You are on page 1of 5

KEKUATAN

Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta

Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental.

Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan

Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta

KEKUATAN

Membentuk jati diri dan sahsiah peserta

Memupuk nilai cintakan alam sekitar

Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

Membentuk nilai kepimpinan

KELEMAHAN

Keadaan cuaca yang kurang baik

Kekurangan peralatan

Terdapat binatang berbisa

Tiadanya khidmat professional

Kurangnya sumber air bersih

Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan

CARA MENGATASI
Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan

Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi

Mendapatkan khidmat professional

Memastikan adanya bekalan air tambahan

AJK perkhemahan hendaklah lebih tegas

Post-mortem
Pengenalan
Pada 26 April 2009 sehingga 29 April 2009, Persatuan Kadet Remaja Sekolah IPGM
Kampus Sarawak Miri telah melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan di Kem Belia
Pueh, Lundu. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri
peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran. Ini dapat
menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran sama ada dari segi fizikal mahupun
mental. Perkhemahan ini melibatkan 40 orang peserta sahaja. Terdapat beberapa aktiviti
yang akan diadakan sebagai pengisian kepada perkhemahan tahunan yang berlangsung
selama 4 hari ini. Antaranya ialah ceramah kemahiran perkhemahan, demonstrasi
penyediaan tapak perkhemahan, khidmat komuniti, sukaneka, jungle tracking dan
sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan berobjektifkan membina jati diri peserta supaya
menjadi insan yang berdisiplin, berkemahiran serta berdikari.

Kekuatan
 Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu
berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi dapat
dilaksanakan dengan cekap.
 Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran.
 Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan. Memandangkan kem ini terletak
berhampiran dengan hutan, jadi aktiviti yang dijalankan juga difokuskan dengan kemahiran-
kemahiran untuk menyelamatkan diri di dalam hutan selain cara untuk hidup di dalam
hutan.Ini dapat membantu peserta yang juga bakal guru apabila mereka dihantar bertugas
ke pedalaman kelak.
 Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib untuk
dilaksanakan setiap hari pada perkhemahan tahunan ini ialah kawad kaki. Aktiviti ini dapat
mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna.
 Membentuk jati diri dan sahsiah peserta. Semasa perkhemahan ini dijalankan, unsur
kerohanian tidak dilupakan dimana ceramah agama dan moral diberikan kepada peserta-
peserta dalam satu aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Ini dapat membina insan
yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya.
 Memupuk nilai cintakan alam sekitar. Semasa mendirikan khemah dan melaksanakan
aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan yang
ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih. Ini
mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar.
 Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan
peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak seorang
diri.
 Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk
menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka
untuk berinteraksi dengan orang lain.

Kelemahan
 Keadaan cuaca yang kurang baik di tapak perkhemahan telah menyebabkan sesetengah
aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
 Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini di
mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan yang
sudah uzur.
 Terdapat binatang berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan sebagainya di kawasan
tapak perkhemahan yang boleh membahayakan keselamatan para peserta.
 Tiadanya khidmat professional semasa melaksanakan perkhemahan menyebabkan
perlaksanaan sedikit kucar kacir.
 Kurangnya sumber air bersih terutamanya apabila selepas hujan. Ini menyukarkan tugas
menyiapkan makanan dan minuman untuk para peserta.
 Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Ini
menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya.
Cara mengatasi
 Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan
daripada melaksanakan perkhemahan pada musim hujan.
 Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi. AJK peralatan yang telah dilantik
hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala kelengkapan yang hendak
dibawa dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan.
 Mendapatkan khidmat professional seperti tentera, pelatih PLKN mahupun sesiapa yang
mahir dalam kemahiran dalam perkhemahan untuk memberi nasihat berkaitan perlaksanaan
perkhemahan.
 Memastikan adanya bekalan air tambahan sebagai persediaan sekiranya tiada sumber air
bersih di kawasan perkhemahan semasa hari hujan.
 AJK perkhemahan hendaklah lebih tegas dengan melaksanakan aktiviti tepat pada
masanya serta menghukum peserta yang tidak menepati masa.

