P. 1
BBM 3413 - Mekanis

BBM 3413 - Mekanis

|Views: 857|Likes:
Published by fmdeen

More info:

Published by: fmdeen on May 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

BBM 3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU

CADANGAN TAJUK PENYELIDIKAN : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SECARA MEKANIS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA , SMK BANGGI, KUDAT , SABAH : SATU PENILAIAN KUALITATIF

OLEH : MARTAH ERUPUN SMK BANGGI , PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH

TUGASAN BBM 3413 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu

Sesuatu cadangan penyelidikan mengandungi tiga bab, iaitu Bab I, Bab II dan Bab III. Tulis satu draf cadangan penyelidikan yang mengandungi Bab I sahaja. Cadangan penyelidikan sama ada berformat , iaitu Format A dan Format B Format A sesuai untuk kajian lapangan yang memerlukan sumber dan maklumat di luar. Contoh : Kajian di sekolah atau ditempat kerja. Manakala Format B sesuai untuk kajian teks atau kajian pustaka. Contoh : Kajian novel atau laporan ahkbar. Isi Kandungan Format A : Bab I Pendahuluan 1.0. 2.0. 3.0. 4.0. 5.0. 6.0. Latar belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Definisi Istilah

Isi Kandungan Format B : Bab I Pendahuluan 1.0. 2.0. 3.0. 4.0. 5.0. Latar belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Metodologi Kajian Kepentingan Kajian

2

6.0. 7.0. Kandungan Penghargaan Abstrak Abstract Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran BAB I PENDAHULUAN Latarbelakang Kajian

Skop Kajian Definisi Istilah Muka Surat iii iv iv v viii x xi

5 7 9 11 12 13 17 23

Pernyataan Masalah Kajian Objektif Penyelidikan atau kajian Kerangka konsepsual Kerangka Teori Kepentingan Penyelidikan Skop Penyelidikan atau kajian Definisi Istilah

CADANGAN PENYELIDIKAN ( FORMAT A ) Tajuk Kajian : Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Secara Mekanis Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat , Sabah : Satu Penilaian Kualitatif

3

Kata kunci: penilaian kualitatif, pengajaran kemahiran mekanis karangan Bahasa Melayu, pendidikan guru Bahasa Melayu ABSTRACT This article discusses the findings of a case study regarding the teaching of Malay language writing skills to Form Three students in SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. The observations were made over a period of two school semesters. In this study, the delivery method of two Form Four teachers was observed. Results of the study indicate that the teachers stressed the product of writing rather than the writing process itself. The linear form of instruction activities as well as the instructional approach evidenced this orientation. Furthermore, in these activities the teachers put greater emphasis on the input instead of the writing strategies. The findings of this study suggest that the writing instruction observed is examination oriented i.e.to prepare students for the examination rather than providing them with relevant exercises to upgrade the students' writing skills. This style of instruction has implications towards the planning of teacher education programmes for pre-service teachers in the teacher training colleges and universities. ABSTRAK Artikel ini akan membincangkan dapatan satu kajian kes tentang bentuk pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Tiga di SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Pencerapan ini dilakukan dalam dua semester pengajian di sekolah tersebut. Dalam kajian ini, bentuk pengajaran guru di Tingkatan Tiga telah dilihat. Dapatan pencerapan ini menunjukkan bahawa penumpuan guru lebih diberikan terhadap 'hasil karangan' daripada proses mengarang itu sendiri. Hal ini ditunjukkan oleh bentuk pengajaran guru yang linear dan pendekatan pengajaran yang menekankan aspek input isi daripada strategi mengarang. Bentuk pengajaran ini lebih berorientasi untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan dan bukan kepada latihan mempertingkat kemahiran mengarang di kalangan pelajar. Bentuk pengajaran ini membawa implikasi terhadap perancangan dan penyediaan bakal guru di maktab perguruan dan universiti.

