kata tersebut.

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran slot Bahasa Inggeris
pada Praktikum Fasa 3 dijalankan. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta
untuk mengingati pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak
dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali
pengkaji terdengar mereka berkata, “Ala, cikgu, saya lupalah”, “Saya tak tahu” dan kadang-
kala murid-murid hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji)
mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.

Pengkaji berasa kesal dan sedikit kecewa dengan tindak balas tersebut. Namun,
pengkaji mengakui bahawa mungkin pengkaji tidak memberikan tunjuk ajar dengan baik
pada pengajaran sebelumnya ataupun strategi pengajaran yang pengkaji gunakan tidak sesuai
dengan minat dan perkembangan mereka. Mereka terlalu bergantung kepada guru dan rakan-
rakan yang lain untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan soalan kepadanya. Masalah
ini juga dihadapi oleh majoriti rakan-rakan pengkaji yang berpraktikum di sekolah-sekolah
kawasan Lembah Klang.

Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid berbangsa Melayu sangat lemah


terutamanya dalam kalangan murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga
perbualan mudah. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih
awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke
kelas arus perdana.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan


beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Prasekolah ini dalam pengajaran Bahasa
Inggeris, namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah
tunjang utama dalam Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan
kemahiran-kemahiran lain.
2
Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua
kepada subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek adalah Bahasa
Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun
di sekolah. Mungkin faktor ini menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih berbahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua walaupun dengan menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada


ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Mungkin mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah
yang menyebabkan mereka masih tidak menguasai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang
mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar
masalah ini dapat diatasi. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan
penggunaan lagu kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid Prasekolah.

2.2 Tinjauan Masalah

Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris,
pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu
dengan subjek sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak. Jadual 1 di bawah
adalah cara tinjauan masalah dalam penyelidikan ini;

Jadual 1: Cara Tinjauan Masalah


Langkah Cara tinjauan Kumpulan Tujuan
masalah sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 22 orang murid- - Melihat penggunaan kosa

3
catatan pemerhatian murid kata Bahasa Inggeris dalam
menggunakan prasekolah kalangan murid
Borang Rekod - Melihat respon murid
Pemerhatian pada semasa P&P slot Bahasa
Lampiran A Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal 6 orang subjek - Mengenal pasti dan
menggunakan yang terlibat mengetahui tahap
Senarai Semak pada penguasaan kosa kata
Lampiran B Bahasa Inggeris subjek

Alat kajian 1: Pemerhatian


Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek akan direkodkan.
Kekerapan ini akan dijumlahkan selepas 5 pemerhatian dibuat.

Alat kajian 2: Borang senarai semak


Borang senarai semak untuk tinjauan awal yang digunakan adalah set soalan sama yang akan
digunakan dalam penilaian selepas intervensi. Dalam senarai semak ini, murid perlu
menjawab soalan-soalan guru dengan jawapan dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 18
perkataan mudah telah dipilih untuk diuji.

2.3 Analisis Masalah

Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6
orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Masalah ini
menyebabkan aktiviti P&P slot Bahasa Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak
memahami apa yang diperkatakan oleh guru. Jadual 2 di bawah adalah hasil pemerhatian
tinjauan awal terhadap subjek.

Jadual 2: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek


Sampel Pemerhatian / Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris Jumlah
kekerapan
1 2 3 4 5
A 1 2 0 1 0 4
B 2 1 0 1 1 5

4
C 0 0 1 0 0 1
D 1 0 1 0 0 2
E 1 1 0 2 0 4
F 0 0 0 1 1 2

Kenam-enam subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa Inggeris
dijalankan kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa Inggeris ke bawah
sahaja dalam setiap slot P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali pemerhatian dibuat, jumlah
kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek B adalah 5 kosa kata, subjek A dan E
4 kosa kata, subjek D dan F dengan 2 kosa kata dan subjek C dengan 1 suku kata.

Jadual 3 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada
tinjauan awal.

Jadual 3: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek


Sampel A B C D E F
Jumlah jawapan yang betul 2/18 3/18 0/18 1/18 5/18 6/18
Peratusan (%) 11.11 16.67 0 5.56 27.78 33.33

Hasil analisis mendapati subjek F hanya dapat menjawab 6 soalan dengan tepat
daripada 18 soalan yang telah diajukan iaitu sebanyak 33.33%. Subjek E 27.78%, subjek B
16.67%, subjek A dengan 11.11% dan subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56%
dan 0%. Oleh itu, keenam-enam subjek ini mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris
yang terhad kerana hanya mencapai 33.33% ke bawah sahaja iaitu min sebanyak 15.74%
sahaja.

Hasil dapatan mendapati bahawa kenam-enam subjek kurang aktif semasa sesi P&P
slot Bahasa Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya
mendiamkan diri sepanjang P&P dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris
yang terhad. Oleh itu, latihan demi latihan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap
penguasaan kosa kata subjek.

3.0 TINJAUAN LITERATUR

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah


menjalankan Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon

5
di Prasekolah KPM semua negeri pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati
bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah.
Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading skills dan
Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai
kemahiran ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum
menguasai reading skills dan 12.0% bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar
membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari di
negara kita.

Dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow
(dalam Helen Bee, 2007) berpendapat kanak-kanak yang ibu bapanya sering berbual, sentiasa
bercerita kepada mereka dan menggunakan banyak perkataan dalam permulaan percakapan
mereka, memperkembangkan banyak perbendaharaan kata, menggunakan banyak ayat
kompleks dan mempelajari bagaimana untuk membaca dengan lebih bersedia apabila mereka
memasuki zaman persekolahan.

Pendapat Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow (dalam Helen Bee, 2007) ini
disokong oleh B.F. Skinner (dalam Mok Soon Sang, 2009) di mana B.F. Skinner berpendapat
perkembangan bahasa adalah dipengaruhi oleh faktor alam sekitar.

Noam Chomsky (dalam Mok Soon Sang, 2009) mewakili perspektif nativisme
mengandaikan kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk menguasai
pertuturan bahasa yang kompleks. Menurut (Patsy M. Lightbown, 2006) pula, kanak-kanak
mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat
prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada
peringkat persekolahan yang sebenar. Selain itu, [ CITATION Hel071 \l 1033 ] pula
mengatakan, kanak-kanak yang kurang didedahkan kepada bahasa dalam peringkat awal
umur mereka, pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecam banyak kosa kata. Jadi,
pendedahan kepada bahasa adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu
perkembangan bahasa mereka.

Mengikut Teori Pemprosesan Maklumat pula, kemahiran penggunaan bahasa dan


penggunaannya adalah diperolehi melalui proses pembelajaran. Menurut seperti teori
pemprosesan maklumat yang diperkenalkan oleh R.M.Gagne (dalam Mok Soon Sang, 2009),
6
rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-
deria manusia dan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan
jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balasa melalui sistem saraf. Rajah 1
di bawah menggambarkan proses pembelajaran berdasarkan teori Gagne:

Persekitaran

Rangsangan-rangsangan Pelaksanaan

Rakaman deria Penggerak tindak balas

Stor ingatan jangka pendek Stor ingatan jangka panjang

Rajah 1: Teori proses pembelajaran Gagne

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua
kepada subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keempat-empat subjek adalah Bahasa
Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di rumah mahupun
di sekolah. Menurut Kamaruddin Haji Husin dalam (Hidayatul Akmal Hashim, 2010), bahasa
kedua adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung
yang dia perolehi. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan
tertentu. Dari segi definisi, semua yang mempelajari (pelajar) bahasa kedua tidak mengira
peringkat umur, sudah menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa [ CITATION Pat06 \l
1033 ]. Pengetahuan sedia ada mungkin akan menjadi kelebihan kepada mereka bagaimana
cara untuk mempelajari bahasa kedua pula.

Penggunaan lagu kanak-kanak merupakan salah satu cara untuk membantu murid-
murid dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Murid-murid prasekolah berasa seronok
menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar. Murid-murid prasekolah pada masa
kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Nyanyian
adalah salah satu aktiviti menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula
jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui
nyanyian (Nani Menon, 2005).
7
Peery dan Peery (1987) (dalam Levinowitz, 1998) mencadangkan kanak-kanak patut
didedahkan, dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga. Muzik perlu
didedahkan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi untuk memperluaskan
pengalaman pembelajarannya.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

4.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid
Prasekolah.

4.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;

(i) Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah
selepas penggunaan lagu kanak-kanak.
(ii) Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah
dengan penggunaan lagu kanak-kanak.

4.3 Soalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai
objektif kajian iaitu;

(i) Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris murid Prasekolah?
(ii) Sejauh manakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa
kata Bahasa Inggeris murid Prasekolah?

8
5.0 KUMPULAN SASARAN

Jadual 4 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini;

Jadual 4: Kumpulan sasaran penyelidikan tindakan


Bilangan sasaran 6 daripada 22 (dipilih secara rawak mudah)
Jantina 3 orang lelaki
3 orang perempuan
Umur 5+ tahun
Prestasi akademik - Pasif dalam slot P&P Bahasa Inggeris
- Mempunyai masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris
yang terhad

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan

Jadual 5 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk menjalankan


penyelidikan ini;

Jadual 5: Perancangan langkah-langkah tindakan


Kaedah / Teknik Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes)
Cara pelaksanaan Langkah 1
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan
carta lagu bergambar sehingga murid benar-benar dapat
menghafaz 2 lagu tersebut

Langkah 2
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan
muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul

Langkah 3
Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih.
Murid akan diterangkan dengan maksud atau pengertian dalam
Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin diuji

9
Langkah 4
Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin
dalam prasekolah iaitu seperti pada waktu Perbualan Pagi, waktu
Rehat atau dalam waktu P&P
Lagu kanak-kanak 1. Ten Little Teddies
yang digunakan 2. Head, Shoulders, Knees and Toes
Bahan bantu belajar Radio, cakera padat, carta lirik bergambar

6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Jadual 6 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan


penyelidikan ini;

