P. 1
Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

|Views: 492|Likes:
Published by aal_tahani

More info:

Published by: aal_tahani on May 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/22/2012

pdf

text

original

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA-SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER JANUARI / 2011

HBML 4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

690101086925002 690101-08-6925 013-5936020 amin6110@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBML 4403 ABSTRAK Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia.Kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Disinilah peranan bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia. Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatic. Namun begitu, perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran. Perpaduan rakyat sebagai satu cabaran utama di Malaysia. Disinilah bahasa Melayu yang dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum . Dalam rencana ini kita akan menyingkap kekuatan bahasa Melayu sebagai wahana penyatuan bangsa serta juga cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam arus semasa.

2

HBML 4403 “Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia”. “ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman. Kata-kata Pendita Zaaba Begitulah luahan seorang Pendita yang memperjuangkan bahasa Melayu. Adakah perjuangannya memertabatkan bahasa ini mencapai matlamatanya atau menuju kehancuran atau kepupusan seperti tulisan jawi. MENURUT Imil Badi (1986:13), tidak ada definisi mutlak bagi bahasa.

Bagi Raminah Hj Sabran,1993 , bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan pemikirannya , perasaan , kehendak, pengalaman , idea, pengetahuan , mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Dari perspektif falsafah bahasa, definisi, dan konsep ini menyingkap hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan semesta, dan realiti kewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagai wahana utama abagi menjana segala kegiatan manusia baik perhubungan, pengucapan, perakaman mahupun perwarisan dalam tamadun manusia (Hashim:1994: xi).

3

HBML 4403 Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran , manusia dicipta oleh Allah s.w.t. (lihat surah al-

Mukminun: 12 & 13). Tujuan penciptaan manusia ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan mengabdikan diri kepada-Nya (lihat surah al-Zariyat: 56). Untuk menyempurnakan pengabdian atau peribadatan ini, Allah s.w.t. tidak menjadikan manusia secara sia-sia (lihat surah al-Mukminun: 115) bahkan membekalkan manusia organ-organ bahasa agar manusia berinteraksi dengan-Nya dan juga agar manusia berinteraksi dengan manusia serta alam (lihat surah al-Sajadah: 9). Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,

perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara.

4

HBML 4403 Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Namun begitu, kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Keadaan ini memerlukan strategi yang mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah Wawasan 2020. Salah satu strategi kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan terhadap diri, maka dasar-dasar kerajaan berfokuskan kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Bagi mencapai matlamat itu, pelbagai dasar seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian Pendidikan, Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan Sekolah satu aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama bagi semua ,Bahasa Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan peperiksaan seragam telah dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini dapat membantu dalam memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme, integrasi nasional demi kestabilan, kesejahteraan rakyat, menjamian perpaduan antara kaum yang berterusan dan sekali gus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

5

HBML 4403 Bahasa memainkan peranan penting dalam memupukkan semangat perpaduan . Ini jelas apabila Bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Malaysia yang kita guna sekarang dinamakan "Bahasa Melayu". Kemudian Bahasa Melayu dinamakan "Bahasa Malaysia" atas sebab politik pada 1970 sehingga 1986. Namun kemudiannya nama "Bahasa Melayu" digunakan semula terutama dalam pendidikan iaitu pada 1986 sehingga jun 2007. Bermula tahun 1 Julai 2007, bahasa Kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada "Bahasa Malaysia" sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Tujuan lain ialah untuk mencapai perpaduan kaum dalam Negara kita iaitu "Bangsa Malaysia", dan tidak akan berlaku lagi peristiwa pada 13 Mei 1969 Alam persekolahan merupakan satu titik permulaan bagi penyatuan kaum terutama sekolah berasrama penuh. Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan. Masyarakat Malaysia yang terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. 6

HBML 4403 Selain itu menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun, hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai. Namun begitu penggunaan kurikulum yang sama dapat menerapkan perpaduan. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan Negara. Peggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) juga mencabar keupayaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Berselindung di sebalik pemerkasaan Bahasa Melayu namun meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai satu cara halus meminggirkan kehebatan bahasa Melayu itu dalam arus dunia global.