4

BAB 1 PENDAHULUAN Latarbelakang Kajian Sejak kebelakangan ini, aliran penggunaan kaedah penyelidikan dalam kajian pendidikan memperlihatkan perubahan drastik daripada penyelidikan yang berbentuk kuantitatif kepada bentuk kualitatif. Seiring dengan perubahan tersebut, perubahan kaedah penyelidikan dalam bidang kemahiran mengarang juga berlaku (Yap 1991; Narayanan 1991). Dalam kebanyakan penyelidikan terhadap kemahiran mengarang, kaedah kajian kes secara kualitatif banyak dijalankan (Lee 1989; Koh 1993; Jasbir 1994). Hal ini demikian kerana sifat proses mengarang yang kompleks yang didapati sukar untuk ditangani dengan prosedur statistik semata-mata. Selain itu, penyelidikan kualitatif juga, mampu memberi pemahaman yang holistik dan mendalam tentang sesuatu masalah yang dikaji dari perspektif (Lincoln and Cuba 1985). Justeru, dapatan yang diperoleh lebih realistik dan bermakna untuk kegunaan pihak yang berkenaan, khususnya para guru (Craves 1981). Artikel ini akan membentangkan kajian kes tentang bentuk pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat , Sabah yang dijalankan secara kualitatif. Penelitian terhadap bentuk pengajaran kemahiran mengarang mungkin akan dapat membekalkan cara-cara untuk mempertingkat mutu pengajaran guru di sekolah. Kemungkinan untuk memperbaiki dan mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran karangan hanya boleh dicadangkan dengan mengkaji bentuk pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

5

Kepentingan kemahiran mekanis mengarang bukan sahaja untuk tujuan akademik seperti menjawab soalan peperiksaan, menulis laporan, dan tugasan tetapi juga untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian dan profesional di tempat kerja. Dalam usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara industri, guna tenaga mahir amat diperlukan. Gunatenaga mahir ini bukan sahaja dalam konteks sains dan teknologi tetapi juga pengetahuan berbahasa dan kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis, khasnya mekanisme penulisan karangan. Dengan hal yang demikian, pelajar sekolah masa kini. harus diberi latihan yang membolehkan mereka mempelajari dan menggunakan kemahiran tersebut sejak awal lagi. Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar kemahiran mengarang dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar di sekolah. Di Amerika Syarikat, teori dan amalan pengajaran kemahiran mengarang telah mengalami perubahan dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Ekoran daripada dapatan kajian tentang proses mengarang pelajar yang berbentuk rekursif ( Emig,1971; Mischel,1974; Stallard, 1974 ) dan bukan linear ( Rohman and Wlecke,1964 ), pendekatan pengajaran juga turut berubah. Peralihan pendekatan pengajaran kemahiran mengarang berlaku iaitu dari yang berfokuskan hasil karangan kepada proses mengarang. Kajian Emig (1971), proses mengarang tidak dilihat sebagai satu proses yang statik dan bergerak dalam bentuk berurutan; langkah demi langkah. Sebaliknya, proses mengarang. merupakan satu proses yang dinamik yang memperlihatkan pergerakan berulangan dan bertindanan antara satu proses dengan satu proses yang lain (Flower and Hayes 1980, 1981). Ekoran dari dapatan itu juga, pengajaran kemahiran mekanis mengarang disyorkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil karangan semata-mata. Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses mengarang yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi

6

tumpuan guru. Ini menunjukkan kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru dengan bentuk proses mengarang di kalangan pelajar. Dalam kajian ini, penelitian dibuat terhadap bentuk pengajaran guru di Tingkatan Tiga, untuk memastikan bentuk pengajaran guru selaras dengan bentuk proses mengarang penulis. Bagi tujuan pengutipan dan pengumpulan, dan penganalisisan data, kaedah penyelidikan yang berikut dijalankan ke atas 30 pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Pernyataan Masalah Kajian Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah , penekanan terhadap kepentingan kemahiran menulis dan pembinaan sintaksis ini juga jelas terdapat dalam Sukatan pelajaran Bahasa Melayu dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah . Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu (1988) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), menggariskan bahawa para pelajar harus dapat menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan sehari-harian. Antara kemahiran menulis yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran tersebut adalah seperti yang berikut: a) membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan menggunakan kata, frasa dan ayat yang betul b) membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah c) membina pelbagai jenis ayat termasuk ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan d) membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan ( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988 ) Bagaimanapun, berdasarkan laporan-Iaporan dan kajian yang telah lalu didapati matlamat yang digariskan di atas belum tercapai sepenuhnya. Masih banyak kelemahan yang

7

dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah dalam penghasilan dan pembinaan ayat-ayat sama ada dalam penulisan karangan atau lain-lain bentuk penulisan .