Jadual 6: Perancangan cara mengumpul data


Langkah / Cara Mengumpul Kumpulan Tujuan
Tarikh Data Sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 22 orang murid Melihat percakapan dan
5 – 8 April prasekolah penggunaan kosa kata Bahasa
2011 Inggeris sepanjang slot P&P
Bahasa Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal 6 orang subjek Mengenal pasti kelemahan
12 April 2011 yang terlibat subjek
Langkah 3 Selepas intervensi 6 orang subjek Melihat pencapaian subjek
28 April 2011 yang terlibat selepas penggunaan lagu kanak-
kanak

6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Jadual 7 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam penyelidikan ini;

Jadual 7: Perancangan cara menganalisis data


Langkah / Cara mengumpul data Cara menganalisis data
Tarikh
Langkah 1 Pemerhatian Data akan dikumpulkan dengan menjumlahkan

10
5 - 8 April 2011 kekerapan kosa kata yang dituturkan oleh subjek
Langkah 2 Tinjauan awal Data akan dianalisis menggunakan peratusan
12 April 2011 jawapan yang betul.
Langkah 3 Selepas intervensi Data akan dianalisis menggunakan peratusan
28 April 2011 jawapan yang betul.

Perbezaan data dalam bentuk peratusan sebelum dan selepas intervensi akan dibandingkan
bagi menunjukkan perubahan peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-
murid. Data yang dikeluarkan adalah dalam bentuk kuantitatif deskriptif.

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Jadual 8 di bawah adalah jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan;

Jadual 8: Pelaksanaan penyelidikan tindakan


Bil Aktiviti Tarikh
1 Mengenal pasti masalah 5 April 2011
Pemerhatian
- Dijalankan pada slot P&P Bahasa Inggeris Modul
Teras
2 Pengumpulan data tinjauan awal 6 – 7 April 2011
Dengan menggunakan senarai semak, 6 orang sampel telah
dikenal pasti mempunyai masalah kosa kata Bahasa
Inggeris yang terhad
3 Menentukan objektif / soalan kajian 6 April 2011
- Penentuan objektif umum kajian (tujuan kajian)
- Penentuan objektif khusus kajian
4 Merancang tindakan 7 – 8 April 2011
Merancang langkah tindakan dan cara mengumpul data
5 Menulis proposal kajian 5 – 6 April 2011
6 Melaksanakan tindakan 11 April – 6 Mei 2011
7 Menganalisis tindakan 2 Mei – 6 Mei 2011
Mengira kekerapan dan peratusan hasil dapatan daripada
pengumpulan data
8 Membuat refleksi 9 Mei – 11 Mei 2011

11
9 Menulis laporan kajian 13 Jun – 26 Ogos 2011
10 Pembentangan dapatan kajian 14 – 16 September 2011
7.2 Kos Kajian

Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos untuk menyediakan soalan semasa tinjauan
awal dan selepas intervensi serta kos yang diperlukan sepanjang intervensi. Jadual 9 di bawah
adalah kos yang dijangkakan;

Jadual 9: Kos Kajian


Bil Bahan Bilangan unit Harga seunit Jumlah harga
(RM) (RM)
1 Kertas A4 1 12.00 12.00
2 Dakwat cetakan komputer 1 10.00 10.00
3 Cetakan riso 100 0.05 5.00
4 Kad manila 4 0.70 2.80
5 Pensel warna 1 10.00 10.00
6 Pen marker 5 3.80 19.00
7 Cakera padat 4 2.00 8.00
8 Minyak kenderaan 26L 1.90 49.40
9 Binding Buckram 5 30 150.00
10 Barangan am - - 20.00
JUMLAH KESELURUHAN 286.20

8.0 SENARAI RUJUKAN

12
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam
Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia


(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua.
Didapatkan Mac 6, 2011, daripada Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-
pemerolehan-bahasa-kedua_11.html

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok S.S. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Serdang:


Penerbit UPM.

LAMPIRAN A

13
BORANG
REKOD PEMERHATIAN

Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa
Inggeris yang dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata
Bahasa Inggeris yang dituturkan pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan
kosa kata di dalam kotak yang telah disediakan.

Nama subjek : ...............................................................................................................


Tarikh : ...............................................................................................................

PEMERHATIAN: 1 2 3 4 5
(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)

WAKTU KOSA KATA BAHASA INGGERIS YANG ANALISIS


PEMERHATIA DITUTURKAN
N

Masa : ..................

Jumlah kekerapan

LAMPIRAN B

14
SENARAI SEMAK
UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS

UJIAN FASA* 1 2
(Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama : ........................................................................................................
Tarikh : ........................................................................................................
Masa : ........................................................................................................

Arahan:
(i) Murid : Jawab soalan dalam Bahasa Inggeris apabila diajukan soalan.
(ii) Guru : Tandakan / pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul
atau salah. Jika salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.

Bil Perkataan / Objek Jawapan Catatan


Betul Salah
1 Kepala
2 Bahu
3 Lutut
4 Kaki
5 Mata
6 Hidung
7 Mulut
8 Telinga
9 Angka 2
10 Angka 8
11 Angka 1
12 Angka 3
13 Angka 9
14 Angka 7
15 Angka 10
16 Angka 5
17 Angka 4
18 Angka 6
Jumlah

* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal


2 – Selepas Intervensi

15

You might also like