You are on page 1of 49

PERAKAUNAN AA015

BAB 2 :
KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN

1
Objektif
 Menjelaskan makna prinsip perakaunan
diterima umum dan kepentingannya.
 Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.
 Menjelaskan persamaan perakaunan dan
definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil,
belanja dan ambilan serta kesannya.
 Menganalisis kesan transaksi perniagaan ke
atas persamaan asas perakaunan.
 Menerangkan sistem catatan bergu.
 Menjelaskan hukum debit dan kredit.
2
KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN
Prinsip Perakaunan Diterima Umum

Konsep-konsep Perakaunan

Persamaan Perakaunan

Sistem Catatan Bergu

Soalan Pengukuhan
3
Prinsip Perakaunan
Diterima Umum
- Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan.
- Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti
ekonomi.
- Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan
garis panduan yang standard.
- Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan
cara yang sama oleh semua akauntan.

TUJUAN
- Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap,

boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat


perbandingan.
4

KONSEP-KONSEP
KONSEP-KONSEP PE
RAKAUNAN
 RUMUSAN

5
Konsep-Konsep Perakaunan
 Kos Sejarah  Materialiti
 Pengukuran Wang St  Realisasi
abil  Pemadanan
 Entiti Berasingan  Konservatisme / Pru
 Usaha Berterusan den
 Ketekalan  Pendedahan Penuh
 Tempoh Perakaunan  Keobjektifan

6
Kos Sejarah (Historical Cost)
- Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli.
- Sebab – objektif dan boleh dibuktikan.

Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000
pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat kepada RM25,000
pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh
Perniagaan AA. Kenapa?
Penyelesaian:
Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah
dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga
belian.
7
Pengukuran Wang
(Monetary Unit)
Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam
buku perakaunan dan ia dianggap stabil.
Contoh:
Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya
dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan perniagaan
membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga
nilai dalam wang dapat dipastikan.
Penyelesaian:
Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu
dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat dan nilai
ini tidak akan diubah mengikut nilai inflasi.
8
Entiti Berasingan (Separate Entity)
Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.
Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .

Contoh:
En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya.
Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod
perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol
untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

Penyelesaian:
En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian
kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan
peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh
direkod dalam buku perniagaannya.
9
Usaha Berterusan (Going Concern)
Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.
Tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk
menghasilkan pendapatan.

Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000
dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran
kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan
kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana
perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.
Penyelesaian:
Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha
berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan
disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan
beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan
10
Ketekalan (Consistency)
Kekalkan semua kaedah yang digunakan.
Tujuan – mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan
firma lain.
Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.

Contoh:
Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai
susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk
menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk
semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang
telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun
seterusnya.
11
Tempoh Perakaunan
(Accounting Period)
Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan,
membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan.

Contoh:
Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan
ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31
Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat.

Penyelesaian:
Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi
konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan
disediakan untuk setiap 12 bulan.
12
Materialiti (Materiality)
Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan maklumat
jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat
keputusan.
Penentuan materialiti:-
a) perlu buat bandingan.
b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.
Contoh:
Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-
masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan
kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan
pendapat anda.
Penyelesaian:
Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira
susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai
dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah material
untuk disusutnilaikan selama 10 tahun.
13
Realisasi (Realisation)
Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku.
Kriteria:-
berlaku pertukaran hakmilik.
pembeli sanggup bayar.
kestabilan nilai matawang.
pembeli berupaya bayar.
Contoh:
En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu
tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan
tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan
pendapat anda.
Penyelesaian:
En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga
pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit.
Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.

14
Pemadanan (Matching/Accrual)
Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh
yang sama.
Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu
tempoh perakauanan.
.

Contoh:
En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember
sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan Januari
berikutnya.

Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa
perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.
15
Konservatisme / Pruden
(Conservatism / Prudent)
Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira
tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang
nyata
Contoh:
Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat
menjangkakan syarikat akan kalah dalam perbicaraan
tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000
sebagai pampasan. Apa pendapat anda?
Penyelesaian:
Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam Penyata
Kewangan. 16
Pendedahan Penuh (Full Disclosure)
Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan
organisasi.

