You are on page 1of 7

HIKAYAT HANG TUAH ( BAB V111 )

“…. Ya tuanku, ada suatu bicara.Kita suruh curi kerisnya diperoleh daripada Taming Sari
itu.Patik dengar daripada segala penjurit yang tua,jikalau ada keris Taming Sari itu pada
laksamana,bahawa sekali- kali laksamana tiada mati oleh senjata,kerana keris Taming
Sari itu tiada dapat ditentang oleh lawan;kerana sebab itulah keris Taming Sari
mengamuk itu, maka tiada dapat ditentang oleh lawan.Patik mohonkan ampun dan
kurnia;ada seorang penjurit patik dipeliharakan yang bernama Sang Bima Sina itu, terlalu
kepetangan;dihadapan orang beribu-ribu pun dapat diambilnya......’’

(Hik
ayat Hang Tuah,hlm 160 )

‘’.....Hai penjurit tujuh puluh, adapun engkau tujuh puluh ini hendak kusuruh
membunuh laksamana itu, hendak tahukan matinya.Jikalau mati laksamana itu,
kujadikan engkau penggawa besar ketujuh puluh.’’Maka sahut penjurit tujuh puluh
itu,’’Seorang manira pun dapat membunuh laksamana itu;tunjukkan juga rupanya.’’Maka
kata Patih Gajah Mada,’’Bukan titah Seri Betara,kamu ketujuh puluh ini.Esok hari sedang
ramai pesara maka kamu ketujuh puluh ini mengamuk.Barang yang terlintang, bunuh
olehmu. Apabila datang seorang Melayu, demikian sifatnya, jangan kamu tiada
bunuh;bunuh beri mati-mati.Jikalau ia lari,perturut olehmu.’’Maka penjurit itu pun
bercakaplah;’’Baiklah tuanku, jangankan seorang seperti laksamana itu dapat kula
bunuh.’’

( Hikayat Hang Tuah,hlm 165 )

Dalam “ Hikayat Hang Tuah’’ ini perkara utama yang akan dibincangkan atau dikupas dari

segi ilmu falsafah ialah tentang keberanian dan kesetiaan Laksamana Hang Tuah yang tidak

berbelah bahagi terhadap raja dan negaranya.Sebelum itu,menurut erti alsafah dalam bahasa

Yunani ialah “ philos ” iaitu pandai atau bijaksana atau cinta kepada kebijaksanaan.Menurut kamus

dewan pula falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian – pengertian yang dianggap

sebagai ilmu yang tinggi atau sebagai dasar ilmu – ilmu lain.Selain itu falsafah juga disebut
sebagai “falsafah ” dalam bahasa Melayu, “philosophein ” dalam bahasa Belanda dan German,

“philosophia ” dalam bahasa Latin dan akhir sekali “philosophy ” dalam bahasa Inggeris yang

bermaksud semua jenis ilmu pengetahuan.

Sebagaimana dalam “Hikayat Hang Tuah’’ ianya menceritakan kisah-kisah penting dalam

hidup Tuah secara sikuan yang mengikut kronologi. Antara episod penting tentang riwayat hidup

Tuah yang mengisi hikayat itu antaranya Tuah dengan rakan-rakan sewaktu kecil sudah menentang

dan menewaskan lanun,Tuah menewaskan Taming Sari dan menewaskan pahlawan kerajaan

Majapahit.Sewaktu berutus ke sana, lantas Tuah dianugerah sebilah keris sakti kepunyaan

pahlawan itu.

Hang Tuah mempunyai sifat – sifat kepahlawanan yang unggul iaitu bersifat berani, tangkas

dan bijaksana.Oleh itu tidak hairanlah dalam beberapa perkara yang dilakukannya pada akhirnya

telah dapat mengangkat martabat beliau sendiri sebagai seorang laksamana Melayu yang

terkenal.Hang Tuah juga dikatakan sebagai lagenda kerana sehingga kini beliau masih dianggap

sebagai pahlawan Melayu yang terbilang.Kebenaran mengenai cerita Hang Tuah boleh dilihat dari

aspek ontologinya iaitu berkaitan tentang kewujudan Hang Tuah pada masa itu yang digambarkan

sebagai seorang yang sangat gagah berani dan mempunyai wajah yang begitu tampan sehingga

dapat membuatkan gadis – gadis yang memandangnya begitu terpesona dengan ketampanan wajah

yang dimilikinya.Bahkan wanita yang sudah bersuami pun turut terpegun dengan ketampanan

wajah Tuah.