8

Mengikut Marohaini Yusof (1996), walaupun pelajar-pelajar telah didedahi dengan bentuk pengajaran untuk peperiksaan , keseluruhan karangan yang dihasilkan masih menunjukkan bahawa pelajar lebih memperlihatkan penumpuan kepada aspek-aspek luaran (seperti isi karangan , pemilihan dan penyusunan isi, ejaan , penggunaan tanda bacaan, bilangan patah perkataan dan kebersihan penulisan karangan) tanpa memberi tumpuan kepada ciri-ciri sintaksis dan gramatikal yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk kesatuan sesebuah karangan yang baik. Mengikut Abdul Jalil Othman (1997), kelemahan pelajar dalam penulisan karangan disebabkan mereka tidak tahu teknik menulis karangan dan kurang diberi pendedahan bagaimana menghasil kan karangan yang benar-benar mantap. Kelemahan mereka bukan sahaja dari segi gaya penulisan yang tidak teratur dan tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenarnya malah mereka juga lemah dari segi penggunaan bahasa terutama dari segi tatabahasa yang melibatkan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis. Dalam erti kata lain , pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah tidak dapat menghasilkan ayat-ayat yang tepat dan gramatis . Nik Safiah Karim (1986) menyatakan bahawa penguasaan bahasa terutamanya dalam aspek penulisan di kalangan pelajar kita adalah jauh daripada memuaskan, kelemahan bahasa dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu daripada kesalahan tatabahasa kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Menulis karangan merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh para pelajar terutamanya pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Akibat pengaruh bahasa ibunda, pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah kurang mampu untuk menghasilkan karangan yang mantap. Masalah yang sering kali dihadapi oleh pelajar ialah kesalahan ejaan, penggunaan kata yang tidak sesuai dan ayat yang tidak gramatis. Tambahan pula, pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah ini kurang menulis dalam bahasa Melayu melainkan karangan yang diberikan oleh

9

guru Bahasa Melayu. Mereka tidak ada inisiatif untuk menulis karangan. Apabila diberi tajuk, mereka akan mula menulis, ada yang menyalin idea daripada buku rujukan, ada yang mencuba sedaya upaya untuk menulis dan ada yang "give up" lalu tidak menghantar buku untuk disemak. Pemerhatian ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah menunjukkan terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika menulis karangan secara mekanis. Sassoon (1993), mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis karangan di kelas khususnya cara menulis perenggan dengan betul, menulis isi karangan mengikut keutamaan, menentukan fakta, olahan dan membezakan contoh. Para pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah seharusnya didedahkan dengan kaedah menulis karangan dengan betul pada peringkat awal lagi supaya minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang berfakta dan gramatis. Dari pemerhatian penyelidik, karangan yang dihasilkan oleh murid masa kini semakin buruk dan tidak menonjolkan kematangan pelajar yang sebenar. Tambahan pula, pelajar pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah bukan sahaja tidak dapat menghasilkan karangan yang buruk malah tulisan yang sukar pula dibaca.

Objektif Penyelidikan atau Kajian Dalam menentukan kejayaan objektif kajian terhadap pelajar-pelajar Tingkatan Tiga , SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah, berikut adalah soalan penyelidikan atau kajian, yang telah dijadikan teras kepada tercapai atau tidak objektif kajian, iaitu : 1. Apakah tahap kemahiran menulis karangan selepas tiga berada di sekolah? 2. Apakah jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ketika menulis karangan? 3. Apakah kesan kesilapan teknik menulis kepada pemarkahan dalam karangan?

