You are on page 1of 38

TZ10103

TOPIK 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH


RENDAH
________________________________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1 Mengetahui secara terperinci komponen mata pelajaran yang terkandung dalam


KBSR dan KSSR sama ada di SK/SRK, SRJKC dan SRJKT.
2. Mengetahui peruntukan masa dan waktu pengaaran dan pembelajaran untuk setiap
mata pelajaran.
3. Menjelaskan kepentingan setiap komponen mata pelajaran yang terkandung dalam
kurikulum sekolah rendah kepada pembangunan murid-murid.

PENGENALAN

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi


murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan secara seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Program
KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan
penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula
penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh. Pengubahsuaian
tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan
lagi

UMS
TZ10103

5.1 GURU DAN KURIKULUM

Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka


termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.
Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan kurikulum sekolah iaitu Sukatan
Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di samping itu, guru harus
mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran pengkhususannya serta
mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai
kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk
melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum


meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya,
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan
pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti
kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum
dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Sehubungan dengan itu, menurut Salleh, Mohd Yusof dan Raja Ismail (2007)
guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting menyebarkan kurikulum
kepada para pelajar dan sebagai agen penyambung amalan teori dan praktikal. Guru juga
dikatakan berpotensi mengubah sikap dan status pandangan murid terhadap sesuatu
kandungan mata pelajaran. Sesi pengajaran seseorang guru perlu berpandukan kurikulum
yang disediakan beserta dengan kepercayaan, nilai dan sikap guru tersebut untuk
menterjemahkan kurikulum yang disampaikannya kepada para murid. Kepercayaan ialah
sub-set tingkak laku yang digunakan untuk memberi penerangan dan memandu jenis-
jenis tingkah laku. Pegangan nilai seseorang guru pula akan mempengaruhi
pengajarannya berdasarkan ‘apa’ yang memberi manfaat kepada murid. faktor yang

UMS
TZ10103

paling dominan dalam konteks ini ialah sikap guru terhadap kurikulum yang merupakan
faktor penentu kejayaan atau penghalang sesuatu hasrat kurikulum. Bermakna sikap guru
akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada sesuatu
kurikulum yang diajar itu terlaksana atau sebaliknya.

Peranan-Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum di Dalam Bilik Darjah

FALSAFAH
ANALISIS
RASIONAL
KURIKULUM
OBJEKTIF
ISI KANDUNGAN

MENENTUKAN Bahan-bahan dan • Isi Pelajaran


KEPERLUAN Alatan Pengetahuan • Strategi dan Teknik
PELAKSANAAN Kemahiran Guru • Susunan
• Pengendalian Bilik

PERANCANGAN Rancangan Pengajaran • Isi, Susunan, Aktiviti


PENGAJARAN- Susunan Bilik Darjah • Penyerapan
PEMBELAJARAN Bahan-bahan • masa
Pengajaran dan
Pembelajaran
PELAKSANAAN
PENGAJARAN- Teknik Mengajar
PEMBELAJARAN Aktiviti Sokongan,
Pengayaan, Pemulihan
PENILAIAN Kesan Pembelajaran
Kesan Bahan
Prestasi Murid
Rancangan
KAJIAN SEMULA Bahan dan Alatan
Strategi dan Teknik

Rajah : 1.1 Penglibatan guru dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum


di bilik darjah.

UMS
TZ10103

5.2 KOMPONEN MATA PELAJARAN DAN


PERUNTUKAN WAKTU PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM KBSR
Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni dan
semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka
sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan. Struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah tidak banyak berbeza darpada
Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Ia juga terdiri darpada tiga bidang iaitu Bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.
Seterusnya, tiga bidang ini dibahagi kepada enam komponen yang terdiri daripada :

(a) Kemahiran asas


(b) Kerohanian, nilai dan sikap
(c) Kemanusiaan dna persekitaran
(d) Kemahiran hidup
(e) Kesenian, rekreasi dan kesihatan
(f) Kokurikulum

Peruntukan masa di sekolah disesuaikan mengikut tahap iaitu sebanyak 1330 minit
seminggu untuk Tahap I dan 1440 minit seminggu untuk Tahap II. Masa diperuntukkan
mengikut keperluan mata pelajaran. Peruntukan masa ini tidak termasuk waktu rehat
sebanyak 150 minit seminggu. Peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran
kemahiran asas dilebihkan di Tahap I untuk menentukan murid-murid menguasainya.
Untuk membolehkan murid mempelajari ilmu pengetahuan yang sepatutnya mata
pelajaran Kemahiran Hidup, Sains dan Kajian Tempatan diajar di Tahap II. Pembahagian
masa mengikut Tahap adalah seperti dalam Rajah 1.1 dan Rajah 1.2.

