You are on page 1of 3

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah




Dungun,18 Mei- Badan Kebajikan Guru Dan
Kakitangan SK Felda Seri Rasau telah menganjurkan
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang
bertemakan “ Guru Pembina Negara Bangsa “.

Program sambutan dimulakan dengan bacaan


perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran
Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Zakaria
bin Mukhtar GPK HEM. Ini diikuti dengan bacaan
perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Wan
Hapandi bin Wan Nik GPK 1.
Tuan Guru Besar Encik Aminuddin bin Yazid telah
merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah
dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru
dan staf.
Acara sambutan diteruskan dengan bacaan ikrar
guru yang diketuai oleh Encik Azwan bin Shafie dan
disusuli dengan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Sambutan hari guru diteruskan dengan sesi
bergambar dan acara sukan bagi guru-guru lelaki
dan perempuan.
Acara disambung selepas rehat dengan
pertandingan persembahan murid antara kelas.
Sambutan turut diserikan lagi dengan persembahan
oleh guru-guru lelaki dan perempuan. Acara
penyampaian hadiah dan pertukaran hadiah turut
diadakan.
Kemuncak sambutan dimeriahkan lagi dengan
persembahan nyanyian solo lagu-lagu medley oleh
tuan guru besar. Majlis sambutan berakhir pada jam
1.30 petang.

You might also like