You are on page 1of 15

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Wednesday, April 18, 2007


LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama
Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan
ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka
berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.
Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel.
Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila
beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama
kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke
dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang
psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental.
Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul
yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola
perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang
salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi
pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-
kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Soalan-soalan :

1. Di mana dan bilakah Jean Piaget dilahirkan?

a) Helsinki, Finland; 6 Ogos 1898


b) Nauchatel, Swizerland; 9 Ogos 1896
c) Rome, Italy; 3 February 1986
d) Gothenburg, Sweeden; 26 Disember 1888

2. Universiti yang pernah menjadi tempat Jean Piaget melanjutkan pelajaran adalah :

a) University of Swizerland
b) Nauchatel University
c) United Nation University
d) Oxford University
3. Pada usia berapakah Jean Piaget menghembuskan nafas terakhir?

a) 82 tahun
b) 83 tahun
c) 84 tahun
d) 85 tahun
Posted by ba-e-yah at 11:12 PM 0 comments
Wednesday, February 28, 2007
PENGENALAN

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu
mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep
penting tersebut adalah :
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti
contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan
skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak-
kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan
sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru
baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap
magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan
sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai
tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa
pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

• Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)


• Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
• Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
• Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Soalan-soalan :

1. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema
yang sedia ada". Hai ini menerangkan .........................

a) skema
b) asimilasi
c) akomodasi
d) adaptasi

2. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget.

a) 1
b) 2
c) 3
d) 4

3. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai .......................

a) tahap praoperasi
b) tahap deria motor
c) tahap operasi konkrit
d) tahap operasi formal
Posted by ba-e-yah at 2:59 AM 0 comments
Wednesday, February 14, 2007
TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut
mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya
kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai
pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).
Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan
dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan
lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan
sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini
belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan
ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi
mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini
pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-
kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu
tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab
musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori
mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu
bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya
akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku
itu lagi.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian


yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem
belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u
barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang
objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke
dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya


disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah
dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan
berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan
rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi
memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan
telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses
cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk


memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.

soalan-soalan:

1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian


mengikut umur?

a. 2
b. 4
c. 6
d. 8

2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang
dilihat?

a. 4-8 bulan
b. 8 bulan- 1 tahun
c. 1-1.5 tahun
d. 1.5- 2 tahun

3. Pernyataan manakah yang salah?

a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan
mata pada
sumber bayi.
b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.
c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan.
d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19
bulan.

4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?

a. berlakunya proses peniruan


b. mengalami proses cuba jaya yang mudah
c. hanya mampu melakukan genggaman
d. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.
5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada?

i pemahaman tentang akibat dan ruang


ii dapat membuat keputusan
iii konsep tentang objek
iv kebolehan mengira

a. i, ii
b. ii, iii
c. iii, iv
d. i, iii

(jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d)
Posted by lis_capri at 11:56 PM 0 comments
Monday, January 29, 2007
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik
di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi


lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan
dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan
merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan
pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )


2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan


membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara
peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap
ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan
'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu
objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya
berubah.

Soalan- soalan :

1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut


kecuali

a) persepsi
b) ingatan
c) bayangan
d) pengamatan

2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................

a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk
dan susunannya
b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah
bentuk dan susunannya
c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal
sesuatu
objek
d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah
sama kuantitinya

3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah :

a) pemikiran konkrit
b) egosentrik
c) operasi formal
d) pemikiran kritis

4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah
........................

5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia


secara
keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.

6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau
lebih
dimensi pada masa yang sama.
Posted by rezha at 11:50 PM 0 comments
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-
kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan
kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka
kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula
belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,
berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke
atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Soalan Objektif

1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun,
kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ...........

a) Operasi Formal

b) Pra-Operasi

c) Operasi Konkrit

d) Operasi Motor

2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya


memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. ``

Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk
menggambarkan penyataan di atas.

a) Deria Motor

b) Operasi Konkrit

c) Pra-Operasi

d) Operasi Formal

3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi


Konkrit;

a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek.

b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak.

c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep


ketuhanan.keadilan dan makna hidup.

d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.


Soalan Subjektif

Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-
kanak pada tahap Operasi Konkrit.

Jawapan untuk soalan objektif

1. c, 2.b, 3.a

Posted by ain at 11:45 PM 0 comments


TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)

Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia
telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas
tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik
dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat
hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan
pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan
mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan
berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang
terdapat dalam masyarakat.

Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik.
Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran
sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)

Soalan -soalan :

1. Tahap operasi formal melibatkan peringkat umur............

a) 8-11 tahun
b) 11-15 tahun
c) 15-17 tahun

2. Operasi formal merupakan tahap perkembangan kognitif ................


a) permulaan
b) pertengahan
c) maksima

3. Mereka mula memikirkan tentang diri dan peranan mereka dalam masyarakat. Tahap
ini
dinamakan tahap ...........................

a) tahap perkembangan
b) tahap operasi formal
c) tahap operasi konkrit

4. Berikut merupakan ciri-ciri remaja pada tahap operasi formal kecuali ........................

a) dapat membuat keputusan dan hipotesis melalui pemerhatian


b) patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan
c) emosional dan memberontak

5. Apakah ciri-ciri individu yang berada pada tahap operasi formal?

a) tidak dapat memahami dua atau lebih dimensi


b) dapat menyelesaikan hal yang berhubung dengan "combinativity"
c) menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih sistematik
Posted by kuCayang at 11:44 PM 0 comments
ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan
skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan
teori dan metodologi yang digunakan.

Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu
menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang
mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang
disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya
kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang
khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu,
mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set
operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang


terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat
menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang
sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982)
menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan
kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini
adalah bercanggah dengan teori Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan
dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu,
kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi
daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.
Posted by ain at 11:43 PM 0 comments
Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)


skpx 2083 psikologi perkembangan

• falsafah fitrah kejadian manusia


• prenatal dan kelahiran
• bayi
• kanak-kanak awal
• kanak-kanak pertengahan dan akhir
• remaja
• dewasa awal
• dewasa pertengahan
• dewasa akhir
• kematian
• teori freud

• GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR


• Perbezaan gaya kognitif individu
• ameenbooks.com.my

Blog Archive

• ▼ 2007 (9)
o ▼ April (1)
 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
o ► February (2)
 PENGENALAN
 TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
o ► January (6)
 TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
 TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
 TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)
 ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET
 APLIKASI TEORI PIAGET
 Teori Kematangan Kognitif Piaget

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan –Saidina Ali bin Abi Talib-

Kerika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali
kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang
dibukakan untuk kita.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum.


Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang disekelilingmu menangis.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta...

RENUNGKAN LAH....

Kelebihan membaca Bismillah


1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah
sebanyak 400 kebaikkan. 2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman
daripada syaitan,kecurian, maut mendadak dan bala.

3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari
ahad di saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang
tiada terduga.

4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim
itu. 10 HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.

1. Mati hatinya.

2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).

3. Digemari syaitan akannya.

4. Dimurkai Allah.

5. Disoal padanya pada hari kiamat.

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

7. Dikutuk para malaikat.

8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.

9. Lupa pada segala-galanya.

10.Terbuka aibnya pada hari kiamat

You might also like