10

Objektif atau tujuan kajian ini adalah untuk : i ) menentukan tahap kemahiran menulis karangan pelajar selepas tiga tahun berada di sekolah ii ) mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ketika menulis iii) menentukan kesan kesilapan teknik menulis ke atas karangan.

Seterusnya, kajian ini dapat memberi gambaran awal terhadap guru dalam proses pengejaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah : i. ii. iii. iv. v. untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mengarang dalam kalangan pelajar; untuk mengetahui latarbelakang sisioekonomi pelajar yang mengalami masalah menulis karangan secara mekanis; untuk menentukan sikap pelajar dalam pengajaran kemahiran menulis; untuk mengetahui bentuk pendekatan pengajaran penulisan karangan; dan untuk menentukan kesesuaian program penambahbaikan kemahiran pelajar.

Kertas ini secara khusus melaporkan tentang bahagian awal kajian yang telah dijalankan, iaitu tentang pembinaan instrumen untuk mengumpul data tentang kemahiran menulis karangan secara mekanis dalam bahasa Melayu pelajar Tingkatan 3, di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi. Seterusnya, data awal daripada 30 buah sampel bagi setiap tahap yang telah dinilai oleh pemeriksa pertama digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.

11

Kerangka Konsepsual Tajuk Penyelidikan Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Secara Mekanis Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat , Sabah : Penilaian Kualitatif Objektif Kajian i ) menentukan tahap kemahiran menulis karangan pelajar selepas tiga tahun berada di sekolah ii ) mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ketika menulis Teori Kajian Teori Mekanis

Pendekatan Pendekatan Proses Pra Penulisan

Persampelan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga berumur 13 - 14 tahun

Tempat Kajian SMK Banggi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah.

Kaedah Kajian Kajian Kualitatif ( Kajian Kes / Terfokus / Kajian Tindakan ) Instrumen Kajian Analisis Data / Interpretasi Data Kebolehpercayaan / Kesahan / Triangulasi Hasil Kajian dan Rumusan

12

Kerangka Teori Teori Mekanis (empirisis / aktivis) menekankan bahawa pemerolehan bahasa terjadi melalui sesuatu lakuan dan penguasaannya adalah hasil operasi stimulus (rangsangan) dan respons (gerak balas) yang merupakan proses naluri semata-mata, bukan proses mental atau kognitif. Teori mekanis ini didasarkan kepada dapatan-dapatan hasil daripada percubaan-percubaan ke atas haiwan, sekadar contoh Skinner menggunakan tikus dan Pavlov pula menggunakan anjing. Hasil daripada percubaan-percubaan ini, haiwanhaiwan tersebut membuat gerak balas apabila adanya rangsangan yang diulang-ulangi sehingga lakuan tersebut menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan pengukuhan bahasa seseorang. Pengukuhan hanya boleh berlaku apabila seseorang mengulang-ulangi lakuan berdasarkan kepada rangsangan-rangsangan sehingga membentuk satu kebiasaan pula. Teori ini juga mengetepikan fungsi otak atau mental seseorang bagi mengukuhkan butiran-butiran bahasa yang diterimanya atau mengulang-ulang melakukan aktiviti yang boleh membentuk satu tabiat atau kebiasaan. Bloomfield (1942) yang berpegang teguh kepada teori ini berpendapat bahawa penguasaan bahasa bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. Bahasa dikuasai melalui latihan dan ia mesti dipelajari lebih daripada biasa. Mengikut Azman Wan Chik (1982), proses pembelajaran bahasa adalah merupakan satu proses mekanikal (dibandingkan dengan proses mental). Jadi penguasaan bahasa bolehlah disamakan dengan proses-proses pembentukan tabiat yang lain seperti belajar memandu kereta dan berenang yang jika diulang kali berjaya dilakukan dengan memuaskan, akan dapat diulangkan seterusnya dengan cara yang automatis. Hasil daripada teori ini, terbit beberapa kaedah pengajaran bahasa yang disebut Kaedah Terus, Kaedah Audio-lingual (Kaedah Dengar Sebut) dan sebagainya. Menurut Abd. Rahman (1997), Teori Mekanis cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau secara fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-

