You are on page 1of 9

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI DUA BAHAGIAN. ANDA DIKEHENDAKI


MENJAWAB SEMUA SOALAN DALAM KEDUA – DUA BAHAGIAN

BAHAGIAN A :SOALAN OBJEKTIF [ 60 markah ]

Pilih satu jawapan yang betul

1. Manakah antara yang berikut menunjukkan perlakuan bertanggung


Jawab semasa berada di sekolah ?

a) Menghadiri kelas komputer


b) Makan bersama rakan sekelas di kantin
c) Memulangkan alat sukan ke dalam bilik sukan
d) Memakai pakain yang kemas

2. Majukan diri bermaksud

a) membuat kerja apabila menerima arahan


b) mempertingkatkan diri dalam bidang yang diceburi
c) meniru orang lain untuk mencapai kejayaan
d) belajar dengan sambil lewa

3. Bagaimanakah cara belajar yang betul ?

a) Belajar bila hampir tiba peperiksaan


b) Belajar sambil menonton televisyen
c) Belajar hingga lewat malam
d) Mengadaakan kumpulan perbincangan

4. Murid yang berputus asa ialah murid yang

a) pemalas
b) rajin
c) sopan santun
d) cekal

1
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

5. Tingkahlaku yang baik ialah

a) tidak mendengar nasihat ibu bapa


b) mengamalkan sikap berjimat cermat
c) suka berbohong
d) susah memaafkan kesalahan orang lain

6. Mengapakah kita bertanggungjawab untuk menghormati ibu bapa ?

a) Ibu bapa banyak berjasa terhadap kita


b) Ibu bapa sering membeli pakaian untuk kita
c) Ibu bapa mencari rezeki untuk kita
d) Ibu bapa menjaga kita sejak kecil

7. Yang berikut bukan kepentingan mengenali diri sendiri , kecuali

a) mengetahui kekuatan dan kelemahan diri


b) menyedari kebolehan diri
c) mengetahui kelemahan diri
d) mengetahui kekuatan diri

8. Antara yang berikut , yang manakah tidak benar tentang cara


membaiki kelemahan diri?

a) Malas berusaha untuk memajukan lagi diri


b) Berusaha menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada
c) Meningkatkan kemahiran diri sendiri
d) Mengasah kebolehan yang sedia ada

9. Makanan yang seimbang ialah makanan yang

a) mengandungi banyak lemak


b) membuka selera
c) mempunyai khasiat yang sesuai untuk tubuh badan
d) boleh mengenyangkan

2
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

10. Antara berikut , manakah yang perlu dilebihkan dalam pemakanan kita
seharian ?

a) Sayur-sayuran c) Nasi
b) Garam d) Makanan yang berlemak

Soalan 11 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

11. Jenis makanan yang ditunjukkan dalam gambar di atas mengandungi

a) mineral c) protein
b) karbohidrat d) vitamin

12. Antara berikut ,yang manakah tidak benar tentang cara penjagaan
Kebersihan anggita badan ?

a) Membasuh tangan menggunakan sabun


b) Memberus gigi tiga kali sehari
c) Membiarkan kuku yang panjang
d) Mandi menggunakan sabun

13. Mengamalkan pertuturan yang baik tidak akan _________ perasaan


orang lain.

