You are on page 1of 21

TZ10103

TOPIK 1: PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN


PENGAJARAN SEKOLAH
___________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan sejarah perkembangan kurikulum dan pengajaran yang


berlaku di Malaysia sejak zaman sebelum penjajahan hingga kini.
2. Menyatakan ciri-ciri perkembangan kurikulum dan pengajaran pendidikan
tradisional sebelum kedatangan penjajahan British di Tanah Melayu.
3. Menghuraikan corak perkembangan kurikulum dan pengajaran semasa
zaman penjajahan British seperti Sistem Pendidikan Venarkular.
4. Membincangkan laporan-laporan berkenaan dengan perubahan kurikulum
dan pengajaran di sekolah kearah mewujudkan kurikulum dan pengajaran
yang seragam di sekolah.
5. Menerangkan perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas merdeka
sebagaimana yang dinyatakan dalam akta-akta pelajaran.
6. Menyatakan perkembangan terkini dalam kurikulum dan pengajaran
sekolah seperti yang dijelaskan dalam dasar-dasar baharu Kementerian
Pelajaran Malaysia.

UMS 1
TZ10103

PENGENALAN

Topik ini memberi penkanan kepada sejarah perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah di
Malaysia dalam konteks perkembangan sejarah pendidikan negara. Fokus perbincangan dalam
topik ini ialah berkenaan dengan perkembangan kurikulum dan pengajaran dalan sistem
pendidikan negara dengan memberi tumpuan kepada kurikulum yang dipelajarai di setiap
peringkat dan pengajaran yang berlaku dalam sistem pendidkan berkenaan. Di samping itu, topik
ini juga akan membincangkan tentang perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas
merdeka yang dibahagikan kepada beberapa tahap mengikut dekad 50-an, 60-an, 70-an,80-an,
90-an,era tahun 2000 dan perkembangan kurikulum dan pengajaran terkini sebagaimana yang
dinyatakan dalam dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan perkembangan
baru dalam pendidikan di Malaysia sehingga 2012 ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

PETA KONSEP

PERINGKAT PERKEMBANGAN KURIKUKUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH DI MALAYSIA

Selepas
Sebelum Merdeka Pembentukkan Selepas Laporan
(1400-1941) Malaysia Kabinet 1975
(1963-1975)

Sebelum Merdeka
Awal Merdeka Selepas 1990
(1946-1957)
(1957-1963)

Rajah 1 : Peringkat perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah di Malaysia.

UMS 2
TZ10103

1.1 KONSEP KURIKULUM DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH

Kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan
(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979). Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat Malaysia. Kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensi
murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial dengan cara seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan zaman begitu juga dengan


perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah. Perkembangan tersebut dapat dapat
dibahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan
semasa. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah akan dibincangkan dalam konteks
perkembangan pendidikan di Malaysia. Perkembangan tersebut meluputi kandungan dan jenis
kurikulum dan sistem pengajarann yang berlaku selaras dengan tahap perkembangan pendidikan
di Malaysia. Konsep kurikulum adalah merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak
nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secara
teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata
seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah untuk semua
peringkat persekolahan.

Menurut Kerr J. K (1968), Hirst (1975) serta Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978)
telah mentakrifkan kurikulum adalah rancangan di peringkat sekolah manakala B.O.Smith,
W.D. Stanley dan J. H. Shores (1957), J. G Saylor & W. M Alexander (1974) dan K. Egan
(1978) menyatakan kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan. Selain itu, Tyler(1950) ,G.
A. Beauchamp (1968) dan A.S Robinson (1971) memfokuskan kurikulum kepada objektif dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
Konsep kurikulum sekolah mengandungi lima aspek sebagaimana yang digambarkan dalam
rajah di sebelah

UMS 3
TZ10103

Pencapaian Aktiviti Pendidikan


Pembelajaran

Walker (1990)

Mata Pelajaran
Pembelajaran
yang Diinginkan
Pengalaman
Pelajar

Rajah 2 : Lima Konsep Am Yang Terdapat Dalam Kurikulum Sekolah, Walker (1990)

Konsep pengajaran adalah meliputi segala aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran juga melibatkan aktiviti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Di samping itu, pengajaran bertujuan:
menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru (Mok Soon Sang, 2003). Perkembangan kurikulum dan pengajaran di
Malaysian telah melalui beberapa tahap dan perubahan yang ketara selaras dengan perubahan
zaman dan keperluan pendidikan bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara bagi
merealisasikan aspirasi negara selaras dengan perubahan zaman.

UMS 4
TZ10103

1.2 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SEBELUM MERDEKA

1.2.1 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Sebelum Zaman Penjajahan.

