P. 1
Slide_Soalan Kpsl n27

Slide_Soalan Kpsl n27

|Views: 10,712|Likes:
Published by ziertaj
KPSL n27
KPSL n27

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: ziertaj on May 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/24/2013

pdf

text

original

PROGRAM BIMBINGAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN DAN PEPERIKSAAN KPSL 2010

CONTOH-CONTOH SOALAN
A. GRED 27/29 SOALAN 1: Selaras dengan peruntukan Cuti Atas Sebab Perubatan dalam Perbekalan Cuti Universiti bahagian 18 (f) Cuti Tibi, Kusta dan Barah, seseorang staf mendapat kemudahan Cuti Sakit Barah. Berdasarkan kenyataan di atas terangkan urusan pelaksanaan kemudahan cuti sakit barah. (20 markah)

SOALAN 2: Jelaskan keadaan-keadaan yang membolehkan sesebuah Lembaga Perubatan dipanggil atau ditubuhkan. (20 markah)

SOALAN 3: Dalam proses Pengurusan Sumber Manusia khususnya yang melibatkan staf bukan akademik aspek pemangkuan serta tanggungkerja seringkali digunakan bagi tujuan melicinkan lagi pengurusan sumber manusia. (a) Sila huraikan istilah pemakaian µtanggungkerja¶ dan µpemangkuan¶. (10 markah) (b) Berikan contoh kiraan yang melibatkan elaun tanggungkerja dan elaun pemangkuan. (10 markah)

SOALAN 4: Staf Universiti Sains Malaysia layak menuntut beberapa jenis elaun semasa menjalankan tugas rasmi di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003. Sila jelaskan istilah-istilah berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Ibu Pejabat Elaun Makan Elaun Harian Tambang Gantian Elaun Gantian Tetap (10 markah)

A.

GRED 41 SOALAN 1:

(a) Nyatakan syarat-syarat yang melayakkan seseorang pegawai disahkan di dalam jawatan? (b) Huraikan apa yang dimaksudkan dengan pelanjutan tempoh percubaan. Jelaskan kesannya jika seseorang pegawai diberi pelanjutan tempoh percubaan dengan denda? (c) Nyatakan implikasi perkhidmatan bagi pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji mengikut pasangan. (20 markah)

SOALAN 2: Dalam Perbekalan Cuti Universiti terdapat beberapa jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan. (a) Nyatakan kemudahan-kemudahan cuti yang berkaitan. Huraikan setiap kemudahan cuti yang terlibat. (25 markah)

(b)

SOALAN 3: Ketua Jabatan seharusnya mengambil/mengesyorkan sebuah Lembaga Perubatan memeriksa kesihatan stafnya apabila kesiuman otak staf berkenaan diragui. (a) Jelaskan TIGA (3) keadaan lain yang memerlukan seseorang staf itu diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan. (b) Nyatakan keahlian sebuah Lembaga Perubatan. (25 markah)

SOALAN 4: Pegawai Awam boleh berkhidmat di mana-mana badan berkanun atau swasta secara pinjaman. Berdasarkan kenyataan di atas, (a) Huraikan tatacara proses pinjaman yang melibatkan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di USM. (b) Huraikan proses pentadbiran yang perlu diikuti sekiranya penyandang ingin berkhidmat terus dengan USM (pertukaran tetap). (20 markah)

SOALAN 5: Encik Ali Musa seorang Pegawai Tadbir N41 di USM yang telah disahkan di dalam jawatan ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir N41 di Universiti Malaya kerana ingin bersama-sama dengan isteri beliau yang bertugas di Kuala Lumpur. (a) Sila jelaskan tatacara yang perlu dilakukan oleh Encik Ali Musa supaya perkhidmatan beliau di USM dapat diambilkira bagi tujuan pencen kelak. (b) Sila jelaskan tempoh notis perletakan jawatan yang perlu Encik Ali beri. Nyatakan juga apa implikasi jika beliau gagal penuhi notis berkenaan. (20 markah)

SOALAN 6: Encik Azlan Faizal, seorang staf (Gred 41) Universiti, seringkali pulang awal dari tempat kerja dan sering mengambil Cuti Kecemasan (EL). Beliau juga disyaki oleh Ketua Jabatan meminda kad laporan kehadiran beliau. Beliau juga adalah seorang staf yang bermasalah dan banyak tugas harian beliau tidak berjaya diselesaikan. Kerja yang dihasilkan tidak berkualiti dari segi mutu, ketepatan masa, pembaziran dan dilakukan secara sambil lewa. Didapati seringkali orang luar cuba mencari beliau di pejabat untuk menuntut wang yang dikatakan beliau terhutang dengan mereka.

Beliau juga didapati terlibat aktif dalam sebuah parti politik dengan memegang jawatan utama dalam parti tersebut. Walaubagaimanapun, semua kenyataan ini dinafikan oleh Encik Azlan Faizal. Perbuatan beliau juga telah ditegur berulang kali oleh Ketua Jabatan tetapi malangnya masih tiada kesan. (a) Nyatakan kesalahan disiplin yang berkaitan dengan kelakuan sedemikian. (b) Sebagai pentadbir yang bertanggungjawab membantu Ketua Jabatan menguruskan sumber manusia, terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani perkara tersebut dengan sewajarnya. (20 markah)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->