P. 1
PSV3105

PSV3105

|Views: 357|Likes:
Published by ZuEha Mahzin

More info:

Published by: ZuEha Mahzin on May 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/21/2013

pdf

text

original

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM SEMESTER 4

MODUL

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan September 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafal Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan JERISE 1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2 - untuk 5P KBSR
i

iii iii iv v-vii viii ix

1

1 1 1 2 14

23

32

1.5 Latihan A

37

Tajuk 2

Meneroka Alat dan Bahan

39 40 41

2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi Pelbagai jenis alat dan bahan

42

2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian- perisian

56

2.5 Latihan B Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

ii

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU. Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia .

Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. dan masa anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. vi . Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Dua latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini.PANDUAN PELAJAR Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah.

ii. Pengetahuan maklumat kandungan dan pedagogi sentiasa kemudahan ICT dinamik dan dan bertambah. Pelajar diminta memahami konsep. iv. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. i. mengumpul maklumat. memproses maklumat.Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vi. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu tahun pengajian. bahan rujukan. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah. dan mengaplikasi maklumat. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat. pengalaman profesional dan juga sumber internet. pelajar disarankan untuk membuat rujukan dengan menggunakan Online Learning(OLL). vii. Oleh itu. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. v. iii. Selamat maju jaya. iaitu pada pensyarah. vi . istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal. rakan sekerja. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PENGENALAN
Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali

dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1 amali dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap, minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak . Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2. Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid. Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid. Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosiobudaya . Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalanpersoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman

setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk

mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

v

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)
Interaksi Bersemuka (jam) 12

Bil.

Tajuk/Topik

Modul (jam) 0

Jum. Jam 12

1

Teori Pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Teori Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 Teori Persediaan Mengajar Amali Meneroka Alat dan Bahan Amali Meneroka Tajuk dan Isi kandungan mengikut tema Amali Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan Amali Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat binaan serta Kraf traditonal

2

0

9

9

3

9

0

9

4

0

6

6

5

6

0

6

6

9

0

9

7

9

0

9

Jumlah keseluruhan

30

15

45

vi

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TAJUK 1

Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2

1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Menggambar

Membuat Corak dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

1

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

P e n g e n a la n S e n i V i s u a l
Me nggam bar M e m b e n tu k d a n M e m b u a t B in a a n K u ri k u lu m PS V SR

Me m bua t C orak d a n R e ka a n

K r a f T r d is io n a l

Rajah 2. Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

2

Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media. a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.4.1 Menggambar Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1. anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. proses dan teknik menggambar. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Melalui asas-asas menggambar.1. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek 3 .

Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3. cat poster. cat gloss dan lain-lain lagi. cat emulsi. 4 . Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air. hasilnya ialah catan. Menggambar Mozek Lukisan Catan Kolaj Capan Teknik Menggambar Gurisan Montaj Cetakan Percikan Stensilan Gosokan Resis Rajah 3 Teknik Catan Apabila seseorang mengecat.

rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Warna air boleh disapukan di atasnya. anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas. imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. 5 . Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Teknik Stensilan Untuk teknik stensil. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Dengan teknik ini. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.. Untuk jenis cetakan blok.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

.

paku dan gunting geometri seperti bulat. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Escher.gather. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. siput. bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi warna air boleh dipercik dari berus anda menggunakan warna air bersama warna lilin Kepingan gambar-gambar disusun dan digam 1. tulisan cina dan tamil serta angka. dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau. kayu. rumah. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:      alam semulajadi seperti bunga.1. serangga dan haiwan.jpg Salah satu sebab M. gasing dan keris. tulisan jawi. meja. segitiga dan segiempat.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full. bahan buatan manusia seperti kerusi. abjad rumi. 7 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas. artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali.2 Membuat Corak dan Rekaan http://media-files.4.C. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak.

antaranya adalah: Membuat Rekaan Dan Corak Jenis susunan corak Rajah 4 Membuat Rekaan Dan Corak Teknik Corak Tarikan Renjisan Titisan Corak Tidak Terancang Lipatan Ikatan dan Celup Pualaman Tiupan Rajah 5 Teknik menghasilkan corak tidak terancang 8 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Terdapat pelbagai jenis susunan corak.

topeng dan origami.japonya. Dalam bidang ini. anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Disini anda akan bagaimana teknik. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul. asemblaj.4. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan. mobail. imbangan dan kestabilan.org/icerik/2009/05/origami-450x338. stabail. tema ditentukan dan juga lihat tentang persembahan hasil kerja. boneka. diorama.1. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat bahan.jpg Pada zaman kanak-kanak anda dahulu. struktur.3 Membentuk Dan Membuat Binaan http://www. model. semasa menjalankan proses penghasilan seni. 9 . ruang. dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1. Bidang kegiatan juga dan mendedahkan teknik pelajar Ini dengan memberi alat dan membentuk penggunaan peluang binaan alat pelbagai penghasilan. kreatif kepada murid berinteraksi secara dengan bahan. alat dan bahan. anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari.

