You are on page 1of 5

3 visual dan keterangan fesyen pakaian menurut tamadun islam

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika
beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah
bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun
begitu, tamadun islam memaikan peranan yang penting dalam cara pemakaian
masyarakat islam masa kini serta masyarakat bukan islam.

Pakaian Masyarakat Arab

Gamis adalah pakaian tradisi masyarakat arab turun temurun sejak dari
zaman Rasullulah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagai
pakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa zaman itu. Sehinggalah kini pakaian ini
tetap di pelihara bagi memastikan kelansungannya. Pada zaman pemerintahan bani
Abbasiyyah dan Umayyah pakaian yang seperti ini telah digunakan oleh pemimpin-
pemimpinnya. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakai
pakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia merupakan warna yang
melambangkan kebersihan dan kesucian. Namun begitu, warna hitam juga
digunakan sebagai warna pakaian yang digunakan oleh masyarkat pada zaman itu.
Secara tidak lansung ia juga menjadi pencentus kepada penggunaan warna dalam
pakaian islam.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,


dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa’ie dan al-Hakim)
Pakaian diatas terdiri daripada ghutra yakin bahagian yang menutup kepala si
pemakai. Namun begitu, pada zaman dahulu, mereka memakai serban sebagai
penutup kepala. Ghutra berfungsi sebagai penutup kepala seperti juga serban yang
di pakai oleh Rasullulah S.A.W. pakaian ini terdiri daripada pakaian didalam yang
berwarna putih dan diluarnya berwarna hitam. Pakaian yang berwarna hitam itu
dipanggil bisht. Pakaian ini seperti pakaian pemerintah pada zaman dahulu di mana
mereka memakai satu lapis baju di dalam dan satu lapis lagi diluar. Walaupun ia
tidak sama seratus peratus, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan diguna
pakai sehingga ke hari ini. Begitula hebatnya, pemakaian dan fesyen tamadun
islam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Tidak dilupakan, pakaian
yang berwarna putih yang dipakai didalam di kenali sebagai Thawb Dishdasha.
Walauapapun jenis fesyen yang diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinya
mengikut hukum syarak. Contohnya menutup aurat.

Baju Kurung

Pakaian Wanita Islam

Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam berpakaian. Islam tidak
pernah melarang pengikutnya berfesyen. Namun begitu, fesyen yang digayakan itu
hendaklah sesuai serta tidak bertentangan dengan syariat yang telah ditetapkan.
Terutamanya mengenai menutup aurat. Seperti yang kita lihat di atas, ini adalah
fesyen yang kerap kita lihat dinegara kita. Namun sekiranya anda melihat keadaan
sekarang, ramai wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak berlandaskan syarak.
Mereka memakai tudung tetapi pakaiannya ketat dan menampakan bentuk badan.
Ini amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang di tetapkan
oleh Islam.
Gambar di atas menunjukkan cara bertudung yang betul iaitu tudung yang
dipakai hendaklah menutupi dada dan tidak jarang. Ini bagi mengelakkan
tertedahnya aurat wanita tersebut. Pemakaian sebegini bukan baru dimulakan pada
hari ini tetapi ia telah di gunakan sejak zaman Saidatina Khadijah lagi. Tudung yang
dipakai oleh wanita Islam hendaklah tidak jarang dan menutup bahagian dada
mereka. Selain daripada tudung, baju yang dipakai juga hendaklah longgar dan
labuh supaya tidak menampakkan bentuk badan dan menutup kawasan yang
sepatutnya. Ini bagi mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri


dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya
mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-
Ahzab:59)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang
belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor
lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita
yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga
kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan
tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada
jarak yang jauh." (Muslim)

Kain atau seluar yang dipakai hendaklah labuh sehingga ke paras buku lali.
Di samping itu, kaum wanita juga perlu memakai stoking untuk menutup aurat
mereka. Beginilah antara cara berfesyen yang perlu diamalkan dalam Islam. Kita
boleh memakai pakai lain selain baju kurung atau burqa tetapi pakaian tersebut
hendaklah mengikut hukum syarak.
Baju Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang
biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya
terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan
potongan Cekak Musang. Baju Melayu selalunya dipakai semasa majlis rasmi atau
perayaan. Ia merupakan fesyen turun- temurun dari zaman Sultan Abu Bakar pada
tahun 1866. Unsur-unsur dalam baju melayu juga dipengaruhi oleh tamadun islam.
Contohnya pada bahagian songkok. Songkok sebelum ini telah digunakan pada
zaman ‘Abbasiyyah di mana pegawai kerajaan akan memakai songkok panjang
diatas arahan pemerintah mereka. Pengaruh itu telah meresap masuk ke dalam
budaya melayu yang telah menerima Islam semasa zaman kegemilangan Melaka.
Baju Melayu juga dipakai bersama seluar panjang dan selalunya bersama sampin.
Sampin ialah sejenis kain yang biasanya ditenun dan selalunya menggunakan kain
songket. Namun ada juga yang menggunakan kain pelikat sebagai sampin. Ianya
mengikut kreativiti masing-masing.
Seperti juga baju kurung, baju Melayu juga semestinya direka mengikut
hukum syarak. Bajunya yang menutupi pusat dan juga seluarnya yang panjang
menutup paras lutut. Semua aspek ini adalah mengikut apa yang telah ditetapkan
oleh syarak. Di samping itu, baju tersebut juga tidak boleh jarang dan ketat. Bagi
orang melayu yang beragama Islam, baju Melayu merupakan pakaian utama dan
rasmi mereka ketika menyambut hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidiladha,
Hari Raya Aidilfitri dan bermacam-macam lagi. Pakaian ini telah sebati dengan
masyarakat Melayu sejak dari dulu hingga ke hari ini.
Jadi walauapapun fesyen yang ingin kita gayakan, yang penting pakaian dan
fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan kita tidak memakai pakaian
yang boleh menyebabkan kita mendapat dosa kerana pakaian atau fesyen yang kita
kenakan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh agama.

You might also like