You are on page 1of 5

SYAIR PESANAN IBU

Dengarlah anak ibu berpesan, Syaitan menggoda bertambah gundah,


Lengkapkan diri dengan pelajaran, Jangan mengambil jalan yang mudah,
Hanyalah itu jadi bekalan, Jangan sekali mencuba dadah,
Untuk hidup di masa depan. Kalau terjerat sesal tak sudah.

Ilmu itu pelindung diri, Jika masa sudah terbuang,


Seperti kebun berpagar duri, Perginya tidak akan berulang,
Seperti sinar intan baiduri, Di hari tua sesal mendatang,
Itulah tanda orang jauhari. Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Hidupmu kini di masa remaja, Dunia bagai lautan dalam,


Bagaikan permata amat berharga, Gelombang besar karangnya tajam,
Jangan jatuh ke lembah hina, Di situ banyak kapal tenggelam,
Nanti menyesal tidak berguna Ramailah insan yang telah karam.

Kalau hidup terasa susah, Ingatlah wahai anakku sayang,


Sering berhadapan dengan masalah, Tanah indah pusaka moyang,
Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan terlepas ke tangan orang,
Jangan cepat rasa gelisah. Sedangkan kita miskin terbuang.

Maksud
Rangkap 1 : Ibu memesan kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh. Dengan
ilmu, kehidupan manusia akan menjadi lebih bermakna dan berjaya.

Rangkap 2 : Ibu mengingatkan anaknya tentang kelebihan ilmu. Ilmu boleh menjadi
pelindung diri dan sebagai tanda orang yang bijaksana. Ilmu diibaratkan seperti
kebun yang perlu dijaga dengan baik.

Rangkap 3 : Ibu menasihati anaknya supaya menjaga akhlak di usia remaja dan tidak
terjebak ke lembah kehinaan. Kehidupan waktu remaja penuh dengan dugaan
dan cabaran.

Rangkap 4 : Ibu berpesan agar anaknya dapat menghadapi segala kesukaran dan tidak
terpedaya dengan godaan syaitan dengan hati yang tabah dan sabar.

Rangkap 5 : Ibu melarang anaknya supaya tidak mengambil jalan mudah untuk
menyelesaikan masalah dengan mengambil dadah.

Rangkap 6 : Ibu mengingatkan anaknya supaya menggunakan masa dengan baik kerana
masa yang berlalu tidak akan kembali. Orang yang tidak menghargainya akan
menyesal ketika tua nanti.

Rangkap 7 : Ibu berpesan supaya anaknya berhati-hati mengharungi menempuh cabaran


dalam hidup yang tertedah kepada pelbagai bahaya dan kemungkinan.

Rangkap 8 : Ibu mengingatkan supaya menjaga dan mencintai tanah air agar tidak terlepas
ke tangan orang lain. Jika negara dijajah, kehidupan rakyat tidak akan terjamin.
Tema

Syair ini bertemakan nasihat berguna daripada seorang ibu kepada anak yang dikasihinya.
Sebagai ibu yang terlebih dahulu merasa pahit maung kehidupan, ibu bertanggungjawab
memberi pesanan dengan tujuan mendidik dan memberi panduan yang berguna kepada
mereka supaya tidak kecundang dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran.

Persoalan

1. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam hidup.


 Orang yang berilmu akan berjaya dalam kehidupan. Orang yang mendapat
pendidikan yang secukupnya akan dapat menempuhi pelbagai cabaran dalam
kehidupan.
2. Kehidupan remaja yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
 Remaja selalu terjebak dengan permasalahan najis dadah iaitu musuh utama
remaja. Jangan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan
mengambil dadah.
3. Kepentingan masa dalam kehidupan.
 Sesiapa yang bijak mengurus masa dengan baik akan berjaya dan tidak akan
menyesal di kemudian hari. Membuang masa amat merugikan diri sendiri.
4. Semangat patriotik.
 Perasaan cinta akan tanah air perlu ada dalam jiwa anak remaja. Para remaja
harus bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Bentuk

 4 baris dalam 1 rangkap


 Rima akhir ‘aaaa’
 4 hingga 5 patah perkataan dalam 1 baris
 8 hingga 11 suku kata dalam 1 baris
Gaya Bahasa

 Simile
o Rangkap 2 dan 3
o Seperti kebun berpagar duri
o Seperti sinar intan baiduri
o Bagaikan permata amat berharga
 Anafora
o Rangkap 5
o Jangan mengambil jalan yang mudah
Jangan sekali mencuba dadah
 Metafora
o Rangkap 2
o Ilmu itu pelindung diri
 Inversi
o Rangkap 6 dan 7
o Di hari tua sesal mendatang
o Di situ banyak kapal tenggelam
o Ramailah insan yang telah karam
 Sinkof
o Rangkap 5 dan 8
o Kalau terjerat sesal tak sudah
o Ingatlah wahai anakku sayang
 Asonansi
o Ingatlah wahai anakku sayang
o Ilmu itu pelindung diri
o Seperti kebun berpagar duri
o Untuk hidup di masa depan
 Aiterasi
o Hidupmu kini di masa remaja
o Mengingatkan waktu yang telah hilang
o Nanti menyesal tidak berguna
o Sedangkan kita miskin terbuang
Nilai

1. Kegigihan
 Setiap orang perlu gigih dan tekun dalam menuntut ilmu.
2. Menghargai masa
 Usia muda perlu digunakan sebaik mungkin. Masa yang lepas tidak akan kembali.
Oleh itu perlu bagi kita supaya menghargai masa.
3. Kesabaran dan ketabahan
 Dalam menempuhi cabaran dsn dugaan dalam kehidupan sikap sabar dan tabah
perlu ditanamkan dalam jiwa.
4. Patriotik
 Kita perlu belajar daripada sejarah silam, supaya peristiwa lalu tidak berulang
kembali. Generasi muda perlu sedar akan peranan mereka menjaga kedaulatan
negara daripada sebarang bentuk penjajahan.
5. Berhemah tinggi
 Akhlak mulia yang dipupuk semasa usia muda lagi akan menjadi benteng kepada
seseorang individu daripada terjebak dalam perlakuan tidak bermoral seperti
menghisap dadah.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa gigih dalam menuntut ilmu.


 Menuntut ilmu perlu rajin dan tidak mengenal jemu. Dengan sikap ini kita akan
Berjaya menjadi manusia yang berilmu.
2. Kita mestilah menghargai masa.
 Semasa usia muda, kita hendakah menggunakan masa kepada perkara-perkara
yang membawa manfaat kepada diri dan negara.
3. Kita perlu sabar dan tabah menempuh pelbagai dugaan hidup.
 Dalam kehidupan ini ada kalanya musibah atau perkara buruk berlaku. Oleh itu
kita perlu sabar dalam menerima dugaan tersebut.
4. Kita mestilah mempertahankan negara daripada ancaman musuh atau penjajah.
 Negara kita merupakan satu-satunya harta yang tidak ternilai harganya. Kita
mesti menjaga dan tidak membiarkan negara kita diambil oleh orang lain.

You might also like