You are on page 1of 8

PERBEZAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DENGAN TEKNOLOGI

PENGAJARAN

1.1 PENDAHULUAN 
Kita selalu mendengar orang menyebut istilah teknologi pendidikan tetapi kurang
sekali mendengar orang memperkatakan mengenai teknologi pengajaran atau sistem-
sistem teknologi pengajaran.  Sebenarnya terdapat perbezaan makna dan pengertian di
antara keduanya yang nanti akan dikupas dalam bab ini.

Teknologi pendidikan adalah satu bidang ilmu yang luas lagi kompleks.  Mengikut
AECT, dalam buku The Definition of Technology  (1977).  Teknologi pendidikan
adalah lebih luas bidangnya daripada teknologi pengajaran jika kita dapat menerima
hakikat bahawa bidang pengajaran adalah suatu set kecil dalam pendidikan. 
Memandangkan bidang teknologi pendidikan itu terlalu luas lagi kompleks, ada
baiknya dihadkan atau dikecilkan skopnya kepada teknologi pengajaran supaya lebih
tepat, sesuai dan praktikal bagi setiap pendidik yang tugas utamanya adalah memudah
dan memajukan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2   APAKAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 


Di  Malaysia kepentingan teknologi pendidikan di institusi pendidikan telah mula
diperdebatkan sejak tahun 1970-an lagi. (Yusup, 1991).  Dalam seminar, bengkel,
forum, jurnal, majalah, akhbar dan lain-lain media sebaran am, isu teknologi
pendidikan sering mendapat perhatian.

Pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan penggunaan bahan visual seperti


gambar, carta dinding, peta, glob, bahan realia, model-model dan bahan terbuang.  Di
samping itu, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet
merupakan alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala pelajar-pelajar
pula menggunakan papan batu dan bahan-bahan bercetak untuk pembelajaran. 
Kemudian alat pandang dengar seperti projektor slaid, projektur filem jalur dan
projektor 16mm telah mula digunakan terutamanya selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.

1.3   DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 


Yang berikut adalah beberapa definisi teknologi pendidikan : 
1. Teknologi pendidikan adalah merupakan perkembangan, penggunaan dan penilaian
terhadap sistem-sistem, teknik-teknik dan alat-alat bantuan mengajar untuk membaiki
proses pembelajaran manusia. (NCET), National Council for Educational Technology,
1973) 
2. Teknologi pendidikan menitikberatkan penggunaan kaedah-kaedah moden dan
teknologi-teknologi secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran.  Ia
melibatkan guru dalam berbagai-bagai peranan tradisional dan peranan yang masih
diperkembangkan.  Fokus utama ialah guru dan cara ia menyesuaikan diri dalam bilik
darjah. 
             (Leedham, John, Educational Technology : A First Look, 1973 hal.7) 
3. Teknologi pendidikan kadang kala dikaitkan dengan komputer dan lain-lain alat
media yang digunakan dalam pengajaran.  Namun demikian ada kecenderungan
menyabitkan teknologi pendidikan dengan proses perancangan di mana suatu sistem
pengajaran direka bentuk, dilaksana, dikawal dan dinilai untuk mencapai sesuatu
objektif pembelajaran yang berkesan.  (Gagne, Robert dan Briggs Leslie J., Principle
of Instructional Design, 1979, hal. 20)

