You are on page 1of 16

TZ10103

TOPIK 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM


SEKOLAH RENDAH
_________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Mengetahui jenis jenis kurikulum;


2. Mengetahui cara cara mengkatergorikan kurikulum;
3. Mengapplikasikan konsep kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam KBSR; dan
4. Memahami ciri ciri dan langkah langkah penggabungjalinan dan penyerapan
PENGENALAN
dalam KBSR.

PENGENALAN

Ralph Tyler (1949) dalam Bukunya Basic Principles Of Curriculum And Instruction
mentafsirkan kurikulum sebagai segalam pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh
sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Definisi seperti ini merangkumi objektif
pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian dalam bentuk yang boleh
membantu dalam usaha memilih penglaman pembelajaran dan memandu pembelajaran
pelajar. Beliau terus menegaskan lagi bahawa dua aspek perlu ada dalam objektif, iaitu jenis
langkah yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar dan isi kandungan atau bidang di mana
langkah itu akan beroperasi. Tingkah laku yang hendak dihasilkan perlu juga spesifik.
Contohnya, berfikir secara kritis. Adakah tingkah laku ini cukup spesifik? Berfikir secara
kritis tentang apa? Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? Isi kandungan juga
perlu dinyatakan secara khusus.

UMS
TZ10103

Adalah perlu untuk mengetahui apa yang pelajar itu akan buat setelah suatu pengetahuan
diperolehi. Contohnya, pelajar perlu tahu apa gunanya Hukum Newton mengenai pergerakan.
Apakah pelajar buat seterusnya setelah dia mempelajari suatu peristiwa sejarah. Prof. Tyler
merupakan tokoh terkenal yang menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan
kurikulum. Tyler bermula dengan soalan: Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh
sesebuah sekolah? dan seterusnya beliau menyamakan suatu tujuan itu dengan suatu
matlamat. Pendidikan merupakan suatu alat untuk mencapai tujuan. Tyler menganggap
bahawa dengan cara menyatakan objektif-objektif, ia akan dapat membantu dalam memilih
pengalaman pembelajaran dan memandu pengajaran. Beliau menekankan empat perkara,
iaitu;

1. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru dinyatakan.

2. Topik, konsep dan generalisasi yang perlu disenaraikan.

3. Tingkahlaku perlu dinyatakan seperti ‘untuk membentuk pemikiran kritis’, ‘untuk


membentuk sikap sosial’.

4. Tyler menegaskan lagi, ‘oleh sebab tujuan pendidikan bukan merupakan tugasan guru
untuk melakukan sesuatu, tetapi guru seharusnya boleh menghasilkan suatu perubahan
tingkah laku pelajar.

6.1 JENIS-JENIS KURIKULUM


Warwick menerangkan bahawa terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu
kurikulum formal atau ketara, kurikulum ideal dan kurikulum tersembunyi.

UMS
TZ10103

6.1.1 Kurikulum Formal

Kurikulum formal merujuk kepada segala aktiviti yang nyata berlaku di sesebuah sekolah.
secara mudah, aspek kurikulum ini boleh diibaratkan dengan kandugnan geologi bumi.
Lapisan-lapisan yang terdapat dibumi saling berkaitan antara satu sama lain. Begitu juga
aspek-aspek dalam kurikulum sekolah.

Aktiviti

Pelajaran/ topik

Tema

Sukatan pelajaran

Guru

Jadual waktu

Rajah : Geologi Kurikulum

6.1.2 Kurikulum Ideal

Prinsip-prinsip yang terlibat dalam pembentukan sesuatu krukulum akan menjamin


persepaduan kurikulum secara keseluruhannya. Prinsip-prinsip inilah yang terkandungand
alam kurikulum ideal. Kurikulum ideal ini sepatutunya mengandungi pandangan-pandangan
daripada semua pihak yang terlibat dalam sistem persekolahan, iaitu pengetua, guru besar,
guru, nazir sekolah, kakitangan sumber, pensyarah-pensyarah IPG dan universiti, ahli-ahli
politik, ibu bapa dan sebgainya. Tanpa kurikulum ideal, kurikulum formal tidak mempunyai
asas dan kekurangan arah yang tertentu. Kurikulum ideal ini merupakan batu induk bagi
kurikulum formal.