7

HBML 4403 Secara tidak langsung , dasar ini akan terus meminggirkan anak-anak yang berada di luar bandar dalam arus pendidikan global. Ini kerana pelajar luarbandar agak kurang dalam menguasai matapelajaran bahasa Inggeris ini. Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Tanpa perpaduan yang luar biasa ini British tidak akan menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada orang Malaysia sendiri. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing, ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum bersama pemimpin yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka pembangunan negara boleh dicapai. Akhirnya wujudlah kuasa momentum yang hebat bermula daripada dasar perpaduan yang kuat dan sentiasa memerlukan. Oleh itu, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa perpaduan. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi , bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

8

HBML 4403 Objektif pendidikan juga secara jelas menyatakan bahawa generasi pewaris negara

diharapkan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara khususnya dalam usaha memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan seterusnya menjadi negara ini sebagai hak bersama. Selaras dengan pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan berperanan sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej baru negara Malaysia sebagai sebuah negarabangsa. Sejarah boleh digunakan sebagai asas pembinaan bangsa melalui proses-proses membentuk kesinambungan, perpaduan, negara bangsa, mengorak perubahan sosial, ekonomi bangsa dan negara serta sumber inspirasi. Proses kesinambungan ini dapat diperolehi melalui sejarah serta membolehkan pembinaan negara bangsa dicapai hasil penelitian terhadap kewujudan atau pembentukan masyarakat Gagasan negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat Malaysia yang berkongsi negara dan impian yang serupa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed: “Pembentukan bangsa atau ‘nation building’ melibatkan satu proses yang lama dan tidak boleh dicapai dalam jangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan yang wujud sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah tergugat.”

9

HBML 4403 Bahasa Melayu penting sebagai alat perhubungan dan wahana penyatuan bangsa namun begitu terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan bagi menjadikan bahasa ini alat penyatuan bangsa Malaysia. Cabaran inilah yang menyebabkan bahasa Melayu bagai dipinggirkan dalam bersama-sama arus globalisasi Mengapakah isu bahasa ini penting dan perlu diselesaikan? Orang politik di Malaysia akan mengatakan bahawa masalah ini sudah selesai. Walaupun Akta Pendidikan dan dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah dan sekolah rendah hingga ke universiti telah dilaksanakan, isu bahasa ini sebenarnya belum lagi selesai. Sekalipun bahasa Melayu itu sudah diperundang-undangkan sebagai bahasa kebangsaan dengan nama bahasa Melayu, namun pada praktiknya martabat atau status bahasa itu masih rendah. Bahasa Melayu selayaknya dijadikan sebagai bahasa tamadun. Pembinaan tamadun dengan menggunakan bahasa bahasa akan menampakkan jati diri bahkan menjadi satu kebanggan bagi negara ini.Bahasa Melayu dikenali sebagai Lingua Franca di peringkat dunia. Malangnya di negara sendiri bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan. Perlu diketahui bahawa Bahasa Melayu ini adalah bahasa pengantar utama di dalam negara kita dan ia juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan antara semua kaum . Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Jelas menunjukkan Bahasa Melayu adalah asas penting kepada keperibadian atau jatidiri kebangsaan Malaysia.

10

HBML 4403 Bagi melaksanakan pembinaan tamadun dengan penggunaan Bahasa Melayu usaha ini bukanlah usaha golongan minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaan pada 1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan perundangan terutamanya Keadaan yang berlaku hari ini jauh menyimpang dari tujuan asal pengwujudan sistem pendidikan negara yang berasaskan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib. Perkara yang menjadi kerisauan pejuang bahasa pada tahun 1995 dahulu mengenai kemungkinan wujudnya dua aliran pendidikan diperingkat tinggi iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris telah pun berlaku pada hari ini dimana kebanyakkan universiti awam di negara ini telah mengambil pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian jurusan sains. Saban hari, Bahasa Melayu dilihat semakin terancam. Sektor-sektor swasta di negara ini juga lebih menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Kononnya Bahasa Melayu ini tidak kompetitif dalam menjadikan Malaysia maju pada masa mendatang. Ini adalah mentaliti orang tidak ada pendirian dan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita mengambil contoh negara Jepun yang bangga dengan bahasanya sendiri dan menggunkan bahasanya untuk menjadi bangsa yang maju. Korea adalah salah satu contoh yang sama perihalnya dengan Jepun. Kita teliti pula negara-negara yang menggunakan bahasa selain bahasa ibundanya, Filipina contohnya, tidak berjaya untuk menjadi negara maju walaupun bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris. Perkara yang sama turut berlaku di India, walaupun India sekarang menjadi gerbang teknologi maklumat tetapi teknologi yang digunakan adalah teknologi yang dibawa dari Amerika Syarikat.