Perkembangan kurikulum dan pengajaran sebelum zaman penjajahan adalah bercorak


pendidikan tidak formal yang berkaitan dengan aspek keagamaan serta kemahiran-kemahiran
tertentu. Semasa kerajaan Melayu Melaka, pendidikan hanya diberikan kepada anak-anak
pembesar oleh guru-guru yang digaji khas. Kelas-kelas pengajaran diadakan di kawasan istana
atau di rumah pembesar. Selain itu, kewujudan sekolah pondok juga dianggap sebagai
pendidikan tidak formal.Kurikulum dan pengajaran yang berlaku di sekolah pondok adalah lebih
memberikan tumpuan kepada pengajian Kitab Al-Quran serta bahasa Arab.

Menurut Mohd Isa (2002), sistem pendidikan pondok adalah lanjutan sistem pendidikan
rumah-rumah, surau, masjid dan istana). Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem
pendidikan agama yang disebut sekolah pondok/madrasah.Ia ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di
pondok yang di bina di sekelilingnya. Kurikulum yang diajar adalah berasas kurikulum agama
yang diajar oleh guru-guru yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.

Kaedah pengajarannya adalah menggunakan system ‘halagah’ di mana guru dikelingi


oleh muridnya dengan merujuk kitab masing-masing sambil diberi penerangan dan penjelasan
oleh guru. Di samping itu, pengajaran agama juga dikesan di kawasan surau dan masjid di
kampung2 orang Melayu dengan mengajar huruf abjad Arab, menghafal doa dan diajar mahiran.
Menurut (Fuziah dan Ruslan, 2000). Antara ulama yang bertanggungjawab membina sekolah
pondok yang teratur di Kelantan, Terengganu, dan Kedah ialah Sharif Muhammad dari Baghdad,
Sheikh Daud Abdullah Al-Fatani, Sheikh Abdul Malik Abdullah dan Sheikh Abdul Kadir.

UMS 5
TZ10103

1.2.2 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Semasa Zaman Awal


Penjajahan

Menurut Fauziah dan Roslan (2000), sistem pendidikan yang dibentuk pada zaman penjajahan
merupakan satu permulaan kepada perubahan pendidikan tradisi di Tanah Melayu bagi
mencerminkan kuasa, keperluan dan kehendak pendidikan penjajah. Perkembangan kurikulum
dan pengajaran sekolah pada zaman penjajah adalah mengikut berdasarkan kepeada beberapa
jenis sekolah iaitu Sekolah-sekolah Melayu,sekolah-sekolah cina, sekolah-sekolah Tamil dan
sekolah-sekolah Inggeris. Terdapat beberapa ciri-ciri pemisah dalam perkembangan kurikulum
dan pengajaran sekolah antara sekolah-sekolah yang telah ditubuhkan pada zaman penjajahan
iaitu sekolah yang dikhaskan kepada kaum-kaum tertentu dengan tujuan untuk memisahkan
ketiga-tiga kaum. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah dilaksanakan dalam bahasa
pengantar ketiga-tiga sekolah iaitu dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Lokasi
sekolah juga agak jauh antara satu sama lain.

1.2.2.1 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Melayu

Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Melayu setelah kedatangan penjajah


Inggeris adalah melalui penubuhan sekolah vernakular Melayu dengan bantuan kerajaan
Inggeris. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah Melayu di Teluk Belanga dan Kampung
Gelam di Singapura, Sekolah di Penaga Permatang Pauh dan Bukit Tambun serta beberapa
sekolah juga dibina di Melaka. Secara keseluruhannya, jumlah sekolah vernakular Melayu di
Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872 sebanyak 16 buah dengan jumlah pelajar seramai 427 org.
Sekolah Melayu hanya menerima pelajar-pelajar lelaki sahaja pada mulanya.

Pada tahun 1892 pendidikan rendah diwajibkan kepada semua kanak-kanak lelaki dan
diberikan percuma. Kanak-kanak Melayu lelaki yang berumur antara 7- 14 tahun dan tinggal
dalam lingkungan 2 batu dari sekolah diwajibkan menghadiri sekolah sehingga mereka tamat
darjah 4. Ibu bapa Melayu tidak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.
Walaubagaimanapun, pihak Inggeris berusaha meyakinkan para ibubapa agar menghantar anak
perempuan mereka ke sekolah. Hasilnya, beberapa sekolah vernakular Melayu bagi murid-murid
perempuan telah ditubuhkan bagi memenuhi tujuan itu.

UMS 6
TZ10103

Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah Vernakular Melayu ialah pelajar-pelajar diajar dengan
mata pelajaran asas sahaja iaitu mengira,menulis,membaca,ejaan,mengarang dan ilmu alam.
Guru-guru di sekolah Vernakular Melayu mendapat latihan perguruan di maktab perguruan yang
ditubuhkan untuk melatih guru-guru mengajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu iaitu
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu.