Sehingga kini, sambutan dan peringatan oleh masyarakat terhadapnya begitu berkesan hingga

ada usaha rakyat untuk melukis wajahnya, ada pula usaha untuk mewujudkan tapak pengkebumian

Hang Tuah, terdapat jaga kapal yang menggunakan nama Tuah selain daripada ibu bapa yang telah
memberikan nama anak mereka Tuah . Hikayat Hang Tuah melukiskan kehebatan Hang Tuah sejak

zaman kecil hinggalah ia ghaib.Hang Tuah dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat,

Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Hang Tuah mempunyai keberanian yang luar biasa kerana beliau telah berjaya mengalahkan

seramai 70 orang mengamuk ketika di Majapahit.Dalam peristiwa itu Hang Tuah dilihat begitu

bijak dalam mengatur strategi ketika beliau berseorangan berhadapan dengan 70 orang penjurit

yang mengamuk tersebut disamping beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam dunia

persilatan untuk mempertahankan diri daripada musuh.Hal ini telah menyebabkan beliau dilantik

sebagai Laksamana Melaka oleh raja.

…. ‘Cih! Mana tah hulubalang Majapahit maka tiada terkembarai orang mengamuk
sekian ini?’’Maka laksamana pun berbangkit berdiri seraya disingsing tangan bajunya , lalu
menyembah pada raja Melaka; serta diselaknya penduanya lalu melompat terjun di atas
peseban lalu berdiri sambil berlari – lari pergi mendapatkan orang mengamuk itu.Setelah
datang ke tengah pasar itu, dilihat oleh laksamana banyak orang mengamuk itu.Maka
laksamana pun fikir dalam hatinya: ‘Ah, terkenalah aku oleh Patih Gajah Mada!Tetapi insya-
Allah Taala, tiada mengapa. Belum tanah Majapahit ini mengandung Si Tuah….’’

(Hikayat Hang Tuah,hlm 167 )

Selain itu juga, Ketika dalam zaman kanak - kanak iaitu semasa berumur 10 tahun beliau

dikatakan dapat melaksanakan tugas yang luar biasa iaitu sesuatu yang tidak mampu dilakukan

oleh orang lain.Hang Tuah secara perseorangan berjaya mengalahkan seorang pengamuk dengan

menggunakan sebilah kapak pembelah kayu api.Di samping iti juga beliau dan rakan – rakan dapat

mengalahkan 30 orang lanun di Pulau Besar.

Hang Tuah juga mempunyai keberanian ketika beliau menentang pahlawan kerajaan

Majapahit iaitu Sang Winara yang merupakan seorang ahli pertapaan yang terkenal yang bertukar
menjadi seekor anjing.Ketika itu Hang Tuah dikatakan mempunyai unsur supernatural iaitu unsur

sakti yang boleh menukarkan dirinya menjadi harimau sewaktu beliau di Majapahit.

Melihat dari sudut kesetiaan pula jelas sekali menunjukkan Hang Tuah begitu setia kepada raja

dan negaranya.Beliau merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak

berbelah bahagi terutama dalam masyarakat Melayu feudal.Buktinya Hang Tuah telah melindungi

rajanya daripada sebarang ancaman sehingga beliau sanggup menggadaikan nyawanya

sekalipun.Hal ini dapat dilihat ketika Hang Tuah yang begitu tabah menghadapi cabaran dan

dugaan hidup demi menjaga kehormatan dan kedaulatan raja Melaka ketika di Majapahit.Akan

tetapi kesetiaan Hang Tuah diuji apabila beliau difitnah hingga terpaksa lari ke Pahang tetapi

segera berbuat jasa kepada Sultan Melaka hingga diterima semula menjadi hulubalang

Melaka.Jasanya ialah melarikan Tun Teja, puteri Pahang untuk dianugerahkan kepada sultan.

