You are on page 1of 6

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH PEMERHATIAN :

Saya membuat pemerhatian di Kampung Balai Besar kerana hendak

mengenalpasti jenis-jenis, punca dan kesan pencemaran kepada penduduk di

kawasan ini.

KAEDAH TEMUBUAL :

Saya menebual 3 orang iaitu Mohd Fazil Bin Saad, Jaipah Bt Hamzah dan

Mohd Zakaria Bin Mamat untuk maklimat tentang jenis-jenis pencemaran

yang berlaku di kawasan ini.

KAEDAH SOAL SELIDIK :

Saya telah menggunakan kaedah soal selidik terhadap 20 orang responden

untuk mendapatkan maklumat jenis-jenis pencemaran yang berlaku di

kawasan ini.

KAEDAH RUJUKAN :

Saya telah merujuk buku teks tingkatan 3 untuk mendapatkan maklumat

tentang jenis-jenis pencemaran yang biasa berlaku di bumi.


DAPATAN KAJIAN

 8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan, saya telah

mengetahui pencemaran alam sekitar di Kampung Balai Besar salah

satunya ialah pencemaran uadara. Pencemaran udara berlaku apabila

banyak asap dikeluarkan oleh kenderaan seperti motosikal, kereta dan

lori yang banyak lalu-lalang di kawasan ini.

Pencemaran yang kedua ialah pencemaran daratan. Ia berlaku

apabila ada pihak yang meratakan tanah di kawasan ini untuk

membina rumah tanpa membuat perancangan yang rapi. Akibatnya,

banyak kawasan hutan telah ditebang dan menyebabkan kawasan

tersebut gomdol.

Saya berasa sangat bersyukur dan berbangga dapat tinggal di

Kampung Balai Besar yang beabas daripada pencemaran air

yang boleh mendatangkan pelbagai masaalah kepada manusia dan

haiwan.
 8.3 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Hasil daripada kajian saya, saya juga dapat mengenalpasti

punca-punca pencemaran alam sekitar ini berlaku di kawasan ini.

Perbuatan membuang punting rokok ke dalam semak akan

menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Pencemaran

ini juga disebabkan oleh sesetengah pihak yang memilih jalan mudah

untuk membersihkan tanah hutan bagi kegiatan pembangunan dan

pertanian.

Punca-punca pencemaran daratan pula disebabkan oleh pihak

yang meratakan tanah di kawasan hutan untuk membina petempatan

baru tanpa membuat perancangan rapi.

10 respons mengatakan salah satu punca pencemaran ialah

pembakaran terbuka dari kawasan semak-samun yang terdapat di

Kampung Balai Besar. 7 respons pula memberi punca-punca lain

pencemaran alam sekitar adalah disebabkan penebangan hutan yang

dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil

jalan mudah untuk membersihkan tapak perumahan yang bakal

dibina. 3 respons pula mengatakan bahawa pencemaran alam sekitar

ini disebabkan oleh asap kenderaan yang sering lalu-lalang di

kawasan kampong ini.


 8.4 KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan, saya dapat

mengenalpasti beberapa kesan pencemaran alam sekitar terhadap

penduduk-penduduk di kawasan Kampung Balai Besar iaitu

pencemaran udara yang boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti

batuk dan asma. Pencemaran udara juga boleh menyebabkan

berlakunya hujan asid.

Pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila

hujan turun dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh juga

boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi digondolkan untuk

membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian.

Saya berasa sangat bersyukur kerana masalah tidak berlarutan

dan boleh membawa banyak kemusnahan pada alam sekitar.


 8.5 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH
PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Antara langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mengatasi

pencemaran udara adalah dengan mengurangkan pembakaran terbuka.

Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan

mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada pesalah yang telah

membuat pembakaran terbuka.

Seterusnya, langkah untuk mengatasi pencemaran daratan

adalah dengan mengadakan Kempen Cintai Alam Sekitar. Hal ini

adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya

kepada penduduk Kampung Balai Besar mengenai kepentingan

menjaga alam sekitar.

Selain itu, semua pihak haruslah menggunakan petrol tanpa

plubum. Hal ini dapat mengurangkan kadar pencemaran daripada

asap kenderaan yang bagi yang tidak menggunakan petrol

berplumbum.

Disamping itu juga, semua pihak haruslah peka tentang

pengguanaan petrol berplumbum. Hal ini semua pihak mestilah

menggunakan petrol tanpa plumbum.


Saya berasa sangat bersyukur kerana pelbagai langkah telah

diambil untuk mengatasi masalah pencemaran di Kampung Balai

Besar.

You might also like