a) bermusuh c) mengganggu
b) menyinggung d) menyakitkan

14. Aktiviti riadah dapat dilakukan pada waktu pagi dan __________.

a) malam c) tengah hari


b) petang d) senja

3
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

15 Penampilan diri yang positif menyebabkan kita disenangi dan


______oleh orang lain.

a) diyakini c) dibenci
b) dikuasai d) dipulau

16. Senaman membantu ____________ badan kita

a) menyihatkan c) menggemukkan
b) meletihkan d) mencantikkan

17. Sekiranya kita melakukan kesalahan kita hendaklah ___________.

a) meminta maaf c) menyembunyikan diri


b) mendiamkan diri d) memperbaiki keadaan

18. Seseorang murid dikatakan bijak mengurus diri apabila dia_________.

a) menjaga kebersihan diri c) makan sesuka hati


b) belajar sehingga lewat malam d) tidur lewat malam

19. Apakah aktiviti yang perlu dijalankan sebelum sesuatu aktiviti riadah
dilakukan ?

a) Menyegarkan badan c) Merehatkan badan


b) Memanaskan badan d) Menyejukkan badan

20. Sebuah keluarga asas terdiri daripada

a) bapa, ibu, dan anak c) datuk, bapa dan anak


b) datuk, nenek, dan ibubapa d) datuk, nenek dan ibu

21. Keluarga kembangan merupakan sebuah keluarga yang

a) sederhana c) besar
b) kecil d) asas

4
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

22. Datuk dan nenek termasuk dalam golongan keluarga

a) kembangan c) kecil
b) asas d) besar

23. Kita hendaklah ________ dengan keluarga asas dan keluarga


kembangan kita.

a) cemburu c) menyimpan hasad dengki


b) bermusuhan d) bangga

24. Ibu bapa mendidik anak-anaknya supaya menjadi manusia yang

a) mudah berputus asa c) malas


b) terkenal d) berguna

25. Kita tidak boleh __________ hati anggota keluarga yang lain.

a) bermain c) bermusuh
b) menyakiti d) bermanja

26. Hari-hari yang sesuai diingati oleh anak untuk memberikan kad ucapan
kepada ibu atau bapa adalah seperti yang berikut kecuali

a) hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa


b) Hari Ibu
c) Hari Bapa
d) Hari kebangsaan

27. Sebuah keluarga yang bahagia ialah keluarga yang mementingkan

a) Harta benda c) keperibadian


b) Kasih sayang d) kekayaan

5
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

28. Mengapakah kita perlu bertutur dengan sopan semasa berinteraksi


dengan orang lain ?

a) Supaya kita disayangi


b) Supaya mendapat pujian
c) Supaya dihargai
d) Menonjolkan penampilan diri yang positif

29. Sekiranya ingin mencapai kejayaan, seseorang murid mestilah

a) bergiat cergas dalam bidang kokurikulum


b) berusaha tanpa jemu
c) rajin bermain-main
d) belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan

30. Bagaimanakah seseorang murid itu dikatakan mempunyai sikap


berdikari ?

a) Membantu rakan dalam pelajaran


b) Membantu guru tanpa diminta
c) Membasuh kasut sekolahnya
d) Membantu ibu menjaga adik

6
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR [ 40 MARKAH]

1. Nyatakan empat sikap bertanggungjawab ketika berada di sekolah

1.________________________________________________________

2.________________________________________________________

3.________________________________________________________

4.________________________________________________________

( 8 markah)

2. Nyatakan empat perlakuan bertanggungjawab semasa berada di rumah

1.________________________________________________________

2.________________________________________________________

3.________________________________________________________

4.________________________________________________________
( 8 markah)

3. Kategorikan peringkat makanan dalam piramid makanan di bawah

4
(10 markah)

7
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

4. Nyatakan khasiat makanan yang berikut

( 8 markah)

5. Membasuh sukan berludah

Kemas tulisan batuk

i) Kita mesti mengambil bahagian dalam _________ supaya badan kita


Sihat.

ii) __________kita hendaklah elok supaya guru senang menyemak buku


latihan kita.

iii) Bila kita _________, kita harus tutup mulut kita ataupun menoleh
muka daripada kawan.

8
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

iv) Penyakit senang berjangkit jika kita _________ di merata-rata


tempat.

v) Bilik kita mesti ____________ dan bersih supaya kita dapat berehat
dengan selesa.

vi) Kita mesti __________ tangan selepas kita keluar dari tandas atau
sebelum kita makan.

You might also like