6.1.3 Kurikulum Tersembunyi

Ia merupakan semua perkara yang dipelajari secara tidak langsung oleh para pelajar
disekolah. Pembelajaran sampingan berlaku disebabkan oleh cara kurikulum itu disusun,
kaedah-kaedah pengajaran dan guru-guru serta pegawai-pegawai lain yang terlibat dalam
pembentukan dan pelaksanaan kurikulum. Sebenarnya kurikulum tersembunyi ialah hasil
sampingan kurikulum formal dan kurilum ideal. Contohnya seorang guru yang autokratik
yang selalu menekankan hukuman boleh mendatangkan kesan-kesan yang lain kepada

UMS
TZ10103

pembentukan konsep-konsep topik pelajaran. Pelajar-pelajar yang lain selaian belajar turut
belajar sifat-sifat autokratik.

6.2 CARA-CARA LAIN MENGKATEGORIKAN


KURIKULUM
6.2.1 Kurikulum Mata Pelajaran Terpisah

Kurikukulum ini dibentuk dengan menusun mata pelajaran yang terdiri daripada aspek-aspek
berlainan seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Kajian Tempatan, Bahasa Inggeris, Dan
Pendidikan Moral. Mata pelajaran-mata pelajaran ini disampaikan secara berasingan dan
mengandungi fakta-fakta dan unit-unit kemahiran tertentu. Kurikulum seperti ini kurang
menkankan kesepaduan antara mata pelajaran berlainan. Oleh yang demikian, pelajar kurang
berupaya untuk melihat saling kaitan antara disiplin yang berbeza seperti Matematik dan
Fizik, bilogi dengan kesihatan dan sains dan geografi.

6.2.2 Kurikulum Teras

Kurikulum teras sentiasa merujuk kepada mata pelajaran-mata pelajaran wajib diikuti oleh
pelajar. Ia dibentuk berasaskan keperluan pejajar dan mengaitkan pembelajaran dengan
cabaran kehidupan dalam masyarakat. Contoh-contoh program yang dijalan ialah :

1. Kurikulum mengandungi beberapa mata pelajaran dan diajarkan secara berasingan


2. Kurikulum yang mengandungi beberapa mata pelajaran yang berkaitan kesemuanya
ataupun sebahagian daripadanya.
3. Kurikulum mengandugi beberapa mata pelajaran yang telah disatukan
4. Kurikulum yang mengandungi bidang pembelajaran yang luas. Hanya pengalaman-
pengalaman pembelajaran yang berkaitan dengan keperluan masyarakat dan minat
para pelajar akan dipilih.
5. Kurikulum mengandungi beberapa unit kerja. Mata pelajaran berlainan masih didapati
tetapi isi yang diajar adalah berlandaskan satu unit atau tema yang jelas.

Daripada beberapa penjelasan di atas, kurikulum teras menekankan kesepaduan pembelajaran


pelajar-pelajar. Selain itu, kurikulum teras juga mengutamakan minat pelajar-pelajar.

6.2.3 Kurikulum Aktiviti

Kurikulum aktiviti merupakan satu-satunya kurikulum yang menekankan pembelajaran


melalui aktiviti. Ini bermakna penglibatan atau penyertaan pelajar-pelajar dalam pembelajaran
sudah tentu dijamin. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang biasa dijalankan ialah aktiviti

UMS
TZ10103

membaca, menulis, mengira, melakon, main peranan, menjalankan projek dan menyediakan
buku skrap.

6.2.4 Kurikulum Gabungan

Kurikulum gabungan merupakans atu-satunya kurikulum yang menggabungkan beberapa


mata pelajaran untuk menjadi satu program kajian yang bersepadu. Contoh penggabungan
seperti ini terdapat dalam mata pelajaran Kajian Temapatan di mana pelajar-pelajar
didedahkan kepada konsep Geografi, Sejarah dan Siviks. Selain itu, dalam KBSR,
penggabungjalinan dan penyerapan juga dilakukan. Penggabungjalinan merujuk kepada
penyatuan kemahiran-kemahiran, menakala penyerapan merujuk kepada penyatuan isi-isi
daripada beberapa mata pelajaran yang berlainan.

6.2.5 Kurikulum Berbidang Luas.

Di dalam berbidang luas, mata pelajaran dikategorikan mengikut satu bidang yang luas.
Contohnya Kajian Sains Sosial mengandungi mata pelajaran seperti Geografi dan Sejarah,
manakala Sains Paduan mengandugi bidang Biologi, Kimia dan Fizik. Bidang bahasa
mengandungi komponen lisan, bacaan, fahaman dan karangan.

6.3 KONSEP KESEPADUAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KBSR SEBAGAI LANGKAH
REFORMASI DAN INOVASI PENDIDIKAN.

