You are on page 1of 12

TEKNIK BERMAIN KEBOD

Teknik Penjarian

Seseorang yang ingin mula bermain kibod seharusnya perlu tahu dan
memahani peranan serta fungi setiap jari yang digunakan. Pergerakan jari bermain
kibod adalah tidak menyerupai dengan cara bermain piano. Walau bagaimana pun
tatacara serta teknik asas dalam permainan piano boleh digunakan dalam permainan
kebod khususnya khususnya cara mengaplikasi jari-jari pada papan jari kibod.

Pada kebiasaanya sesebuah kibod mempunyi tiga hingga enam oktaf pada
papan nada. Ianya juga bergantung kepada jenis model kibod terbabit. Saiz papan
nada pada kebiasaanya sesuai dengan lebar jari orang dewasa namun terdapat juga
saiz papan kibod saiznya lebih kecil yang sesuai untuk jari kanak-kanak.

Papan nada kibod

Bagi memperoleh kemahiran sebenar dalam permaianan kibod, latihan asas


pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah
tangan. Aras dan arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan
diseimbangkan dengan kedudukan serta postur semasa bermain kibod.

Untuk memainkan kibod dalam penjarian lima jari, permaianan skel dan Arpeggio
terdapat beberapa panduan yang harus dipatuhi. Dalam memainkan kibod dalam
permainan Skel dan Arpergio, setiap jari mempunyai fungsinya sendiri. Setiap jari ini
perlu saling menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi kedudukan yang
juga mungkin berubah-ubah. Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu
bagi mana-mana jari itu berubah tempat. Pergelangan tangan permaian perlu
direndahkan jika ibu jari menekan mana-mana papan nada dan ditinggikan pula jika jari
kelima digunakan juga. Namun, pergerakan ini boleh diubah jika beberapa not
dimainkan. Pergelangan tangan bermula pada aras rendah jika memainkan permulaan
rangkaian melodi. Untuk mengakhiri sesuatu rangkaian melodi pergelanagan tangan
perlu ditinggikan semula kedudukanya.

1
Bagi memainkan skel pula, pemaian harus mengelakan ibu jarinya berada dalam
kedudukan terlipat ke dalam. Ibu jari haruslah sentiasa berada bersebelahan jari
telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan, pergelangan tangan dan jari dapat mengelak
rasa kekejangan, lenguh dan rasa ketidak serasian mengunakan kedudukan ibu jari.
Apabila berada pada kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian lengan. Melalui
cara ini dapat mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot.

Teknik penjarian skel C memerlukan lima jari kanan digerakkan secara melintang
iaitu bermula pada jari 1,2,3,1,2,3,4,5

1 2 3 1 2 3 4 5

Penjarian skel G pula terdapat satu sharp iaitu F# pada jari keempat

1 2 3 1 2 4 5

2
Terdapat dua syap dalam penjarian skel D major iaitu F# dan C#

1 2 1 2 3 5

Sedikit perbezaan berlaku pada skel F major kerana susunan jarinya ialah
1,2,3,4,1,2,3,4, dan memiliki satu flet iaitu B flet

1 2 3 4 1 2 3 4

Penjarian arpeggio pula memerlukan jarak pergerakan jari yang lebih kemas dan teliti.
Permainan arpeggio menggunakan not 1 3 dan 5 serta oktaf . bunyi skel seoalah-olah
melompat jarak 3

3
TEKNIK NYANYIAN.

Postur

Dalam menghasilakan satu nyanyian yang baik, terdapat beberapa perkara yang
harus dituruti oleh para penyanyi. Postur merupakan aktiviti muzikal yang paling awal.
Terdapat dua bentuk postur badan iaitu postur duduk dan postur berdiri. Dalam postur
berdiri terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian pertamanya semasa
menyanyi badan haruslah berdiri dengan tegap. Kaki pula hendaklah dijarakan sedikit
dengan kaki diletakan sedikit ke hadapan. Kaki hendakalah diletakakan dengan
sempurna di atas lantai dan badan berada dalam keadaan yang stabil. Penyanyi
hendaklah mengimbangkan badan di kedua-dua belah atas kaki dan keseluruhan
anggota dalam keadaan selesa.