UMS
TZ10103

JADUAL 1.1 : Struktur Komponen Mata Pelajaran KBSR

MATA PELAJARAN
BIDANG KOMPONEN
TAHAP I TAHAP II

Bahasa Melayu Bahasa Melayu


Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
Komunikasi Kemahiran asas Bahasa Cina Bahasa Cina
Bahasa Tamil Bahsa Tamil
Bahasa Etnik Bahasa Etnik
(bermula Tahun 3)

Matematik Matematik

Kerohanian, nilai dan Pendidikan Islam Pendidikan Islam


sikap Pendidikan Moral Pendidikan Moral
Manusia dan
Alam Manusia dengan - Sains*
Kelilingnya persekitaran Kajian Tempatan*
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan*
Kemahiran Hidup - Kemahiran Hidup

Kesenian dan Rekreasi Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik


Perkembangan
Diri Individu Kokurikulum Pendidikan Seni Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani


dan dan
Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan

UMS
TZ10103

(a) Tahap I (b) Tahap II

Bahasa,
Matematik Bahasa,
66.7% Matematik
50%

Muzik,
Seni, Pen. Islam, Pen.
PJK, Moral, sains,
Pilihan GB, kajian tempatan
Perhimpunan 31.2%
20%

Pen. Islam,
Pen. Moral, Kem Hidup, Muzik,
Sains, seni, PJK,
Kajian tempatan Perhimpunan 18.8%
31.2%

Rajah 1.2.: Peratusan (%) masa untuk seminggu untuk SK/SRK

(a) Tahap I (b) Tahap II

Bahasa, Bahasa,
Matematik Matematik
68.9% 52%

Muzik,
Seni, Kem Hidup, Pen. Islam, Pen.
PJK, Muzik, seni, Moral, sains,
Pilihan GB, PJK, kajian tempatan
Perhimpunan Perhimpunan 29.2%
20% 18.8%

Pen. Islam,
Pen. Moral,
Sains,
Kajian tempatan
11.1%
UMS
TZ10103

Rajah 1.3: Peratusan masa untuk seminggu untuk SK/SRK dan SRJK (C) dan (T)

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002)

UMS
TZ10103

5.2.1 Kandungan Kurikulum Mengikut Setiap Bidang


5.2.1.1 Bidang Komunikasi

Bidang Komunikasi yang terdiri daripada komponen kemahiran asas merangkumi dua kemahiran
asas utama iaitu bahasa dan konsep nombor dan asas mengira. Kemahiran asas bahasa
diterjemahkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Etnik
(Semai, Iban dan Kadazandusun) manakala konsep nombor dan asas mengira pula diterjemahkan
melalui mata pelajaran Matematik.

Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris untuk digubal bertujuan untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara
betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Bahasa Etnik yang terdiri daripada Bahasa Semai, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban diajar
sebagai Bahasa Etnik di Sekolah Kebangsaan bagi murid kaum asli di Semenanjung dan kaum
bumiputra di Sabah dan Sarawak

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah memberikan
tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan
rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Manakala Bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua dan adalah satu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kini Bahasa Inggeris menjadi penting selaras dengan perkembangan pesat
negara ke arah negara maju berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Sukatan
Pelajaran Bahasa Inggeris akan menyediakan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan daripada pelbagai sumber serta membina jaringan
dengan masyarakat setempat dan sedunia.

UMS
TZ10103

KOMPONEN UTAMA KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Mendengar dan Membaca Menulis
Bertutur

Rajah 1.4: Rajah Menunjukkan Komponen Utama Kemahiran Bahasa

Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Matlamat
kurikulum komponen ini adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan
urusan harian. Manalaka objektif kurikulum ini ialah diharapkan pada akhir pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah murid dapat:

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan


dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran
berterusan;
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur

UMS
TZ10103

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang
betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan
perasaan cinta akan negara.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong
oleh elemen Pengisian Kurikulum. Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek
kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang
lain pada peringkat rendah.