13

ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan brooks. Sarjana-sarjana psikologi yang menyertai aliran ini ialah J.B. Watson, E.R.Guthrie, Edward L.thorndike, I.P.pavlov dan B.F.Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Ini bermakna penguasaan bahasa ( termasuk membaca dan menulis ) adalah satu proses mekanis melalui latihan dan pengulangan. Rangsangan yang datang kepada seseorang adalah dari dalam dirinya, dan daripadanya timbul gerak balas terhadap orang lain untuk melahirkan pertuturan dan sebutan daripada simbol. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca dan menulis, teori mekanis menegaskan latihan dan latih tubi pola bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru bagi pelajar. Abd. Rahman (1997), turut mengemukakan pendapat Bloomfield ( 1933), bahawa latihan hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna untuk membentukkan kebiasaan. Teori mekanis juga menekankan kemahiran lain seperti pertuturan lisan dan kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti membaca dan menulis. Semua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran yang perlu diberi perhatian awal dalam pembelajaran yang berterusan di sekolah rendah dan menengah.

Kepentingan Penyelidikan Kajian tentang Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Secara Mekanis Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat, adalah wajar dilakukan memandangkan bahawa kajian seumpama kurang dilakukan secara khusus oleh para engkaji bahasa dan juga guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu dalam usaha mempertingkatkan kemahiran pelajar menulis karangan yang baik, utuh dan gramatis.

14

Kemahiran menulis karangan secara mekanis kurang diberi perhatian berbanding kemahiran membaca dan mengira. Pelajar dibiarkan membentuk karangan mengikut panduan karangan yang terdapat dalam buku latihan atau teks yang disediakan. Aktiviti menulis juga tidak dijalankan secara serius pada peringkat sekolah menengah. Guru sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai pengajaran kemahiran menulis karangan kerana tabiat buruk ketika menulis akan dibawa oleh murid sehingga mereka meningkat dewasa. Kaedah yang betul perlu dalam mengajar menulis karangan secara mekanis supaya murid boleh mula menulis karangan dan memudahkan guru membuat pembetulan dan pemulihan dijalankan. Kajian ini menjadi bukti bahawa kelemahan menulis karangan secara mekanis banyak berlaku di kalangan kanak-kanak khasnya, pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat, Sabah. Oleh itu, kepentingan kajian ini dapat dilihat secara objektif adalah seperti yang berikut : i. Guru, pelajar, ibu bapa dan pihak lain dapat mengetahui punca kelemahan Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Secara Mekanis Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat , Sabah. ii. iii. Pengukuran tahap pengusaan pelajar dalam kemahiran menulis karangan secara mekanis; Untuk memperbaiki tahap pencapaian akademik pelajar Tingkatan Tiga, SMK Banggi, Kudat, Sabah. Dalam pendidikan Bahasa Melayu, penulisan karangan amat penting dalam kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran asas dalam kemahiran berbahasa. selain kemahiran membaca dan kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pelajar sejak dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi . Malah kemahiran menulis juga merupakan kemahiran utama bagi setiap pelajar untuk menggambarkan prestasi berbahasa mereka termasuklah untuk fungsi peperiksaan atau kerjaya mereka pada masa hadapan.