Seterusnya berat badan penyanyi tersebut hendaklah berpusat di depan sedikit


walaupun kakinya menyentuh lantai. Elakkan daripada berdiri di mana berat badan
hanya dibebankan ke atas satu kaki sahaja. Lutut pula hendaklah dibengkokan sedikit
dan bukan di dalam keadaan keras. Dengan cara ini dapat memberikan perasaan
pergerakan bebas. Manakala pinggul pula hendaklah ke hadapan sedikit supaya
bahagian perut tidak buncit.

Tulang belakang juga perlu memainkan peranan dalam postur berdiri ini. Tulang
belakang perlulah lurus seperti dalam keadaan mengukur tinggi tetapi masih dalam
keadaan selesa. Dada hendaklah tinggi dengan bahu ke belakang sedikit dalam
keadaan bebas dan longgar.

Manakala dalam keadaan postur duduk pula, perkara-perkara yang harus


diberikan perhatian ialah duduk dengan tegap, kaki sedikit rengang dan kedua-dua
tapak kaki hendaklah menyentuh lantai dengan satu kaki di hadapan sedikit dan dalam
keadaan selesa. Duduk di separuh sahaja pada bahagian kerusi dan jangan bersandar.
Punggung pula ke belakang kerusi dengan berat badan kehadapan.

Semua ini perlulah dituruti oleh penyanyi jika ingin menghasilakan satu nyayian
yang baik. Tetapi harus diingat ini hanyalah salah satu prinsip yang harus dituruti oleh
penyanyi.

4
POSTUR BERDIRI

Secara konvesional, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi di dalam
keadaan berdiri adalah seperti berikut:

1 Semasa menyanyi berdiri dengan tegak.

2 Kaki hendaklah dijarakkan sedikit dengan satu kaki diletakkan sedikit ke hadapan. Kaki
hendaklah diletakkan dengan sempurna di atas lantai dan badan berada dalam keadaan yang
stabil. Elakkan dari kedua-dua kaki terlalu rapat.

3 Imbang badan di kedua-dua belah pada kaki dan keseluruhan anggota dalam
keadaan selesa.

4 Berat badan penyanyi hendaklah berpusat di depan seddikit, walaupun kakinya


sentuh lantai. Elakkan daripada berdiri di mana berat badan hanya dibebankan ke atas
satu kaki sahaja.

5 Lutut hendaklah bengkok sedikit dan bukan di dalam keadaan keras. Ini adalah untuk
memberikan perasaan pergerakan bebas. Elakkan lutut berada di dalam posisi yang terlalu
tegang.

6 Pinggul hendaklah ke hadapan sedikit supaya bahagian perut tidak buncit.

7 Tulang belakang hendaklah kurus seperti sedang mengambil ukuran tinggi tetapi
dalam keadaan selesa.

8 Dada hendaklah tinggi dengan bahu ke belakang sedikit di dalam keadaan bebas dan
longgar. Kedudukan dada hendaklah sama sebelum tarikan nafas sehingga akhir frasa
serta keseluruhan lagu. Elakkan daripada menaikkan bahu kerana ia akan mengganggu
perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton.

9 Tangan diletakkan di sisi badan secara relaks, tidak berpeluk tubuh atau digenggam di
bahagian belakang badan dengan keadaan tegang. Ia juga boleh diletakkan di aras
pinggang di hadapan badan.

5
10 Kepala hendaklah tinggi dan mata melihat ke hadapan. Kebebasan kepala
penting untuk pergerakan. Elakkan dari mendongak untuk menghasilkan ton yang tinggi
atau terlalu ke bawah atau melentokkan ke kiri atau ke kanan.

11 Secara keseluruhan, badan hendaklah mendapat sokongan daripada bawah iaitu


dari lantai ke atas dan perasaan regang/tegang dari pinggang.