Manakala pengisian kurikulum pula terdiri daripada elemen yang menggabungkan


perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan,
peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat
diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai,
kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara
membangunkan masyarakat madani.

Selain daripada mata pelajaran bahasa dalam komponen ini juga terkandung mata
pelajaran Matematik yang dikategorikan sebagai kemahiran asas yang utama dalam bidang
Komunikasi ini. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu

UMS
TZ10103

dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan
perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk
mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu
matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya
melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran
belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses
dan bahasa matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada
semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi
tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat,
bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. Pertimbangan juga perlu
diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan murid. Pendekatan inkuiri-
penemuan berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman matematik
yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Pembinaan kefahaman tentang konsep
dan kemahiran perlu dibentuk di peringkat awal melalui objek sebenar atau objek konkrit.
Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan latihan secara lisan dan bertulis yang
mencukupi. Di samping itu latihan mencongak yang lebih kerap dan menghafal fakta yang
berkaitan dengan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi perlu diberi tumpuan
yang sewajarnya. Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan
perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia merupakan
kemahiran berfikir yang menjana cetusan pemikiran yang sistematik dan logik serta boleh
dijadikan sebagai satu pendekatan. Pendekatan penyelesaian masalah memberi penekanan terhadap
perkembangan pemikiran matematik dan keupayaan menaakul yang dilakukan melalui aktiviti
yang konkrit dan berfikrah.

UMS
TZ10103

Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan membolehkan murid mengaplikasikan dan


mengadaptasikan berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Kejayaan
murid dalam penyelesaian masalah bergantung kepada pengalaman, sikap, kepercayaan, kesediaan
dan keyakinan murid. Justeru itu, semua aktiviti penyelesaian masalah perlu berasaskan kepada
persekitaran dan pengalaman sebenar murid. Pendidikan Matematik perlu menerapkan elemen-
elemen yang boleh membentuk individu yang seimbang dan harmonis dari segi ilmu dan sahsiah.
Nilai murni dan unsur kesepaduan seperti sains, patriotisme dan alam sekitar diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan terancang. Penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi perlu digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih
menarik dan berkesan.

Matlamat kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membina pemahaman


murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira yang diharapkan dapat membantu
murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan
hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.
Manakala objektif kurikulum Matematik Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid:

1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang berkaitan dengan nombor,
operasi, ruang, ukuran dan perwakilan data;
2. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
3. Menguasai kemahiran operasi bergabung.
4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu membuat anggaran dan penghampiran,
mengukur, mengendali data dan mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi
menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian
6. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.
7. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina
pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah.
8. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti.
9. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

UMS
TZ10103

5.2.1.2 Bidang Manusia dan Alam Sekelilingnya

Bidang ini pula terdiri daripada komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diterjemahkan
melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid beragama Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid-murid beragama lain. Komponen kedua dalam bidang ini ialah manusia
dengan alam sekelilingnya yang diterjemahkan melalui mata pelajaran Sains dan Kajian
Tempatan yang akan diajar kepada murid-murid semasa mereka berada pada Tahap Dua.

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1
hingga tahun 6 dan menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu
Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Rajah 1.5
menunjukkan tumpuan khusus mata pelajaran ini dan keempat-empat bidang ini hendaklah
disampaikan dengan berkesan.

BIDANG UTAMA MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Asas Tilawah al-Quran

Pembentukan Akidah dan Bimbingan


Asas Fardu ‘Ain

Pemupukan Amalan Fardu ‘Ain dan Fardu


Kifayah yang Dituntut Oleh Syariat Islam

Penerapan Adab yang Berteraskan Akhlak


Islamiah ke Dalam Diri Murid
Rajah 1.5: Rajah Menunjukkan Bidang Utama Dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam KBSR

UMS
TZ10103

Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar
mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu
mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Dengan
itu para guru perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah
ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan
muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan,
bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,


berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya
menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat
tamadun bangsa dan negara. Antara objektif kurikulum ini ialah setelah mengikuti Kurikulum
Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke
arah meyakini al- Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas
perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

UMS
TZ10103

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan komponen kedua dalam Komponen Kerohanian,
Nilai dan Sikap. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam
di peringkat sekolah rendah dan memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,
berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek
diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Kandungan kurikulum Pendidikan Moral
ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak
mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral.

