P. 1
HBML 3203_720211115031_Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203_720211115031_Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

|Views: 98|Likes:
Published by awieina

More info:

Published by: awieina on May 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2011 HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

720211115031002 720211115031 013-9833827 awiewaja@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

IP SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU DARUL IMAN

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Dalam penulisan atau penghasilan penulisan adalah satu kemahiran yang penting dalam pengusaan bahasa. Sesuatu penulisan atau wacana tatabahasa didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat. Oleh itu, dalam pengajaran penulisan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana kebolehan pelajar mengaplikasi dan menggunakan kemahiran-kemahiran bahasa yang telah dipelajari mengikut tahap pencapaian dan keintelektualan pelajar. Pengajaran tatabahasa dalam penulisan secara umum meliputi pengaplikasian aspek-aspek bahasa seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Dalam pengajaran penulisan di sekolah-sekolah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala perkara, sama ada yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian serta pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan. Pendidikan Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia adalah untuk “melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian” (KPM, 2001, p. 2). Di antara objektif kurikulum Bahasa Melayu KBSM ialah untuk membolehkan murid; (i) melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan, (ii) dapat memeroses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk digunakan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan, dan (iii) melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan. Pengajaran penulisan karangan di sekolah-sekolah di Malaysia adalah penting dan berterusan dalam pendidikan, khususnya di sekolah rendah dan menengah. Proses penulisan karangan merupakan pemangkin untuk mengasah bakat kepengarangan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa merupakan wahana penting untuk menyampaikan isi dan huraian dalam karangan. Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1979), kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dikuasai melalui pengajaran dan untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab tersebut adalah

terletak pada guru. Sikap guru, kesedaran betapa pentingnya kemahiran menulis dan kaedah mengajar yang sesuai adalah penting dalam mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis di kalangan pelajar. 2.0 KAEDAH DALAM PENULISAN

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Kaedah pengajaran penulisan pula adalah cara – cara atau langkah – langkah yang digunakan oleh seseorang guru bagi menyampaikan isi pengajarannya selaras dengan kehendak dan minat para pelajarnya yang bermatlamat untuk mencapai objektif pengajarannya. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan , diantaranya ialah kaedah komunikatif, dan kaedah bergambar dan carta. 2.0.1 Kaedah Komunikatif Kaedah ini melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985) Melalui Kaedah komunikatif,tujuan pengajaran bahasa adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan komunikatif. Kaedah komunikatif merupakan kaedah yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui kaedah ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Kaedah ini wujud kerana kaedah lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

2.0.2

Kaedah Bergambar dan carta, Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan

berdasarkan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai ABM dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah ini guru dan pelajar akan lebih berfokus kepada pengunaan alatan atau bahan bantu mengajar. Ini bermaksud hasil penulisan adalah berasaskan kepada gambar atau bahan yang digunakan . Kaedah ini lebih menarik dan penggunaannya lebih kreatif berbanding kaedah – kaedah yang lain. Ini kerana kaedah ini turut merangkumi pengunaan alatan elektronik atau media audio visual seperti slaid, muzik, powerpoint, dan carta aliran. Tambahan pula objektif pengajaran akan mudah dicapai kerana pelajar dapat melihat secara terus proses atau kronologi sesuatu cerita dan peristiwa. Namun begitu, kaedah ini memerlukan peralatan – peralatan yang tertentu dan perlu disediakan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi memastikan penggunaan kaedah ini memberi impak yang diharapkan, beberapa langkah dan tindakan yang sewajarnya perlu dipraktikkan semasa proses pembelajaran berlangsung. Antara langkah – langkah tersebut ialah ; 1.Bahan tersebut perlulah sesuai sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang berkualiti serta sesuai juga dengan tahap pelajar- pelajar. 2.Para pelajar perlu diarahkan untuk memerhatikan dengan teliti dan berfikir serta mencatat segala perkara atau idea yang berkaitan dengan gambar yang diperlihatkan. 3.Seterusnya proses teknik sumbangsaran boleh diadakan dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator. Berdasarkan kesemua idea yang diprolehi melalui aktiviti sumbangsaran, guru dan pelajar akan menghasilkan satu rumusan tentang penyusunan isi – isi penting. 4. Akhirnya para pelajar akan menulis berpandukan hasil perbincangan atau aktiviti yang telah dijalankan.

3.0

CONTOH KARANGAN YANG DIPILIH LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer. Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini. Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa.

Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan. Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”. Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masingmasing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria. Laporan disediakan oleh, 29 JUN 2008.

(AHMAD ZAWAWI IBRAHIM) Setiausaha Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permai

3.1

Pendahuluan Bahagian ini merupakan satu bahagian yang amat penting dalam satu – satu

penghasilan penulisan kerana ia merupakan pengenalan kepada isi karangan yang akan dihasilkan nanti.Pendahuluan ini hanya perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja dan ianya menyentuh secara umum tentang tema atau persoalan yang berkaitan dengan tajuk karangan tersebut. Oleh itu , ia perlu ditulis secara ringkas tetapi padat. Perenggan pengenalan yang baik haruslah dapat menarik minat dan mendorong keinginan pembaca untuk membaca karangan tersebut dengan lebih lanjut lagi. Ditambah pula apabila ayat terakhir dalam perenggan pendahuluan ini merupakan ayat yang dapat membawa perhatian pembaca kepada isi sebenar yang dinyatakan dalam tajuk. 3.1.1 Penulisan Perenggan pendahuluan Perenggan pendahuluan yang baik hendaklah dihasilkan melalui kombinasi dua jenis ayat, iaitu ayat rangsangan (AR) dan Ayat Arahan (AA). Ayat rangsangan(AR) ialah ayat yang berkaitan dengan tema. Ayat ransangan ditulis pada bahagian awal penulisan sama ada terdiri daripada satu, dua , atau tiga ayat. Manakala ayat arahan (AA) ialah ayat yang menjawab soalan atau kata kunci karangan dan ayat arahan ini dihasilkan di akhir perenggan pendahuluan. Contoh 1 : Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer. 3.2 Perenggan Isi Perenggan isi merupakan bahagian yang paling penting dan paling panjang dalam penulisan karangan. Perenggan isi dihasil berdasarkan rangka dan isi yang telah dicatatkan sebelum mulai menulis tadi. Isi – isi penting karangan ini perlu ditulis dalam bentuk perengganperenggan dan setiap perenggan seharusnya berisi satu isi penting sahaja. Bagi hasil karangan