4 Mengenal Kraf Tradisional www. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis. iaitu: (a) Alat Domestik (b) Alat Permainan (c) Alat Pertahanan Diri (d) Batik (e) Seni Tekat (f) Tembikar (g) Seni Anyaman (h) Seni Ukiran Kayu 10 .1.4.bestbatik.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Origami (f) Model (g) Diorama (h) Boneka (i) Topeng 1.com/batik/images Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai melibatkan kemahiran perusahaan kerja-kerja atau kerja-kerja tangan serta berunsurkan seni yang memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik 11 . Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan. Perlis. Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Tombak. Keris Bali. Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Terengganu. Pedang. Selangor dan Johor. Keris Sundang. Keris Bugis dan Keris Picit. Badik. Keris Majapahit. Tumbuk Lada. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris. Sewar. Keris Semenanjung. Batik tulis. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan. Lembing dan Sumpit. Beladau. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk dan digunakan sebagai peralatan harian kepada memberi kemudahan masyarakat tradisional pada ketika itu. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan melayari internet. Kedah. Lawi Ayam. Pahang. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa. Rencong Aceh. Jembiah Lading. Keris Petani atau Pekaka. perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja. Keris Sumatra.

dengan permukaan berwarna coklat. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. Selangor. dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Johor. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. hitam dan kelabu gelap. ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Sama ada ditekat. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang kini diminati ramai. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf. Tembikar Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha. Negeri seperti Perak. disulam atau disuji. 12 . Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Seni Tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji. ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah. iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. corak. kain selendang dan baju kurung. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15. Kelantan dan di Sungai Perak.

menjalin bertam. 13 . atau mengkuang. kepala Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Anyaman Anyaman merupakan satu proses lidi. rumah. rotan. ribu-ribu bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak di dan mendapat tempat yang istimewa unik di ini kalangan masyarakat negara ini. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. sampan. masjid. Seni ukiran Melayu yang diperlihatkan melalui ukiran pada istana. bilah buluh. senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. helaian paku-pakis daun pandan. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. perabot. Kelarai ini diantaranya ialah: (a) Kelarai berakar (b) Kelarai beras patah (c) Kelarai bunga cengkeh (d) Kelarai tampuk manggis (e) Kelarai bunga mempelas Ukiran Kayu (f) Kelarai anak ikan (g) Kelarai kepala lalat (h) Kelarai mata punai (i) Kelarai sisik kelah (j) Kelarai tapak harimau Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. makam. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan 1. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni 14 . pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. dan aksi. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.2 Pemerhatian. Semasa menyediakan aktiviti. Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. minat. bahan. penerokaan. benda yang konkrit.2. dan mencetus idea dan imaginasi.4. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea. perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:      pengetahuan sedia ada murid. kecenderongan dan latar belakang murid.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. bunyi. pergerakan.4. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.

Melalui kefahaman aspek di atas.anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaan     aktiviti kecil mudah ringkas. Semasa menyediakan aktiviti. mencari altenatif.4. terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan. suaikenal dengan bahan. amalan tertib kerja 15 . Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas. Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. tatacara. 1. variasi dan kemungkinan lain.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.2. murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. ii) penghasilan / membuat / pengalaman    penggunaan alat bahan dan teknik. penemuan oleh murid sendiri. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. cuba mencuba. langkah dan proses membuat. murid senang dan ingin mencuba   aktif melibatkan pelbagai kecerdasan. uji menguji. bebas daripada jawapan tetap.

alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. kritis. dan penyampaian kandungan subjek. manipulasi dan persepsi visual. keluarga. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar. psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan.2.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual   keselamatan semasa bekerja.” Daripada kenyataan di atas. apakah yang anda harapkan boleh berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda? 1. murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. idea. masyarakat dan negara. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. dan mengenal kraf tradisional. halbenda dengan bentuk hasil “Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan.3 Pengalaman Langsung Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak langsung. Bekerjasamalah dengan rakan anda. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. menghargai keindahan alam persekitaran. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih. membentuk dan membuat binaan. koordinasi. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. membuat corak dan rekaan. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan.4. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi. kraf 16 . Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran.

murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. menyimpan maklumat atau dokumentasi. membuat pilihan. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. nilai kebersihan dan kepekaan.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual tradisional. mengaplikasi disiplin seni visual. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan. berfikir secara kritis dan kreatif. unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual. Semasa menggambar umpamanya. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Secara tidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. alat dan teknik. kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. 17 . nilai patriotisme. berkomunikasi secara berkesan. membuat interpretasi. menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. proses pembuatan hasil seni. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.

Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.4 Apresiasi Apresiasi pandai tema didefinisikan sebagai tukang mengenai kajian mengenai seni dan pelukis-pelukis atau faktor yang mereka. alat bahan dan teknik. bagaimana mereka memilih dan "subject matter" gaya stail tertentu Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. cara mereka bekerja. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Semasa menyediakan aktiviti mudah. Apresiasi berkomunikasi seni secara aktif lain melibatkan apa yang penggunaan untuk dengan orang difikirkan dan dirasakan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. rupabentuk dan bentuk. Karya seni seperti catan. penghargaan dan refleksi diri. jalinan. perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:  aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan. penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. cetakan dipandang sementara arca dan binaan bahasa di sentuh. ton. 18 . lukisan. mempengaruhi mereka. aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi. hasil-hasil serta mereka. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. warna. perasaan.4. terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.2.      aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.

Secara Penerangan . Secara Perbandingan Secara Penghasilan Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Mengikut John A. filem. gaya konsep dan zaman. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang. Balai seni.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. bila dihasilkan. pameran. proses. slaid. 19 . tujuan/teknik pelukis. . Secara Pemerhatian Membaca. penilaian. media. nilai-nilai astetika serta pengaruh. Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. mengumpul dan menyusun gambar-gambar Analisa. perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. mengkaji.

(c) Organistik (d) Normistik (e) Elektik Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Pendekatan ini akan dapat Secara lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. falsafah dan prinsip rekaan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (b) Kontekstualistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap kefahaman dalam pengamatan karya. sejarah. penghasilan ini akan lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada dan penghayatan sesuatu karya seni. sistematik dan kefahaman serta kejelasan. cantik. konsep. kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu 20 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi. Ianya berkait dengan pengetahuan Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman. pernyataan perasaan. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.tidak cantik dll secara spontan. menarik dan benci. interaksi pemerhati.tidak suka. gemar. rentak pengkaryaan. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. konsepsi. orang lain. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah. hujah dan penilai karya.

agama dan budaya. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik. ini Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip. tata atur. imbangan. struktur organisasi dan alat dan pemerhatian rawak. ianya adalah penilai untuk seni tentang tanggapan secara positif dan negatif. Ini membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna. ruang dan penataan cahaya. jalinan. perulangan. Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. kesinambungan serta kepelbagaian. naratif dan nilai-nilai akhlak. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah. aspek tata letak. menjurus gabungan persepsi bahan. Kaedah kepada baik. sederhana dan kurang 21 . tidak aspek kronologinya. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara Penekanan kriteria kepada akan dapat harmoni.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual pendekatan yang menarik oleh pemerhati. menyentuh intuisi dan menyenangkan. unsur-unsur seni. tidak ada unsur sensasi. rasa takwa. Wajaran hanya secara baik.

prinsip rekaan dan struktur.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas. berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa (c) Tafsiran (d) Penilaian ( Analysis ) ( Intrepetation ) ( evaluation ) Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya. (iii) Menghuraikan stail. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah. (iv) Melihat teknik. alat dan bahan yang digunakan. Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni.Sebagai contoh : Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. aliran dan gaya sesuatu karya. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. 22 .

(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. kumpulan atau individu. (d) Stail sesuatu zaman. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. prinsip. budaya. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu. proses. keagamaan dan kepercayaan. 23 . sejarah serta keseniannya. alat dan bahan. Begitu juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda. unsur-unsur seni. aliran. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. struktur corak dan bahan. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni. (c) Sejarah seni. simbol. teknik. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. sosial.

perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. kualiti objek.3. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek meja dan sebagainya. pinggan senduk.jpg Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan. rupa dan bentu 24 . warna. pisau.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan.anthonydelia.com/images/unfettered. alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan 1.4. Daripada objek persekitaran pula.3 Tema. jalinan. a. ruang. isi kandungan.4. Alam semulajadi dan objek persekitaran http://www. ciri-ciri organik. piring. dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk ('form'). Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan. keunikan.

com/wp/wp-content/moma-starry-night. teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran statusquo pelukis. khayalan dan imaginasi si pelukis http://www. Menurut Frued lagi.sell-arts.jpg Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta.com/images/items/10012/1012058_0. Perasaan dalaman. misteri. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre. sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b. c. perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya. Aliran dan tema sejagat http://elliottback. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.jpg 25 . Perasaan takut.

keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Keperluan dan pengalaman hidup harian http://www. sudu. Dalam konteks yang lebih besar. 26 .au/shop/images/uploads/japanese Ciptaan cawan. periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. manusia mencipta dan membuat kipas. 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani. senduk. jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art'. Pada bidang yang lebih besar.gourmetcookshop. basikal. Dari idea yang berbagai. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. mencabar dan sanggup menerima rintangan. d.com. kereta. semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara.