Perkembangan Kurikulum dan pengajaran di Sekolah Vernakular Melayu adalah amat


sederhana selaras dengan konsep penubuhan sekolah vernakular Melayu kerana penubuhannya
hanyalah merupakan usaha pihak penjajah bagi mengelakkan orang Melayu daripada buta huruf.
Buktinya jelas dilihat melalui niat penjajah yang berbunyi iaitu Objektif pendidikan orang
Melayu di luar bandar adalah untuk menjadikan “anak Nelayan atau petani itu seorang nelayan
atau petani yang lebih pandai daripada bapa mereka (Radcliff,1970) dan untuk mengajar bacaan
dan kira-kira kepada kanak-kanak yang lembap supaya dapat membantunya menyimpan akaun di
kedai kampung (winstedt, 1931). Justeru itu tidak hairanlah mengapa kurikulum yang
dilaksanakan hanyalah merupakan kurikulum asas sahaja. Kaedah pengajaranya juga bersifat
tradisonal.

1.2.2.2 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Cina

Penubuhan sekolah Vernakular Cina ditubuhkan setelah orang cina telah dibawa masuk bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor perlombongan. Pada awal adab ke-20, terdapat
sebilangan pendatang Cina menggangap Tanah Melayu ini sebagai negara mereka. Oleh itu, bagi
memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka maka sekolah-sekolah aliran Cina telah
ditubuhkan. Kurikulum dan pengajaran dalam sekolah aliran Cina ini, “Kuo-Syu” atau bahasa
Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Manakala guru-guru dan buku teks dibawa dari
negara China.

Secara keseluruhannya kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Cina adalah


berorientasikan cara mengajar di negara China. Kurikulum dan pengajaran di Sekolah Cina
terdiri daipada beberapa jenis iaitu kurikulum dan pengajaran yang diurus dengan sempurna oleh
jawatankuasa yang biasanya ditaja oleh persatuan atau suku kaum Cina. Di samping itu ada juga
kurikulum dan pengajaran di sekolah separa awam di mana sekolah yang dibentuk oleh orang
perseorangan atau beberapa orang guru yang melantik jawatankuasanya sendiri. Selain daipada
UMS 7
TZ10103

itu, ada juga kurikulum dan pengajaran di sekolah persendirian yang dikendalikan oleh guru-
guru dan biasanya kecil sahaja.

1.2.2.3 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Tamil

Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Tamil berikutan dengan


penubuhan sekolah-sekolah Tamil selepas kemasukan buruh-buruh India ke Tanah Melayu.
Sekolah Tamil kebanyakannya terdapat di kawasan ladang getah. Perkembangan kurikulum dan
pengajaran di sekolah Tamil dikawal dan dsiselia oleh masyarakat India sendiri. Kurikulum di-
sekolah Tamil adalah selaras dengan kurikulum di negara India begitu juga dengan guru-guru
dan buku teks dibawa dari India. Semua perbelanjaan bagi pengurusan kurikulum dan pengajaran
di sekolah Tamil ditanggung oleh pihak persendirian dan Mubaligh Kristian. Pada tahun 1923
Ordinan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan mewajibkan majikan membina
sekolah bagi anak-anak pekerja ladang. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah
Tamil adalah terhad kepada peringkat rendah sahaja.

1.2.2.4 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Inggeris

Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah


Inggeris, iaitu pada tahun 1618, penubuhan sekolah Inggeris pertama yang dikenali sebagai
Penang Free Scholl. Kerajaan Inggeris memberikan peruntukan kewangan kepada sekolah
Inggeris bagi membiayai perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Inggeris.
Kurikulum Grammar School of Great Britain diajar kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada
anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak saudagar Cina serta anak-anak pembesar Melayu.
Kurikulum dan pengajaran di sekolah Inggeris diadakan pada peingkat sekolah rendah dan
menengah.

UMS 8
TZ10103

1.3 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SEBELUM MERDEKA ( 1946 – 1957)

Pihak British telah membuat kajian tentang kurikulum dan pengajaran di sekolah-sekolah selepas
perang dunia kedua selaras dengan Dasar Malayan Union (1946) yang diperkenalkan oleh Pihak
British bertujuan untuk menyatukan sistem pentadbirannya di Tanah Melayu termasuklah sistem
pendidikan. Oleh itu, Rancangan Cheeseman diperkenal . Rancangan tersebut mencadangkan
beberapa cadangan bagi tujuan menyelaras dan menyeragamkan kurikulum dan pengajaran di
sekolah-sekolah, di mana Bahasa Inggeris mestilah diajar di semua sekolah. Di samping itu
kurikulum dan pengajaran mesti dilaksanakan sehingga ke peringkat sekolah menengah.