Dengan itu tumpuan utama kurikulum Pendidikan Moral di sekolah rendah ialah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai – nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama,
tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Sehubungan dengan
itu, diharapkan para guru dapat menterjemahkan kurikulum mata pelajaran ini kepada murid-
murid secara efektif bagi membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral
dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Terdapat tujuh prinsip seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6, yang mendasari
kurikulum Pendidikan Moral yang dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang
menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial selaras dengan hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus merealisasikan hasrat yang
terkandung dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020. Kurikulum ini juga dapat menyediakan
dan membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat
bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap
toleransi sebagai persediaan Malaysia ke arah negara maju. Untuk membolehkan murid
memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut sebanyak lima bidang
pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang
pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga
menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

UMS
TZ10103

Bertanggungjawab
pada diri, keluarga
dan orang lain

Mengamalkan Berpegang Teguh


Prinsip Demokrasi Pada Ajaran
Dalam Kehidupan Agama

PRINSIP-
PRINSIP

Menghormati KURIKULUM
PENDIDIKAN Prihatin kepada
Hak MORAL Alam Sekitar
Asasi Manusia

Mengekalkan
Bersemangat Keamanan dan
Patriotik Keharmoniaan
Hidup

Rajah 1.6:

Rajah Menunjukkan Prinsip-prinsip Utama Dalam Kurikulum Pendidikan Moral KBSR

UMS
TZ10103

BIDANG PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL

Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri

Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga

Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat

Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar

Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

Rajah 1.7

Rajah Menunjukkan Bidang-bidang Pembelajaran Pendidikan Moral Bagi Merealisasikan


Prinsip-prinsip dalam Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Moral

Secara umumnya matlamat kurikulum Pendidikan Moral adalah bermatlamat membentuk insan
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan

negara serta masyarakat global. Manakala objektif kurikulum ini pula adalah untuk
membolehkan murid-murid memperoleh;

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

UMS
TZ10103

3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi


mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,
negara serta alam sekitar

4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat
sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.

Selain itu, Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini
juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan
cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan
kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala
tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan
memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai
perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi.

Komponen kedua dalam Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya ialah Komponen
Manusia dan Persekitarannya yang diterjemahkan melalui dua mata pelajaran iaitu Sains, Kajian
Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kedua-dua mata pelajaran ini hanya
akan diajar kepada murid-murid semasa mereka berada di Tahap Dua. Mata pelajaran Sains
untuk sekolah rendah merupakan program tiga tahun untuk murid Tahap II. Kurikulum ini
bertujuan untuk membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka
melalui pengalaman dan juga penyiasatan. Matlamat Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan
untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan
kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains
dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih
tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat
bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta
mengagumi penciptaan alam. Manakala fokus mata pelajaran ini adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.8.

UMS
TZ10103

Murid dapat memahami sesuatu konsep atau


fenomena yang berlaku di sekeliling mereka
dan memberi penjelasan secara saintifik tentang
kejadian fenomena tersebut.

FOKUS UTAMA Memberikan asas yang kukuh kepada murid


MATA
PELAJARAN dalam pengetahuan sains, kemahiran berfikir,
SAINS kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai
KBSR
murni untuk menyediakan mereka mempelajari
sains di sekolah menengah..

Murid dapat menghubungkan fakta dengan konsep,


membuat pengitlakan dan menghubungkaitkan
pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada
mereka.

Rajah 1.8: Rajah menunjukkan Fokus Utama Mata pelajaran Sains KBSR

Bagi memudahkan para guru menyampaikan kurikulum ini kepada murid-murid, objektif
Kurikulum Sains untuk sekolah rendah seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sains
KBSR boleh dijadikan pegangan bagi membolehkan murid:

1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan


pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka
memahami diri sendiri serta alam sekeliling.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah.

UMS
TZ10103

4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui
pendekatan inkuiri penemuan.

5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap
saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
mengkonsepsikan.

6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni .

8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi.

9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan
kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk
kebeterusan hidup.