Serahkan tugasan ini kepada Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah. Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang tersenarai di atas dengan melayari internet. kesan kemiskinan. atau sebagainya.digitalart.jpg Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam.ca/art/romanticism/images/sabine-women.ab. Umpamanya peperangan yang berlaku. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism http://www. 27 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran. e.

Membuat Corak dan Rekaan 3. emosi.3. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi. Kolaj. Gosokan. teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna. puisi. Cetakan. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal. Capan. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. bahan dan kegunaannya. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna. Catan. Percikan.2 Isi kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. mental. 28 . imbangan dan komposisi. kreativiti dan ekspresi diri. bahan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Mozek dan Poster. Menggambar 2. apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. fantasi.4. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang. intelek dan estetik. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan. susunan dan kesannya. garisan.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat. Resis. sosial. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. Gurisan. nyanyian dan cerita. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. mengembangkan imaginasi. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif. Montaj. Stensilan. lakonan. kreativiti dan ekspresi diri kanakkanak. struktur.

Batik.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Tenunan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul. kraf dan sebagainya. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk. ruang. Tiupan. Titisan. Diorama. Ikatan dan celupan. Anyaman dan Tembikar. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan. Boneka. Stabail. lakonan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan. Topeng dan Origami. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. semasa menjalankan proses penghasilan seni. Ukiran. 29 . nyanyian dan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Tekat. struktur. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana. puisi. alat dan teknik penghasilan. Alat pertahanan diri. Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau Catan. Mobail. Di sekolah rendah. Asemblaj. Alat permainan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Perhiasan diri (ornamen) . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic. Model. imbangan dan kestabilan.

adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. corak dan hiasan. media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. gam. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan. kertas sampul surat. media kering ataumedia basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas.4.2 Alat dan Bahan Pengenalan dan Penerokaan Alat. bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna. kertas pembungkus hadiah. bentuk dan ton.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. 1. kertas kadbod dan banyak lagi. 30 . puisi. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. toilet paper. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur. alat dan bahan.3. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Penggunaan alat. kertas tisu. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar. lakonan. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi. motif. majalah. berbagai jenis warna dan berbagai saiz. proses dan teknik membuat. nyanyian dan cerita. Selain dari itu gunting berbagai saiz. sugar paper. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan.

berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. krayon. Contoh media kering adalah seperti pensel. Media basah terdiri daripada cat air. pastel. cat poster. pen. kertas warna. cat poster. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:                  Berbagai jenis pensil Warna pastel. lilin. cat minyak Stensil Kolaj Capan. warna pensil Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche. warna air. palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. pisau lipat. cat air. sayur-sayuran. bahan-bahan kutipan dan berus. gunting. pen. pensel warna. cat minyak dan cat akrilik.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar. dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting. gam Berbagai jenis berus lukisan. akrilik. arang lilin dan ‘comte’. kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Dalam aktiviti menggambar. cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan. pensel warna. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. 31 . Contohnya ialah seperti pensel. warna poster. gam. krayon.

Kraf Tradisional Aktiviti Catan Minyak Capan Alat dan bahan Patung Puppert Anyaman 32 . bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. melalui pertimbangan rangka bentuk permukaan-permukaan yang terlibat. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping Seterusnya memerhati menentukan dan meneliti dan sfera-sfera rupa objek yang akan dibuat. berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Menggambar 2.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. ketinggian. Mengaplikasikan alat. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan. lakonan. Membentuk dan membuat binaan 4. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti kepada bidang-bidang di bawah: Bidang 1. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. puisi. nyanyian dan cerita. kelebaran. Membuat corak dan rekaan 3.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 1. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: a. karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan. Refleksi ini menurut Koster (2001). akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. 1975). Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld. b. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.4. Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. 33 .

proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. a. figura manusia. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni. Penghasilan imej seperti pokok. produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Oleh yang demikian. catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual c. Selain itu. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. 34 . aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. Selain itu. aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. berbanding dengan hasilan akhir. d.

Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Dalam konteks ini. persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Melalui lukisan. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Selain itu. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Contoh-contoh soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut: 1. aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya? Bagaimana jika buaya boleh terbang? 2. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya? 3. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual b. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu. Bayangkan seekor arnab yang berbelang? 4. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Bagaimanakah keadaannya? 35 . Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

kadar banding. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan 36 . ton dan jalinan 6. usaha murid terhadap hasil kerja mereka 10. media. corak. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau muda? 2.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh soalan. 1. garisan. susunan corak 7. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. bentuk. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut? Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka. Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang: 1. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan 3. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. saiz. bahan. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Penjelasan mengenai alat. warna.imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan 9. Apa yang kita suruh murid buat 2. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur. penggunaan alat dan bahan 8. teknik. perasaan terhadap hasil kerja sendiri 4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi 5.

guru dan perlu mengunting. 37 . anda sebagai memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah pengalaman dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan. melakar dan mewarna. Kanakkanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif. Dengan teknologi terkini. kajian serta tugasan- tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif. ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. Dalam sesuatu pelajaran. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. malah mampu bergerak dan bersuara. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. kanakkanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik. misalnya aktiviti yang berbentuk projek. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran. aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar. untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu. ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka.

Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat. Dengan ini. 38 . anda sebagi guru tidak daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual. meningkatkan lagi kepekaan.5 Rumusan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman. membuat rekaan dan corak.murid kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. 1. imaginasi dan konsepsi murid. menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Melalui kefahaman aspek di atas. Dengan empat bidang merangkumi menggambar. persepsi.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Begitu dapat lari juga dengan aktiviti pemulihan. murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan. yang menghadapi masalah atau Pemulihan amat perlu untuk murid. terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi. membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. penghayatan dan kritikan.

Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian pengajaran dan pembelajaran anda.2 http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron. 39 .jpg Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada kurun yang ke19. Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967) Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Aktiviti 1. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau baris 1.1 Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Aktiviti 1.5 pada kertas bersaiz A4.

Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan.Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti. pembinaan dan penggunaan alat dan bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual TAJUK 2 Amali Meneroka Alat dan Bahan 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat. 1. membina dan mengaplikasi alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. persediaan mengajar. serta aktiviti amali untuk meneroka alat. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan 40 . Penekanan juga diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2. 2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 3. bahan. 2. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan. tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Meneroka Alat dan Bahan Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian-perisian 2. cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini.com/fr?q=art+studio&desturi 41 .4 KANDUNGAN Meneroka Alat dan Bahan Berdasarkan gambar di bawah.ask.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2. http://images.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Alat : Bahan: Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut.com/pictures Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan Menggambar seperti di atas? 42 .ask. http://images.

tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. cat poster. bahan-bahan kutipan dan berus. anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. cat air.4. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. cat poster. olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. ‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’. kanvas dan lain-lain lagi. arang lilin dan ‘comte’. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. krayon. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. gam. tikar. Melalui asas-asas menggambar. krayon. 43 . papan. kertas warna. pastel. cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet. kad. pensel warna. beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. gunting. pen. Media basah terdiri daripada cat air.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2. pen. kain pengelap. lilin. Permukaan untuk catan adalah seperti kertas. bekas berus. pensel warna. Contohnya ialah seperti pensel. Contoh media kering adalah seperti pensel. Oleh itu.

Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. cat poster. cat emulsi. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan. (a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Selalunya. cat gloss dan lain-lain lagi. sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. hasilnya ialah catan. (b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan. bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. 44 . Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Apabila seseorang mengecat. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan. c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.

papan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah. papan lapis dan ‘polyfoam’. membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Kemudian. (b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Secara amnya. bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. papan lapis atau sebagainya. (c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan. ‘strawboard’ . Mereka perlu membuat perbandingan. imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. capan 45 . Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. sifat benda dan jalinan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino. Untuk jenis cetakan blok. Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Gambar boleh diukir di permukaan lino. warna. (a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Mereka membandingkan rupa bentuk.

buku atau sebagainya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. atau warna air bersama ‘cow gum’. Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan anda samada di internet. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu. Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok. warna air akan diserap. Dengan teknik ini. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. cengkerang). Di kawasan yang tidak berlilin. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. video. Warna air boleh disapukan di atasnya. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. 46 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual bahan alam semulajadi (sayuran. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin. Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman dengan cara berikut: (a) Azman melukis seekor katak. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.

kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan.lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. plastik dan papan secara tersusun. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis.com/photos/ongkyw Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan yang berikut: 47 . plastik. http://www. anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.flickr. bersebelahan dan tidak bertindih. Alat yang keras atau tajam seperti kayu. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu: 48 . Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. 6. dan 5. paku dan gunting. gasing dan keris. pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. tulisan jawi. segitiga dan segiempat. Anda perlu memahami dan mengetahui alat. Manakala dewasa ini pen. 2. rumah. bahan dan teknik dalam penghasilan karya. (b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung wayang kulit itu? (c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang menarik? Pada abad ke-17 dan ke-18. siput. pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. kayu. 2. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. serangga dan haiwan. bahan buatan manusia seperti kerusi. meja. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar. 3. 1. Anda perlu membuat tinjauan. bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. 3. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: 1. rupa barangan kraf tradisional seperti wau. geometri seperti bulat. Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat. berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis. 4.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual (a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi. alam semulajadi seperti bunga. tulisan cina dan tamil serta angka. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. abjad rumi.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Corak tidak terancang Pualaman Renjisan Lipatan warna dengan kertas Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan Corak terancang Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di dalam rajah di bawah: Corak tidak terancang Pualaman Tiupan Ikatandan celupan Renjisan dan percikan Alat dan Bahan Cara membentuk dan membuat binaan 49 .

Pada kebiasaannya.roadsidescholar.com/wp-content/uploads http://www. berat dan garis luar objek.roadsidescholar. melalui pertimbangan rangka bentuk permukaan-permukaan yang terlibat.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual http://www. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping Seterusnya memerhati menentukan dan meneliti dan sfera-sfera rupa objek yang akan dibuat. kelebaran. sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan 50 . bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi.com/wp-content/uploads Mengaplikasikan alat. ketinggian.

3. terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan. pinang. 11. tisu. Penentuan Alat dan Bahan Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan. 2. 7. 6. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. gam dan sebagainya. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 10. olahan bahan. 2. kayu larik. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya? Anda boleh: 1. benda-benda buatan manusia seperti manik. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus 51 . menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. tanah liat. 4. 5. kotak-kotak. kulit siput dan sebagainya. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. bahan terbuang yang diguna pakai semula. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat. fungsi dan kemasan. 3. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. 8. 9. antaranya: 1. dan 4. buah kelapa. unsur-unsur seni.

kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia. 5. 2.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang patah. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Pilih teknik membuat. 4. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara memegang. memerhati. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar. Bagi teknik topeng misalnya. Kesesuaian tajuk. 2. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek . Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh: (a) Rujukan kepada Objek Sebenar 1. arah pergerakan mata pahat 52 . permainan dan peragaan. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. pilihan saiz pahat. 3. mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian. 3. tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran. 3. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.

53 . Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Bentuk tembikar dari bawah ke atas. 7. labuci. diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. 3. varnis. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Mobail perlu digantung.manikmanik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan. tahap demi tahap. kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. mesin untuk menggaul 'papier mache'. 5. Tanah liat akan mendap. minyak kayu. Syelek. stabail statik dan perlukan tapak yang mantap. emulsi. 8. Seterusnya. Campur debu tanah dengan air dan kacau. perada. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan. 6. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. Untuk tujuan peragaan yang mantap. 4. cat alas. Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat 'papier mache'. apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan. Uli menjadi liut dan lembut. 1. cat kilat. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca. Simpan di dalam pasu selama tiga hari. mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah. tentukan tapak yang kukuh dan selamat. 2. Akhirnya.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. karya akan kelihatan cantik dan menarik. Proses Penghasilan Tembikar Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. .

Semasa membentuk permukaan.. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 10. Bahan: warna air atau warna poster. Peralatan lain: palet. 13. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. kertas surat khabar……… b. Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan yang digunakan untuk penghasilan. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website. kertas kartrij……. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap ('leather hard'). 9. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris. bekas air. Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……. 11. Daripada kenyataan di atas. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: a. tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. 7. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. cuba anda senaraikan alat dan bahan yang perlu disediakan dalam menghasilkan satu binaan tembikar 2. kain lap. Bincang bersama rakan anda. Alat dan 54 . Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 6. 8. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 1.

bata.papan gulung.kad sisipan.daun.batu.almari raket. Jelaskan.bakul sampah.sikat.roda.cermin.kasut.tiang.bunga.tiket.cawan.kerusi. Contohnya : Bola.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya: Jadual.penyusunan grafik. jam.rambutan.kotak tisu.kotak ubat gigi.penyapu.petikan rencana………….….botol.kacang.meja.kek harijadi.rumpu. ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.kad perkataan dan kad ayat. gambar rajah.carta.beg. iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal berdasarkan item yang tersenarai di rajah di bawah.senarai.kad separuh bulatan.papan flannel.papan tulis.gula-gula.baju.kad huruf dan angka. Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner meja 55 .

