You are on page 1of 8

Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

20 Februari 2008
Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami
disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami
dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam
di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeri
Kedah.

21 Februari 2008
Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian
dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai
Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami
akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke
pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,
kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa
mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer
berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh
untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal
menemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-
negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.
Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami
bermalam di pulau itu.

23 Februari 2008
Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan
tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran
nanti.
Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-
pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari
negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara
pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.
1 Tomoi ialah........

A nama sejenis seni pertahanan diri


B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
D nama sejenis permainan yang popular di Kedah

2 Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?

A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi


B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
C Untuk menyertai pertandingan berkayak
D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk
3 Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?

A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian


B Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
C Untuk memulakan pertandingan kayak itu
D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4 Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?

A Pasukan dari negeri Perak


B Pasukan dari Negeri Sembilan
C Pasukan dari negeri Kedah
D Pasukan dari negeri Selangor

5 Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?

A Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.


B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam
pertandingan itu.
C Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
negeri Kedah.
D Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
pertandingan itu.
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9.15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami
sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke
pejabat Guru Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Adakah kerana aku datang
lewat atau menconteng dinding bilik air?

9.20 pagi - Aku memberi salam lalu Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya. Guru
Besar meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru
Besar. Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di
benakku. Cedera parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut
berlaku, fikirku lagi.

9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku
membisu sahaja. Fikiranku bercelaru.
10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku
meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu-
sedu.

11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah
terlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah
yang pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.

12.00 tengah hari : Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar daripada
pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat
kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut kerana
menahan sakit.

2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak
Cik Usin memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh
dan kakinya tertampan tiang lampu.
1 Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar
memanggilnya?

A Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik air


B Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah
C Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil
D Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan

2 Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya?

A Dia berasa amat sedih


B Dia menangis hingga terduduk
C Dia cuba bertenang dan duduk
D Dia terkejut dan cuba menahan perasaan sedih

3 Maksud ‘ membisu ‘ dalam petikan di atas ialah

A menjadi bisu
B sunyi sepi
C mendiamkan diri
D menenangkan diri

4 Bagaimanakah keadaan ayah penulis akibat kemalangan itu?

A Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang


B Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah
C Kaki dan kepalanya berbalut
D Kakinya patah dan kepalanya luka

5 Semua ini telah menimpa penulis KECUALI

A dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas


B kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal
C Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital
D penulis bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jumaat (12 Mac 2008)

Kami pergi ke Pelabuhan Kataya setelah diberitahu tidak dapat ke Pulau Buru dengan
menggunakan helikopter seperti biasa. Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan untuk
mengambil kami.
Kami tiba di Pelabuhan Kataya pada waktu petang dan terpaksa menginap di rumah
tumpangan kerana tidak ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru.

Sabtu (13 Mac 2008)


Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah
laut bergelora itu. Kami menemui Pak Mail. Dia sanggup menerima ajakan kami untuk ke
Pulau Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan.
Jam 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam berada dalam
bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan saya terbaring lesu
kerana mereka mabuk laut.
Aku tidak senasib dengan kawan-kawanku kerana telah biasa dengan laut. Waktu
senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak.
Tiba-tiba enjin bot terhenti. Pak Mail turun ke bilik enjin. Paip minyak pecah, dia
memberitahuku.
Setelah dua jam dibaiki barulah kami menyambung perjalanan ke pulau itu.
Menjelang malam barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah agak pulih
daripada mabuk laut. Kami memasang khemah agak jauh ke darat. Malam itu kami tidur
dengan nyenyak kerana keletihan.

Ahad (14 Mac 2008)


Pagi itu, bangkit daripada tidur kami segera bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu
berbatu-batan dan ini menyukarkan kami bergerak. Kami menyambung kerja yang terbengkalai
minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti. Menjelang akhir minggu ini
kami menjangka akan mendapat minyak daripada kerja-kerja penggerudian itu.
1 Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa ke Pelabuhan Kataya?

A Kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan itu


B Kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
C Kerana di Pelabuhan Kataya ada rumah tumpangan
D Kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Buru

2 Maksud perkataan ‘lumayan’ dalam petikan di atas ialah

A mahal
B cukup
C banyak
D berganda

3 Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut?