11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia
berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai
kesejahteraan hidup manusia sejagat

Mata pelajaran kedua dalam Komponen Manusia dengan Persekitarannya ialah Kajian Tempatan
yang merupakan mata pelajaran yang memberi pendedahan dan mengkaji tentang interaksi
manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran
belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Mata pelajaran ini diajar secara formal di
Tahap II bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang
telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap I terutama mata pelajaran
bahasa. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman
yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti
kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk
semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid.

UMS
TZ10103

Penggunaan pelbagai sumber terutamanya penggunaan teknologi maklumat digalakkan bagi


melatih murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kekuatan kurikulum
ini dapat dilihat melalui kandungan mata pelajaran ini yang memberi pendedahan kepada murid
sejak di peringkat sekolah rendah lagi tentang pengalaman pembelajaran untuk menangani
cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta mempunyai wawasan
merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik bagi
memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi
memupuk semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang
cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara serta
sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Kurikulum Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta
akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara
berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik,
progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. bagi tujuan tersebut terdapat sepuluh objektif
yang menjadi paksi kepada kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah yang membolehkan
murid :

1. Mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam
keluarga dan masyarakat.
2. Memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara.
3. Mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara.
4. Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan
negara.
5. Mencintai dan menghargai alam sekitar.
6. Mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan
kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan.
7. Memahami dan menghargai sejarah negara.
8. Menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir.
9. Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik.
10. Mensyukuri segala nikmat Tuhan.

UMS
TZ10103

Mata pelajaran ketiga dalam komponen ini ialah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan
menjadi mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum
kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga
dan cinta akan negara kerana mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri
hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah
wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara
ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan. Terdapat empat prinsip pendidikan yang
mendukung ke arah matlamat kurikulum ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.9 di bawah;

PRINSIP –PRINSIP PENDIDIKAN

DALAM PSK

Belajar Untuk Belajar Untuk


Mengetahui Membentuk Peribadi
(Learning To Know) (Learning To Be)

Belajar Untuk Belajar Untuk Hidup


Bertindak Bersama
(Learning To Do) (Learning To Live Together)

Rajah 1.9:
Rajah Menunjukkan Prinsip-prinsip Pendidikan Yang Terkandung Kurikulum PSK KBSR

UMS
TZ10103

Berdasarkan Sukatan Pelajaran PSK (2000) menjelaskan setiap prinsip-prinsip pendidikan iaitu
prinsip pendidikan pertama iaitu Belajar untuk Mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu
bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Prinsip pendidikan kedua iaitu Belajar untuk
Bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid
yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk
Membentuk Peribadi iaitu prinsip pendidikan yang ketiga pula membolehkan murid berkembang
secara menyeluruh dari segi rohani intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip keempat iaitu
Belajar untuk Hidup Bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga
komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Matlamat kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi


kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan
negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan
boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Mata pelajaran ini
mempunyai tiga objektif utama yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan
nilai seperti di bawah ini;

Objektif Pengetahuan :
i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak
yang mulia.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia.
iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara.
vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

Objektif Kemahiran :

i. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab.


ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat.

UMS
TZ10103

iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.


v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

Objektif Nilai :

i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.


ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
iii. Menghormati kaum dan budaya lain.
iv. Menyayangi alam sekitar.
v. Menunjukkan semangat kekitaan.
vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara

5.2.1.3 Bidang Perkembangan Diri individu

Bidang ini merangkumi tiga komponen utama iaitu Kemahiran Hidup, Kesenian dan Rekreasi
dan Kokurikulum. Komponen ini Kemahiran Hidup diterjemahkan melalui mata pelajaran
Kemahiran Hidup manakala Komponen Kesenian dan Rekreasi diterjemahkan melalui mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta
pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam mata pelajaran ini
tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan
aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan
projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan

UMS
TZ10103

pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta
membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit,
membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta
menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur
keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada
murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.

Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin
tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling
mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai,
mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek
mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Selain itu, melalui mata pelajaran
ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan
keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.
Dalam masa yang sama KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan
imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah
keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga
alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan
perniagaan.

Matlamat mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran
asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan
kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan
budaya kerja yang baik. Terdapat 16 objektif yang mendasari kurikulum ini yang diharapkan
murid-murid akan memperoleh;

1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja.