TEKNIK VOKAL – PERNAFASAN

Pernafasan yang terkawal adalah asas nyanyian yang baik. Dengan pengurusan
pernafasan yang baik, seseorang penyanyi dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan
yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu, penyanyi dapat pengembangan pada
rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Dalam nyanyian, mulut, kerongkong perlu dibuka luas
untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

PERNAFASAN DIAFRAGMA DAN RUSUK (INTER-COSTAL)

1. Nafas melalui mulut, bukan hidung.

2. Berdiri, duduk dengan postur yang betul.

3. Buka mulut pada saiz yang cukup besar. Ambil nafas dan rasakan tulang rusuk naik dan
keluar. Dada juga dibesarkan.

4. Perhatikan perkembangan fizikal di dada atas dan di sisi serta depan pinggang.

5. Pernafasan secara diafragma adalah mendalam dan boleh menonjolkan ton suara
yang baik semasa menyanyi.

6. Diafragma adalah jalinan otot-otot kuat dan berbentuk cembun. Fungsinya adalah
sebagai otot-otot penggerak pernafasan atau membantu paru-paru dalam menyedut,
menahan dan menghembuskan nafas.

7. Ia terletak di antara rongga dada dan rongga perut. Semasa menarik nafas,
bahagian diafragma akan mengembang.

6
PENYEMAKAN TEKNIK BERNAFAS

1 Letakkan tangan pada pinggang badan dengan tapak tangan di belakang badan
sehingga jari-jari sentuh.

2. Ambil nafas sehingga kedua-dua tangan adalah paling jauh di antara satu
sama lain.

3. Hembus dan biarkan tangan balik ke kedudukan asal.

EMPAT FRASA DALAM PENGAWALAN PERNAFASAN

Tarik nafas Tahan Keluar nafas (nyanyi) pemulihan

1 Tarikan nafas

 Tarik nafas melalui mulut dan sedikit melalui hidung. Tarik dengan perasaan
yang longgar di kerongkong dan perasaan seperti badan sedang buka dengan
dalamnya.
 Bayangkan seperti sebiji belon sedang mengembang.
 Jangan tarik nafas lebih daripada apayang diperlukan. Ini akan menjadikan suara
letih.
2. Tahan

 Ini adalah satu ketika (masa yang sangat singkat) di mana aliran udara
diberhentikan tetapi kord-kord vokal masih terbuka sebelum menyanyi. Ini
mengelakkan hembusan udara.
3. Pengeluaran Nafas

 Jangan benarkan terlalu banyak udara di lepaskan


4 Pemulihan

 Masa di mana otot rehat selepas menyanyi satu frasa. Di dalam muzik yang
cepat, pemulihan boleh dijadikan serentak dengan penarikan nafas.

7
8
REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kamo menyiapkan tugasan ini. Sekalung


penghargaan buat Encik Kamaruddin bin Yusoff kerana telah banyak membantu proses
membuat kerja kursus ini dijalankan.

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, kami telah ketahui pelbagai perkara baru seperti,
teknik-teknik yang betul untuk bermain kibod, tekni pernafasan yang betul dan postur nyanyian
dengan betul. Jika sebelum ini, kami fikirkan bahawa menyanyi adalah perkara yang sangat
mudah. Namun, hakikatnya menyanyi adalah perkara yang susah sebenarnya.

Berdasarkan pemerhatian kami, untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti, kita
perlulah mengawal pernafasan, vokal kita dengan sebaiknya seperti yang telah dinyatakan di
atas. Jika kita gagal untuk mengawal pernafasan dan vokal, ada kemungkinan ton dan pic vokal
kita mungkin tidak tepat. Jadi, untuk mencapai tahap tersebut, kita perlulah berlatih mengawal
pernafasan dan vokal kita sebaik mungkin.

9
BIBLIOGRAFI

1. www.tabuhemas.com/APM1%20Kandungan.pdf
2. www.scribd.com/doc/48421438/KIBOD-CARA-BERMAIN
3. www.scribd.com/doc/494227/Muzik-KBSM-Ting-4-5

10
11
12

You might also like