11

HBML 4403 Kekangan yang wujud dalam perkembangan penggunaan Bahasa Melayu disebabkan perlumbaan sektor swasta dalam mendominasi Bahasa Inggeris dalam setiap urusan.Ini jelas apabila menjelang acara Sukan Komanwel 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menegur penganjur sukan berprestij itu iaitu Ninety Eight Berhad kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam kempen dan promosi temasya ke-2 terbesar di dunia itu (1998: 38). Sementara itu, objektif penubuhan Gerakan Bahsa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) gagal kerana kebanyakan syarikat baru di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menggunakan Bahasa Inggeris. Akibat kelonggaran dari segi pelaksanaan maka tidak mustahil Bahasa Melayu bakal dianak tirikan oleh negara sendiri. Presiden BSKL, Yang Berbahagia Dato’ Muhd. Salleh Majid (1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas dalam undang-undang mahupun peraturan-peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi institusi kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam komunikasi harian Inilah juga yang berlaku bidang perniagaan dan perdagangan ,penggunaan Bahasa Melayu juga dipinggirkan. Menurut Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (1988: 38) bahawa usul penggunaan Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu dalam bidang perdagangan dan perniagaan dalam setiap seminar sama ada peringkat negeri mahupun peringkat antarabangsa namun telah ditolak. Ini disebabkan wujud pemikiran sempit daripada beberapa golongan memikirkan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, maka Bahasa Melayu tidak wajar menggantikan peranan dalam perniagaan dan perdagangan kini. Apabila menyingkap sejarah dunia, Bahasa Melayu dilihat mampu dijadikan sebagai ‘lingua franca’ abad ke-21. Ini dapat dilihat Bahasa Inggeris digantikan dengan Bahasa Perancis di Quebec, Kanada (1988: 38). Penggantian itu dilakukan menerusi UndangUndang 101 Negeri Quebec

12

HBML 4403 Usaha pemartabatan Bahasa Melayu kini hanya dilihat bermain secara formaliti dan secara ketidakterlibatan. Secara formaliti dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai natijah yang berkesan lantaran perjuangan bahasa ini sekadar bertindak sebagai ‘gula-gula’ dalam politik tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti DBP, usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik dan pendeta kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun usahausaha peribadi kelihatannya tiada keterlibatan dan kesan dalam masyarakat. Kerana disebabkan perjuangan ini terpinggir dan terasing dalam arus semasa negara kita sendiri. Ini jelas juga peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di negara ini sedang dicabar hebat ekoran arus globalisasi. Perkembangan terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran dan pendidikan amat ketara sekali mencabar peranan bahasa Melayu, yakni bukan sekadar merosakkan kemurnian bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa dalam komunikasi, tetapi penurunan nilai ekonominya apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi digantikan dengan bahasa Inggeris. Timbul kebimbangan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia semakin hari semakin terpinggir peranannya yang seterusnya bakal mengundang masalah dalam pelestarian jati diri negara yang berteraskan masyarakat, budaya dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam majlis dan ‘ritual’ kerajaan tertentu, ianya juga perlu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahawa perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun. Selain itu bahasa ini perlu dijadikan sebagai lingua franca.

13

HBML 4403 Maksud lingua franca tidak sama dengan bahasa rasmi atau kebangsaan. Lingua franca akan membawa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Inilah hakikat yang telah tercabut daripada bahasa bertuah ini. Nasib Bahasa Melayu terus dipinggir dalam bidang perundangan. Bahasa Melayu pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, pernah menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam perbicaraan di mahkamah tidak semurna. Ini kerana menurut beliau penggunaanya bercampur dengan bahasa Inggeris umpama “ sekerat ular, sekerat belut. Maka tidak wajarlah Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ataupun bahasa sampingan sahaja dimana sahaja termasuklah institusi undang-undang seperti mahkamah. Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, Tengah. Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. 20 tahun telah berlalu, sistem perundangan masih belum mencapai matlamatnya dalam penggunaan Bahasa Melayu. Ini disebabkan kurangnya nasionalisme dalam seseorang pengamal perundangan kini. Bahasa Melayu telah ‘dirojakkan’ oleh peguam-peguam ini untuk membuat lontaran hujah . dan mahkamah