Rancangan KBSR menekankan kesepaduan. Kesepaduan merupakan penjalinan dan


pengadunan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata
pelajaran. Dengan itu, guru hendaklah menekankan kesepaduan apabila merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk
membolehkan para pelajar berkesempatan mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Dengan itu, aktiviti pengajaran-pembelajaran yang
dilakukan oleh pelajar dapat mencungkil dan meningkatkan potensi mereka ke tahap yang
maksimum.

FPK menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Oleh itu, selain memperoleh
pengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar seharusnya menimbulkan
minat dan keyakinan mereka untuk terus mencari ilmu pengetahuan. Ini adalah sesuai dengan
konsep pendidikan seumur hidup. Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum
dan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Dalam pelaksanaan
UMS
TZ10103

kurikulum yang merangkumi proses pengajaran-pembelajaran, unsur-unsur yang terdapat


dalam kurikulum yang tidak boleh terpisah dan terasing. Sebaliknya, kesemua unsur ini perlu
bercantum dan bersatu.

Disiplin ilmu yang terangkum dalam pelbagai mata pelajaran tidak lagi wujud sebagai
komponen tersendiri. Strategi tidak lagi terpisah daripada Matematik atau Sejarah sebagai
suatu disiplin ilmu, malahan unsur-unsur pengajaran dalam mata pelajaran-mata pelajaran
tersebut mestilah disepadukan. Pada masa dahulu, dalam pengajaran Geografi atau Sains,
pendekatan pengajaran semata-mata tertumpu pada kemahiran. Unsur kekerapan nilai-nilai
murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Inilah yang dikatakan tidak
ada kesepaduan. Konsep kesepaduan juga bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan
menyeluruh.

6.4 PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN

Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam satu


mata pelajaran. Rasionalnya adalah dengan cara ini, beberapa kemahiran akan diperoleh
pelajar secara terpadu dan serentak. Contohnya, di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
ketika guru menerangkan satu-satu tajuk dan menyoal pelajar selepas penerangannya,
beberapa kemahiran akan diperoleh pelajar. Para pelajar hendaklah mendengar, membaca,
bertutur dan menulis. Dia mendengar untuk memahami segala yang diterangkan dan
membaca petikan apabila diminta oleh guru. Apabila menjawab secara lisan, dia bertutur dan
ketika menjawab soalan di lembaran kerja di menulis. Oleh itu, jelas bahawa dalam satu mata
pelajaran beberapa kemahiran telah disampaikan.

Penyerapan pula merupakan proses penyatuan isi atau kandungan daripada beberapa
mata pelajaran. Contohnya, mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 mengandungi topik
Mengenal Nombor. Keadaan ini menunjukkan penyerapan matematik ke dalam bahasa
Melayu.

UMS
TZ10103

6.4.1 Ciri-ciri Penggabungjalinan

1. Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran.
2. Proses ini berlaku secara antara disiplin, iaitu kemahiran-kemahiran adalah bidang-
bidang yang berlainan.
3. Proses ini boleh berlaku secara intradisiplin. Contohnya, dalam matematik beberapa
kemahiran juga dipelajari serentak. Pelajar bukan sahaja belajar untuk mengira,
malahan dia juga belajar untuk menaakul serta menggunakan atau mengaplikasikan
konsep-konsep yang dipelajari dalam keadaan yang sebenar.
4. Organisasi pembelajaran adalah fleksibel, iaitu tekanan terhadap kemahiran-kemahiran
sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut satu urutan yang tertentu. Walau
bagaimanapun, kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih.
5. Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan, interaksi antara guru denga pelajar
dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra.

6.4.2 Ciri-ciri Penyerapan

1. Beberapa unsur ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan diserapkan dalam satu
mata pelajaran. Contohnya, unsur geografi, sejarah dan sivik, diserapkan menjadi alam
dan manusia.
2. Isi pengetahuan boleh juga diserapkan ke dalam kemahiran. Contohnya, seorang guru
KBSR yang mengajar kemahiran mengira tentang operasi darab harus juga
menyerapkan pengetahuan bagaimana sifir-sifir itu diperoleh dan bukan bergantung
pada hafalan sahaja.

Cara menggunakan penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan dapat


dilaksanakan melalui dua pendekatan.

1. Beberapa kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh


disampaikan dalam satu mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu.
2. Kemahiran dalam satu mata pelajran diganbungjalinkan dengan kemahiran daripada
mata pelajaran lain. Misalnya, kemahiran mendengar, bertutur dan membaca dalam
bahasa Melayu boleh diganbungjalinkan dengan Pendidikan Moral.

