You are on page 1of 5

Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Pengeluaran Pekerja Berpencen

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah
diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja beserta dividen sekiranya masih
mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) KWAP.

Pengeluaran Pesara Pilihan

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang telah bersara secara pilihan daripada Perkhidmatan Awam
mengeluarkan semua simpanan bahagian pekerja beserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan bagi
tempoh yang wajib mencarum semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam.

Kelayakan Memohon

Pengeluaran Pesara Pilihan


Pengeluaran Pekerja Berpencen

 Bekerja dalam sektor awam dan mencarum  Anda telah bersara daripada Perkhidmatan
kepada KWSP sehingga diberi taraf Awam secara pilihan dan tidak bekerja lagi;
berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA);
ATAU

ATAU
 Anda telah bersara secara pilihan daripada
Perkhidmatan Awam tetapi masih bekerja
 Bekerja dalam Kementerian dengan majikan lain atau bekerja sendiri;
Pertahanan/Perkhidmatan Tentera dan
mencarum kepada KWSP dan seterusnya
ATAU
diberi taraf berpencen oleh JPA.

 Anda berkhidmat dengan agensi Kerajaan


dan telah bersara secara pilihan dibawah
Penswastaan atau Pengkorporatan tetapi
masih bekerja dengan agensi berkenaan.

Anda tidak layak memohon sekiranya anda adalah anggota tentera yang bersara secara pilihan daripada
perkhidmatan tentera.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Anda boleh mengeluarkan caruman pekerja beserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP
setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP.

:: KWSP 9J (AHL) - Pengeluaran Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen ::

» Kaedah Permohonan Diproses


» Senarai Dokumen Yang Diperlukan
» Kaedah Bayaran
» Maklumat Tambahan
» Cara Permohonan Dihantar
» Pertanyaan
» Soalan Lazim Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Persara Pilihan
Permohonan Diproses
Pengeluaran Pekerja
Pengeluaran Pesara Pilihan
Berpencen
Jumlah caruman pekerja bagi tempoh wajib Sekiranya caruman
mencarum semasa berkhidmat dengan bahagian kerajaan belum
Perkhidmatan Awam akan dibayar kepada ahli dikembalikan kepada KWAP,
dan caruman majikan akan dikembalikan kepada KWSP perlu membuat
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) pengiraan caruman bahagian
KWAP. Sekiranya terdapat caruman yang diterima kerajaan terlebih dahulu
daripada majikan swasta sebelum, semasa dan sebelum pengiraan
selepas tempoh wajib ini, caruman tersebut juga simpanan bahagian pekerja
akan dibayar kepada ahli. yang layak dibayar kepada
Sekiranya terdapat kesilapan dalam maklumat ahli dibuat.
tempoh perkhidmatan di dalam borang Bagi kes di mana caruman
pengesahan perkhidmatan (Lampiran A dan B) syer kerajaan telah
dan bayaran syer kerajaan telah dibuat kepada dikembalikan kepada KWAP,
KWAP, KWSP tidak akan membuat pengiraan pengiraan caruman pekerja
semula. Bagaimanapun, pelarasan bayaran akan akan dibuat sebaik sahaja
hanya dibuat apabila ahli bersara kelak. permohonan diterima.
Dalam keadaan di mana anda di dapati
terhutang dengan kerajaan (sebahagian syer Sekiranya masih terdapat
kerajaan telah terambil melalui pengeluaran caruman yang diterima
sebelum ini) tiada amaun pengeluaran akan selepas Pengeluaran
dibayar kepada anda dan baki syer kerajaan akan Pekerja Berpencen akibat
dikembalikan kepada KWAP. Kerajaan akan daripada caruman
mendapatkan semula jumlah yang terhutang itu tertunggak atau pelarasan,
daripada ganjaran dan/atau pencen anda semasa KWSP akan memproses
bersara kelak. simpanan yang masih
Ahli yang akan bersara wajib dalam tempoh terdapat di dalam akaun ahli
satu tahun, dinasihatkan seperti berikut: di bawah Pengeluaran
(i)     Tidak memohon di bawah pengeluaran ini Pesara Pilihan. Caruman
kerana tempoh perkhidmatan muktamad pekerja beserta dividen akan
sedang diproses oleh Jabatan Perkhidmatan dibayar kepada ahli dan
Awam (JPA). Pengiraan caruman kerajaan caruman majikan akan
akan dibuat berdasarkan kepada tempoh dibayar kepada KWAP.
perkhidmatan muktamad yang diberi oleh
JPA bagi membolehkan ganjaran dan pencen  
ahli diproses dengan tepat.
(ii)     Sekiranya jumlah caruman kerajaan telah  
dikira melalui maklumat B04 (Notis
Pelepasan Caruman Kerajaan) yang
dikeluarkan oleh JPA secara atas talian
(‘online’) bagi Semenanjung, Sabah dan
Sarawak, ahli boleh memohon pengeluaran
caruman pekerja di bawah pengeluaran 55
tahun.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan


DOKUMEN UTAMA

Pekerja
  Pesara
Bil. Nama Dokumen 
Pilihan
Berpencen
1. Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL). Sila klik pautan berikut
untuk muat turun borang. √  √ 
2. (a) Kad Pengenalan Awam/Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
      ATAU(b) Kad Pengenalan Polis dan Surat Pengesahan √  √ 
Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Awam
merujuk kepada orang yang sama.
3. Surat  Pengesahan tempoh perkhidmatan daripada Ketua Jabatan
iaitu Lampiran A dan Lampiran B. Sila klik pautan berikut untuk √   
muat turun format surat.
4. Surat Pengakuan Ahli Pengeluaran Pesara Pilihan. Sila
klik pautan berikut untuk muat turun format surat. 
  √ 
5. Bukti Pengesahan Taraf Pesara
• Surat Pengesahan Taraf  Pesara yang
   dikeluarkan oleh JPA; ATAU   √ 
• Surat Kelulusan Pencen (PEN 1/TAB 1) yang
   dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA
6. Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian) ATAU
Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU
Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah
pengeluaran melebihi RM100,000.00.
• Akaun bank mestilah yang masih aktif; DAN
√  √ 
• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang 
  dilantik

Nota:

Bagi pemohon yang akan mengemukakan permohonan menerusi pos, anda dikehendaki melengkapkan Borang
Permohonan Pendaftaran Ahli Dan Pindaan Maklumat (KWSP3) dan menyertakan bersama-sama dengan borang
permohonan. Ahli dinasihatkan membaca dengan teliti arahan-arahan di dalam panduan yang disertakan sebelum
mengisi borang.
Kaedah Bayaran
(i) Bayaran Dalam Malaysia

• Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda dengan syarat:
a. Anda mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik. Sila klik link berikut untuk melihat
Senarai Bank Panel KWSP; DAN
b. Akaun bank anda  masih aktif; DAN
c. Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu
(‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00.
d. Nombor pengenalan diri anda adalah sama dengan rekod bank.
e. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank
tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.

(ii) Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut:
• Matawang negara di mana anda bermastautin berdasarkan alamat di dalam Borang Pengeluaran KWSP 9J
(AHL); ATAU
• Dalam matawang US Dollar sekiranya KWSP tidak boleh membayar dalam matawang negara seperti di
atas; ATAU
• Matawang asing mengikut pilihan anda di dalam Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)

» Kembali

 
Maklumat Tambahan
Status Selepas Pengeluaran Pekerja Berpencen

• Anda bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP memandangkan anda dianggap telah membuat
pengeluaran kesemua simpanan.

• Sekiranya anda bekerja semula dengan pihak swasta selepas pengeluaran ini, anda diwajibkan untuk
mencarum kepada KWSP tanpa perlu membuat pendaftaran sebagai ahli baru.

• Anda hendaklah menggunakan nombor keahlian yang sama untuk mencarum dan layak menikmati semua
faedah sebagai ahli KWSP.

Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan

• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di Institusi Pengurusan Dana (IPD) apabila anda
mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan
Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.

Pilihan Mencarum Semula Selepas Pengeluaran

• Sekiranya anda ingin terus mencarum kepada KWSP, anda boleh memilih untuk mencarum semula di
bawah kategori orang bekerja sendiri.
• Caruman hendaklah dibuat menggunakan Borang KWSP 6A (1) yang boleh diperolehi di mana-mana
cawangan KWSP dan dibayar oleh anda sendiri.

• Kadar caruman yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada RM50.00 dan tidak melebihi RM5,000.00
sebulan. Caruman ini adalah daripada gaji anda sahaja dan majikan anda tidak lagi diwajibkan mencarum.

» Kembali

 
Cara Permohonan Dihantar
Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter atau melalui pos.

SERAHAN DI KAUNTER
• Sila bawa bersama dokumen asal beserta salinan dokumen bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP (jika
belum dibuat pengesahan dokumen).

SERAHAN MELALUI POS


• Sila pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan nama,
jawatan dan cop rasmi pengesah kecuali bagi salinan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP sebagai
pegawai pengesahnya. Sila klik pautan berikut untuk mendapatkan Senarai Nama Pegawai Pengesah Dokumen
Yang Dibenarkan.

 Anda perlu melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli Dan Pindaan Maklumat (KWSP3) dan
menyertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Anda dinasihatkan membaca dengan teliti arahan-arahan
di dalam panduan yang disertakan sebelum mengisi borang.

• Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada:

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA


Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
SELANGOR DARUL EHSAN

Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,
pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu
tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya.

Sila klik link berikut untuk melihat lebih lanjut tentang Senarai Peraturan dan Kesalahan
» Kembali
Soalan Lazim Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Persara Pilihan
1. Apakah Pengeluaran Pekerja Berpencen (PPB) secara umum?

PPB dilaksanakan pada 1 Julai 2000 berdasarkan Seksyen 54c(1) Akta KWSP 1991. Pengeluaran
ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah
diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen
sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan
kepada Kumpulan  Wang Amanah Persaraan(KWAP).

2. Apakah Pengeluaran Pesara Pilihan (PPP) secara umum?

SPP dilaksanakan pada 2 Januari 2001 berdasarkan Seksyen 54c (2) Akta KWSP 1991.
Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang telah bersara secara pilihan daripada Perkhidmatan
Awam mengeluarkan semua simpanan bahagian pekerja yang wajib dicarum semasa berkhidmat
dengan Perkhidmatan Awam.
3. Apakah kelayakan ahli untuk memohon PPB?

Ahli layak memohon  sekiranya;


i.  Bekerja di dalam sektor awam dan mencarum kepada KWSP sehingga diberi taraf berpencen
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
ii.  Bekerja di dalam Kementerian Pertahanan/Perkhidmatan Tentera dan mencarum kepada KWSP
dan seterusnya diberi taraf berpencen oleh JPA.
Anda tidak layak sekiranya anda adalah anggota tentera dan bersara secara pilihan daripada
perkhidmatan tentera.

4. Apakah amaun  kelayakan ahli jika  memohon PPP bila ahli telah bersara secara pilihan dari
Perkhidmatan Awam dan tidak bekerja lagi?

Ahli layak mengeluarkan jumlah simpanan syer pekerja bagi tempoh perkhidmatan yang diiktiraf
diberi taraf berpencen semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam sahaja.

5. Apakah amaun kelayakan ahli jika memohon PPP bagi ahli yang berkhidmat dengan agensi
kerajaan yang  bersara secara pilihan di bawah Pengswastaan atau Pengkorporatan tetapi masih
bekerja dengan  agensi berkenaan?

Ahli layak memohon jumlah simpanan syer pekerja bagin tempoh perkhidmatan yang diiktiraf diberi
taraf berpencen semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam sahaja.

» Kembali

You might also like