Contoh:
Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian
stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini
dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.
Penyelesaian:
Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana
perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada
akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang
berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

17
Objektiviti (Objectivity)
Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong
berlakunya urusniaga.
Tujuan – elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan
tidak tepat.
Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.
Contoh:
Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai
sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga pemulangan barang
jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda.
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga
pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang berlaku
perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain
sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat. 18
RUMUSAN
Konsep-konsep asas dalam perakaunan
menjadi garis panduan yang diterima umum
dan dipraktiskan sebagai satu standard yang
universal.
Konsep-konsep ini penting bagi memastikan
penyediaan penyata kewangan yang standard
kepada pengguna maklumat perakaunan.

19

PENGKELASAN AKAUNDALA
M SESUATU ENTITI
 Rumusan

 PERSAMAAN PERAKAUNAN
 Rumusan

20
Pengkelasan Akaun Dalam Sesuatu
Entiti
Penyata
Kewangan
(Financial Statement)

Penyata Lembaran Penyata Nota Kepada


Penyata
Pendapatan Imbangan Aliran Tunai Akaun
Ekuiti (Notes To The
(Income (Balance Sheet) (Cashflow
Pemilik Accounts)
Statement) Statement)

21
Penyata Pendapatan

Hasil Belanja

22
Hasil (Revenues)
Segala perolehan daripada jualan barang atau
penyediaan perkhidmatan.

2 jenis hasil iaitu:-


Hasil Pengendalian Pernigaaan
Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan

Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan


Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa
diterima, untung atas jualan aset tetap
23
Belanja (Expenses)
Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil.
2 jenis belanja iaitu:-
Belanja Operasi
Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja Jualan,
Angkutan Keluar
Belanja Bukan Operasi
Contoh:- Faedah atas Overdraf

24
Lembaran Imbangan

Ekuiti
Aset Liabiliti
Pemilik

25
Aset (Asset)
- Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan.
- Aset dibahagikan kepada dua:-
1. Aset Bukan Semasa
 Aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk
beberapa tahun.
 Terbahagi kepada 2:-
i. Aset ketara/nyata/tetap – Dapat dilihat secara
fizikal.
Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatan
ii. Aset tak ketara – Tidak dapat dilihat secara fizikal.
Contoh:- Tanda dagang, paten, hak cipta

26
2. Aset Semasa

 Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan boleh


ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun.

 Sentiasa berubah bentuk dan nilai.


Contoh :- Inventori, Akaun Belum Terima, Tunai,
Bank dan sebagainya.

27
LIABILITI (LIABILITY)

Hutang / obligasi perniagaan yang perlu dibayar oleh


entiti kepada pihak lain.
Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:-
1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun)
 Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang
melebihi satu tahun.
Contoh:- Pinjaman jangka panjang, gadai janji

28
2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun)

 Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang


dari setahun.
Contoh:- Akaun belum bayar, Belanja utiliti belum
bayar, overdraf.

29
EKUITI PEMILIK
(OWNER’S EQUITY)
- Tuntutan pemilik ke atas perniagaan. Ia
termasuk :
 Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke dalam

perniagaan.
 Untung bersih hasil daripada kegiatan
perniagaan.

30
Elemen-elemen yang terlibat dalam ekuiti
pemilik :
 Modal
 Terdiri daripada aset-aset yang diletakkan dalam
perniagaan oleh pemilik.
 Ia akan menambahkan ekuiti pemilik.
 Ambilan
 Pemilik mengeluarkan wang tunai atau barang niaga untuk
kegunaannya sendiri.
 Kesannya akan mengurangkan nilai ekuiti pemilik.
 Untung
 Belanja
 Kesannya akan mengurangkan ekuiti pemilik.

 Hasil
 Kesannya akan menambahkan nilai ekuiti pemilik.

