You are on page 1of 7

SISTEM LIGA

Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang


peserta atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau
beberapa buah kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain atau bertanding secara
maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain
sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam
kumpulannya. Pengelola yang akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan
atau dua pusingan. Penentuan dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang
menyertai pertandingan tersebut.

SISTELM LIGA SATU PUSINGAN

Jika hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan ini, maka setiap
pasukan akan berpeluang bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelum
pemenang sebenar pertandingan tersebut diumumkan.

SISTELM LIGA DUA PUSINGAN

Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding


dengan lawan yang sama sebanyak dua kali. Sistem ini dipraktikkan pada
pertandingan Liga Perdana Inggeris.

SISTEM SEPARA LIGA

Sistem ini menggabungkan sistem liga satu pusingan atau dua pusingan di
peringkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan
akhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu
Separa Liga 4 Kumpulan, Separa Liga 3 Kumpulan dan Separa Liga 2
Kumpulan.
SEPARA LIGA 4 KUMPULAN

Empat kumpulan akan terbentuk melalui sistem ini. Faktor utama


pembentukan kumpulan ini disebabkan oleh bilangan penyertaan pasukan yang
banyak. Sebagai contoh, 12 pasukan yang menyertai sesuatu pertandingan akan
dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, dan D.

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D


BI SEM 1 BM SEM 2 BM SEM 3 BI SEM 2
BC SEM 1 MT SEM 2 BI SEM 3 BM SEM 1
MT SEM 1 BC SEM 2 BC SEM 3 MT SEM 3
Jadual --: Contoh agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan

Pertandingan peringkat awal seperti pada Jadual – di atas dijalankan secara


liga satu pusingan bagi setiap kumpulan. Pasukan yang menjadi johan dan naib
johan dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Setiap johan
perlawanan suku akhir akan ke peringkat separuh akhir dan akhir. Pada peringkat
akhir, pertandingan yang dipertandingkan akan dijalankan secara kalah mati.
Biasanya, kedudukan johan-johan setiap kumpulan dan naib-naib johan diletakkan
dalam carta pertandingan sebagaimana pada Rajah -- dan diputuskan oleh
jawatankuasa pertandingan.

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A1

C1

D1

B3 JOHAN

B1

D2

C3

A3
SEPARA LIGA TIGA KUMPULAN

Bilangan peserta kurang daripada 11 pasukan. Setiap pasukan akan


dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C. Sekiranya penyertaan
pasukan antara 10 atau 11, pasukan tersebut akan dimasukkan sama ada ke dalam
kumpulan A, B dan C. Jika terdapat seeded atau pasukan pilihan dalam
pertandingan tersebut, hanya lapan pasukan sahaja yang akan mengundi untuk
dimasukkan ke dalam kumpulan A, B, atau C. Seeded bagi setiap kumpulan akan
diketuai oleh pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga pada
pertandingan tahun sebelumnya. Oleh itu, ada dua kumpulan yang akan mempunyai
tiga atau empat pasukan sebagai ahlinya.

Pemenang pertama dan kedua dalam setiap kumpulan akan menyertai


pusingan kedua. Dalam pusingan ini, hanya dua kumpulan sahaja yang akan
dibentuk iaitu kumpulan X dan Y. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi
oleh setiap kumpulan pemenang pertama dan kedua. Antaranya ialah Johan dan
Naib Johan akan diasingkan ke dalam kumpulan masing-masing, ketiga-tiga Johan
perlu diundi untuk menentukan kumpulan dan naib-naib Johannya pula akan
ditempatkan ke dalam kumpulan berasingan daripada Johan kumpulan masing-
masing secara otomatik. Johan X dan Y akan layak ke peringkat akhir. Pada
peringkat ini, penggunaan sistem kalah mati akan dilaksanakan bagi menentukan
pemenang.

Jadual-- : Agihan 6 pasukan dalam pusingan kedua dan peringkat akhir secara kalah
mati.
Akhir
KUMPULAN X KUMPULAN Y
JOHAN X
1. 1.
JOHAN
2. 2.

