P. 1
Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

|Views: 3,668|Likes:
Published by John Chong

More info:

Published by: John Chong on May 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/21/2014

pdf

text

original

TZ10103

TOPIK 4: ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH __________________________________________________
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Memahami konsep organisasi kurikulum sekolah rendah. 2. Memahami peranan organisasi kurikulum sekolah rendah dalam pencapaian matlamat dan objektif pendidikan negara. 3. Mengaplikasikan pengurusan yang efektif dalam organisasi kurikulum sekolah rendah. 4. Mengetahui organisasi kurikulum sekolah rendah dan peranan sekolah dalam melaksanakan kurikulum.

PENGENALAN
Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara menyeluruh di sekolah. Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang bertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun, sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan pelbagai kajian, analisis, perbincangan dan juga kritikan. Orang ramai sama ada mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah atau tidak, terlalu peka terhadap apa yang berlaku di sekolah kerana mereka merasakan bahawa sekolah adalah organisasi yang menjadi milik mereka bersama. Justeru itu, mereka sering melahirkan rasa ketidakpuasan hati melalui media massa, dalam majlis-majlis mesyuarat, seminar, dialog dan sebagainya, termasuklah juga dalam perbualan seharian.

UMS

TZ10103 Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah Pentadbir menjadi bahan dan sasaran kritikan dan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa kekurangan dan kelemahan sesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan kekurangan pengurusan dan juga pentadbirannya dari aspek organisasi kurikulum sekolah rendah. Dengan itu dapatlah dilihat betapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab seorang Pentadbir dan guru-guru sekolah yang memainkan pelbagai peranan seperti seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola, perancang, penyelia, pengawal, penilai dan sebagainya dalam menjayakan kurikulum sekolah rendah dengan organisasi yang mantap. Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabar ke arah positif untuk pentadbir di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan seterusnya kepada para guru.

Dalam konteks negara kita hari ini cabaran tersebut menjadi lebih hebat lagi dengan wujudnya perkembangan dan peluasan pendidikan dalam jangkamasa beberapa tahun kebelakangan ini. Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-guru memikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian muridmuridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk perancangan dan tindakan yang dilakukannya.Maka, organisasi kurikulum sekolah rendah memainkan peranan yang penting untuk melicinkan pencapaian matlamat dan objektif pendidikan negara kita.

Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi Pentadbir sebagai seorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang baik dan kewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif dengan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan dan kemampuan Pentadbir. Dalam banyak hal Pentadbir merupakan orang yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua kegiatan yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan arah organisasi kurikulum sekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme guru-guru dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran kepada murid-muridnya.

UMS

TZ10103 Pentadbir juga merupakan orang perantaraan utama organisasi kurikulum sekolah rendah di antara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan dan kedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan murid terhadap sekolah. Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang dapat memberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut kemampuannya, maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan Pentadbir itu merupakan kunci kejayaan. Sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah, pengurusan sekolah bukan sahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah rendah berbagai-bagai kegiatan dirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada pencapaian matlamat mendidik muridmurid supaya menjadi manusia yang sempurna, seimbang dan harmonis dari semua segi: intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial yang dicerna melalui tiga bidang asas kurikulum iaitu komunikasi, alam dan manusia dan perkembangan individu.

Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama dalam organisasi kurikulum sekolah rendah. Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan suasana iklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian matlamat pendidikan. Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan untuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang diperlukan itu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinya tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik disokong oleh pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

4.1 DEFINISI SEKOLAH
Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala UMS

TZ10103 Universiti, Kolej, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama, yakni memberi pendidikan (mengajar dan belajar).

4.2 DEFINISI PENDIDIKAN
Pendidikan yang dimaksudkan ialah satu perubahan tingkahlaku individu setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan itu sendiri merangkumi proses P&P tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem kegiatan yang ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru. Untuk mencapai tujuan itu, guru perlulah mempunyai pandangan yang jelas terhadap perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru, iaitu dari segi pengetahuan dan kefahaman yang guru mahu pelajar dapat gunakan serta perubahan dalam sikap mereka.

Pembelajaran pula adalah satu proses yang membawa kepada berlakunya perubahan dan perlakuan dalam diri seseorang individu hasil daripada pengalaman-pengalaman baru yang diperolehi atau dialaminya. Perubahan perlakuan pertuturan (verbal behaviour) seseorang individu itu adalah menjadi perhatian utama kerana daripada penulisan dan pertuturannya dapat dipastikan sama ada telah berlaku perubahan perlakuan seseorang itu.

4.3 DEFINISI ORGANISASI
Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Organisasi kurikulum sekolah rendah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah sekolah diserahkan kepada Pentadbir dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas mengajar dipikul oleh guruguru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik

UMS

TZ10103 Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pelajaran akan membuat dasar pendidikan dengan diterajui oleh Menteri Pelajaran. Dasar-dasar yang digubal serta rekabentuk kurikulum oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar pendidikan dan rekabentuk kurikulum daripada BPK tersebut. Dalam keempat-empat peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana murid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang dirancang khas oleh BPK yang telah disalurkan melalui organisasi kurikulum sekolah rendah.

