You are on page 1of 4

SELAWAT JAUHARAT AL-KAMAL:

‫ح ِّ ّـِق َق ِة ال َْحا ِئ َط ِة ِب َم ْرك َِز ال ْ ُف ُه ْو ِم‬


َ َ‫الربَّا ِنيَّ ِة َوال ْيَ ُق ْوتَ ِة ال ُْمت‬
َّ ‫الر ْح َم ِة‬
َّ ‫عيْ ِن‬ َ ‫عل َى‬ َ ‫اَلل َّ ُه ّمَ َص ّـ ِِّل َو َس ِِّل ّـ ْم‬
‫لربَّا ِنى اَل ْبَ ْر ِق اْأل َ ْس َط ِع ِب ُم ُز َو ِن‬ َّ ْ ‫لح ِ ّقا‬
َ ْ ‫اح ِب ا‬ ِ ‫ألد ِم ِ ّي َص‬ َ ْ ‫ان ال ُْمتَك ِ َّون َ ِة ا‬
ِ ‫َوال َْم َعا ِنى َون ُ ْور ِاْالَك َْو‬
‫ت ِبه ك َْون َ َك‬ َ ْ ‫ح ْو ِر َواْأل َ َوا ِنى َون ُ ْو ِر َك الال َّ ِم ِع ال َّ ِذ ْي َمأل‬ ُ ُ‫لمالِئَ ِة لِك ّ ُِل ُمتَ َع ِ ّر ٍض ِم َن اْلب‬ َ ْ ‫اح ا‬ ِ َ‫اْأل َ ْرب‬
ُ ‫جلَّى ِمن ْ َها‬
َ َ‫لح ِ ّقال َّ ِتى تَت‬ َ ‫لمكا َ ِنى اَلل ُّه ّمَ َص ّ ِل َو َسلِ ّ ْم‬ َ
‫ع ُر ْو ُش‬ َ ْ ‫عيْ ِن ا‬ َ ‫على‬ َ ْ ‫لحا ِئ َط ِبأ ْم ِكن َ ِة ا‬
َ ْ‫ا‬
‫ِقا‬ َ ْ ‫على َطل َْع ِة ا‬
‫لح ِّ ّـ ِب‬ َ ‫اط َكالتّ َآ ّ ِم اْال َْسقَ ِم الل ُّه ّمَ َص ّ ِل َو َسلِ ّ ْم‬ِ ‫فاْألَق َْو ِم ِص َر‬ َ ْ ‫عيْ ِن ا‬
ِ ‫لم َع ْار‬ َ ‫لحقَا ِئ ِق‬ َ ْ‫ا‬
‫على آلِ ِه‬ َ ‫لم َطل َْس ِم َصلَّى الله‬
َ ‫عل َيْ ِه َو‬ َ ‫َاض ِت َك ِمن ْ َك اِل َيْ َك ِإ َح‬
ُ ْ ‫اط ِة الن ّ ُْو ِر ا‬ ْ َ ‫ِقْلكَن ْ ِز اْأل‬
َ ‫ع َظ ِم ِإف‬ ‫ال َْح ِّ ّـ ا‬
‫اه‬
ُ َّ‫صالَة ًتُ َع ِ ّر ُفنَا ِب َها ِإي‬.
َ

“Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan,

mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, cahaya

segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, yang bagaikan kilat

memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya

daripada segenap lingkungan dan masa, dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi

dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat.

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang

mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan

tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna.


Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan

Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang

daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih.

Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami

dengannya haqiqat.”

KEUTAMAAN :

Selawat Jauharatul Kamal adalah salah satu selawat yang diajarkan langsung oleh Sayyidul

Wujud Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Sayyidi Syeikh Ahmad At-Tijany dalam

keadaan sedar / jaga (bukan mimpi).

Antara keutamaannya ialah :

Satu (1) kali Selawat Jauharat al-Kamal menyamai tasbih seluruh alam sebanyak tiga (3) kali.

Jika dibaca sebanyak tujuh (7) kali setiap hari dengan istiqamah, Rasulullah Shallallahu 'alaihi

wasallam cinta kepada orang tersebut dengan cinta dan perhatian yang khusus.

Jika dibaca tujuh (7) kali sebelum tidur dengan istiqamah, akan bermimpi Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam dengan syarat ketika akan tidur harus punyai wudhu’ serta

pakaian dan tempat yang bersih.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat yang empat (Abu Bakar, Umar, Uthman

dan Ali radhiyallahu 'anhum) serta Syeikh Ahmad at-Tijani hadir pada bacaan ke tujuh (7) dan

terus-menerus mendampinginya sehinggalah ia berhenti membacanya.

Jika dibaca dua belas (12) kali kemudian mengucapkan:

"Hadzihi hadiyyatun minni ilaika ya Rasullalloh." Ertinya: "Ini adalah hadiah dariku kepadamu

wahai Rasullullah..." Maka mendapat keutamaan sebagaimana ziarah kepada Nabi

Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan para Auliya’ serta Solehin dari zaman awwalul

wujud sampai waktu dibaca Selawat Jauharat al-Kamal.

Jika mengalami masalah yang besar atau kesulitan yang teramat sangat, bacalah Selawat

Jauharat al-Kamal sebanyak tujuh puluh (70) kali, maka Allah akan melepas kesusahan itu

secepatnya.

Dan banyak lagi yang tidak mampu dijelaskan di sini keutamaannya yang mana fadhilatnya

hanya dapat dirasakan oleh para pengamalnya yang istiqamah.

PERINGATAN :

Pengamalan Selawat ini tanpa penerimaan talqin daripada Muqaddam at-Tijany adalah
melanggar Hak Shahib at-Thariqah dan ia dianggap sebagai tidak sah serta terputus

silsilahnya dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.

Sila ke http://at-tijaniyah.blogspot.com untuk talkin pengamalan.

You might also like