Penutup
Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Namun,
masih terdapat beberapa permasalahan dan kekurangan yang perlu diambil perhatian dan
diambil tindakan segera supaya tidak lagi berlaku pada sesi perkhemahan tahunan yang
akan datang. Segala permasalahan ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya secara
langsung, namun sedikit sebanyak ia menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan aktiviti
semasa perkhemahan ini. Adalah diharapkan perkhemahan tahunan yang akan datang
dapat dijalankan dengan lebih menarik dan lebih teratur.

OPERASI
Hari Pertama (26hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
1400-1600 Pendaftaran - Para peserta mendaftar di tempat yang disediakan.
- Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan.
- Keperluan untuk perkhemahan deberikan kepada setiap kumpulan.
1600-1800 Taklimat - Peserta diberi taklimat berkenaan perkhemahan.
- Menekankan peraturan, keselamatan, makanan, aktiviti dan sebagainya.
1800-2100 Persiapan diri/solat Maghrib dan Isya’/makan malam - Peserta akan diberi masa
untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Break The Ice - Sesi berkenalan dan merapatkan hubungan.
- Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memecahkan jurang perhubungan antara peserta.
- Pensyarah bertindak sebagai fasilitator.
Hari Kedua (27hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam
bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-0930 Ceramah Kemahiran Perkhemahan - Peserta diberi taklimat berkenaan
kemahiran-kemahiran yang perlu ada sewaktu perkhemahan
0930-1130 Demonstrasi penyedian tapak perkhemahan - Peserta akan ditunjukkan dan
diajar cara-cara menyediakan tapak perkhemahan dengan betul.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat
sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Jungle tracking - Peserta dibawa masuk ke dalam hutan.
- Peserta diberi tunjuk ajar tentang kemahiran semasa berada di dalam hutan.
1800-2100 Persiapan diri/ Maghrib & Isya’/
Makan malam - Peserta akan diberi masa untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti
seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Ceramah agama dan moral - Bagi peserta beragama Islam, ceramah agama
disampaikan kepada mereka oleh ustaz.
- Peserta bukan beragama Islam pula akan mendengar ceramah moral daripada pensyarah
yang berkaitan.

Hari Ketiga (28hb April 2009)


Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam
bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-1130 Khidmat Komuniti
‘Jalan-jalan Cari Kerja’ - Peserta akan dibawa ke kampung yang berdekatan untuk menjalani
khidmat komuniti seperti bergotong royong membrsihkan kawasan kampung.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat
sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Aktiviti lasak
‘Commando Firefox Canoe’ - Peserta akan melakukan aktiviti lasak di sekitar kawasan
perkhemahan.
- Antara aktiviti yang dilakukan ialah berkayak, “flying fox”, latihan ala komando dan lain-lain.
1800-2100 Persiapan diri/ Maghrib & Isya’/
Makan malam - Peserta akan diberi masa untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti
seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Malam Bintang Berseri - Para peserta akan mempersembahkan persembahan
kumpulan masing-masing.
- Antara persembahan yang boleh dipersembahkan ialah nyanyian, lakonan, dikir barat dan
sebagainya.

Hari Keempat (29hb April 2009)


Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam
bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-1130 Sukaneka - Peserta akan mengadakan sukaneka yang melibatkan semua
peserta perkhemahan dan penduduk kampung.
- Menekankan sukan dan permainan rakyat dan tradisional.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat
sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Gotong royong - Peserta akan melakukan gotong-royong mengemas
kelengkapan perkhemahan sebelum berangkat balik.
- Memastikan tapak perkhemahan bersih daripada sampah.
1800 Balik - Semua peserta berangkat pulang ke institut.

You might also like