You are on page 1of 3

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR


PPISMP 2009
http://mohdhilmi.com & http://bakalguru.com

BACAAN MEKANIS (BERSUARA)


Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti
membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau
apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan
informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan
yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta
pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata
dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan
kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan
memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada
usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis
adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam
mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi
dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum
dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang
diekspresikan oleh pembaca.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara
mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan
persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya
mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama
pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan
fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar
menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah
boleh melakukan perkara-perkara berikut;
(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,
(b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,
(c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan
penyusunan kata yang tepat dan sempurna,
(d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya
sehingga akhir dan tercapai tujuannya,
(e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.
Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan
bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas
permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat
menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama
yang sempurna.

Tujuan
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa
kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang
lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis


Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan
dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas
atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.

You might also like