pembaris. Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah. jangka sudut. Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Ada juga sebahagian perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun daripada internet. Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang lumayan.4. Begitu juga para perekabentuk grafik menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal. kerana semuanya dalam bentuk digital dan sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya. warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Sekarang ini 56 . seorang pelukis atau perekabentuk boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif. cat dan kanvas untuk mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal. tepat dan berkualiti. Kajian rekaletak. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin komputer atau melalui cetakan berkomputer. tiga dimensi dan animasi. rupa. corak. Perisian Grafik dan Lukisan Digital Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Kini dengan perkembangan teknologi komputer.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2. gambar realistik sehingga berbentuk fantasi. kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. pantas. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. daripada yang ringkas seperti garisan. Kos untuk menyediakan bahan juga adalah jauh lebih murah.2 Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus.

latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan imej. lebih realistik dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Agak sukar untuk menghasilkan imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej. sekiranya diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Walau bagaimanapun imej jenis bitmap yang dihasilkan. atau diperolehi melalui internet. Di sekolah kita boleh menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah tersedia di dalam Microsoft Windows. 57 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual sudah ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma (opensource) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. a. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari segi warna. saiz dan kesan khas. Menukar saiz atau imej gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. banner rekabentuk kulit buku. pengimbas. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti poster. Di samping itu perisian seperti ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital. teks dan kesan khas agar hasilnya kelihatan lebih artistik. Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya. Melalui perisian penyuntingan foto juga perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia. menarik. grafik untuk laman web. Imej seperti ini mudah dihasilkan. aplikasi multimedia. Berikut adalah antara perisian-prisian yang popular dan selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital.

Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry. pengiklanan dan banyak lagi. percetakan.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk mengedit foto: o Adobe Photoshop o Corel Painter o Print Shop Pro o Photo Impact Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. 58 .

adobephotoshoptutorials.com/ http://www.photoshopsupport.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pelajari tips dan trik. bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut.com/ Contoh bahan-bahan grafik untuk pelbagai kegunaan yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop Selain dari itu.photoshopstar.html http://www. Antara yang terkenal ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat. http://www.    http://www.com/tutorials. terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma.gimp.org 59 .

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Laman web GIMP .http://www. mengabungkan pelbagai imej dan teks. menambahkan kesan-kesan artistik. Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. 60 . GIMP juga memiliki banyak kemampuan. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX.org Antaramuaka Perisian GIMP GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar GNU). mengubah format gambar dan banyak lagi.gimp. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah.

tips dan trik.com/ Contoh kesan pengubahsuaian imej yang dihasilkan menggunakan perisian GIMP b.gimp-tutorials. Pelajari pengetahuan asas. bagaimana menggunakan kemudahankemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut. kejuruteraan atau rekabentuk.    http://www. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komursial). Disamping itu imej vector juga sering digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia. 61 .net/ http://www. Ia juga banyak digunakan dalam bidang teknikal.gimp. Di bidang pendidikan imej vector banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan konsep-konsep yang abstrak secara visual.org/tutorials/ http://gimp-tutorials.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX.

pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. 62 . Imej bitmap dapat dengan mudah diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya. Seniman.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis ilustrasi dan imej:     Adobe Illustrator Macromedia Freehand Corel Draw Corel Designer Antaramuaka Perisian Adobe Ilustrator Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik ilustrasi.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator. Antara yang terkenal 63 .com/ Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator Selain dari itu. terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma.    http://www.adobe.ndesign-studio.adobeillustratortutorials.com/tutorials http://www. ianya memerlukan masa dan kesabaran.com/support/illustrator/ http://www.

org/ Laman web INKSCAPE . seperti Adobe Illustrator. Freehand dan Corel Draw.inkscape. http://www. berasaskan program SVG imej vektor. Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang sering digunakan untuk melukis.http://www.org/ Antaramuaka Perisian INKSCAPE Inkscape adalah sebuah perisian open source (sumber terbuka).inkscape. 64 .PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat. Perisian ini sangat berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti.

Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang terus berkembang. dan Linux. 65 . typografi. Perisian rekabentu 3D dan animasi Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga demensi.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual iIlustrasi.    http://www.com/ Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE c.inkscape.teekoo. imej yang menggunakan garisan. lukisan teknik kartun.html http://www. gambarajah.inkscapetutorials. Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari lamanlaman web berikut.org/doc/basic/tutorial-basic.net/ http://inkscape. carta. Macintosh. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video. logo dan sebagainya. Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows.

Sebagai contoh. barangan. 3D Studio Max Perisian Ulead Cool 3D Studio 66 . kartun dan sebagainya. Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek dalam rupa bentuk tiga demensi ialah seperti. lankskap. perisian 3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan.     Ulead Cool 3D Studio Xara 3D Ray Dream 3D.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. kenderaan.

Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan (library) objek pra-dibuat.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Antaramuka Ulead Cool 3D Studio Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering digunakan kerana agak mudah dipelajari. yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta pemain animasi untuk pratonton. gambar diam. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D animasi generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. 67 . Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D yang ada dan diubahsuai mengikut keperluan. GIF animasi urutan gambar. gaya. sifat dan kesan. dan Macromedia Flash filem 3D. yang boleh digunakan untuk memulakan atau diubah sesuai mengikut keperluan pengguna. Ia menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan animasi profesional untuk video. kesan khas dan banyak lagi. lengkap dengan latar belakang video. Pengguna boleh membuat model teks 3D. Antaramuka perisian ini menawarkan mod edit kronologi.

net/video/ulead_cool_3d/ http://www. dan sebagainya yang telah disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama. terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma.com/ Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat bertenaga dan intuitif.com/learning/cool3d. Pengguna juga boleh menggunakan contoh-contoh model. tekstur. pokok.com/tutorials/ulead_cool_3d/ Contoh karya 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Ulead Cool 3D Studio Selain dari itu.    http://www. Dengan perisian ini pengguna boleh membuat lakaran bangunan.google.ulead.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Untuk mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman-laman web berikut.pixel2life. 68 . http://sketchup. Antara yang terkenal ialah Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat.htm http://www.tutorialguide. model. binaan. lanskap dan sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat.

Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP 69 .cfm http://www.googlesketchuptutorials.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup. ke 3D Warehouse.html . menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Setelah gambar 3D dapat diselesaikan.com/ http://www. pengguna boleh mengeksport ke Google Earth.    http://www. Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan perisian Google SketchUp.sketchup2india.com/tutorial/index.

Pilih satu tema sahaja sebagai hal benda kepada pengkaryaan anda.3 Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto. gosokan. catan. Aktiviti 2. stensilan. Umpamanya. percikan. capan dan mozek. Aktiviti 2. Aktiviti 2.PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Aktiviti 2. hasilkan rekaan corak yang menggunakan gabungan motif organik.2 Sebagai guru Pendidikan Seni Visual anda perlu mempunyai kemahiran bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan bermutu. montaj. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan dengan menggunakan tema geometrical. cetakan. geometrik dan typografi. sekiranya anda memilih tema kehidupan laut maka kesemua kerja anda adalah berkisar tema tersebut. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni menggambar dengan menggunakan teknik lukisan. Gabungkan pelbagai imej.1 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. kolaj. resis.4 Dengan menggunakan perisian melukis ilustrasi dan imej. hasilkan satu poster yang bertajuk ” Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi” . teks dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut. 70 .

Cincinnati. Becoming Art Teacher. (2000). G. (1991) Basic Drawing Techniques. (1998). K. London: Cambridge University Press.L. Standard kualiti pendidikan Malaysia.: DBP. Philadelphia: Open University Press Herr. Jemaah Nazir Sekolah. Ohio: North Light Bates. The State Of Teory: History. Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual. (1985). (1998). Hargreaves. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital. Art and Critical Discourse. R.K. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.L.KBSR.: DBP. 29 . (2000). David J. Sekolah: Pernyataan standard.: DBP.PSV3104 Pengajian dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR RUJUKAN : Albert.(2003). KBSR. J. K. Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah.KBSR. Wolf. (2004).: DBP. Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual. Standard kualiti pendidikan Malaysia.K. sekolah: Instrumen pemastian standard. ( 1987 ) Children And The Arts. KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia.L. USA: Delmar Learning Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. D.L. (1994). M. (2006). Mazlan. (2001) Creative Learning Activities For Young Children. (2003). Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Caroll. Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. KL: Kumpulan Budiman Sdn. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia Jemaah Nazir Sekolah. USA: Wadworth. Jemaah Nazir Sekolah.

my PANEL PENULIS MODUL PSV IPGM TB Kelulusan: Sarjana Pendidikan (USM) B. Hons.Ed (Teknologi Pendidikan) B.com. Khairul Albar Bin Masror Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang barmasror@yahoo. Sajap Bin Maswan Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang sajap@sajadstudio.PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual NAMA KELAYAKAN En. Hons.A.info Kelulusan: Ed.A.(Fine Art/Rekabentuk Grafik) Sijil Perguruan (IPSI) Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (11 tahun) 30 .D (Teknologi Pendidikan & Multimedia) M.Fine Art (USM) Sijil Guru Khas Pendidikan Seni (MPIK) Sijil Guru (MPSI) Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual ( 4 tahun ) Guru Sekolah Menengah (26 tahun) Dr.

PSV 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat T 32 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->