15

Mengikut Raimes (1983), kemahiran menulis melibatkan banyak aspek, dari aspek mekanis hinggalah kepada aspek kesinambungan mengikut keperluan wacana penulisan yang hendak dihasilkan . Oleh itu, para pelajar harus disedari dengan hakikat bahawa kemahiran menulis merupakan peringkat tertinggi yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan kemahiran ini juga merupakan wadah yang penting untuk dihubungkan dengan ilmu pengetahuan (Withrow,1987). Mengikut Marohaini Yusof (1997). kemahiran menulis melibatkan beberapa pengetahuan tentang komponen-komponen menulis yang meliputi aspek isi (penglahiran idea-idea). bentuk (organisasi isi). tatabahasa ( penggunaan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis). gaya (pemilihan struktur -struktur dan butiran leksikal yang bertujuan memberi kesan kepada penulisan). dan mekanis ( penggunaan tanda-tanda tertentu dalam penulisan). Di Malaysia. beberapa perlaksanaan kajian yang melihat hasil penulisan karangan tetah diadakan. Misalnya kajian Kader Amin (1982). Raminah Sabran (1983). Marohaini Yusof (1989). Ismail Abdul Rajab (1990), Mariam Mohammad (1991). Narayanan (1991), Yap Soon Hock (1991) dan Muhammad Nawi (1994). Walaupun kajian-kajian berkenaan tertumpu kepada hasil penulisan karangan. Skop kajian adaJah berbeza. amat sedikit daripada kajian-kajian tersebut memberi tumpuan khusus kepada aspek sintaksis terutama kajian yang melibatkan pemilihan dan penggunaan ayat-ayat pelajar. Walhal aspek sintaksis merupakan satu bahagian penting dalam menentukan tahap kebolehan dan kemahiran pelajar menghasilkan sesebuah karangan yang baik dan bermutu (Khatijah Abdul Hamid. 1997). Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh Mangantar Simanjuntak (1982) yang rnenyatakan bahawa penguasaan sintaksis dan tatabahasa mempunyai kaitan yang erat dengan faktor-faktor pemerolehan dan penguasaan bahasa seseorang pelajar . Mengikut Abdul Hamid Mahmood (1 993), penulisan yang berkesan ialah penulisan yang dapat mewujudkan keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Jika keintelektualan bahasa

16

hanya dapat dicapai melalui penguasaan perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa, kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kesempurnaan sintaksisnya. Kesempurnaan sintaksis sebagai satu unit bahasa yang gramatis bergantung kepada bentuk dan maknanya yang sempurna. Kesempurnaan bentuk dan maknanya ini berkait dengan kewujudan subjek dan predikat dalam sesuatu binaan sintaksis. Jika salah satu daripadanya tidak wujud, maka bentuk penulisan itu menjadi tidak sempurna (Withrow, 1 987). Malah mengikut Nik Safiah Karim et al., (1 996), pengetahuan tentang struktur dan unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur membolehkan ia mengenal pasti dan menentukan ayat-ayat yang gramatis daripada yang tidak gramatis dalam bahasanya. Oleh sebab seseorang perlu melahirkan pendapat, perasaan, pengalaman dan setiap gagasan fikiran dan konsep yang dimiliki ke dalam bentuk ayat, maka pengetahuan ini perlu dikuasai oleh pelajar sebagai prasyarat mereka menghasilkan penulisan terbaik (Diani Amisani, 1 987). Willson (1 980) telah mengemukakan satu analogi tentang kepentingan ilmu sintaksis dan pembentukan ayat dalam sesuatu penulisan. Mengikut beliau, ayat-ayat ibarat batu-batu yang menjadi asas dalam binaan bangunan. Penulisan yang baik dan berkesan bermula dengan satu set binaan sintaksis atau binaan ayat yang kukuh. Seseorang penulis perlu mengetahui ayat-ayatnya, iaitu tentang apa yang boleh atau tidak boleh ditulis sebelum meledakkan idea-ideanya dalam penulisan . Khatijah Abdul Hamid (1997) menyatakan bahawa dalam penulisan karangan , pelajar perlu menguasai pola-pola ayat dasar dan memahami proses penerbitan ayat-ayat yang lebih kompleks seperti ayat gabungan dan ayat pancangan seperti ayat pasif dan berbagaibagai jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan . Mengikut beliau, penulisan yang tepat melibatkan kemahiran menyusun atur alat-alat nahuan dan leksikal yang merupakan aspek mekanik iaitu melibatkan struktur sintaksis yang dilihat dalam wacana yang dilahirkan. Malah, binaan ayat yang tepat dan berkesan akan dapat

17

melahirkan dan menggambarkan pendapat, perasaan , idea-idea dan keintelektualan penulisnya.