A Kerana tidak biasa dengan laut


B Kerana keadaan ombak besar
C Kerana bot itu turun naik di muka air
D Kerana lama berada di dalam bot itu

4 Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru?

A Untuk berkhemah di pulau tersebut


B Menyambung kerja mencari gali minyak
C Untuk menyelidik batu-batan di pulau itu
D Untuk menentukan pulau itu ada minyak atau sebaliknya

5 Berikut ialah perkara yang tidak menimpa mereka dalam perjalanan ke Pulau Buru?

A Helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan


B Kawan-kawan penulis mabuk laut
C Bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin
D Mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih lesu
Arahan : Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

15 November 2007

Betapa pun ibu cuba menyembunyikan berita itu daripadaku, namun berita itu ‘ pecah ‘
juga. Mak Cik Liah yang memberitahuku. Aku amat terkejut. Tidak kuduga duri nibung yang
tersusuk di telapak kaki ayah begitu sekali akibatnya.
Kata Mak Cik Liah, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Luka yang kian
membengkak itu akan menjadi busung, akan melarat hingga ke tulang. Luka itu tidak akan
sembuh. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan ayah melainkan di …… Takut aku hendak
menyebut perkataan itu. Tuhanku, selamatkan ayah, jerit batinku. Sejak itu, fikiranku kusut.
Selama ini ayah tonggak hidup kami anak-beranak. Selepas ini, nampaknya beban itu akan
terhimpun di bahu ibu. Ketika itu aku teringat kepada abangku. Dia sudah lama berhijrah ke
bandar. Pada mulanya kerap juga dia mengirim wang. Kini, surat jarang ditulisnya, apatah lagi
wang.
Hatiku sebak memikirkan tentang abang. Mahu sahaja aku berhenti sekolah dan
menolong ibu di kebun getah. Akan tetapi kuat benarkah kudratku untuk menoreh dan
mengutip susu getah? Fikirku.

18 November 2007

Ayah dibedah hari ini. Aku tidak berada di sisinya ketika itu. Yang ada hanyalah ibu
dan Mak Cik Liah.
Di sekolah ada ujian percubaan UPSR. Aku mahu ponteng sahaja tetapi ibu melarang.
Emma teman baikku memujukku. Dia tahu kemelut yang melanda hidupku. Dia tahu
aku tidak bersedia untuk peperiksaan ini. Ketika peperiksaan berlangsung mindaku tidak
tertumpu pada kertas soalan. Akhirnya aku menjawab secara rambang.

20 November 2007

Cikgu Fadil, guru Matematik memanggilku. Belum sempat aku duduk, dia membaling
kertas jawapanku. Mukanya merah padam lantaran terlalu marah padaku. Hatiku amat
gementar.
“Apa dah jadi dengan kamu ni? Soalan senangpun salah,” bentaknya keras. Air mataku
meluncur laju. Aku menangis semahu-mahunya. Cikgu Fadil tergamam. Hatiku bagai disiat-
siat.
1 Perkataan “pecah” dalam petikan di atas bermaksud

A merebak
B meletup
C terdedah
D bermula

2 Apakah berita yang dikhabarkan oleh Mak Cik Liah kepada penulis?

A Ayahnya tertikam duri nibung


B Luka di kaki ayah tidak akan sembuh
C Ayahnya mengidap penyakit kencing manis
D Ayahnya akan menjalani pembedahan

3 Mengapakah fikiran penulis menjadi kusut?

A Kerana memikirkan tentang abangnya


B Kerana ayah tidak dapat bekerja lagi
C Kerana amat risau memikirkan kesukaran hidupnya
D Kerana takut ayahnya akan meninggal dunia setelah dibedah

4 Penulis tidak dapat menjawab soalan dalam ujian kerana

A masalah yang menimpa dirinya


B asyik termenung sahaja
C tidak mengulangkaji pelajarannya
D fikirannya berserabut

5 Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Fadil bertindak sedemikian rupa?

A Kerana penulis menanda kertas ujian secara rambang


B Kerana tidak menduga keputusan penulis begitu teruk
C Kerana tidak memahami keadaan penulis
D Kerana selama ini keputusan penulis sentiasa cemerlang

You might also like