Nasib malang menimpa Tuah apabila beliau sekali lagi difitnah dan kali ini dijatuhkan

hukuman bunuh , tetapi dengan helah Bendahara ia hanya disembunyikan di Ulu Muar.Kesudahan

cerita itu ialah apabila Tuah kembali untuk menentang dan menghentikan penderhakaan Hang

Jebat ke atas Sultan Melaka.Sekali lagi Hang Tuah bertindak sebagai penunjang cerita.Tuah

merupakan watak pahlawan yang gagah perkasa dan terbilang , berani dan taat setia kepada

tuannya sehinggakan Hang Jebat mengatakan kepada Tuah iaitu “ taat setiamu itu menyebabkan

aku tertawadan begitu anehnya kurasakan sekarang ketika orang yang menitahkan

kematianmu ku junjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela

kematianmu ”Hang Jebat berkata lagi kepada Tuah iaitu “ tetapi, Tuah , percayalah kataku ini

bahawa keturunan kita yang akan datang , titisan darah dan anak cucu yang bakal lahir atas
kemahuan ibu dan ayah mereka atas kehendak seorang lelaki dan seorang perempuan akan

menyesali ketaatan kau yang berlebih – lebihan.

( Usman Awang , 1988: 232 ), ( ibid : 233 )

Hang Tuah tidak mempedulikan kata – kata Hang Jebat itu malah Tuah ingin mendapatkan

kembali jawatannya sebagai laksamana yang di terimanya dahulu.Tuah berkata “ aku akan

membunuhmu , mengambil kembali tempatku sebagai laksamana di istana ” .‘ Hikayat Hang

Tuah ’ dengan jelas menggarapkan watak Tuah sebagai pahlawan yang wujud dalam zaman

Kesultanan Melayu Melaka.Hanya Tuah yang tetap mengakui kesetiannya sebaliknya Tuah

mempunyai peluang untuk menentang kuasa yang menaungi mereka, terutama bagi Tuah yang

sering terancam nyawanya.Tetapi Tuah memilih untuk tidak menderhaka seperti katanya “ Tuah

tiada mahu derhaka. Daulat Tuanku , patik persembahkan nyawa patik , patik tiada

bertuankan yang lain ” .Sementara itu Hang Jebat akhirnya gugur sebagai penderhaka.

Ucapan Tuah itu penting untuk menunjukkan sikap pewira yang mengakui zamannya.Apabila ia

berkata “ Tuah tidak mahu derhaka ”, sebernarnya Tuah mengakui kebolehannya sebagai pewira

yang tiada tolok banding ketaatsetiaannya.Apakah ungkapan Tuah melalui dialognya dalam “

Hikaya Hang Tuah ” itu satu pengakuan kebaculannya sebagai rakyat yang tiada kuasa mutlak dan

tahu juga kemasyurannya adalah oleh kedaulatan Sultan? Ternyata dari ungkapan itu bahawa Tuah

tahu ia boleh menderhaka , tetapi ia juga tahu bahawa ia hanya seorang hamba.Hang Tuah memilih

untuk tidak menderhaka. Ini bererti tindakan Tuah menyerah nyawanya kepada Sultan adalah atas

pilihannya sendiri kerana terlalu menghormati dan menyanjung tinggi institusi kesultanan itu.
( Jebat Dalam Drama Tiga Zaman, seleggaraan Zakariah Arifin. Hlm.218. )

( Hikayat Hang Tuah , 1968: 289 )

Ternyata Hang Tuah merupakan tokoh agung bagi bangsa Melayu.Beliau melambangkan

kemegahan serta kekuatan bangsa Melayu serta menjadi lambang keagungan Kerajaan Melayu

Melaka pada masa itu. Kemunculan, keagungan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka

berhubung rapat dengan Hang Tuah.Hal ini dapat dilihat berdasarkan kronologinya iaitu ketika

Hang Tuah masih kecil Melaka baru dibuka.Setelah Hang Tuah dewasa beliau telah menjadi orang

kanan Bendahara.Pada waktu itu Melaka mencapai puncak kegemilangan atau

keagungannya.Selepas Hang Tuah tua dan jatuh sakit Melaka telah diancam Portugis dan jatuh ke

tangan Portugis TM 1511 setelah Hang Tuah berundur dalam perkhidmatan negeri Melaka.
( 1968, Hikayat Hang Tuah , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa Dan Pustaka

RUJUKAN:

Kassim Ahmad , 1997 , Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kosmologi Melayu , Hashim Musa , Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya.

You might also like