Skop Penyelidikan atau Kajian Batasan kajian meliputi skop kajian, sampel, kaedah dan dapatan kajian. Skop kajian meliputi senarai sepuluh jenis kesilapan dan kelemahan menulis karangan yang sering dilakukan oleh pelajar- pelajar. Dari aspek sampel, penyelidik menetapkan sampel diambil dari sebuah sekolah sahaja, iaitu sebuah sekolah di luarbandar dan kawasan pulau. Sampel dipilih daripada murid Tingkatan 3 , di SMK banggi, Kudat, Sabah, yang telah mendapat pendidikan secara formal di Tingkatan 1 dan 2, kerana penyelidik ingin mengesan tahap penguasaan dan kemahiran menulis karangan . Kaedah kajian yang menggunakan penyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada susunan topik tertentu. Kaedah ini juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti kajian semula jadi, kajian interpretasi, kajian lapangan, pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian induktif, kajian kes dan etnografi. Salah satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana manusia memenuhi keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru, penggunaan istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif. Salah satu perbezaan tersebut ialah sampel atau responden kajian. Bilangan responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding kuantitatif. Penyelidik kuantitatif sering merasa ragu-ragu mengenai bilangan responden yang kecil ini. Hakikatnya ialah bilangan sampel yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan fenomena yang dikaji. Kefahaman sesuatu fenomena adalah dari perspektif bahan yang dikaji, bukannya penyelidik. Walau bagaimanapun penyelidik adalah instrumen utama bagi pengumpulan data dan analisis.

18

Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut. Ketika temu bual dilakukan, penyelidik akan melibatkan diri dengan cara yang tidak mengganggu proses yang hendak dikaji. Lagi pun soalan yang hendak ditanya adalah mendalam supaya subjek dapat menceritakan pengalaman, keprihatinan atau pandangan terhadap isu yang dikaji. Secara umum, penyelidikan kualitatif adalah langkah untuk memahami sesuatu situasi berdasarkan konteks dan interaksi yang unik. Ia bukannya satu cubaan untuk meramalkan masa depan sebaliknya memahami keadaan apa yang berlaku dan akan berlaku selepas itu Kajian Kualitatif Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan kajian : i. ii. ii. iv. v. vi. vii. vii. jangka masa kajian; jenis data yang hendak dikutip; alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut; di mana kajian tersebut hendak dijalankan; kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel; strategi pengutipan data yang sesuai digunakan; jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan

Pemilihan Bentuk Kajian (a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

19

(b)

Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

(c)

Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman dan sikap.

(d)

Bentuk Kajian Tindakan - bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

(e)

Bentuk Analisis Dokumen. Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

(f)

Bentuk Pelbagai Pendekatan.Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

Membina Alat Kajian Kualitatif (a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang,rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data – Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti , j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) ,Memproses ( perkurangan data, pamir data , verifikasi data ) ,Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi penemuan )

20

(b)

Alat Pemerhatian – Ciri-ciri • Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. • Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. • Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. • Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian • Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c)

Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. • Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. • Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan prapenentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan. • Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.

Kebolehpercayaan dan Kesahan Dari segi: (1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data;dan (3) kaedah analisis data. Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Jenis triangulasi : (i) (ii) (iii) (iv) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama. Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

21

Persampelan dalam Kajian Kualitatif (a) Strategi Persampelan - dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan. Bukan berkebarangkalian digunakan (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian : (i) (ii) persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi. (iii) (iv) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian. persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. Kaedah Pengutipan Data • data yang didapati daripada dokumen; (dimana, siapa , bila ), tubuh system organisasi data. • data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung • data yang didapati daripada pemerhatian . Proses Menganalisis Data (i) (ii) (iii) (iv) (v) Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam ”word processing” atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan.

22

Interpretasi Data (a) Data Dokumen (i) (ii) (iii) (iv) Data dikutip dan diubah menjadi teks. Teks dilabel dan dikategorikan. Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan menjelma. Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya. (v) (b) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan (i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan.

(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifestasi merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej. (iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema. (c) (d) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi Data Pemerhatian Kebolehpercayaan – Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula. Kesahan – Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu. Pemerhatian – Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung.