UMS

TZ10103

4.4 PERANAN SEKOLAH
Organisasi kurikulum sekolah rendah menetapkan sekolah supaya berperanan menyusun gerakan pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah, sehinggalah pontensi itu dapat membina kemampuan kendiri (boleh berdikari) untuk terus subur dan berkembang. Di samping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana persekitaran sehingga insan yang dilahirkan (dari kesan pendidikan) itu akan sentiasa berusaha membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan masing-masing. Antara peranan sekolah sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah ialah: sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang kompetan dan berilmu menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat. menjadi katalis (pemangkin) perubahan. menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan tamadun bangsa. menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat) dan politik dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan. menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi, latihan, khidmat bimbingan dan rundingcara serta penyelidikan melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

4.7 SUMBER DI SEKOLAH
Organisasi kurikulum sekolah rendah sebagai sebuah organisasi pendidikan sudah tentu sekolah mempunyai sumber atau tenaga untuk menjalankan peranan-peranan di atas. Pengurusan sekolah memainkan peranan penting kepada asas organisasi tersebut. Selain dari pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, panitia mata pelajaran, UMS

TZ10103 pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber yang menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur seperti bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

4.8 FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH
Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini perlulah seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi:

"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke-

arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggung jawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang ditetapkan itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada perkembangan murid secara menyeluruh bukan hanya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja. Kejayaan atau kegagalan mencapai hasrat dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sekolah bergantung kuat kepada peranan Pentadbir sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung dalam falsafah dan matlamat pendidikan sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program pendidikan sekolah yang akan tercapai setelah ianya terlaksana dalam satu jangkamasa tertentu.

4.9 PENGURUSAN PENDIDIKAN
Secara umumnya organisasi kurikulum sekolah rendah disokong oleh pengurusan pendidikan serta struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana

UMS

TZ10103 setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Rajah 1: Menunjukkan bidang pengurusan sekolah

Organisasi kurikulum sekolah rendah serta pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek-aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Organisasi kurikulum sekolah rendah juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. UMS

TZ10103 Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

4.10 PERANAN PENTADBIR
Di antara peranan dan tanggungjawab Pentadbir sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR. membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

4.11 PERANAN GURU
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam organisasi kurikulum sekolah rendah semasa mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang UMS

TZ10103 menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya peka kepada organisasi kurikulum sekolah rendah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusatpusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial. UMS

TZ10103

4.12 ORGANISASI KURIKULUM
Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksanapelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan

pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturanperaturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

UMS

TZ10103

4.13 PANITIA MATA PELAJARAN
Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara dengan aplikasikan organisasi kurikulum sekolah rendah. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

Fungsi dan peranan PMP dalam organisasi kurikulum sekolah rendah sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas. memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut. memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang

penggunaannya kepada pelajar. menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan. mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkahlangkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.

UMS

TZ10103 merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam halhal berkaitan profesional perguruan. membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas. membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi. merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa.

RUMUSAN
Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada pembaziran. Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya menghasilkan peratus keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan seluruhnya sumber yang diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru tersebut bahawa setiap tahun beliau akan memperolehi kejayaan yang sama. Begitu juga Pusat Sumber Sekolah. PSS ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di dalam masyarakat sekolah itu. Jika dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu, sama ada dari kalangan guru atau murid tidak pernah menghampiri PSS. Hal ini bukanlah aneh kerana sememangnya pendekatan dan tarikan yang terdapat di PSS itu sendiri tidak memberansangkan.

Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini. Pentadbir juga tidak kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang cetek dalam sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat keputusan yang segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan membantu Pentadbir melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan semua sumber yang tersedia dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari sumber tersebut.

UMS

TZ10103 Organisasi Kurikulum Pendidikan Sekolah Rendah adalah satu komponen penting dalam Kurikulum Sekolah Rendah. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah memainkan peranan yang instrumental untuk menjayakan kurikulum secara menyeluruh. Jikalau Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah tidak diaplikasikan dalam mana-mana sistem pendidikan maka kurikulum itu mungkin mengalami kekangan untuk mencapai matlamat dan objektif kurikulum tersebut. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia adalah panduan yang amat mantap untuk diaplikasi oleh jabatan pelajaran negeri PPD dan sekolahsekolah secara praktikal. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang efektif adalah tanda positif kepada pembangunan mana-mana sistem kurikulum secara amnya.

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan
bertugas. Serta JELASKAN peranan-perana utama oleh setiap individu dalam organisasi kurikulum sekolah rendah di tempat anda bertugas.

1. Bincangkan keberkesanan organisasi kurikulum sekolah rendah di tempat anda

2. Pentadbir dan guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan organisasi kurikulum sekolah rendah secara optimum. TERANGKAN bagaimana mereka berfungsi dalam organisasi kurikulum sekolah rendah untuk mancapai matlamat dan objektif kurikulum secara menyeluruh.

UMS

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->