2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D.
4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk.
5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen.

UMS
TZ10103

6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar
semula.
7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik.
8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan
bahagian bangunan.
9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan.
10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran.
11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan.
12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan.
13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab.
14. Meminati bidang perniagaan.
15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif.
16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian dan Rekreasi yang pertama ialah
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Mata pelajaran ini
lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni
muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan
mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif.

Dengan itu, mata pelajaran ini memainkan peranan memperkembang sifat-sifat tersebut
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka
bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata
pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman

UMS
TZ10103

pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis
dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif mata pelajaran ini adalah diharapkan setelah murid-
murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka akan mendapat;

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,


2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan,
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Mata pelajaran kedua dalam komponen Kesenian dan Rekreasi ialah Pendidikan Muzik.
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman
yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi
dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat
mengamalkan nilai murni.
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan
harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan
secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif,

UMS
TZ10103

afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid
mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas.

Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep
muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik
secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya
masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan
pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen
jati diri dan patriotisme pada diri murid.

Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR pelaksanaannya harus


mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan,
Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.
Pengajaran dan pembelajaran guru ini perlu disokong dengan objektif utama mata pelajaran ini
agar selepas mengikuti proses tersebut murid-murid akan mendapat;

1. Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik.
2. Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.
3. Membaca dan menulis notasi muzik.
4. Mengetahui dan memahami teknik menyanyi.
5. Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul.
6. Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.
7. Memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul.
8. Memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif.
9. Memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik.
10. Menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya.
11. Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba.

UMS
TZ10103

Mata pelajaran ketiga dalam komponen Kesenian dan Rekreasi ialah Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera
dan produktif. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.
Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan
sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang
pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan seperti dalam Rajah 1.10. Tunjang
pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat
dan objektif Pendidikan Jasmani.

TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kecergasan Kemahiran Kesukanan

(a) Kecergasan berasaskan (a) Pergerakan asas (a) Keselamatan


kesihatan
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot (b) Permainan (b) Pengurusan
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan (c) Olahraga (c) Kerjaya
v. Komposisi badan
(b) Kecergasan berasaskan
perlakuan (d) Gimnastik (d) Isu Pendidikan Jasmani
i. Koordinasi dan Sukan
ii. Imbangan (e) Pergerakan kreatif
iii. Ketangkasan (e) Etika
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas (f) Rekreasi
vi. Kepantasan
(c) Konsep, definisi, prinsip (g) Kesenggangan
dan kaedah latihan

Rajah 1.10
Rajah Menunjukkan Tunjang Pembelajaran dan Agihan Tajuk Dalam Mata Pelajaran PJ KBSR

UMS
TZ10103

Matlamat Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Manakala objektif mata pelajaran ini adalah untuk murid-
murid mendapat;

1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan


motor.
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani memperuntukkan 2 waktu pengajaran dan pembelajaran


seminggu untuk Tahap I dan 1 waktu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Tahap II. Manakal
Pendidikan Kesihatan pula akan diajar 1 waktu untuk Tahap I dan juga Tahap II. Kurikulum
Pendidikan Kesihatan juga digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat. . Murid perlu
memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar
dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia.

Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan
persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi
individu ke tahap optimum. Sama seperti kurikulum Pendidikan Jasmani, kurikulum ini juga
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup
Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran seperti dalam Rajah 1.11. Tiga tunjang ini
membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan dan ketiga-tiga tunjang
pembelajaran ini tidak perlu diajar mengikut urutan.

Matlamat Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan


kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

UMS
TZ10103

Objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah diharapkan murid-murid akan
dapat;

1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.


