You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA PUAN LATIFAH BT HAJI MAHFOD


MAJLIS PERASMIAN
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
SMK AMINUDDIN BAKI KL 2011

Terima kasih Puan Norazah selaku pengacara majlis

Yang Berusaha Pn.Chew Cheah Yee Choo


Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum

Yang Berusaha Pn. Wan Noraida Bt Wan Nordin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha En.Affendi Bin Mashud


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn.Noor Hafishah Bt Husin


Penolong Kanan Pra U

Guru-guru Kanan Bidang

Guru-guru

Dan anakanda-anakanda SMK Aminuddin Baki yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, sekali

lagi kita dapat berkumpul bagi menjayakan Minggu Sains dan Matematik bagi

tahun 2011.

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah membawa kepada

pelbagai penemuan dan penciptaan. Penciptaan ini mampu melakukan

penyesuaian, pembaharuan serta pelaburan yang berteknologi intensif, dan

menyumbang kepada tamadun saintifik yang gemilang.


Dalam bidang pendidikan, penciptaan komputer telah banyak membantu

mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru dapat

mendedahkan lebih banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang lebih luas

yang tidak dapat didapati dalam buku teks sekolah. SMK Aminuddin Baki yang

juga Sekolah Bestari juga telah melahirkan murid-murid yang celik komputer

yang mahir menggunakan perisian-perisian komputer dan dapat

mengaplikasikan di dalam pembelajaran mereka. Kita telah dapat melihat hasil

kerja mereka semasa majlis-majlis yang diadakan di sekolah.

Teknologi terkini yang akan digunakan di sekolah adalah penggunaan

Kad Touch n Go. Kad Touch n Go ini akan digunakan sebagai menggantikan

wang tunai dalam tranksaksi urusniaga di kooperasi dan di kantin. Kita telah

berada selangkah lagi ke hadapan selaras dengan tema Minggu Sains dan

Matemaatik iaitu “Science and Technology Excellance Toward 2020”.

Oleh itu, Bonda berharap menerusi aktiviti-aktiviti dan program yang

akan dijalankan di sepanjang Minggu Sains dan Matematik ini akan mendapat

penyertaan sepenuhnya daripada semua murid SMK Aminuddin Baki.

Akhir kata, terima kasih kepada semua Guru Sains dan Matematik akan

menjayakan Minggu Sains dan Matematik tahun 2011.

Dengan lafaz, Bismillah, Bonda merasmikan Minggu Sains dan Matematik

tahun 2011.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Puan Norazah Bt. Ab.Aziz

You might also like