14

HBML 4403 Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baru namun isu ini sudah lapuk. Tetapi masyarakat tidak boleh memandang enteng kerana ini berkaitan maruah negara. Pola penggunaan bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS dan bahasa sembang internet merupakan salah satu punca penggunaan bahasa Melayu dalam perbualan harian semakin merosot. Tambahan pula, mengikut statistik pungutan pendapat yang dijalankan oleh Bernama (www.bernama.com) (2001: 1) tentang ‘Adakah Bahasa Melayu relevan dalam pengajian tinggi swasta? dan adakah ianya harus ditingkatkan?’ mendapati 94 peratus daripada 110,000 undian dicatatkan oleh laman web tersebut tidak mahu penggunaan Bahasa Melayu digunakan di universiti-universiti dan kolej swasta. Ini mengambarkan suatu perspektif baru sudah wujud dalam mentaliti generasi kini bahawa Bahasa Melayu tidak penting lagi sebagai medium pendidikan kini. Lebih memeritkan lagi, kumpulan pakar Bahasa Melayu masih lagi kurang. Meskipun ada beberapa orang namun tidak semua yang menjalankan kajian bahasa (linguistik) seperti Clifford Geertz (1989: 43). Justeru, usaha demi usaha perlu diikhtiarkan supaya Bahasa Melayu tidak terpinggir daripada arus perdana. Mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris, bahasa ibunda adalah antara yang menerima kesan yang mendalam. Antara isu dan cabaran dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ialah: 1. Penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris secara meluas pada papan tanda iklan. 2. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke university 3. Wujud pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan atau mencabar bahasa Melayu

15

HBML 4403 4. Pengguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. 5. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris di kalangan pengamal media. 6. Kesungguhan dan perjuangan pemimpin kini memartabatkan bahasa. 7 Bahasa Inggeris dianggap bahasa maju dan bahasa Melayu bahasa mundur. Kurang keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu

16

HBML 4403 Kesimpulannya, Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun menjadi kekal dan bertahAn melalui tradisi ilmu. tamadun yang dibangunkan oleh manusia memerlukan satu sistem bahasa yang baik bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mengungkapkan konsep dan nilai keintelektualan, merancang kegiatan ekonomi mereka dan berbagai-bagai lagi kegiatan dalam kehidupan. Keperluan bahasa semakin lama semakin meningkat dan bertambah lebih-lebih lagi setelah berbagai-bagai kemajuan dan pencapaian dihasilkan. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan membangkitkan semula ‘martabat’ bahasa Melayu di negara ini, kita hendaklah memberikan tumpuan yang lebih serius, bersepadu dan terancang terhadap pokok dalam proses perancangan di negara ini. Proses mengubah sikap dan tanggapan yang salah terhadap keupayaan bahasa ini supaya menjadi salah satu alat penting kemajuan bangsa dan negara dalam semua bidang. Segala usaha untuk memajukan dan meningkatkan nilai bahasa ini sebagai bahasa budaya tinggi, akan terus tergendala selagi perubahan sikap dan persepsi itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional dalam sektor awam. Peranan bahasa utama dan peranan komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai peranan utama, yang antara lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia. menjadi wahana penyatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia.’ 17

HBML 4403 Kita seharusnya menyokong dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu’ yang bertujuan agar masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka ini boleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. Mereka yang mahir berbahasa Melayu inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah negara bangsa yang bercitrakan ‘ 1Malaysia ’.

(3 811 PATAH PERKATAAN)

18

HBML 4403

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Asmah Haji Omar 1991. Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 1984. “Kesinambungan Bahasa dalam Karya Sastera Melayu (Malaysia): Suatu Kajian Linguistik daripada Sudut Sintaksis. Tesis M.A Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Imil Badi' Yaaqub 1986. Fiqh al-Lughat al-'Arabiyyat wa Khasaisuha. Beirut: Dar al-'Ilm li al-Malayin Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara dalam JEBAT Bil 22, Bangi : Jabatan Sejarah UKM, “Pertahankan Martabat Bahasa Kebangsaan” 1998. Utusan Malaysia, 20 Julai:3. S.Nathesan(2010). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan penyelesaiannya Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html

19

HBML 4403

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->