Selain daripada itu pendidikan percuma diberikan kepada kanak-kanak di peringkat


sekolah rendah. Namun begitu Rancangan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan ditolak oleh
Majlis Perundangan Persekutuan kerana ahli-ahli majlis tidak bersetuju bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah. Pihak Inggeris juga telah membuat kajian bagi mengkaji
masalah yang terdapat dalam perkembanagan kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular
Melayu. Kajian tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa dari University Oxford dan hasilnya satu
laporan telah dikemukakan. Laporan tersebut dikenali sebagai laporan Barnes (1950), beberapa
cadangan telah dikemukakan dalam laporan tersebut iatu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah di persekutuan Tanah Melayu. Manakala mata
pelajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

Di samping itu, kurikulum bagi mata pelajaran Sains dirombak daripada kurikulum
asalnya. Jawatankuasa tersebut juga mencadangkan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan bagi
memantau perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah. Selain itu, pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah
diperkenalkan. Manakala kurikulum dan pengajaran di peringkat sekolah menengah
dilaksanakan dengan bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris dan terbuka kepada kanak-
kanak yang tamat persekolahannya di peringkat sekolah rendah.

UMS 9
TZ10103

Kajian terhadap perkembanga kurikulum dan pengajaran sekolah di Tanah Melayu juga telah
dilaksanakan pada tahun 1951 oleh Fenn dan Wu. Hasil kajian tersebut satu laporan telah
dikemukan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-wu. Laporan tersebut lebih memfokuskan
kepada proses perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Cina. Antara cadangan-
cadangan dalam laporan tersebut ialah satu pendidikan yang berteraskan latar belakang tempatan
perlulah disediakan kepada kanak-kanak agar pendidikan tersebut sesuai dengan kehidupan
mereka. Di samping iyu, mereka menyatakan tiada paksaan kepada rakyat untuk mempelajari
satu ataupun beberapa bahasa. Mereka juga mengesan masalah kekurangan guru, kemudahan
dan Kelemahan di peringkat pentadbiran dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah
di sekolah Cina. Mereka juga mencadangkan orang-orang cina digalakkan mempelajari 3 bahasa
iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Implikasi daripada perbezaan cadangan laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu terhadap
pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah di Tanah Melayu, maka pihak British telah
menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji kedua-dua laporan itu yang dikenali
sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Jawatankuasa Ordinan Pelajaran telah mengemukakan
beberapa cadangan idalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah iaitu Bahasa Inggeris
menjadi mata pelajaran wajib di sekolah Melayu dan sebaliknya. Di samping itu sekolah yang
mempunyai lebih 15 orang murid boleh mengadakan kelas bahasa ibunda jika ada permintaan.
Mereka juga mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah iaitu sekolah yang menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, Ordinan
Pelajaran (1952) ini menghadapi banyak rintangan untuk dilaksanakan kerana masalah
kekurangan guru terlatih, mendapat tentangan daripada masyarakat Cina dan India serta masalah
kekurangan sumber kewangan.

Seterusnya, perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah berlaku selepas


pembentukan kerajaan Perikatan memerintah pada 30 September 1955 di mana satu
jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji kurikulum dan pengajaran sekolah serta
mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh persekutuan.
Jawatankuasa itu mengandungi 15 orang ahli dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak,
Menteri Pelajaran ketika tu. Laporan Razak telah diterbitkan dalam bulan Mei 1956 yang
kemudiannya dikenali sebagai Penyata Razak. Penyata tersebut telah menjadi panduan dalam
UMS 10
TZ10103

perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah serta menjadi asas dalam membentuk dasar
pendidikan negara sehingga kini. Laporan tersebut telah menekakan kepada kurikulum dan
pengajaran kanak-kanak di peringkat pendidikan rendah mereka di sekolah vernakular yang
berasingan.

Di samping itu Jawatankuasa itu berusaha meningkatkan bahasa Melayu ke tahap yang
paling atas dengan mewajibkan kurikulum dan pengajaran bahasa Melayu di semua jenis
sekolah. Kesan daripada cadangan ini, murid-murid Melayu akan mahir dalam dua bahasa dan
murid bukan Melayu akan mahir dalam tiga bahasa. Selain daripada itu, sebagai langkah untuk
menjayakan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di
semua peringkat sekolah maka bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menengah dan mata
pelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di dalam peperiksaan, iaitu peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) dan di peringkat Sijil
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysian Certificate of Education (MCE).

1.4 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SELEPAS MERDEKA

Perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas di awal kemerdekaan adalah berorentasikan


Laporan Razak (1956). Menjelang tahun 1959 perkembangan kurikulum bukan hanya terhad
diperingkat rendah dan menengah sahaja ianya telah sampai ke peringkat universiti dengan
penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur yang menawarkan menawarkan kursus
kejuteraan, sastera dan sains. Ini merupakan era penting dalam sejarah perkembangan kurikulum
Negara. Perkembangan seterunnya berlaku pada tahun 1960 apabila satu jawatankuasa
ditubuhkan yang dikenali sebagai laporan Rahman Talib bertujuan utk mengkaji dasar
pendidikan yang telah diterima pada 1956. Jawatankuasa tersebut telah mengkaji
pelaksanaannya pada masa itu dan masa akan datang serta mengkaji implikasi kewangan tentang
pelaksanaan kurikulum yang dikemukakan oleh dasar penyata Razak. Perkembangan kurikulum
dan pengajaran sekolah berlaku setelah pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 dan penubuhan sistem
pendidikan aneka jurusan (1965).