yang baik ia haruslah mempunyai hubungan atau perkaitan di antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya. Hubungan antara perenggan – perenggan ini dapat ditunjukkan dengan penggunaan penanda wacana seperti namun demikian, walau bagaimanapun, tanbahan pula dan sebagainya. Bagi menghasilkan karangan yang baik, sekurang – kurangnya lima isi penting perlu dimuatkan dalam satu – satu karangan. Isi – isi penting atau fakta – fakta tersebut hendaklah disusun mengikut kepentingannya dalam sesuatu penulisan . 3.2.1 Penulisan Perenggan Isi Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan, iaitu Ayat Judul (AJ), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), dan Ayat Penegas (AP). Ayat Judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu perenggan. Ia juga kadang – kadang disebut sebagai Ayat Topik. Ayat ini harus dihuraikan dengan lebih jelas agar dapat difahami oleh pembaca. Ayat ini juga merupakan isi utama bagi satu – satu perenggan. Ayat Huraian pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isiisi utama. Ayat huraian ini biasa terdapat lebih daripada satu ayat dalam satu – satu perenggan, bilangan ayat ini bergantung kepada sejauh mana ia dapat membuat huraian dengan jelas terhadap isi utama atau ayat judul dalam perenggan tersebut. Ayat Contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah. Ayat ini juga turut dikenali sebagai ayat bukti. Biasanya bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik, contoh yang digunakan perlu kukuh dan jelas.Jika sekiranya contoh yang digunakan kurang mantap, ia perlulah digantikandengan contoh lain yang lebih sesuai. Ayat Penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat Penegas juga merupakan ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi yang ditulis. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu,

sehubungan dengan itu, pendek kata, dan sebagainya. Ini untuk menunjukkan wujudnya perkaitan antara ayat –ayat dalam perenggan tersebut. Contoh Perenggan Isi 1: Program pasca taklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Contoh Perenggan Isi 2: Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. 3.3 Perenggan Penutup Perenggan penutup atau penutup karangan adalah kesimpulan atau rumusan bagai satu – satu karangan . Ia bertujuan untuk menyimpulkan atau merumuskan isi – isi yang telah dikemukakan dalam karangan. Disamping itu juga, ia berperanan sebagai perenggan yang dapat menunjukkan pendirian pelajar atau penulis tentang tajuk karangan yang dihasilkan. Biasanya perenggan penutup mempunyai kesimpulan yang lebih umum tetapi padat. Manakala dari segi kepanjangannya, ia biasanya hampir sama dengan perenggan pendahuluan. Lazimnya, untuk menunjukkan peranannya sebagai perenggan yang merumus dan mengambarkan pendirian penulis terhadap tajuknya, beberapa perkataan sering digunakan oleh penulis seperti justeru itu, kesimpulannya, jelasnya, akhir sekali dan sebagainya.

3.3.1

Penulisan Perenggan Penutup

Jika perengan pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan ke bahagian yang seterusnya, maka perenggan penutup pula hendaklah memberi sesuatu kepuasan kepada pembaca .(Juriah Long,RaminahHJ. Sabran & Sofiah Hamid, 1990). Seperti yang telah dinyatakan di bahagian atas bahawa perenggan penutup menjadi kesimpulan,rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Oleh itu, beberapa bentuk ayat perlu dimasukkan dalam perenggan ini agar karangan ini tidak ditamatkan secara mengejut. Ayat dalam perenggan penutup ini terdiri daripada ayat kesimpulan (A Ksmpln) , ayat cadangan (A.Cdgn), ayat pendapat (A.Pdpt), ayat Harapan, (A.Hrpn),dan Ayat Penutup (Apntp) Contoh 1 Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permai.

4.0

Penutup Menulis atau menghasilkan karangan merupakan satu kemahiran yang penting dalam

penguasaan bahasa. Sesebuah karangan atau wacana itu sendiri didirikan oleh pelbagai ciri kebahasaan yang meliputi perkataan, rangkai kata atau frasa dan ayat. Pengajaran penulisan secara umum meliputi pengajaran dan pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti pengajaran tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantik. Melalui pengajaran penulisan di sekolahsekolah sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan gagasan, buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala macam perkara, baik yang berbentuk akademik ataupun kegiatan-kegiatan harian dan pengalaman dalam berbagai jenis tulisan.

(2592 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI Adenan Ayob.(2010). Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Open University Malaysia. Institut Bahasa, 1994. StrategiPendidikan Bahasa Melayu. Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Haji Sabran & Sofiah Hamid.(1990). Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1979). Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, KBSM, PPK . Prof. Abdullah Hassan, Kaedah Mengajar Tatabahasa Bengkel Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah Prauniversiti, Kementerian Pelajaran, Singapura, 6-7 September 1986

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->