23

Temubual – Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Triangulasi – Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif.

Definisi Istilah Definisi istilah yang digunakan dalam tajuk kajian cadangan ini adalah seperti berikut : Pengajaran Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat., memberi definisi pengajaran - perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-man: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tandatanda kebesaran-Nya; Kemahiran Kemahiran berasal daripada perkataan dasar ’mahir’. Mengikut Kamus Dewan, kemahiran diertikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. “ The capacity to accomplish successfully something requiring specific knowledge or ability; proficiency.” ( Reader's Digest Universal Dictionary) . Definisi kemahiran ini merujuk kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Suatu seni, kebolehan atau teknik yang diperolehi melalui latihan atau pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota atau badan.

24

Mekanis Dari segi pedagogi, sebelum mengarang murid mesti menguasai aspek tulisan mekanis . Aspek itu ialah kemahiran menulis huruf, suku kata dan perkataan. Hal ini dapat dilihat dari berbagai-bagai sudut. Antaranya termasuklah ketepatan bentuk, jarak, tekanan, kecondongan, kekemasan dan kepantasan. Aspek mekanis yang lain ialah kemahiran menggunakan huruf kecil, huruf besar dan tanda baca. Penguasaan ketepatan memilih perkataan, menggunakan ejaan, tatabahaa, tanda baca dan perenggan adalah aspek mekanis yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam menulis karangan. Kalangan Menurut Kamus Dewan, perkataan kalangan bermaksud lingkungan, golongan : di ~ orang Melayu:di ~ mahasiswa ; bahasa ~ bahasa ( kata – kata ) yang biasa dipakai dalam sesuatu golongan tertentu; ~ atas golongan. Pelajar Perkataan pelajar adalah pelaku kepada perbuatan belajar, iaitu individu yang sedang dalam jangka masa proses belajar, atau menimba ilmu dari seseorang atau institusi pendidikan. Sekolah rendah adalah satu institusi pendidikan di Malaysia yang mengendali kumpulan pelajar dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun berdasarkan syarat – syarat tertentu. Menurut kajian Mohd Azmi ( 2001 ), Pendidikan di Malaysia menggunakan sistem 6-3-2-2, iaitu 6 tahun di sekolah rendah yang bermula pada usia kanak – kanak 7 hingga 12 tahun ; 3 tahun sekolah menegah rendah, yang bermula pada usia pelajar 13 hingga 15 tahun; 2 tahun di sekolah menegah atas, yang bermula pada usia 16 hingga 17 tahun; dan 2 tahun dalam tingkatan 6 di peringkat pra- universiti. Satu Penilaian Kualitatif Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan kajian : i) ii) iii) jangka masa kajian; jenis data yang hendak dikutip; alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;

25

iv) v) vi) vii) viii)

di mana kajian tersebut hendak dijalankan; kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel; strategi pengutipan data yang sesuai digunakan; jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.

BIBLIOGRAFI Laman Web : http://www.slideshare.net/syazayasmin/prasyarat-kemahiran-menulis http://www.jevuska.com/topic/kemahiran+tulisan+mekanis.html http://www.scribd.com/doc/12950769/bacaan-mekanis http://www.scribd.com/doc/12730767/pp-Bahasa-Melayu http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/mekanis.html http://g13-kajiantindakan.blogspot.com/2008/04/kajian-kualitatif-kuantitatif.html

Buku / Penulisan / Journal : Aina Mohd Dani, Modul BBM 3413 , Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Awang Had Salleh. (1997). Literacy: A relook of concept and approach in an era of information technology. Suara Literasi (Buletin of Malaysian Reading Association),6 March. Hashim Othman. (2003). Kemahiran Menulis: Perspektif Komunikatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Othman. (2005). Pentaksiran Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

26

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003b). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 5 No.2 1997 Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Sulaiman Masri ( 1988 ), Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sulaiman Masri ( 2005 ), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan : Esei, Proposal, Tesis, Utusan Publications. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari ( 2006 ) , Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Utusan Publications.

27

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->