UMS 11
TZ10103

Di samping itu kerajaan telah memberi fokus ke arah perkembangan kurikulum dan pengajaran
sekolah sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial. Kurikulum dan
pengajaran sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah digubal dan dilaksanakan dibawah
Rancangan Malaysia Pertama. Di samping itu, penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional, penyelerasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan dan
penubuhan Lembaga peperiksaan Malaysia telah mewujudkan scenario baru dalam
perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah yang bukan hanya terhad kepada sekolah-
sekolah harian biasa sahaja.

1.5 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SELEPAS LAPORAN KABINET

Pada tahun 1974, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, satu
jawatankuasa dibentuk bertujuan mengkaji semula pelaksanaan dan keberkesanan sistem
pendidikan sebelum ini. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Kabinet 1975 perkembangan
penting kurikulum dan pengajaran berdasarkan laporan tersebut ialah kurikulum dan pengajaran
sekolah berperanan untuk merangka sistem pendidikan yg akan mewujudkan generasi brdisiplin,
patriotik dn beridentiti Malaysia. Perubahan paling penting dalam kurikulum dan pengajaran
sekolah ialah pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mengantikan Kurikulum
Lama Sekolah Rendah yang terlalu memfokuskan kepada penguasaan ilmu melalui mata
pelajaran yang banyak menyebabkan perkembangan pelajar hanya memfokuskan kepada
perkemngan kognatif sahaja. KBSR berteraskan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca,
kemahiran menulis dan kemahiran mengira yang diterapkan melalui mata pelajaran teras dan
elektif.

Di samping pemupukan nilai etika dan estetika juga dilaksanakan dalam KBSR
sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsan. Perubahan kurikulum dan
pengajaran sekolah di peringkat menengah juga telah mengalami perubahan dengan pengenalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum tersebut bercorak umum dan liberal di
mana murid-murid boleh mengikuti pelajaran dalam komponen pelbagai komponen iaitu
kompenen bahasa, sains sosial, sains dan vokasional. Perkembangan kurikulum dan pengajaran
UMS 12
TZ10103

sekolah dapat dilihat di mana Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yg dilaksanakan
sepenuhnya di peringkat menengah d semenanjung dan Sabah pada tahun 1982 dan di Sarawak
pada tahun 1990 manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut diberi tumpuan.

Selain daripada itu Sekolah rendah kerajaan yg menggunakan bahasa Cina dan Tamil
dikekalkan. Manakala mata pelajaran Pendidikan Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat
jati diri di kalangan pelajar. Laporan tersebut juga member penekamam kepada Pendidikan Sains
dan Teknikal diberi lebih penekanan pd peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja
mahir. Kurikulum dan pengajaran sekolah telah mengalami pengubahsuaian sesuai dengan
keperluan sistem pelajaran dan latihan bagi mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir selaras
dengan keperluaan Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada masa itu. Kurikulum dan
pengajaran sekolah juga lebih menjurus kepada peranan pendidikan dalam perpaduan
sebagaimana dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dan penubuhan Rukun Negara.

1.6 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SELEPAS 1990

1.6.1 Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Kurikulum dan pengajaran sekolah pada dekad 90-an lebih menjurus kepada peningkatan akses
dalam pendidikan khususnya peringkat tertiary iaitu selaras dengan perkembangan tenknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun
1999. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah telah ditambahbaik dan dimantapkan
lagi dalam sistem pendidikan melalui perundangan, dasar dan program utama. Antaranya ialah
dengan pengenalan Akta Pendidikan 1996 .

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan Akta Pelajaran 1961 yang telah mengariskan
beberapa aspek penting dalam kurikulum dan pengajaran sekolah. Akta ini mengugurkan
beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yg tidak sesuai dan mengekalkan peruntukan yg
sesuai sahaja.Perakuan tersebut berpaksikan perakuan utama Penyata Razak 1956. Akta
Pendidikan 1996 telah pindaannya pada tahun 2002. Akta tersebut bertujuan memantapkan lagi

UMS 13
TZ10103

sistem pendidikan kebangsaan supaya generasi muda dapat menjadi modal insan sejajar dengan
aspirasi negara dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan.

1.6.2 Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- 2010 )

Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah semasa pelaksanaan Dasar Pendidikan


Kebangsaan . Dasar tersebut bertujuan membentuk satu sistem pendidikan yg berkualiti serta
bertaraf dunia. Matlamat dalam dasar pendidkan kebngsaan adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yg berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera serta dapat
menyediakan sumber tenaga manusia dan Menyediakan peluang pendidikan bagi warga
Malaysia. Dasar tersebut dilaksanakan melalui perkembangan kurikulum dan pengajaran di
semua peringkat sekolah bermula dengan pendidikan prasekolah, pendidikan rendah dan
pendidikan menengah.