Dalam konteks pendidikan masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berlaku tanpa penglibatan teknologi pendidikan.  Teknologi pendidikan adalah
perkembangan aplikasi, sistem penilaian, teknik dan bahan pengajaran untuk
meningkatkan proses pembelajaran manusia (National Council of Educational
Technology (NCET), United Kingdom 1973).  Teknologi pendidikan juga dikaitkan
dengan corak sistem pengajaran berkomputer dan perkakasan media.  Walau
bagaimanapun perkembangannya dihubungkaitkan teknologi pendidikan dengan
proses dan perancangan di mana sistem pengembangan pengajaran dilaksanakan,
dikawal dan dinilai.  Ia berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tetapi bukan
bermaksud komputer, TV dan lain-lain alat pengajaran tetapi teknologi pendidikan
ialah arah pemikiran bagaimana matlamat pendidikan boleh dicapai oleh pelajar
melalui kaedah tertentu. 
Teknologi pendidikan dari segi pengertian dan konsep disimpulkan sebagai satu
bidang yang disepadukan dengan bidang-bidang lain seperti teori, profesion, sistem,
perkaedahan dan pendekatan.  Maka teknologi pendidikan mempunyai keupayaan
untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah yang terdapat di dalam pengajaran
dan pembelajaran terutama sekali melihat kepada fenomena-fenomena yang sedang
berlaku pada abad ini dengan ledakan ilmu pengetahuan pembanjiran maklumat dan
teknologi yang tidak putus-putus sehingga memberi kesan secara langsung dan
tanggung jawab yang besar kepada para pendidik.  Kesanggupan untuk mengatasi
masalah-masalah dalam pendidikan telah banyak dibuktikan melalui amalan-amalan
mahupun kajian-kajian yang dijalankan (AECT, 1967, Rajah 1.1)

Teknologi pendidikan juga satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan


penggunaan dan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. 
Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media, kaedah-kaedah lain
dan penggunaan persekitran pelajar untuk menghasilkan proses pembelajaran (Unwin
1968).  Perkara yang penting bagi Unwin ialah kemahiran, teknik, pendidikan dan
latihan.
Dari segi sejarahnya teknologi pendidikan bermula semenjak tahun 1920 dengan
penggunaan radio dan TV sehinggalah kepada penggunaan komputer pada hari ini.
(Cuban 1986).  Mengikut sejarah perkembangannya, teknologi pendidikan di
Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat atau tiga zaman : 
a. Zaman pra dan pos merdeka 1949-1971 : Perkembangan bahan visual dan pandang
dengar. 
b. Zaman 1972-1979 :  Pengaruh media komunikasi Radio dan TV Pendidikan. 
c. Zaman 1980-1990 :  Perkembangan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan
komputer. 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
Rajah 1.1   Pengertian teknologi pendidikan berdasarkan AECT  (1967) 
  
  
  
  
  
  
 

Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM 1987) berpendapat, teknologi pendidikan


sebagai satu proses menganalisis keperluan pendidikan bersistematik dan rasionalnya
untuk mereka bentuk dan mengaplikasikan secara bersepadu yang melibatkan idea,
alat, bahan, prosedur serta mengembleng tenaga ke arah peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang merupakan objektif utama penggunaan teknologi pendidikan. 
Oleh yang demikian teknologi pendidikan memberi penekanan kepada proses
pembelajaran.

Pengertian atau takrifan teknologi pendidikan perlu kepada empat aspek yang
berkaitan dengannya iaitu: 
a. aspek perkakasan ialah peralatan berbentuk mesin yang digunakan oleh guru
semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. 
b. aspek perisian pula bahan yang digunakan bersama-sama dengan perkakasan
apabila menyampaikan pengajaran.  Gabungan kedua-dua aspek ini dapat dilihat pada
rajah 1.2. 
c. aspek penggunaan adalah segala pemikiran teknik, pendekatan dan kaedah   yang
diambil kira semasa membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. 
d. Pendekatan sistem berdasarkan penyelidikan dan dapatan kajian seperti psikologi,
pedagogi, teori-teori pembelajaran dan teori-teori komunikasi supaya bahan yang
dibina sistematik dan saintifik. 
  