UMS
TZ10103

Cikgu Azian mengajar para pelajar tentang kemahiran melukis rangka manusia dan rumah. Di
samping itu, dia juga menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran lain dalam mata pelajaran
yang sama (Seni Lukis). Kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti mewarnai dengan
warna air, krayon, pensel warna, warna minyak dan sebagainya.

Membaca

Mendengar

Lisan Menulis

Rajah 1: Penggabungjalinan dalam mata pelajaran bahasa

Latihan : Cuba anda lengkapkan Rajah 1

Situasi kemahiran digabungjalinankan. Cikgu Raman sedang mengajar topik ‘Benda-benda


hidup boleh bergerak’ dalam pelajaran Sains. Mula-mula pelajar-pelajar akan menggunakan
kemahiran memerhati pelbagai jenis tumbuhan menjalar, melilit, mencengkam dan
mencangkuk. Kemudian, pelajar-pelajar hendaklah menggunakan kemahiran melukis. Lepas
itu, kemahiran melabel akan digunakan pula. Di akhir pemerhatian, pelajar-pelajar hendaklah
merekod dam membuat rumusan tentang pemerhatian mereka.

UMS
TZ10103

Aktiviti Kemahiran Mata pelajaran yang


digabungjalinkan
Pelajar memerhati pelbagai Memerhati Sains
jenis tumbuhan yang Melukis Pendidikan Seni
menjalar, melilit, Melabel Bahasa Melayu
mencengkam dan Merekod
mencangkuk Membuat rumusan

Jadual 1
Gabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran Sains, Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu.

6.4.3 Langkah-langkah Penggabungjalinan

1. Pastikan terlebih dahulu jenis kemahiran yang hendak ditekankan.


2. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi kemahiran tersebut.
3. Dengan merujuk kepada bahan-bahan yang telah disediakan, cari apakah kemahiran-
kemahiran sampingan lain yang berkaitan dengan kemahiran utama yang hendak
ditekankan itu. Ketika memilih kemahiran sampingan untuk digabungjalinkan, guru
perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

(a) Kemahiran sampingan yang dipilih itu telah ditanamkan pada pelajar pada satu
masa dahulu.
(b) Kemahiran sampingan itu dipilih supaya dapat diperkukuhkan lagi.
(c) Kemahiran sampingan yang dipilih itu tidak memerlukan bahan tambahan.
(d) Ketika mengajar, kemahiran-kemahiran sampingan boleh digunakan di peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup.

UMS
TZ10103

6.4.4 Penyerapan

Penyerapan adalah apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserapkan menjadi
satu mata pelajaran.

Penyerapan

Sejarah Bahasa

Patriotisme Pengetahuan
moral

Kajian Tempatan

Rajah 2:
Penyerapan ilmu pengetahuan daripada pelbagai bidang dalam Kajian Tempatan

UMS
TZ10103

Latihan : Cuba anda lengkapkan Rajah 2

Mata pelajaran/bidang Tajuk


Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral Jumpa Dompet

Deleted: ¶
Bahasa Melayu Pendidikan Moral Melawat ke Pusat Pertanian
Geografi

Bahasa Melayu
Pendidikan Moral Kesan Cuaca
Geografi

Bahasa Melayu
Pendidikan Moral Amalan Jimat Cermat
Geografi

Bahasa Melayu
Pendidikan Moral Di Kedai Pakaian
Geografi

Bahasa Melayu
Pendidikan Moral Perwira Tanah Air
Geografi

Jadual 2:

Penyerapan isi pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Melayu

Di bawah program KBSR, unsur-unsur isi kandungan mata pelajaran Sains dan Kajian
Tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Sebahagian unsur mata pelajaran yang
lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserap
dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.

6.4.5 Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan

UMS
TZ10103

Proses penyerapan boleh berlaku dalam berbagai cara seperti berikut :

1. Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam


kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu

2. Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam


satu mata pelajaran. Misalnya, di bawah tajuk ‘Haiwan’, unsur-unsur isi kandungan
daripada mata pelajaran seperti Sains, Kesihatan Geografi, Sejarah dan Pendidikan
Moral boleh diserap dalam mata pelajaran bahasa.

3. Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran yang
lain. Misalnya, unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran Geografi dan
Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran Matematik

4. Penyerapan nilai-nilai murni bersama kepada unsur-unsur isi kandungan daripada


beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain. Misalnya, nilai-nilai
murni seperti cintakan negara dan patriotisme bersama unsur-unsur isi kandungan
daripada mata pelajaran Geografi dan Sejarah diserap dalam mata pelajaran
Metematik.