Di samping itu kurikulum dan pengajaran sekolah dengan pengenalan Pendidikan Khas
dan Pendidikan Teknik dan vokasional. politeknik dan pendidikan tinggi.Kurikulum dan
pengajaran di peringkat Pendidikan prasekolah dilaksanakan bagi murid yang berumur dari 4

hingga 6 tahun. Manakala kurikulum dan pengajaran sekolah Rendah pula dilaksanakan bagi

tempoh 6 tahun di sekolah kebangsaan atau Jenis kebangsaan. Pendidikan menengah pula
terbahagi kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan -pendidikan menengah
atas.Pendidikan menengah yg diadakan terdiri daripada ekolah akademik, sekolah teknik dan
vokasional, sekolah kebangsaan agama dan pendidikan lepas menengah. Selain itu Sekolah
Pendidikan Khas dan Sekolah Sukan juga telah diperkenalkan selaras dengan keperluan semasa
bagi member peluang pendidikan yang sama rata serta dapat dapat melahirkan jaguh sukan yang
berwibawa.

Di samping itu, dalam dekad berkenaan usaha meningkatkan pengajaran sekolah


dilaksanakan dengan menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada UPSI. Di samping
itu. Selain itu kurikulum dan pengajaran di Sekolah Menengah Vokasional telah dinaiktaraf
kepada Sekolah Menengah Teknik. Perubahan kurikulum dan pengajaran juga berlaku dengan
pelaksanaan Program Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003 dan
pengenalan bayaran intensif Subjek Pendidikan pada tahun 2003. Di samping itu, kurikulum dan

UMS 14
TZ10103

pengajaran sekolah dikembangkan lagi dengan pengenalan program j-QAF pada tahun 2005
bagi membantu murid Islam menguasi Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila
tamat sekolah rendah. Pengenalan Sekolah Bestari, dan Sekolah Wawasan telah mewujudkan
perubahan ketara dalam Perkembagan kurikulum dan pengajaran sekolah . Perubahan ini selaras
dengan keperluan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999. Dalam usaha
kerajan untuk memperkukuhkan Sistem Pendidikan Negara maka Pelan Induk Pembangunan
( 2006 – 2010 ) Di samping itu dasar tersebut juga dapat membentuk satu sistem pendidikan yg
berkualiti serta bertaraf dunia bagi melahirkan bangsa Malaysia yg taat setia dan bersatu padu.

1.6.3 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Dalam Program Sekolah Bestari

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunankan konsep Sekolah Bestari pada
tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato’ Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia waktu itu. Di sekolah tersebut Kurikulumnya terdiri dari pelbagai perspektif
dan efektif matapelajaran dengan member fokus kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran.Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu
kanak-kanak menghadapi zaman maklumat.

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan


membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.
Kurikulum dan pengajaran sekolah bestari bertujuan untuk memperkembangkan potensi pelajar
dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan kurikulum dan
pengajaran di sekolah Bestari bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan
dan celik teknologi serta memupuk perkembangan individu secara menyeluruh. Sekolah tersebut
juga dapat memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu serta prihatin
dengan kepelbagaian kebolehan, gaya dan keupayaan pembelajaran. Kurikulum sekolah ini dapat
memupuk Intergrasi menegak, mendatar dan multi disiplin.

UMS 15
TZ10103

1.6.4 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Dalam Program Sekolah Wawasan

Perkembangan kurikulum dan pengajaran juga wujud melalui program Sekolah Wawasan yang
merupakan sekolah yg berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Pelaksanaan sekolah tersebut dapat memewujudkan perpaduan di
kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang. Situasi ini dapat memupuk
semangat intergrasi antara pelajar dari pelbagai aliran bagi melahirkan generasi yang mempunyai
sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu.Kurikulum dan pengajaran menjadi medium dalam menggalakan interaksi yang maksimum
antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti lain di sekolah.

Sekolah berlainan aliran iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Sekolah-
sekolah tersebut mempunyai indentiti masing-masing dan mempunyai pentadbiran secara
berasingan. Manakala kurikulum dan bahasa pengantar di sekolah wawasan adalah
menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Di samping itu mata pelajaran adalah mengikut
kursus-kursus pengajian mengikut jenis aliran sekolah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
Sekolah Wawasan adalah mengikut jenis aliran sekolah manakala jumlah tenaga pengajar adalah
mengikut norma perjawatan yg telah ditetapkan. Sekolah ini dapat mengekalkan identiti asal
sekolah-sekolah berkenaan.

Warga sekolah wawasan boleh menggunakan kemudahan sekolah secara bersama-sama.