3. 3.
JOHAN Y
SEPARA LIGA DUA KUMPULAN

Jika hanya 6 hingga 8 buah pasukan yang menyertai sesuatu pertandingan


tersebut, sistem ini akan digunakan. Dua kumpulan akan terbentuk iaitu kumpulan A
dan B. Sekiranya terdapat seeded, maka pasukan-pasukan tersebut akan
dibahagikan kepada kumpulan A dan B berasaskan:
Johan dan pasukan tempat keempat pada tahun sebelumnya dalam kumpulan
A.
Naib Johan dan pasukan tempat ketiga pada tahun sebelumnya dalam
kumpulan B.
Pasukan lain akan diundi.

Jika 8 pasukan sahaja yang menyertai pertandingan tersebut, setiap pasukan


dalam kumpulan tersebut akan bermain sebanyak 3 kali dan jumlah perlawanan
dalam setiap kumpulan ialah lapan perlawanan sahaja. Johan dan Naib Johan dalam
setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh akhir dan seterusnya
pemenang akan ke peringkat akhir. Sistem kalah mati akan digunakan pada
peringkat akhir bagi menentukan pemenang. Pasukan yang menang akan menjadi
Johan pertandingan tersebut. Pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir
akan bertanding bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat sekiranya
keadaan sebegitu tercatat dalam peraturan pertandingan. Rajah – menunjukkan
perjalanan pertandingan pada peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga
dua kumpulan.
Separuh Akhir Akhir

Johan A

Naib Johan B JOHAN

Johan B

Naib Johan A

Rajah – Peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga dua kumpulan

SISTEM LIGA

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Keputusan adalah mutlak 1. Melibatkan bilangan permainan


yang banyak.
2. Peserta-peserta lain mendapat 2. Kebanyakkan permainan
kedudukan dalam pertandingan kemungkinan besar tidak diadili
yang dipertandingkan dengan sebaiknya atau berat
sebelah.
3. Pemain tidak akan disingkirkan
sehingga selesai pusingan
tersebut
4. Penentuan peserta atau pasukan
pilihan tidak begitu penting
5. Menggunakan gelanggang yang
banyak dan berkesan
6. Peserta tidak perlu menunggu
peserta lain bermain kecuali lawan
yang telah dijadualkan
PENENTUAN JUMLAH BILANGAN PERMAINAN
Terdapat 2 cara dalam menentukan bilangan permainan sama ada
menggunakan formula atau hasil tambah jumlah penyertaan. Formula bagi
penentuan jumlah bilangan permainan ialah
n merujuk kepada bilangan
Jumlah Permainan = n (n-1) / 2
pasukan yang bertanding
Contoh pengiraan:

FORMULA : n (n-1) / 2

Jika 5 pasukan yang menyertainya

= 5 (5-1) / 2

= 5 (4) / 2

= 20 / 2

= 10 perlawanan

ATAU

1) Tulis angka 1,2,3,4,5.


2) Potong angka tertinggi iaitu 5.
3) Dapatkan hasil tambah semua nombor yang tinggal (1+2+3+4=10)
4) Jumlah yang diperoleh ialah 10.
5) Berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan, pihak penganjur perlu
menyusun sebanyak 10 perlawanan.

PENGIRAAN MATA PERTANDINGAN


Pemenang bagi sesuatu pertandingan yang menggunakan sistem liga ditentukan
dengan dua cara iaitu

i. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga satu
pusingan.
ii. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga dua pusingan.

Mata yang diberi kepada pihak pemenang sebanyak 3 mata manakala 0 bagi pihak
yang kalah. Jika seri berlaku, kedua-dua pihak akan mendapat 1 mata.

PEMAIN/ KUMPULAN MATA YANG DIBERIKAN


PEMENANG 3
KALAH 0
SERI 1

Selesai pertandingan liga, kedudukan pasukan dapat dilihat seperti jadual di bawah:

Pasuka P M S K J G Mata Kedudukan


n
Sabah 3 2 1 0 9 1 7 1
Sarawa 3 2 1 0 5 0 7 2
k
Perak 3 1 0 2 2 9 3 3
Kedah 3 0 0 3 0 5 0 4

P - Jumlah Perlawanan K - Bilangan Kalah

M - Bilangan menang J - Jumlah Jaringan

S - Bilangan Seri G - Bilangan Gol Kena

Jadual ... : Contoh kedudukan pasukan dalam format liga.

You might also like