You are on page 1of 25

PENGhargaan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan
folio ini. Antara yang terlibat dalam menjayakan folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang bertajuk Tenis ialah Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya sendiri iaitu Pn.
Sapijah Sapuwan.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Maktab Rendah


Sains MARA Merbok iaitu Pn Rohana Mohd. Yunus kerana telah memberi sepenuh
kerjasama bagi membenarkan kami menyiapkan projek folio ini hingga terhasilnya folio ini.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang banyak membantu
dalam memberikan sokongan serta bantu malahan informasi dan maklumat tambahan bagi
menyiapkan tugasan ini sehingga terlaksana.

1
PENGENALAN
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di
luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat
umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan
utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola.
Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan.
Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau
parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27
kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua
garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang
dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih.
Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter
tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring
hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

2
Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket
yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket
juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga
396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram.
Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan
pengangannya.

Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus
dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

3
Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan
sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan
perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara
perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar
trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita
pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna
putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada
di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya tempat
duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-
undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan
menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan
lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn
pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam
permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

4
SEJARAH
Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan
permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan
menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan
Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai
permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola
yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat
sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan
menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan
sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.

Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo,
seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan
yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine menamakan
permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan
dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan
permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria
disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan
oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada
tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun
1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James
Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada
tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple,
Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian
dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set
undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula
telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah,
Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah
berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis
antarabangsa.

Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21


orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara.
Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan
Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan
pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu,
5
bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk
merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di
Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah
dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti
Piala Davis dan Piala Asia.

Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang
termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis
yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker,
Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan
ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan
hadiah yang tinggi nilainya.

6
PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG
Tempoh permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga
set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set
dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set
dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang
pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira
pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi
lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton.
Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan
sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya


memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan
jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi
oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang
permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemain harus mendapatkan dua
mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya
dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang
pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun,
jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain
mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set
maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan,
seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

7
Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana
yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan
sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada
dibahagian kanan gelanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan
servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis
masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini
juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat,
maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan
membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua
pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka
mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati.
Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas
persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola
kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan.
Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan
ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan


yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set
terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan
pengadil.

Point

Seorang pemain kehilangan point apabila:

• Melakukan dua kali kesalahan pada servis

• Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.

• Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).

8
• Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.

• Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.

• Seorang pemain menyentuh bagian dari net dengan raketnya atau dengan bagian badannya

saat bola masih dimainkan.

• Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.

• Bola menyentuh bagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain raket tenis.

• Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.

• Pada permainan ganda, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.

9
KEMAHIRAN
CARA MEMEGANG RAKET

Continental Grip

Continental Grip, juga disebut Chopper cengkeraman, diperoleh bila menempatkan tangan
sedemikian rupa sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat pada tanggal 2 bevel. Hal ini
10
secara diperoleh ketika memegang raket seolah-olah sebuah kapak, untuk memotong.  Maka
nama kedua “Chopper pegangan”. Continental grip yang sesuai untuk berbagai pukulan
kerana itu sering diajarkan untuk pemain baru. Cengkeraman Continental tidak
memungkinkan untuk banyak topspin pada groundstroke. Sejak tenis modern, terutama tenis
lapangan tanah liat, telah menunjukkan sebuah evolusi menuju topspin, cengkeraman
Continental sudah ketinggalan zaman dengan pemain profesional untuk memukul
groundstrokes. Hal ini masih lebih disukai pegangan untuk serves dan pukulan.

Forehand Eastern Grip

Grip forehand Eastern diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar
dari buku jari telunjuk tepat pada bevel ke-3. Hal ini tentu diperoleh saat menerima raket
tergeletak di tanah, atau “berjabat tangan” dengan raket dipegang tegak lurus. Forehand grip
Eastern lebih memungkinkan untuk di topspin forehand sambil tetap control kerana
pergeseran di sepanjang menangani hanya 45 darjah (dari tujuan multi-Continental grip).

Western Grip

11
Grip Western diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar dari buku
jari telunjuk tepat pada tanggal 5 bevel. Dibandingkan dengan cengkeraman Continental,
pisau telah berputar 135 darjah. Hal ini akan memaksa pergelangan tangan dalam putaran
tidak selasa, tetapi memungkinkan untuk sebesar mungkin spin. Hal ini pada dasarnya setara
dengan cengkeraman Backhand Timur, kecuali bahwa wajah SAMA raket digunakan untuk
memukul bola.

KAWALAN KAKI DAN KESEDIAAN

12
JENIS-JENIS PUKULAN

Backhand Drive

Forehand Drive

Pukulan Kilas dan Pepat Kedua Belah Tangan

13
14
SERVIS

15
PUKULAN SANGGA ATAU VOLI

JENIS-JENIS PUKULAN SANGGA DAN VOLI

16
17
PUKULAN REJAMAN / SMESY

18
ISYARAT-ISYARAT TANGAN RASMI TENIS

19
LATIHAN
20
Terdapat pelbagai latihan telah dicadangkan bagi meningkatkan kemahiran dalam
mengusai permainan tenis ini. Antaranya ialah

GENGGAMAN RAKET SAMBIL MENGAWAL BOLA

LATIHAN BAYANG / PERMAINAN DINDING


21
22
Rujukan
 http://masnyomega.wordpress.com/category/olahraga/

 http://prasso.wordpress.com/2007/09/20/peraturan-permainan-tenis/

 http://teknikbermaintennis.blogspot.com/2010/03/sejarah-dan-perkembangan-
tenis.html

 http://bobezani.tripod.com/tenis.htm

 http://blog-indonesia.com/blog-archive-4480-9.html

23
Lampiran

24
25

You might also like