You are on page 1of 10

BIDANG KERJAYA PROFESIONAL YNG DIPILIH

KEJURUTERAAN AERONAUTIK

Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera


aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat didalam mana mana
peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.

Siapakah itu Jurutera aeronautikal?

Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkuman atmosfera


bumi.

Kumpulan kerja Aeroangkasa?

Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta
juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan kemahiran fakta gunaan
bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan peraturan dan pengetahuan
tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera dalam proses penyelesaian
sebelumnya.
Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan
pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

2. Mempunyai kemahiran komputer

3. Tekun dan bekerja keras

4. Mempunyai keinginan untuk berjaya

5. Seorang yang dinamik

6. Dapat bekerja secara berkumpulan

7 Meminati profesion ini

PROSPEK MASA DEPAN KERJAYA TERSEBUT

Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi


kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan.
Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran
dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan
perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan
kakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh
negara maju seperti Amerika Syarikat.

Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari
pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari
kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lain
atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang
aeroangkasa adalah menerusi proses ini.

Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan
pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan
dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang
penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin
perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam.
Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam
telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat
terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti
IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia.

ANGGARAN PENDAPATAN DALAM KERJAYA INI

Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.


Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidang bidang
berkenaan adalah...

� Aeroangkasa..........................$30,860
� Kimia...................................... 39,204
� Awam..................................... 29,809
� Elektrikal................................. 34,840
� Industrial................................. 33,267
� Mekanikal............................... 35,051
� Metalurgikal............................ 33,429
� Perlombongan......................... 32,638
� Nuklear................................... 33,603
� Petroleum................................ 38,286
Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...
� BA/BS................................... $34,100
� MS.......................................... 40,200
� PH. D...................................... 55,

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DALAM KERJAYA INI


Analitikal

Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data
yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan
sesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir

Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa


pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi
permukaan pengangkat (lifting surface).

Analisa Kos
Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber
semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh
dipilih untuk diberikan kontrak kerja.

Rekabentuk

Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan
susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan
yang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah
merekabentuk pesawat terbang.

Perkhidmatan pengguna

Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan


dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna
dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan
semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera
rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.
UJIAN PENERBANGAN

Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan data
data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalam
mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam
meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam
keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..

Pengurusan
Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman dan
mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti
juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan
dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang
lain.

Pengeluaran
Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan
bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera
pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasi
yang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.

Pemasaran
Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan
baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat
serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran
juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan
penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

Bahan dan pemerosesan


Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya
ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.

Perisian sistem
Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem
aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.

Bidang berkaitan
Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukan
didalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang
berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, serta
keseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.

Kejuruteraan aeroangkasa
merupakan satu disiplin ilmu dalam bidang kejuruteraan yang mengkaji dan
mengaplikasikan konsep-konsep sains yang berasaskan pesawat udara dan pesawat
angkasa lepas.
Secara klisenya, kejuruteraan aeroangkasa sering dirujuk sebagai kejuruteraan
aeronautikal, terutama apabila berkaitan dengan pesawat udara, dan dirujuk sebagai
kejuruteraan astronautikal apabila berkaitan dengan kapal angkasa. Sub-bidang
kejuruteraan aeroangkasa merangkumi :

� Aerodinamik
- kajian tentang aliran udara pada objek seperti sayap (lihat juga daya angkat (lift) dan
aeronautik)
� Dorongan (propulsion)
- daya untuk menggerakkan pesawat dibekalkan oleh kipas (yang digandingkan dengan
enjin bakar dalam), enjin jet atau roket.

� Kawalan penerbangan
- kajian untuk mengawal pesawat untuk mencapai aras dan arah yang dikehendaki. (lihat
juga Astrodinamik)

� Struktur pesawat terbang


- rekabentuk konfigurasi fizikal pesawat untuk menahan kuasa yang dihadapi ketika
penerbangan. Juga merangkumi bahan (material) - bahan baru dengan kriteria yang
dikehendaki perlu dicipta dan bahan lama diubah suai untuk menaikkan tahap prestasi.

� Aeroanjalan (aeroelasticity)
- interaksi beban aerodinamik dan beban-beban elastik struktur, potensi menyebabkan
capahan (divergence), pembalikan (reversal), kibaran (flutter), paluan (buffeting) dan
lain-lain.

� Avionik (avionics) –
aplikasi elektronik dalam penerbangan. Avionik termasuk juga sistem komunikasi dan
panduarah (navigation), autopilot, sistem pengurusan penerbangan elektronic (Electronic
Flight Management Systems).
Asas kebanyakan unsur ini terletak pada teori matematik, seperti mekanik bendalir (fluid
mechanics)untuk aerodinamik atau persamaan gerakan untuk dinamik penerbangan.
Selain itu terdapat juga sebahagian besar komponen empirikal.
Dari segi sejarah, komponen empirikal didapati dari ujian model skala dan protaip, sama
ada dalam terowong angin (wind tunnel) atau di luar.

Pada masa sekarang, kemajuan teknologi komputer membolehkan penggunaan pengiraan


dinamik cecair untuk meramalkan sifat kenderaan, dengan itu mengurangkan masa dan
belanja.

Selain itu, kejuruteraan aeroangkasa menangani gabungan semua komponen yang


membentuk kenderaan angkasa (subsistem termasuk tenaga, komunikasi, kawalan suhu,
sokongan hayat, dll.) dan kitaran hayat (rekabentuk, pembuatan, ujian, operasi,
pelupusan), dan oleh itu merupakan cabang khas bagi kejuruteraan sistem. Keperluan
operasi kenderaan angkasa seringkali melampau (suhu, tekanan, radiasi, halaju, jangka
hayat...), mendorong kepada cabaran luar biasa dan penyelesaian khas kepada alam
kejuruteraan sistem angkasa.300

Tempat melanjutkan pengajian

Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah

Universiti Teknologi Malaysia (UTM),


Universiti Malaya (UM),

UKM, Universiti Sains Malaysia (USM),

Universiti Putra Malaysia (UPM),

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),

Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).

UTM,

UPM,

UiTM

dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.

Universiti-universiti luar negara seperti di

Amerika Syarikat,

United Kingdom,

Australia,

Kanada,

New Zealand

dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian

Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan
mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia,
biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus
matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.

Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM,
UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia,
Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke
peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh
diikuti secara terus selepas SPM.

Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan
Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.

Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej
swasta juga bo n. leh memoho

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan
(menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera
awam, elektrik dan kapal terbang.

SUASANA TEMPAT KERJA…

Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih
kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain
. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.

You might also like