2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan
kesihatan.
3. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman.
4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kesihatan Diri Gaya Hidup Sihat Kebersihan dan


dan Keluarga dan Selamat Keselamatan
Persekitaran

(a) Kesihatan Diri (a) Pemakanan (a) Keselamatan

(b) Perasaan (b) Pengurusan Konflik dan (b) Penyakit berjangkit


Stres
(c) Kekeluargaan (c) Pertolongan Cemas
(c) Penyalahgunaan Bahan

Rajah 1.11
Rajah Menunjukkan Tunjang Pembelajaran dan Agihan Tajuk Dalam Mata Pelajaran PK KBSR

UMS
TZ10103

5.3 KOMPONEN MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN


WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM KSSR

Melalui KSSR, guru-guru akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan modul ini diharapkan dapat meningkatkan
penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di
mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi
guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu
kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu
kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, terdapat tiga elemen merentas kurikulum yang
diperkenalkan dalam KSSR iaitu Elemen Keusahawanan, Elemen Kreativiti dan Elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Matlamat penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah


bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam
kalangan murid. Penerapan elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses pembudayaan keusahawanan yang
membolehkan murid sekolah rendah membiasakan diri dengan aspek kehidupan seharian yang
berkaitan dengan amalan keusahawanan dan perniagaan.

Selain itu, penerapan elemen keusahawanan yang merupakan satu pendekatan


membudayakan keusahawanan melibatkan proses pembentukan sikap tertentu yang dimiliki oleh
seorang usahawan, latihan pemikiran keusahawanan, latihan kemahiran pengurusan perniagaan,
aplikasi vokasional dan teknologi dalam keusahawanan dan akhir sekali amalan nilai moral dan

UMS
TZ10103

etika dalam keusahawanan. Semua elemen penerapan ini dilaksanakan sesuai dengan tahap
murid sekolah rendah mengikut situasi pelbagai disiplin ilmu dalam teras asas dan teras tema.
Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan penerapan elemen
keusahawanan sekolah rendah dalam pelbagai disiplin ilmu akan:

1. Mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang.


2. Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang diperlukan.
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan dalam aktiviti
kehidupan seharian yang relevan.
4. Memformulasikan samada konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan
pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional.
5. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.

Elemen merentas kurikulum yang kedua ialah Elemen Kreativiti. Matlamat pembangunan
kreativiti dalam kalangan murid bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan
inovatif melalui pelaksanaan kurikulum persekolahan. Daya kreativiti dan inovatif murid perlu
dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan
idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu kreatif dan inovatif ini adalah aset negara
yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk
membolehkan murid:

1. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.


2. Menguasai kemahiran dalam proses kreatif.
3. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
4. Menguasai kemahiran komunikasi.
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif.
6. Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara
kreatif dan inovatif.

UMS
TZ10103

Seterusnya ialah elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Matlamat Standard Kurikulum
TMK adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu
dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat
awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat. Objektif elemen ini ialah pada akhir
persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat:

1. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.


2. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
3. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan
maklumat.
4. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
5. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
7. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

UMS
TZ10103

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahap 1

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Rajah 1.12:
Jadual menunjukkan komposisi KSSR bagi mata pelajaran dalam Modul Teras Asas,
Modul teras Tema dan Modul Elektif untuk Tahap 1

UMS
TZ10103

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahap 2

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Rajah 1.13:
Jadual menunjukkan komposisi KSSR bagi mata pelajaran dalam Modul Teras Asas,
Modul teras Tema dan Modul Elektif untuk Tahap 2

UMS
TZ10103

Peruntukan Masa Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Bil Modul Masa Dalam Seminggu


(Minit)
SK SJKC SJKT

MODUL TERAS ASAS


Bahasa Malaysia 360 300 300
1
2 Bahasa Inggeris 300 150 150
3 Bahasa Cina - 360 -
Bahasa Tamil - - 360
4 Pendidikan Islam 180 120 120
Pendidikan Moral 180 120 120
5 Pendidikan Jasmani 60 60 60
6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30
7 Matematik 180 180 180

MODUL TERAS TEMA


Dunia Seni Visual 60 60 60
8 Dunia Muzik 30 30 30
60 60 60
Dunia Sains dan Teknologi

MODUL ELEKTIF

B. Arabi BGSKlBTSK lB. 90 - -


9
Iban/B. Kadazandusun
Perhimpunan 30 30 30
JUMLAH 1380 1380 1380

Rajah 1.14:
Peruntukan masa untuk seminggu untuk SK/SRK dan SRJK (C) dan (T) Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 1
(Sumber:Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan II/ Tahun 2010)

UMS
TZ10103

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Apakah standard pembelajaran yang diperkenalkan dalam KSSR?

2. Berikan justifikasi anda tentang perubahan mata pelajaran dalam KBSR dan
KSSR dengan perubahan arus globalisasi dan pembangunan kanak-kanak.

UMS

You might also like