6.4.6 Contoh Penggunaan Strategi Penggabungjalinan Kemahiran Dalam Satu Mata


Pelajaran
UMS
TZ10103

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Kefahaman petikan

Objektif pelajaran : Selepas aktiviti pengajaran-pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Memberi secara lisan isi-isi penting dalam petikan


2. Memberi erti atau menghuraikan maksud perkataan dan
ungkapan

Bahan Pelajaran : Petikan rencana dan kamus

Perancangan

Langkah Strategi Pengajaran-Pembelajaran Penggabungjalinan Kemahiran

i Murid membaca senyap dan mencari isi-isi Membaca


penting

ii Aktiviti bersoal jawab tentang isi-isi penting Lisan


dalam petikan

iii Meminta murid memilih perkataan dan Menulis


ungkapan yang sukar, kemudian menulisnya
di papan tulis

iv Meminta murid menggunakan kamus Membaca


mencari perkataan dan ungkapan yang sukar

v Meminta murid menulis perkataan dan Menulis


ungkapan dalam buku latihan

UMS
TZ10103

6.6 PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN DENGAN


MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.


Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun
maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan
yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Edward de Bono (1976)
menyatakan bahawa, kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat perspektif
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi. Pemikiran yang dihasilkan adalah
kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti
psikologi dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah
dalam situasi yang dihadapi (Dewey, 1910). Islam pula memandang berfikir ialah fungsi
akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan di atas, dapat disimpulkan konsep pemikiran merupakan


satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan seterusnya penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara
iaitu dengan membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik dan
munasabah terhadap proses yang dialami.

6.6.1 Proses berfikir

Berfikir merupakan satu proses yang melibatkan pengendalian operasi mental tertentu
dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Operasi Kognitif Merupakan kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap
hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-
lain.

Merupakan kognitif yang mengarah dan mengawal kemahiran


dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala
Operasi Meta kognitif
aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen
berfikir.

UMS
TZ10103

6.6.2 Prinsip Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir memiliki beberapa prinsip yang perlu dipatuhi, antaranya :

i. Sentiasa bersikap kostektif iaitu sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir
dan mengelakkan sikap negatif
ii. Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah
iii. Melupakan ego, sekiranya ingin kemahiran berfikir yang digunakan dengan
optimum.
iv. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir bila perlukan berfikir logik, kreatif dan
lateral.
v. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah
hasil yang diharapkan.
vi. Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu
berfikir
vii. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih
baik.

6.6.3 Penggabungjalinan dan Penyerapan dalam Kemahiran Berfikir

Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahiran-kemahiran


bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja. Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan
berbagai-bagai kemahiran di antara mata pelajaran. Selain daripada itu, nilai-nilai murni boleh
dipupuk melalui beberapa cara diantaranya

i. Penyampaian isi pelajaran melalui mata pelajaran Agama Islam atau Pendidikan
Moral
ii. Pengurusan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk semangat kerjasama dan
sikap toleransi
iii. Penyerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran
iv. Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang boleh memupuk
semangat kemasyarakatan dan sikap berdikari

UMS
TZ10103

Peranan dan tanggungjawab guru dan murid

i. Murid-murid digalakkan mengaplikasikan penggabungjalinan mata pelajaran yang


dipelajari dengan teori kemahiran berifkir.
ii. Guru menjadi fasilitator untuk menggalakkan penggabungjalinan mata pelajaran
yang diajar melalui kemahiran berfikir

RUMUSAN

Secara amnya. pengajaran melalui penggabungjalinan dengan matapelajaran lain mampu


menyajikan satu alternatif bagi guru dalam usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang
memberangsangkan di kalangan muridnya. Keadaan ini boleh jadi mudah kerana setiap yang
dipelajari oleh mereka akan menjadi bermakna dalam kehidupan mereka dan dapat
dimanfaatkan sebagai panduan mereka menceburi bidang kerjaya yang paling berkesan dan
sesuai berdasarkan minat dan kecenderungan mereka menceburi bidang yang mereka minat.

Melalui penggunaaan kedua-dua strategi ini, murid-murid bukan sahaja dapat


memperolehi ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni yang diserap di dalamnya. Dengan cara
demikian, potensi murid dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan seimbang dari segi
intelek. Matlamat pendidikan negara yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dapat dicapai, iaitu melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan dengan memilih beberapa mata pelajaran, bagaimana integrasi dalam


pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan perpaduan antara kaum dan
membina budaya nasional.

2. Guru memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu pengajaran yang


baik. Huraikan tiga mata pelajaran yang boleh digabungjalinkan dalam
mengujudkan pengajaran yang bermakna.

UMS

You might also like