Jawatankuasa dipengerusikan oleh salah satu daripda Guru Besar secara bergilir-gilir. Makanan
yg disediakn adalah makanan yg halal dan mengira sensitiviti pelbagai kaum. Pemupukan
kepelbagaian dari segi etnik dan budaya melalui bahan cetakan dan bukan cetakan. Sekolah ini
juga menekankan keadilan dan kesaksamaan dari segi undang-undang dan tiada unsur kompleks
superior atau inferior berasaskan kaum etnik. Sekolah wawasan menggalakan komunikasi
terbuka merentasi kaum etnik dan mempunyai kakitangan akademik dan bukan akedemik yang
berasal daripada pelbagai kaum etnik bagi memperkayakan interaksi sosial murid-murid.

UMS 16
TZ10103

1.6.5 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Dalam Program Kelas Intervensi Asas
Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Kurikulum tersebut dilaksanakan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun 1. Program ini merupakan langkah
segera bagi menangani isu kemahiran asas membaca dan menulis dlm kalangan murid-
murid.Program ini diharapkan dapat membantu semua murid supaya boleh menguasai 2M iaitu
membaca dan menulis pada tahun 1. Bagi mencapai matlamat ini, pelaksanaan kurikulum dan
pengajaran dalam program tersebut berdasarkan garis panduan berikut iaitu memberi peluang
kepada murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kebolehan masing-
masing. Pengajarannya dapat menyemai semangat minat belajar dalam kalangan murid-murid.
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid tahun 1 yang memerlukan pemulihan dalam
kelas. Ianya terdiri daripada mereka yang lambat dan masih belum menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis serta memerlukan pemulihan kelas. Pelaksanaan kurikulum dan
pengajaran tersebut dapat menjayakan konsep pendemokrasiaan pendidikan.

1.6.6 Perkembangan Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Dalam Program PPSMI

Kurikulum dan pengajaran sekolah dalam program Pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah merupakan satu kaedah untuk meningkatkan pengetahuan
pelajar supaya dapat menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa antarabangsa itu. Kurikulum
dan pengajaran dilaksnakan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan buku-buku teks yang
diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan Penyediaan bahan rujukan yg sesuai dalam bentuk
cetakan atau perisian computer. Selain daripada itu, perkembangan kurikulum dan pengajaran
dalam Pendidkan Wajib juga telah dilaksanakan bertujuan untuk mewajibkan ibubapa
warganegara di Malaysia mendaftarkan anak yang mencapai umur 6 tahun ke sekolah. Implikasi
pendidikan wajib ini ialah kuiti peluang pendidikan antara pelbagai kaum dapat dilaksanakan
dan hak asasi kanak-kanak terpelihara.

UMS 17
TZ10103

1.7 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH SELEPAS TAHUN 2010

Pada tahun 2010 terdapat beberapa perkembangan baru dalam kurikulum dan pengajaran di
sekolah bagi memenuhi keperluaaan pendidikan Negara. Antaranya ialah dasar memartabatkan
Bahasa Malaysia memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris (MBMBI), dasar 10 mata
pelajaran dan program Prasekolah.

1.7.1 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Penguasaan Bahasa


Inggeris (MBMBI)

Dasar MBMMBI adalah untuk melaksanakan kurikulum dan pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 manakala Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebagsaan Cina dan
Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Menurut Tan Sri Alimuddin, rasional
pelaksaanan dasar ini adalah kerana penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan
bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

Di samping itu, Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap
bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an. Selain itu Kebanyakan negara di
dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai
bahasa ilmu. Dasar PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara
murid bandar dan luar bandar. Penggunaan bahasa Malaysia perlu diperkukuhkan sebagai bahasa
perpaduan untuk membina jati diri dan negara bangsa. Di samping pelaksanaan dasar ini juga
selaras dengan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang
perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan
dijadikan sebagai bahasa perpaduan. Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dilaksanakan
melalui beberapa strategi iaitu melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Melayu di Tingkatan Satu hingga Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah
Kebangsaan manakala Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT.

UMS 18
TZ10103

Di samping itu tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJKC dan
SJKT. Dasar tersebut juga dapat dijayakan melalui penggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia serta menyediakan bahan
bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia adalah melaui
pendekatan seni bahasa seperti bercerita, drama, nyanyian, puisi, bahas, syarahan, pengucapan
awam. Di samping itu beberapa pendekatan pengajaran bagi memenuhi keperluan dasar tersebut
ialah melalui pembelajaran menyeronokkan, Kesusasteraan Melayu, Modular dan penggunaan
ICT.

Manaakala strategi bagi melaksanakan kurikulum dan pengajaran bahasa Inggeris adalah
dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara,
guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA. Dasar ini
juga dapat dicapai dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru
bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh melebihi 35 murid) dan menyediakan bahan bacaan
dalam Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris serta menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa dengan
menyediakan perisian, headphone, speaker dan mikrofon bagi menggalakan lagi proses
komunikasi dalam Bahasa Inggeris.