  
  
  
  
  
  
  
 

                        Rajah  1.2  Hubungan Perkakasan dengan perisian


Kedua-dua aspek perkakasan dan perisian dikenali juga sebagai “teknologi dalam
pendidikan” yang meliputi setiap alat yang digunakan bagi menyebarkan maklumat
seperti penggunaan TV, makmal bahasa dan beberapa jenis peralatan lain. Pada
asasnya ia juga dikenali sebagai alat bantu mengajar.  Pengertian teknologi pendidikan
merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu perkakasan, perisian dan penggunaan yang
merupakan unsur-unsur penting dalam teknologi pendidikan.  Alat yang dipilih
digunakan dengan sebaiknya bagi menyokong strategi pengajaran dan pembelajaran
seperti penggunaan komputer dan alat yang lain.  Inilah yang dikenali sebagai
pendekatan sistem dalam teknologi pendidikan yang dianggap sebagai inti teknologi
dari pendidikan.  Mengikut Percival dan Elington (1984), ketiga-tiga aspek ini dapat
digambarkan seperti rajah 1.3 di bawah. 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

Rajah 1.3  Hubungkait aspek-aspek teknologi pendidikan (Percival & Elington 


                   1984) 
 

Sebagai rumusan, teknologi pendidikan ialah sebagai satu bidang pengajaran dan
kemahiran yang menitik beratkan aspek pengelolaan sistem pendidikan dan peraturan
di mana sumber bahan ditumpukan untuk menghasilkan pendidikan yang bermutu dan
sesuai digunakan untuk mencapai objektifnya dari masa ke semasa.

1.4   APAKAH TEKNOLOGI PENGAJARAN

Teknologi Pengajaraan adalah cabang daripada teknologi pendidikan.  Heinich (1982)


menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung jawab
menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. 
…“Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam satu sistem
pengajaran manusia mesin adalah tugas utama teknologi pengajaran…” 
Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, Amerika Syarikat (1970) menjelaskan
pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada
revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan
buku teks.  Peralataan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV,
filem, projector, komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama
bahan.

1.5  DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJAARAN 


Berikut ialah di antara beberapa definisi teknologi pengajaran : 
1. Teknologi pengajaran dimaksudkan sebagai alat / bahan media yang lahir akibat
dari revolusi komunikasi yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru,
buku teks dan papan hitam.  (Tickton, S.G., To Improve Leraning, 1970) 
2. Teknologi pengajaraan adalah sebahagian daripada teknologi pendidikan yang
mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pembelajaran. 
                (ALA dan AECT, Media Program: District and School, 1975, hal. 112) 
3. Teknologi pengajaraan boleh dimaksudkan sebagai penerokaan atau pencarian
pengetahuan baru mengenai cara-cara paling baik manusia belajar mereka bentuk
sistem atau bahan pengajaran.         (Heinich, Robert, ECTJ, The Proper Study of
Instructional Technology, 1985, hal.67) 
Dua komponen yang wujud dalam teknologi pengajaran ialah : 
a. Alat-alat, bahan pengajaran dan rangsangan persekitaran pelajar yang dapat
menimbulkan proses pembelajaran. 
b. Proses pengajaran dikenali sebagai pendekatan sistem dalam teknologi pengajaran.

Teknologi pengajaran merupakan gabungan secara teratur dari segi perkakasan,


perisian, seni mengguna dan mengendalikan pengajaran.  Penyatuan antara ketiga-tiga
unsur ini akan menghasilkan pendekaatan pengajaran yang berkesan (Rajah 1.4) . 
Teknologi ini melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan
pendidikan dengan menggunakan media dan kaedah pengawasan persekitarn setakat
mana ia menimbulkan proses pembelajaran. (Unwin 1968) 
  
  
  
  
  
  
 

            Rajah 1.4  Perkaitan di antara teknologi pendidikan, teknologi pengajaran 


                                 media pengajaran dan bahan pandang dengar.
Teknologi pengajaran melibatkan beberapa proses iaitu: 
a. Penggunaan teknik moden :  berkaitan dengan kaedah pengajaran secara moden
berasaskan kajian dan teori melibatkan alat perkakasan secara langsung atau tidak. 
Contohnya ialah pengajaran terancang, pelajaran imbuhan, audio tutorial, pengajran
individu dan akhbar dalam darjah dan sebagainya. 
b. Kemudahan belajar :  peralatan, kemudahan yang menolong proses pengajaran dan
pembelajaran seperti bangunan sekolah, bilik darjah, pusat sumber dan sebagainya. 
c. Media : segala alat bantu mengajar dan alat pandang dengar, verbal 
           dan non verbal yang dijadikan saluran bagi menyampaikan mesej 
            pengajaran. 
d. Kaedah menggunakan media :  proses, kaedah, strategi dan kemahiran 
dalam menggunakan alat media. 
e. Persekitaran : persekitaran tempat belajar yang selesa mempengaruhi 
      pelajar dan guru.