31
RUMUSAN
 Terdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di dalam
Penyata Kewangan untuk keperluan perekodan akaun
perniagaan iaitu:
1. Hasil

2. Belanja

3. Aset

4. Liabiliti

5. Ekuiti Pemilik

32
Persamaan Perakauan

Tanpa Hasil Mengambilkira


Dan Belanja Hasil Dan Belanja

33
Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil
Dan Belanja

34
Contoh:-
1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Modal
+1000 +1000

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah


2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya
ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Ambilan
-100 -100
Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang
35
3. Perniagaan meminjam dengan En. BB sebanyak RM3,000 dan
diberikan cek.
ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman
+3000 +3000

Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah


4. Perniagaan membayar hutang RM 100 secara tunai
ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman
-100 -100

Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang


36
Persamaan Perakaunan
Mengambilkira Hasil dan Belanja

37
Contoh:
1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada CC
Agensi bernilai RM2,000
ASET = LIABILITI + EKUITI
Penghutang Jualan
+2000 +2000
Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah
(Peningkatan HASIL)
2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM90
ASET = LIABILITI + EKUITI
Bil telefon Belanja telefon
+90 -90

Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang


(Peningkatan BELANJA)
38
3. Pemilik perniagaan En. JJ mengambil wang tunai
sebanyak RM150 untuk kegunaannya sendiri.

ASET = LIABILITI + EKUITI


Tunai Ambilan
-150 -150

Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang


(Peningkatan Ambilan)

39
RUMUSAN
 Persamaan Perakaunan adalah asas utama
kepada penyediaan semua rekod-rekod
perakaunan.
 Semua catatan urusniaga di dalam rekod-
rekod perakaunan perlu mengekalkan
keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.

40

SISTEM CATATAN BERGU (D
OUNBLE ENTRY)
Rumusan

41
Difinisi Catatan Bergu

Bergu bererti berpasangan dan sistem


catatan bergu adalah satu sistem yang
melibatkan catatan debit dan catatan kredit.

42
Prinsip Sistem Catatan Bergu
DEBIT = Catatan sebelah KIRI akaun
KREDIT = Catatan sebelah KANAN akaun

Format Akaun T :

Tajuk Akaun
DEBIT KREDIT

43
Hukum Debit Dan Kredit

Akaun Rekod Catatan Baki Normal

ASET  DEBIT DEBIT


 KREDIT

LIABILITI  KREDIT KREDIT


 DEBIT

44
Hukum Debit Dan Kredit

Akaun Rekod Catatan Baki Normal

EKUITI PEMILIK  KREDIT KREDIT


 DEBIT

HASIL  KREDIT KREDIT


 DEBIT

BELANJA  DEBIT DEBIT


 KREDIT

45
Contoh:-
1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000
Aset = Liabiti + Ekuiti Pemilik
Tunai (Debit) = Modal (Kredit)
2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150
Peralatan (Debit) =
Tunai (Kredit)

Akaun Tunai Akaun Modal


1. 1000 1. 1000
2. 150
Akaun Peralatan
2. 150
46
Mengira Baki Akaun - T
Contoh:-
Akaun Tunai
Baki b/b 0
1000 150
h/b 850
1000 1000
b/b 850

47
Terdapat 2 jenis baki iaitu:
1. Baki Normal
Baki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di
mana peningkatan akan direkodkan
Contoh:- Aset – disebelah DEBIT
Liabiliti dan Ekuiti di sebelah KREDIT
2. Baki Tidak Normal
Baki adalah disebelah bertentangan dari baki normal

48
RUMUSAN
 Mengikut Sistem Catatan Bergu jumlah sebelah
debit akan sama dengan jumlah sebelah kredit.

 Dalam merekod urusniaga mesti mematuhi


peraturan merekod dalam Sistem Catatan Bergu
iaitu hukum debit dan kredit.

 Dengan itu, sistem catatan bergu akan terjadi


secara automatik dan persamaan perakaunan akan
seimbang.

 Akaun – T adalah satu cara merekod urusniaga


secara sistematik.
49

You might also like