1.7.2 Pelaksanaan Dasar 10 Mata Pelajaran

Dasar ini dilaksanakan bagi mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia mulai tahun 2010. Dasar ini bertujuan untuk membinan modal insan yang berilmu
dan mengurangkan tumpuan kepada peperiksaan semata-mata dan memberi fokus kepada
kumpulan mata pelajaran bagi memudahkan pemilihan dan dapat mengelakkan peperiksaan
sebagai medan untuk menguji kekuatan dan persaingan. Kurikulum dan pengajaran yang
dilaksanakan adalah selaras dengan keperluan dasar ini di mana pelajar diajar dengan kurikulum
mengikut kumpulan yang sesuai dengan kebolehan, minat dan kecenderungan mereka.
Pelaksanaan dasar tersebut adalah untuk memberi fokus kepada proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kumpulan mata pelajaran seperti tercatat dalam Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996.
UMS 19
TZ10103

1.7.3 Pendidikan Prasekolah

Penekanan kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti adalah untuk melahirkan modal insan
selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan penggunaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan meningkatkan latihan guru prasekolah
berdasarkan KSPK. Usaha untuk menyebar luaskan kurikulum dan pengajaran di praseolah
dilaksanakan dengan mewujudkan pendidikan yang seiring dengan Peraturan dan Akta
Pendidikan dan menggalakan penubuhan institusi prasekolah yang berdaftar dengan menambah
bilangan kelas prasekolah di kawasan berpenduduk padat, kawasan kemiskinan bandar, luar
bandar dan pedalaman. Di samping itu disediakan Program Latihan Guru Prasekolah mengikut
mod LPBS/KDC/Sepenuh Masa kepada siswazah untuk ditempatkan di kelas prasekolah
kerajaan. Perubahan kurikulum juga dilaksanakan dengan menambahbaik Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan dengan menambah waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris sebanyak 50% dan menambah bilangan pembantu pengurusan murid di kelas
prasekolah.

RUMUSAN

Kurikulum dan pengajaran sekolah pada zaman sebelum penjajahan adalah bersifat tradisional di
mana kurikulumnya adalah tidak formal formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif
pelajar tetapi memberi fokus kepada kemahiran hidup seperti pelajaran dalam bidang kraftangan
serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Corak pendidikan yang ada
ialah berasaskan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri. Peringkat kedua perkembangan sistem pendidikan di
Tanah melayu : zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pendidikan diletakkan di bawah kuasa
penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah atau dasar pendidikan yang konkrit. Kurikulum
dan pengajaran sekolah di Tanah melayu pada masa ini adalah mengikut dasar "pecah dan
perintah “.

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk iaitu sistem pendidikan vernakular.Sistem pendidikan ini
dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Kemudiannya beberapa laporan telah
UMS 20
TZ10103

dikemukakan selepas perang dunia kedua bagi tujuan menyelaras pelaksanaan kurikulum dan
pengajaran sekolah iaitu laporan Cheesman 1946 , laporan Bannes 1950, laporan Fenn Wu 1951,
Ordinan Pelajaran 1952 dan laporan Razak 1956. Laporan Razak telah terima dengan baik
kerana penekanan kepada kurikulum dan pengajaran yang berorientasi kaum di terima oleh
semua. Laporan tersebut menjadi asas bagi perkembangan pendidikan Negara.

Selepas merdeka beberapa perubahan kurikulum telah berlaku berdasarkan laporan


Rahman Talib 1960, laporan Kabinet 1975 dan Akta pelajaran 1996 yang menjadi asas dalam
perkembangan baru kurikulum di Malaysia. Perubahan penting dalam kurikulum berlaku pada
tahun 1979 melalui penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterunya membawa
kepada pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 dan diikuti dengan
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah pada tahun 1988. Menjelang tahun 1990
perubahan pesat dalam kurikulum dan pengajaran telah berlaku berikutan dengan perubahan
teknologi yang membawa kepada pengenalan kurikulum dan pengajaran Sekolah Bestari,
Sekolah Wawasan. Peruabahan seterunya berlaku pada tahun 2010 dengan pengenalan dasar-
dasar baru bagi memenuhi keperluan pendidikan Negara.

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Apakah yang anda faham tentang konsep kurikulum dan pengajaran sekolah?

2. Nyatakan ciri-ciri kurikulum dan pengajaran sekolah sebelum penjajahan Ingeris.

3. Bandingkan corak kurikulum pendidikan di sekolah Vernakular dengan sekolah


Inggeris.
4. Jelaskan bagaimanakah laporan Razak mempengaruhi perkembangan kurikulum dan
pengajaran sekolah?

5. Huraikan perkembangan kurikulum dan pengajaran yang berlaku pada dekad 90-an
dan apakah implikasinya terhadap perkembangan negara ?

6. Bincangkan bagaimanakah pelaksanaan dasar MBMMBI dalam mempengaruhi


perkembanagan perkembangan pendidikan negara?

UMS 21

You might also like