Teknologi pengajaran terdapat tiga kaedah atau bentuk utama, iaitu : 


a. Kaedah pendidikan jarak jauh yang melibatkan TV, internet, mel elektronik, radio,
telefon, papan hitam elektrik, telesidang video, telesyarahan dan berbagai lagi bentuk
komunikasi moden. 
b. Kaedah pengajaran secara individu melibatkan makmal bahasa, makmal komputer,
simulasi, pita slaid, telesidang audio dan lain-lain. 
c. Kaedah dan sistem penyampaian melibatkan individu dan pusat-pusat sumber.

Kesimpulannya, teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang lebih luas


termasuk identifikasi, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
pengelolaan serta penggunaan alat dan bahan pengajaran.  Teknologi pengajaran lebih
tertumpu kepada penggunaan dan penyusunan secara sistematik terhadap berbagai alat
dan bahan teknologi yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(Abdul Rahim 1988).

Apabila dilihat konsep teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran terdapat


perbezaan bagi kedua-dua konsep tersebut.  Berdasarkan Abdul Rahim (1988)
menyatakan teknologi sebagai satu implikasi atau pemindahan secara kreatif sains
kepada keperluan industri atau apa-apa keperluan yang lain.  Sebaliknya sains sebagai
himpunan ilmu pengetahuan atau segala ilmu yang telah teruji yang dapat dinyatakan
dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am.   Secara umumnya, teknologi pengajaran
sebagai satu implikasi secara kreatif daripada sains bertujuan memberi latihan dalam
pendidikan.

Di antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran, terdapat perbezaan


hanya dari segi ruang lingkup sahaja.  Teknologi pendidikan meliputi keseluruhan
organisasi pendidikan itu sendiri tetapi teknologi pengajaran terbatas kepada perkara-
perkara yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pengajaran sahaja.  Ini melibatkan
segala peranan, pengembangan, pengurusan dan sumber yang boleh memberi ke arah
keberkesanan pengajaran.  Ini juga boleh melibatkan alat bantu mengajar, alat
pandang dengar yang diadakan secara sistematik untuk membantu proses
penyampaian.

1.6    PENUTUP 
Teknologi sekali gus merupakan pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan oleh
seseorang atau sesebuah masyarakat bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
atau cuba mempertingkatkan hasil dan memenuhi keperlun sosial, ekonomi dan
politik individu atau masyarakat (Naim 1996).  Oleh itu secara umumnya, teknologi
merangkumi dua komponen.  Pertama, komponen konkrit yang meliputi peralatan dan
perkakasan seperti mesin dan sebagainya.  Komponen kedua berbentuk abstrak seperti
tatacara, kaedah, teori, pendekatan dan teknik.  Komponen abstrak lebih bersifat
dalaman yang ada pada seseorang atau kumpulan tertentu secara langsung ada kaitan
dengan pengetahuan, pengalaman dan juga ada hubungan dengan budaya sesebuah
masyarakat (Naim 1996).

Berdasarkan pernyataan berikut, teknologi bukan sahaja alat tetapi proses yang
melibatkan akal manusia sebagai inputnya.  Akal ini bertindak menyatukan segala
ilmu pengetahuan secara sistematik dan terancang bagi menghasilkan alat dan bukan
alat.  Peralatan yang dimaksudkan seperti komputer, radio, TV, kaedah dan teknik. 
Penyatuan antara alat dan bukan alat digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan
beberapa masalah yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan. 
LAMPIRAN

 DOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN 


 

Sumber :  Diubahsuai dari The Definition of Educational Technology, AECT 1977 


  
  
 

POWERPOINT 
 

[home][prologue][shaz webpage][biodata][nota kuliah]

You might also like